Entry kali ini adalah khas untuk chalet yang kami duduk semalam di Kundasang iaitu Kiram Village Cabin!!
Disebabkan tempat ni best sangat, so this is most recommended place to stay. Ni dia Website Kiram Village.
Kiram Village Cabin ni menyediakan chalet-chalet seperti Braccoli, Carrot, Strawberry, Chili & Onion(for 2 person) Celery & Tomato dan paling cantik aku rasa Cabbage. Macam kat oversea! Tempat ni memang dipenuhi dengan bunga yang pelbagai jenis. Daisy,rose semua pun ada la. Tapi kan macam dia tanam main hentam jer, main letak-letak je. Kalau tak tempat ni lagi la tambah-tambah cantik. Aku rasa boleh lagi ni, cabut balik dan tanam semual elok-elok.. Mesti macam tinggal ditaman bunga!!! waaaaaaaaahhhhhhhhhh!!!!!!suka bunga sangat2!! ^_^
Aku booking 2bulan lebih awal untuk bilik Chili&Onion, tapi dia kata dah full. Bila aku call dia aku tanya dia cakap ada Cabin baru dibina iaitu Potato(2single bed) & apa tah, dah lupa yang tu 1Queen Bed. Harganya hanyalah RM80/night!! Murah kan?? Dalam banyak-banyak tempat yang aku dah survey sekitar area Kundasang ni memang ini la yang paling murah. Terbaik lak tu!Thumbs up!
Walaupun cabin ini terletak agak jauh terperosok dari pekan Kundasang, tapi tak rugi kalau you all stay kat sini sebab tempat ni memang aman damai dan betul-betul kat bawah kaki Gunung Kinabalu. Dekat sangat.
Tempat ni tak jauh dari Desa Cattle/Dairy Farm tak sampai pun 3minit. So memang berbaloi-baloi la kalau duduk sini sebab you all memang akan ke Dairy Farm gak kan?.. :) Sekali jalan la kalau orang kata.
![]() |
Desa Dairy Farm |
Kami sampai sini dalam pukul2pm sebab hujan dan jalan berkabus. Sebelum tu kami sempat gak singgah Dairy Farm dan Ida beli sekotak besar Fresh Milk!.. Coklat dah habis waktu tu, sedihhhh.. aku x minum fresh milk. Lepas check-in ada sorang budak muda ni jaga, nak kata freindly tak gak. Aku tanya sepatah dia jawab sepatah. Aku rasa dia tak faham kot, or dia susah nak cakap balik u pasal dia decide untuk jawab sepatah je bila ditanya. Huhuhu, tak pe la....
![]() |
Bunga Daisy pun ada! |
Office (Check-In/Check-Out) |
Kalau nak tau, kat sini ada sediakan cafe untuk u all makan. Just order dan bayar ye!. Bukan Free ea!hahaha.. Ada abang tu sekeluarga yang tinggal kat sini dan masak kat cafe tu. Maybe they all yang dipertanggungjawabkan untuk jaga chalet ni. Sambil tunggu hujan berhenti untuk masuk dalam chalet,kami yang tengah kebulur sebab belum lunch pun pekana Nasi Goreng Kampung+Ayam. Harga dalam RM7 tak silap. Tapi memang berbaloi-baloi la, tak de la macam nasi kat KL dah la tak sedap ciput je lak tu. Lagipun tempat ni jauh ceruk sikit bakan senang nak dapat barang-barang runcit. Sebab aku tak nampak pun kedai runcit area ni, cuma kat pekan tadi la ada kedai makan dan KFC siap!..hahaha
Cafe |
Cantikkan?? :) |
Tips: Hotel sangat basic, tak ada towel or iron. Kalau nak perlu sewa. Towel Rm5 Iron tak pasti.
Tapi ada sediakan waterheater, kattle utk masak air dan 2cawan.
![]() |
Bathroom, ok.. Bersih. |
![]() |
Siap sediakan kettel,dan cawan. |
Chelat kami |
Malam ni makan maggie cup yang kami dah beli di Giant time singgah breakfast awal pagi tadi. Duduk luar pekena maggie ngan milo panas lak tu. Cicah biskut, perrrgghhh semunya rasa sedap!.. Ida syok la menikmati susu lemak berkrim dia tu yang dia beli kr Dairy park petang tadi. Sempat singgah tu time hujan pun. Aku tak minum susu full cream, yang perisa coklat sold out lak time tu. Tak pe la, pekena je milo 3 in 1 ni.. Milo bukan disediakan ye, just cawan and kettle je ada ye. \
Ida kesejukkan... |
Abang tu cakap time tu suhu 14celcius!! wahooooo patut sejuk!
