Hari ini hari kedua aku di Siem Reap. Hari ni pengembaraan akan pergi menjelajah keseluruhan Angkor Wat iaitu ke South Gate of Angkor Thom dan Angkor Wat. Apa perbezaan antara dua tempat ni? Aku tolong terangkan serba sedikit ye.
Angkor Thom ini banyak tempat ukiran muka-muka tentera dahulu kala dengan pelbagai memek muka. Kalian tau macam mana? Tolong la google sendiri ye, nak terangkan panjang lebar penat lak jari ni nak menaip.
Angkor Wat pula adalah temple suci zaman dahulu kala. Sebenarnya puak Hindu yang membina temple ni. Apabila zaman kegemilangan Dinasti dari China (Buddah) mereka datang dan memusnahkan semua kepala kepala Tuhan Hindu dan mengukir kepala Tuhan Buddah disitu. Dan menukar temple itu sebagai Buddah Tample.
![]() |
Peta keseluruhan Angkor |
Apa yang ada di Angkor Thom? Ini antara informationnya.
Location: 25 kilometers (15.5 miles) north-east of East Mebon
Access: enter and leave the temple by the east entrance
Date: second half of the 10th century (967)
King: Rajendravarman II (reigned 944-968) and Jayavarman V (reigned 968-1001)
Religion: Hindu (dedicated to Shiva)
Art style: Banteay Srei
Ok, memandangkan hari ni Ahad dan aku pun tak ada class and free hari ni aku tolong korang search kan travel as backpacker ke Siem reap ye.
Contoh la ea, kalau korang stay kat hostel The Siem Reap Hostel yang aku main ambil je kat dalam hostelworld.com memandangkan harga yang berpatutan dan rangking yang agak tinggi. Kalau aku tgk price,rangking dan location. Tu je, lain-lain aku tgk kemudian.
Dari hostel korang ambil tut-tut dalam 16minit je sampai la Angkor Thom ni. leh korang jelajah sekali Angkor Watt. Seharian pun boleh habis jelajah semua tempat ni. Tapi ingat untuk beli ticket USD20 untuk masuk keseluruhan tempat ni termasuk lah Bakeng Hill yang aku naik semalam. Pass tu valid untuk dua hari.
![]() |
Tak jauh kan dari Town. |
Mari kita memulakan perjalanan menjelajah Angkor Thom dulu. Enjoy pics yang tak seberapa kat bawah ni.
![]() |
Aku sedang mengalami imiginasi melampau |
![]() |
Seram kan |
![]() |
Senyum dalam tidur |
Angkor wat memang ada kuil yang sangattttt besar dan luas. Tapi tempat ni dah tak gunakan sebangai kuil dah hanya dijadikan tempat pelancongan. Kiteorang bermula dari belakang. korang pun boleh bermula dari depan atau belakang, tapi deal dengan tut-tut korang tu untuk tunggu dihadapan/belakang dalam masa berapa jam. Kalau korang sukakan history, sejam tu memang tak cukup sebab tempat ni besar, dan banyak tingkat-tingkat yang korang nak panjat kalau nak tengok keseluruhan angkor dari kawasan tinggi.
![]() |
Ni baru jalan belakang. jauh perjalanan sampai depan ni. |
![]() |
Hasil panjatan aku. Aku dapat tengok keseluruhan sampai depan |
![]() |
Setelah penat mendaki tangga yang kecik tu |
![]() |
Permulaan semua semangat nak ambil gambar |
![]() |
Separuh jalan semua dah start penat |

![]() |
Tu dia Angkor Wat |
![]() |
Lompat dulu sebagai tanda kenangan. |
Lepas kepenatan kami pun pulang la ke hotel. Bas dah menunggu di depan. Dan banyak juga tut-tut tunggu penumpang disana. Aku tak tanya pulak berapa tambangnya, tapi memang tak mahal la. Pandai-pandai la tawar ye.
Aku nak cite pasal shopping pula. Stay tune!!!! Boleh BACA DISINI
No comments:
Post a Comment