Sunday, June 19, 2011

Seam Reap : Good Bye Cambodia

Assalammualaikum.

DAY 3

Today is last day!! Aku dah siap packing semua barang yang aku borong malam tadi. Pagi ni hanyalah breakfast dan siap sedia untuk departure balik ke Malaysia.

Alhamdulillah, lepas 3tahun aku lawat Siem Reap ni, akhirnya hasil titik peluh keringat aku di hari minggu ni dapat gak aku siapkan entry ni. Aku rasa kalau makanan dah lama berkapok terperap dalam draft. Hahaha.. Apa pun cuma nak share hari last kat hotel and airport jer.

Macam biasa lah aku ni memang gila map, so ni aku tepek map dari Kingdom Angkor Hotel ke Siem Reap Airport. Tak jauh dalam 11minit je. Korang boleh jugak ambil tut-tut nak kesini. Aku rasa tak mahal la sebab dekat kan.

Kingdom Angkor Hotel-Airport
Haltonian 2011
with kak Jam
Hotel ni memang terbaik
Kalau bukan sponsor memang tak la nak stay kat sini
Tak ada benda yang aku nak complain pasal hotel ni, hotel ni memang best. Nama pun 4star, klu aku backpacker sendiri memang tak la nak duduk sini. Hostel sudah.. hahahaha...

Kalau Cambodia ni tak silap aku korang kena bayar cukai lapangan dia kat airport kalau tak silap USD20. Sekarang tak tau la aku rasa makin sama. So korang kalau pape pun sila buat research tentang airport tax setiap negara yang korang lawat. Kalau tak kang ada yang nangis hentak-hentak kaki tak dapat balik. Hehehe..
Tempat dilarang untuk ambil gambar tu lah yang akan aku buat

Bye-bye Cambodia



Saturday, June 18, 2011

Siem Reap, Cambodia: Shopping, Night Market

Assalamualaikum....

Hello!! Entry ini aku nak cerita pasal shopping di Siem Reap. Apa yang best kan?

Bagi peminat shawl macam aku ni sini memang syurga nak beli silk shawl. Sedap dipakai, sejuk pulak tu. Harga dia palng murah aku dapat RM6 sehelai. Cantik, tapi ada shawl yang ada lambang angkor wat, dan aku rasa bagi musli memang tak sesuai lak pakai shawl macam tu kan. So aku beli yang ada lambang bunga can corak pasley. Borong wey...

Di Seam Reap terdapat dua night market iaitu Noon Night Market dan Angkor Night Market. Noon night market ni macam betul-betul night market. lebih sempoi dan banyak pilihan yang paling penting lagi murah dari Angkor Night Market. Tempat ni bersebelahan je. Angkor night market ni macam dalam bangunan dan banyak kedai-kedai kecil. macam tak ramai orang masuk sini, tapi barang-barang dia special-special juga la. Korang kena jalan dua-dua tempat ye.

Kalau korang stay di The Seam Reap Hostel macam aku bagi contoh kat entry Angkor Wat/Angkor Thom


Kalau macam aku stay di Kingdom Angkor Hotel, agak jauh la dari hotel tu. Kena naik Tut-Tut, tak mahal dalam USD2 je kalau tak silap.
Dari Angkor Kingdom ke Night Market
Walaupun di Cambodia ini kebanyakkannya menggunakan matawang USD berbanding matawang mereka sendiri, tapi harga barangan tetap berpatutan Tak ada la mahal sangat.

Noon Night Market



Angkor Night Market
Kat sini banyak ada jual benda pelik-pelik. First time aku tengok ada jual kalajengking dalam arak. Benda ni untuk dimakan. Tah apa la rasa dia kan. kembang lak tekak aku. Aku tak tahu berapa banyak duit aku labur kat sini. Tapi memang agak best la shopping dia. hehehe..


Seramik dan ????
Dan korang jangan lepaskan peluang untuk fish massage. Tapi orang kata fish massage ni ada bahayanya. Tapi time ni baru-baru fames fish massage ni, so we tried. cuma USD1 je kot, siap ada bahu massage lagi. Tapi kalau korang tak nak dia massage cakap tak payah je, dorang pun happy tak penat. Heehehehe..

Dia duk excited explain kat aku, dan aku layan je pastu blah.hihihi
Aku tak tahu la tahap kualiti benda ni, tp mahal gak
 Banyak jual blouse, long skirt macam kat thiland tu. Tapi semua ni made in Cambodia ye.


 Esok nak balik dahhh.....

Siem Reap, Cambodia : Angkor Wat, Angkor Thom

Assalammualaikum.....

Hari ini hari kedua aku di Siem Reap. Hari ni pengembaraan akan pergi menjelajah keseluruhan Angkor Wat iaitu ke South Gate of Angkor Thom dan Angkor Wat. Apa perbezaan antara dua tempat ni? Aku tolong terangkan serba sedikit ye.

