Assalammualaikummm... :)
Hi semua, ok kita sambung entry Kota Kinabalu Part 1dengan part 2!.. Ok, petang semalam kami dah datang ke Jasselton Point untuk survey harga package ke Island-Island tu. Ada banyak agensi kat situ, you all tinggal pilih jer. Waktu kami datang tu ada bro ni approched kami nak amik dengan dia tak. Tapi disebabkan dah agak petang tak banyak yang ada tawarkan package. Mula-mula bro tu offer untuk 2pulau dalam RM75 rasanya. Mahal la sebab aku dah survey2 dalam blog orang tak de la mahal sangat.
Kami kata tak pe bang tengok yang lain dulu. Kami tanya di kaunter lain dan ha!!!.. harganya jauh lagi murah. Untuk 3buah pulau iaitu Pulau Memutik, Pulau Manukan(Tunku Abdul Rahman Park) Pulau Sapi dalam RM51.60 termasuk snockling sewa peralatan dan life jacket. Life Jacket mulanya RM10 kami minta RM5 jer. Bodek punya bodek dapat la. Ingat ye, harga sewa tu memang boleh dapat RM5 jer. Tapi kadang-kadang they all letak RM15 untuk dua barang.
Hari ni kami ke kaunter tu orang lain yang jaga. Kami hulur kertas yang dah deal harga semalam, dia kata murah ni. Kami cakap yelah, kami student. Kalau student boleh kurang kat tax pulau by government tu jer. So dia kata kalau pergi 3 Pulau tak sempat dik sebab transfer nanti kol4. so dia kira balik base on calculation bro semalam untuk dua pulau total sorang RM41.20.. aku cakap RM41 je la 20sen pun nak kira ker? hahahaha... iya la,iyala... aduh adik ni...hahahaha
Kami breakfast dulu kt situ memang ada kedai-kedai. Pekena nasi lemak pagi-pagi.. adehhh... Tapau nasi kuning dengan ayam goreng dah siap packing memang untuk orang pegi pulau la. Tak mahal pun RM4 jer. Beli sandwich sekali RM2 kot then air mineral besar dan kecil. Siap-siap masuk dalam bag ida tunggu tepi jeti.
Tak lama lepas tu dia panggil amik life jacket dan goggle untuk scockling. Ok, jom kita bergerak!! yeaahhhh.
Kami silap duduk depan sekali time pegi tu. Dia punya momentum bila kena ombak, perrgghhh...
Kalau ibu mengandung boleh terberanak wey!!
Amboi Ida posing sakan |
Cakap orang aku pun sama.. |
Welcome tu Manukan Island |
Kat sini kami snockling dari kol10.30 sampai la kol12 katanya kena berkumpul kembali kat jeti.
Time snockling kat sini aku buat amal mengutip sampah2 di dasar laut. Macam-macam ada, yang terkejut tu plastik beras Jati 5kg pun ada. Tu yang buat pelik tu. Aku kutip, aku campak tepi. Abang yang jaga pantai tu kutip kumpul kat tepi. Dia gelak2 cakap bagus!.. Aku cakap 1sampah RM5!..wakakaka...
Ada nampak ikan tak?? |
Jangan lepaskan peluang posing kat sini ye. Lepas penat snockling kami pun jalan-jalan sekitar pulau. Tengok apa yang ada. Ikan tak berapa banyak kat sini. Tapi boleh la..
Terlebih telan air masin mcm ni la jadinya |
Souvenir Shop at Sapi Island |
Nampak kan berapa dia charge?? Ha, so yang terbaik sewa awal2 dari jeti.
Tunku Abdul Rahman Park |
Ok, lepas ni kami terus ke Tunku Abdul Rahman Park a.k.a Manukan Island!.. Tempat ni paling cantik dari ketiga-tiga pulau tu.. Puas kami snockling. Best gile, coral dia pun cantik2 sangat..suka!!
Tips: Rajin-rajin la bertanya kat Life Guard tu area mana paling cantik coral, sampai mana boleh pegi snockling. Kalau tak jadi macam kami, nak tau kenapa??? sambung baca kt bawah...
Bro Life Guard |
Ha, dah baca tips tadi kan? Kami sampai-sampai je terus snockling, over excited la katakan.. Coral memang cantik, ida pun dah pandai dah.. Syok la kami pegi jelajah semua tempat tu.. Pastu ada line warna hijau, kami tak melepasi pun line tu sebab time kat Sapi Island abg life guard kata jangan lepas line tali pelampung tu.. So kat sini pun kami tak pegi la..
Lepas mandi puas2, kami relax2 makan bekalan yang kami dah beli kat jeti pagi tadi. Kalau dah lapar, makan apa pun sedap. Pakcik yang sama satu boat dengan kami tadi menyapa. Owh, pakcik ni orang KL jer, datang sorang holiday sebab wife dia pegi company trip company dia lak. Amboi, jadi bujang jap pakcik ni. Dia nak belanja kami makan buffet yang ada kt situ. Sorang RM40 mcm tu lebih kurang. Tapi memandangkan kami dah makan, kami tolak dengan baik hati. Rezeki pun, kalau perot dah penuh takkan nak sumbat lagi kan.. Nabi marah tau!..hehehe
We at Hawaii |
So korang nak tau kenapa aku suruh beramah mesra dengan orang tempatan?? Ha, kalau korang nak tau lepas line merah hingga line kuning tu la ada coral yang lagi cantik! Life guard tu tanya, "kamu snockling sampai mana tadi??Lebih line hijau tak?" Tak! pastu life guard tu kata, "tulah lain kali tanya..Kat sana la ada coral yang lagi cantik, tu pasal ditanda.." aiseyyyy!!! kami dah malas nak turun lagi dah, redha aje la.. So tak nak pisang bernuah dua kali kami pun duk la temuramah bro tu. Siap ida tunjuk aksi Ronaldo dia main bola sepak pantai lagi!.. Pastu kena gelak dengan "Pak Tam- si Negro".. ekekeke..
