Monday, September 23, 2013

Desa Cattle Farm, Kundasang

Assalammualaikum....

Entry ni just hanya untuk ceritakan serba sedikit pasal salah satu tempat menarik di Kundasang iaitu Desa Cattle Farm, Kundasang.

Daripada jalan besar Kundasang tu, kena belok kiri kat simpang yang ada KFC tu. Ikut je signboard jalan terus sampai la korang jumpa tempat ni.

Map ke Desa Cattle Farm
Masa aku sampai ni, baru lepas hujan. So memang berkabus la, tengok pic bawah ni macam kat oversea kan?? hehehe.... Yang ni sebelum pintu masuk.
Sejuk sangat! Berkabus
Yang ni aku tak boleh cakap apa la, tak nampak apa dah
Betul-betul macam kat new zealand


Kalau nampak pic cuaca yang cerah tu maknanya itu gambar keesokkan harinya sebab aku pegi situ dua kali. hehe


Masuk sini kena bayar RM4 untuk dewasa. Macam dalam gambar bawah ni ye.. Lepas tu korang boleh bawa dengan kenderaan korang terus kedalam. Parking depan kedai Jualan susu tu ye.

RM4/adult
Antara view yang sempat diambil
Jom Masuk!!
Kat sini memang spot orang ambil gambar. Posing la sampai pengsan. Nak duduk ala-ala pengantin ke, nak panjat, nak baring, ikut suka korang! Janji jangan jatuh, nanti lembu-lembu tu yang gelakkan korang! wakakakaka..

Model ladang Lembu..hahaha
Dan benda wajib yang korang perlu beli disini adalah ice-cream~ yummm..sluupppp.. sedap lemak berkrim disukai ramai!.. RM2 kalau tak silap aku.

Disini juga ada menjual susu segar. Perisa fresh milk dan coklat. Must try!!

Pakcik lembu kena tambat
Ni dia bangunan kedai tu
Lepas membeli sambil jalan-jalan menikmati keindahan tempat ni, korang boleh la pergi malawat cik bing di belakang bangunan tu. Cik bing?? Cik kambing yang cantik manis maksud aku. tak caye?? ha, teruskan membaca....

Ida makan sampai dua!!
Ni jalan nak tengok kambing
Sambil jalan tu aku sempat buat video. Malas je nak tepek kat sini, kang TV3 panggil aku jadi pengacara lak. Tak dapat yang lain cari makan nanti.hehe..

Lepas tu pekerja disitu lalu. Aku sempat la interview dia. Aku tanya berapa kali leh isi penuh satu tong tu. Dia kata satu tong dua kali isi sehari. Dua kali je satu tong? Yelah berapa banyak tong lak dia ada kan?Hehehe



Ha, kenapa aku cakap tadi kambing cantik? Korang tengok la kambing kat bawah ni. Memang aku rasa dia la paling cantik antara yang lain. Diva you! tu aku rasa dia ada belagak sikit. Eleh orang cantik la katakan.hahaha.datang dekat-dekat lepas tu macam nak tunjuk muka dia kat aku...

Kambing: Aku lawa kan?

Aku : Lawa ker? Lawa lagi kambing kat rumah aku.(eh!celah mana kt rumah aku ada kambing?)

Kambing: Ko jangan macam-macam aku lawa, bersih,putih.. Cuba ko tengok muka aku lain dari yang lain kan? Aku ni kambing mix omputeh. Bukan Malaysia mari.

Aku: Sama je aku tengok. Tak de beza pun. Kambing kambing gak.

Kambing: Sebab aku lawa la aku diasingkan dari yang lain-lain kat dalam kandang sana tu.

Aku: Ko jangan riak, nanti tuhan tarik balik nikmat dia, huduh macam tenuk! Padan muka ko!

Kambing: Astagfirullahalazimmm.... ish2 riak2! Tapi aku memang lawa pun, nak buat macam mana.. mbeeeekkkkk....emmmbeeeekkkkk

Dengan perasaan meluat yang menebal, aku pun terus berlalu. Malas nak bertekak dengan si kambing perasan ni.. 

Kambing Perasan nama diberi
Kalau nak bagi makan boleh, beli rumput RM1 je.
Aku jakun sikit lama tak tengok kambing live depan mata. Hahaha


Dan apabila aku bezakan dengan kambing yang lain-lain, memang sah si kambing perasan tu lebih cantik dari kambing dalam kandang ni. hahahaha.. patut la belagak gile!chiittt...

Kambing ni jeles dia tak cantik

Dan last sekali jangan lupa snap pic berlatar belakangkan Gunung Kinabalu tu. Kalau ada rezeki boleh la korang tengok gunung kinabalu tanpa ditutupi awan. :)





So conclusionnya tempat ni memang best. Tapi tengok orang la, ada orang kata ala setakat ladang lembu pun best ker?

Bagi aku, tempat-tempat nature macam ni memang jiwa aku la. so must visit!!!!

No comments:

Post a Comment