Angkor Thom ini banyak tempat ukiran muka-muka tentera dahulu kala dengan pelbagai memek muka. Kalian tau macam mana? Tolong la google sendiri ye, nak terangkan panjang lebar penat lak jari ni nak menaip.

Angkor Wat pula adalah temple suci zaman dahulu kala. Sebenarnya puak Hindu yang membina temple ni. Apabila zaman kegemilangan Dinasti dari China (Buddah) mereka datang dan memusnahkan semua kepala kepala Tuhan Hindu dan mengukir kepala Tuhan Buddah disitu. Dan menukar temple itu sebagai Buddah Tample.

Peta keseluruhan Angkor
Ikutkan peta diatas, angkor thom jauh lebih besar dari angkor Wat. Tapi tempat suci utama adalah di angkor wat.

Apa yang ada di Angkor Thom?  Ini antara informationnya.

Location: 25 kilometers (15.5 miles) north-east of East Mebon
Access: enter and leave the temple by the east entrance
Date: second half of the 10th century (967)
King: Rajendravarman II (reigned 944-968) and Jayavarman V (reigned 968-1001)
Religion: Hindu (dedicated to Shiva)
Art style: Banteay Srei

Ok, memandangkan hari ni Ahad dan aku pun tak ada class and free hari ni aku tolong korang search kan travel as backpacker ke Siem reap ye.

Contoh la ea, kalau korang stay kat hostel The Siem Reap Hostel yang aku main ambil je kat dalam hostelworld.com memandangkan harga yang berpatutan dan rangking yang agak tinggi. Kalau aku tgk price,rangking dan location. Tu je, lain-lain aku tgk kemudian.


Dari hostel korang ambil tut-tut dalam 16minit je sampai la Angkor Thom ni. leh korang jelajah sekali Angkor Watt. Seharian pun boleh habis jelajah semua tempat ni. Tapi ingat untuk beli ticket USD20 untuk masuk keseluruhan tempat ni termasuk lah Bakeng Hill yang aku naik semalam. Pass tu valid untuk dua hari.

Tak jauh kan dari Town.

Mari kita memulakan perjalanan menjelajah Angkor Thom dulu. Enjoy pics yang tak seberapa kat bawah ni.



Yang menariknya korang akan rasa macam korang dikelilingi dengan orang yang sedang memerhatikan gerak geri korang dengan pelbagai emosi. Ada yang senyum, sedih,marah,keliru,bangga, hampa,bahagia,tenang dan semua jenis emosi yang terdapat dalam diri manusia normal. Korang mesti pelik kan macam mana pula aku tahu perasaan orang tu sedang keliru,bahagia,bangga.... Korang mesti datang sini dan tengok sendiri. Keunikan setiap jenis memek muka yang diukir tu semuanya berbeza-beza dan muka pun sebijik macam manusia betul. Macam muka orang dalam emosi tertertentu dia besarkan dan letak kat situ. Batukan dia.weyyyyy, seram pun ada. cuba ka korang ada kat sini time malam dan semua muka-muka ni hidup. Ada yang marah kat korang, ada yang senyum kat korang ada yang back up korang kalau kawan dia marah kat korang... eh! apa aku mengarut ni. imaginasi terlampau la ni. Dan korang memang akan mengalami imiginasi yang terlampau kalau korang ada kat sini. Salah sorang mangsanya aku. Hahahahaha... dah2, banyak merapu dah ni.
Aku sedang mengalami imiginasi melampau
Seram kan

Senyum dalam tidur
Habis menjelajah dan melayan emosi disini, kami terus ke Angkor Wat. Aku teringin sangat nak tengok depan-depan apa yang ada kat angkor wat ni sampai belajar dalam subject Sejarah kat sekolah. Angkor Wat juga tersenarai dalam antara 7 wonders in the World.

Angkor wat memang ada kuil yang sangattttt besar dan luas. Tapi tempat ni dah tak gunakan sebangai kuil dah hanya dijadikan tempat pelancongan. Kiteorang bermula dari belakang. korang pun boleh bermula dari depan atau belakang, tapi deal dengan tut-tut korang tu untuk tunggu dihadapan/belakang dalam masa berapa jam. Kalau korang sukakan history, sejam tu memang tak cukup sebab tempat ni besar, dan banyak tingkat-tingkat yang korang nak panjat kalau nak tengok keseluruhan angkor dari kawasan tinggi.
Ni baru jalan belakang. jauh perjalanan sampai depan ni.
Hasil panjatan aku. Aku dapat tengok keseluruhan sampai depan
Setelah penat mendaki tangga yang kecik tu
Permulaan semua semangat nak ambil gambar
Separuh jalan semua dah start penat
Dah sampai depan!!