Antara information yang kami dapat dari bro si Life Guard ni:
1. Datang dalam bulan Februari-May kalau nak tengok Dolphine.
2. Kalau ada rezeki bulan March leh tengok killer whale.
- Dorang cakap, kalau nampak whale tu, semua lari pegi kejar lari naik bot and pegi swimming sekali dengan whale tu..Sapa yang duty yang jaga pantai time tu terpaksa la menangis tengok kawan-kawan tinggalkan dia.. ekekeke.. Imagine jap, mesti menarik dapat pengalaman macam tu kan??
3. Kami berkenalan dengan taiko trainer Scuba Diving!!
- Menurut mereka, Scuba Licence dari KK ni la yang paling murah di dunia. Ramai tourist datang sini sambil buat licence diving tu sebab murah. Untuk buatOpen water Diver Course ambil masa 3hari termasuk training terus buat kt laut dalam only RM800. License adalah dari PADI!! bukan calang-calang ye, they all akan registerkan nama you all kepada PADI Australia, dan dalam masa sebulan anda akan terima license tu. Macam tu lah serba sedikit secara ringkat yang dia terangkan. Best la, sebab tu termasuk pegi training kt Pulau sekali. Kalau kt KL beriban dah tu pun train dalam swimming pool. Pegi pulau lain pulak bayarnya.
With otai Scuba, Marshall D. Foo |
Kalau you all berminat boleh la hubungi bro Marshall ni:
No hp: +6016-828 6207
Email: scubzoneborneo@yahoo.com
Adress: Scuba Zone
Room 33, 1st Floor Jesselton Point, Ferry Terminal,
Jalan Haji Seman,
88300 Kota Kinabalu, Sabah.
Antara yang ditawarkan:
1. Snorkeling Package
2.Refresher Course (PADI)
3. DSD/Discover Scuba Diving
4. Leisure Dive
5. Open water diver course (3hari; PADI)
6. Advanced Open Water Course
Angan2 sebelum diving |
Sangat menarik la, insyallah tahun depan kalau ada masa and peluang nak datang sini buat license. Nak cuti lama-lama sekali. Relax kat Kiram Village.
Owh, sempat snap si mata biru |
So lepas puas berborak, tiba la masanya untuk pulang!! Sangat seronok and received alot of informations!!
Balik ni kami duduk belakang sekali, tak ada pulak melambung-lambung macam time datang tadi. Patut la aku tengok tadi orang belakang relax je, sebab tak rasa apa pun. Rasakan pulak yang duk depan tu, melambung-lambung. Tambah pula abang tu boleh lak buat bermacam-macam skill drift atas laut!...hahahaha, nama pun pengalaman! Terbaik!!
Tembam gile anak tourist dr China ni |
Sampai jeti dalam kol5 petang. Mula-mula ingat nak jalan kaki je balik hotel. Tapi tetiba hujan, so tahan la teksi RM12 sampai hotel. tak ada la jauh mana pun dalam 3km jer..hok aloh....
Malam ni dah janji dengan pakcik Nuar(yang kt pulau tadi) dia nak belanja kami makan dinner tu..hehehehe.. rezeki lagi. On je la, orang nak belanja kan. Kol8 kami jumpa kat Jalan Tun Fuad Stephen. Ada dua tempat makan seafood kat sini, yang satu dekat pasar Filipino tu. Lagi satu jalan depan sikit sebelah Pasar Besar KK. Seafood kat pasar filipino tu memang penuh dengan orang dan penuh juga dengan asap nye!!! ya ampuunnnnn, gimana mereka bisa duduk makan disitu dengan asap penuh memenuhi ruang?? And makanan kat situ mahal dari sebelah Pasar Besar. So, kami jalan kaki sikit pergi pasar besar sebab pakcik Fuad cakap malam semalam dia dah makan sorang kat situ pastu tak habis..hahaha..
Kami makan udangsambal besar2 seekor sorang dh cukup, sotong goreng tepung, ikan siakap sweet sour, kailan ikan masin, apa lagi ea? aku rasa tu je.. kena dalam RM100 rasanya.. ke tak sampai lebih kurang la...orang belanja kami telan jer.. memang ada yang tak habis sebab tak boleh masuk dah. Terima Kasih Pakcik Fuad...hehehe...
Expenses Island Tour:
Tour 3 Island+Snockling = RM41
Breakfast = RM4
Take away Lunch = RM4
Mineral = RM2
Buah Sapi Island = RM2
Chickadees= RM8
Teksi (Return)= RM12
Entrance Fee= RM3
Total Per Person= RM76
Sambung-------------->>> Kota Kinabalu: Part 3
No comments:
Post a Comment