Antara benda yg abang tu cite:
Aku: Abg dah berapa kali naik gunung bang?
Abg: Tak banyak la, cuma 7x jer..(dengan muka slumber)
Aku: Hah??!!! 7x JEEE...??? Kami sekali pun belum jejak bang..hahahahaha
Abg: Yelah, kalau orang sini ni ramai yang sering naik. Kadang2 ada yang hari-hari naik.. ada yang semingu 4-5x.. biasa ja bagi mereka tu.
Aku: Naik suka-suka ke? Jaga stamina?
Abg: Tak la, naik kerna bawa barang pendaki.. Jadi guide.
Aku: Owhhhhh, yelah kan. Mereka mesti guna orang local. Berapa kena bayar 1kg barang tu bang?
Abg: Kalau dulu RM8, sekarang tak pasti la.. mungkin masih RM8 juga..Cubalah kau tanya nanti di sana..
Aku: Owhhh, yalah esok kami tanya. Abang disini tak bosan ka bang? Tiada TV, macam mana nak tahu perkembangan semasa?
Abg: Owh, sudah biasa tu.. tak apa2.. nanti kalau ke pekan, tengok or beli ja surat khabar. Tapi internet kan ada.. Online saja.. tapi facebooknya tak ada..hehehe
hahahaha.. (amboi, pandai pulak diaa bergurau).. hihihihi..
Aku: Kalau kat sini makan selalu apa bang? Sayur memang pasti la segar semuanya. Makan ikan sini mahal tak bang? sebab jauh dari laut kan?
Abg: Owh, ikan pun ada makan juga.. ayam pun ada.. Tapi jarang la, kerna kalau disini ikannya tidak fresh sudah macam ni bandar KK.
Aku: Owh, jadi abang selalu ke KK?
Abg: Tidak juga, kerna tiada urusan duduk disini ja diam-diam.. tengok gunung kinabalu tu..hehehe
Aku: Anak-anak abang sekolah dimana? dekat ke sekolah kat sini?
Abg: Boleh tahan la, dibawah sana ada sekolah.. Tapi tak ramai la muridnya. anak-anak disini aja. Esok pagi mereka pergi jalan kaki ja kesekolah...
* owh, aku tersentuh... sungguh cekal mereka ni..
Kami borak-norak sampai abang tu nak tutup cafe dah, hahaha... kami pun jalan masuk bilik dan tido. syookkkk wo.. kt sini mmg x ada kipas o aircorn sbb mmg dh sejuk sgt pun.
View dipagi hari..cantik kan? |
Pagi tu bangun-bangun je aku terus excited!.. aku nak tengok gunung Kinabalu! Tapi kenapa macam tak nampak? abang tu kata malam tadi ada.. Rupa-rupanya gunung belakang chalet kami, patut la tak nampak..hehehe
Astro tu perhiasan je aku rase.hehe |
Ha, tu dia budak-budak ni pegi sekolah |
Mana la sekolah dorang tu kan.. |
Paling best you all mesti try roti canai kat cafe ni!.. peerrghhh, memang jilat sehingga menjilat jari.. try jgn tak try!.. kami siap makan 1keping roti biasa, 1keping roti telur..menghentam!!hehehe
Ok, sila la menikmati pemandangan sekitar chalet ni ye.. :)
Jalan dari office& cafe nak ke chalet |
Kuning tu bunga kenanga, yg pink?? tak tahu |
Macam kat Europe la! |
Oit2 ko nak pegi mana??Jangan terjun dalam kolam tu |
Kucing ni tabah,tahan sejuk. |
Anak abg tu, time ni belom mandi..hehe |
Orkid hutan kot |
Aku rasa ni 2tingkat..macam best jer! |
Antara pintu masuk. Teruja! |
Pine |
Ha, tu dia!!Gunung Kinabalu!! |
Amboi kawan aku sorang ni..hehehe |
KIRAM VILLAGE |
Chalet kami |
Welcome!! |
Comel gile chelat.. aku rasa untuk seorang.. |
Expenses per person:
Chalet : RM80/2 = RM40 pp/night
Kemana kami selepas ni?... KLIK SINI
Hello, is there ang phone numbers that i could have. I really wanna try to stay there. Ehehe thanks.
ReplyDeleteHello, is there ang phone numbers that i could have. I really wanna try to stay there. Ehehe thanks.
ReplyDeletehi.. sorry for delay response.. you can contact 016-695 0057
DeleteKalau untuk 2 orang ape chalet pling best,bolleh suggest
ReplyDeleteTkasih info. Masa cari Tempat ni dah fully book. So stay he kat hotel perkasa.
ReplyDelete