Tu dia Angkor Wat
Kat situ ada jual cenderamata dan air kelapa.Boleh la korang berhenti basahkan tekak. Kami terlebih berhenti sebab beli baju Tshirt lama sangat. Dan nasib baik aku beli kat sini sebab size Tshirt besar aku tak jumpa pun kat Night Market kat sana.

Lompat dulu sebagai tanda kenangan.
Lepas jejakkan kaki didepan Angkor Wat ni je, aku puas sangat. Dapat gak jelajah seluruh Ankor Wat ni. Bagi peminat sejarah macam aku, memang feeling dia lain macam la. Macam mana ea dorang buat tempat sebesar ni dengan batu-batu zaman dulu.. masih menjadi tanda tanya.

Lepas kepenatan kami pun pulang la ke hotel. Bas dah menunggu di depan. Dan banyak juga tut-tut tunggu penumpang disana. Aku tak tanya pulak berapa tambangnya, tapi memang tak mahal la. Pandai-pandai la tawar ye.

Aku nak cite pasal shopping pula. Stay tune!!!! Boleh BACA DISINI

Friday, June 17, 2011

Siem Reap, Cambodia: Silk Farm, Wat Thamey, Bakeng Hill

Assalammualaikum...

DAY 1

SIEM REAP 17 TO 19 JUNE 2011

Coach to depart Klang factory at 03.00 am  on 17 June 2011

FLIGHT DETAILS
Depart: 17 June 2011 - AK  280  KUL 0650 hrs - REP 0750 hrs
Return 19 June 2011 - AK 281  REP 0835 - KUL 1135 hrs

HOTEL  - Kingdom Angkor, Siem Reap

SIEM REAP ITINENARY

DAY 01:  Arrival Siem Reap           ( L D )
Upon arrival Siem Reap transfer to check in hotel. Tour start visit Angkor Silk Farm, Wat Thmey (Killing Field). After lunch, continue to visit LES ARTISAN D’ANGKOR a handicraft center for shopping.  Proceed to Bakeng Hill to view sunset and beautiful scenery of Angkor Wat.  Buffet dinner.

DAY 02:  Siem Reap – Angkor Wat  ( B L D )
After breakfast at hotel, Tour visit the South Gate of Angkor Thom – Bayon, Phimeanakas, Taprohm Temple, Elephant Terrance and Terrance of the Leper King. After lunch, continue visit Chao Say Devoda, Thommanon, Banteay Kdey, Srah Srong and the Grand temple - Angkor Wat. Dinner at local restaurant.

.DAY 03:  Departure Siem Reap ( B )
After breakfast at hotel, transfer to airport for departure.   

THINGS TO BRING ALONG
1.    Currency  - USD
Estimated rate:
USD 10 = 40,000 Cambodian Riel (KHR) 
2.    Comfortable walking shoes – sports shoe
3.    Light clothing

VISA
Malaysian – Not applicable

Visa Required for Halton staff from Austria, Finland & India 
Option 1 – Visa on arrival
                  1 passport size photo & USD 20

Option 2 – Apply at Cambodian Embassy a
                 No.46 Jalan U-Thant, Ampang, Kuala Lumpur  Tel : 42571150
                 Bring along, passport, 1 passport size photo and RM 80.00
                 Visa will be ready in 2 working days

WELCOME TO SIEM REAP, CAMBODIA!!!





Sampai sahaja kami  di Siem Reap International Airport kami disambut oleh Tour Guide kami.. Aku tak tau lak apa nama guide ni, orang dah sponsor pi berjalan kan, ikut je la..hehehe

Lokasi pertama yang kami lawati adalah Angkor Silk Farm. Disini kami ditunjukkan cara-cara ingin membuat silk menggunakan ulat. dari ulat tu diternak hinggalah jadi kepompong smpai la tali-tali halus kat kepompong tu digunakan untuk buat silk. 

As Muslim, kita memang tak boleh pakai silk yang dibuat dari ulat beluncas ni.. So tak ada la nak membeli pape. Just got knowledge jer la..

Pintu masuk
Menarik kan?


Ulat yang dibela untuk bendapatkan kepompongnya
Kepompong Ulat
Cara nak tarik kempompong ulat
Benang yang dah siap diwarnakan
Selepas habis belajar selok belok buat silk ni, kami pun bergerak ke Wat Thmey (Killing Field). WWooooo, manyak seram wey..  killing2 potong kepala.. Boleh pulak dia letak tengkorak tu dalam satu bekas kaca, aiseyyy.. kalau tak kuat semangat tak yah tengok la ye.. 
 

Lepas tengok potong-potong kepala, perut pun dah bergendang-gendang.. Kami pun dibawa untuk menjamu selera~wow, bunyi macam sedap.. Tapi yang susahnya kat Cambodia ni susah sikit nak cari makanan halal. Ada community Muslim disini, tapi terlalu sedikit la. And mereka tinggal di dikawasan community mereka juga. Makanan sedap la, kalau dah lapar apa pun sedap.



Lepas lunch kami check in ke hotel kami. Kami menginap di hotel Kingdom Angkor Hotel selama kami disin. Hotel dia memang fantastic!! Harga pun fantastic la. Apa ada hal, bukan aku bayar. Company sponsor..hehehe..



Selepas melepaskan lelah seketika, kami pun pergi ke LES ARTISAN D’ANGKOR. Tempat kraftangan seperti membuat patung-patung dari kayu dan pelbagai kraftangan lain. 
Yang bestnya disini, kebanyakkan pekerjanya adalah OKU. Bisu, pekak, buta... bagus kan?  :)


OKU sedang melakukan ukiran patung
Gadis ni bisu

Kami pun tak beli pape kat sini. Macam tak ada benda jer. tapi serius lukisannya memang cantik sangat. Macam real. Tulah kan, tuhan kurangkan satu kelebihan, Dia beri kelebihan lain pula.

Selepas tu, dah hampir petang juga, kami dibawa ke Bakeng Hill to view sunset and beautiful scenery of Angkor Wat. Awal-awal lagi kami memang dah diberitahu untuk pakai sport shoes, paling kurang pun apa-apa shoes yang selesa untuk mendaki. 

Agak letih gak la mendaki bukit tu, walaupun ada jalan. Mission kami nak naik ada satu angkor kat atas tu.

Bila sampai atas, kami panjat angkor tu. Memang dah lama beratus tahun tempat tu. Just imagine kalau malam.. ekekekeke..Untuk naik betul-betul dipuncak korang kena naik "tangga" yang tak serupa tangga. Tangga tu sangat curam aku rasa 80darjah je sengetnya. Korang bayangkan. mula-mula kecil je kelebaran tangga tu, tapi makin sampai puncak makin rendah. Bila ditanya macam mana orang dulu-dulu naik tangga tinggi tinggi macam ni. They all cakap, sami dahulu kala memang stail they all naik tangga menyenget. ala, macam korang naik tangga kalau pakai heigh heels. Kan korang sengetkan sikit kaki korang. Tapi sami memang naik menyerong. Owhhh, patut la semua tangga stail macam tu. aku rasa mesti banyak dah kes orang jatuh ni. Isshhh...

 
Ambil gambar dari tangga
Bila sampai keatas je, yeeaaahhh!! Mission completed!. Alhamdulillah, time naik tu serius aku terbayang-bayang kalau la aku salah langkah ni. hihi.. Sebenarnya ada je tempat yang senang nak naik, tapi kami mengada pilih yang susah sikit. Adventure la konon-kononnya. hahahaha

Ramai dah orang kat atas ni rupanya. Semua dah get ready dengan camera masing-masing untuk ambil spot sunset nanti. Tengok camera they all tu, semua canggih-canggih. Dorang ni memang cameraman profesional kot. Semua port dorang dah chop dulu. Kami yang lambat ni terpaksalah amik dari belakang. Cari port panjat sikit.

Kalau photographer datang sini mesti dorang suka. Cantik sangat tengok sunset...
Indahnya alam ciptaan tuhan..
Tengok sunset kat belakang tu
Posing sementara tunggu sunset time
Aku tak tahu la tugu kat belakang kami macam dalam pic bawah ni dulu macam mana. Memang macam ni ke or dulu ada yang lain tapi dah musnah kerana bencana alam.
Haltonian
Dah sampai dibawah siap sedia untuk menapak turun
 Nak pergi sini aku rasa senang je, sebab aku nampak banyak tut-tut versi beca motor datang sini bawak mat-mat salleh tu. tak ada la jauh sangat dari town pun, dan dorang akan tunggu sampai korang turun. Biasa dia bagi time la turun dalam kol6 dah smpai bawah.. Kol6 tu dah gelap tau. Bila dah nak sampai bawah tu makin gelap and kiteorang terpaksa jalan berhati-hati. Merasa gak la malam kat situ,. hihi....
Tuk-Tuk ihsan Mr.Google
Kat sana ramai la orang jual-jual selendang. Dan memang cantik-cantik dan murah-murah. Aku tawar punya tawar dapat la sehelai RM5.. silk ok, tapi bukan ulat la. Kalau ulat lagi mahal.. Tapi ada corak-corak tu bermotifkan angkor wat.. Kalau you all tak kisah beli la motif tu or bagi kat orang.. Kalau tak pakai je la, bukan apa pun..huhuhuhu...

Apa kami buat malam ni??hehehe...shopping sikit-sikit je.. nak tahu apa?? Kalau nak shopping, tengok entry ni.






Sambungan untuk next entry Angkor Watt