Sunday, September 22, 2013

Kota Kinabalu: Mansopiad Culture Village

Assalammualaikum....
Welcome back!!
Entry kali ni aku nak story sikit pasal Mansopiad Culture Village. Di KK ada lagi satu culture village iaitu Mari-Mari Culture Village, lebih banyak lagi rumah-rumah tradisional suku kaum di Sabah. Tapi, disebabkan entry fee dia mahal(RM80), so kami pegi la Mansopiad ni je.

Entry Fee : RM30 (student with student card)
tapi time tu ada discount just RM20 je fee dia..

Apa yang ada kat sini??? Jom jelajahhh..!!~~

Sampai-sampai je kena la register dulu kat kaunter ni ye. Bayar entry fee RM20(with student card).
Awal lagi time ni, show start kol9.30 pagi. So kami jalan-jalan la, amik-amik ganbar sekitar sini.

Kaunter

Welcome





Cara buat tuak


Lepas pusing-pusing jap, mula la tarian kebudayaan tu.. alamak!! Kami berdua je time tu..ekeke.. mereka ajak kami menari bersama. adeh, susah jugak ea. Ingatkan senang.. Bukan main lembut lagi movement they all, aku?? Keras macam robot!..hehe

Ni dewan persembahan tu

Pentas

Tarian mengikut suku puak
hensem yang kanan sekali tu ;p

Tengok tatu dia


Lepas habis persembahan

Salah seorang dancer
Dah nak habis show tu baru mereka ni sampai.. ala, lambat la dorang. Show dah nak habis..hehehe
Tourist dari UK.
Lepas je habis culture dance tu, seorang staff akan guard you all untuk pusing satu tempat tu dan beri penerangan tentang sejarah etc. Kami di bawa oleh staff yang bernama Adam Gilbert(kalau x silap)!! :) Mula-mula ingat pompuan, sekali lelaki dah..hehe..

Pintu masuk rumah Mansopiad


Adam Gilbert
Tengkorak original yang dipenggal oleh Mansopiad










Al-kisahnya, Mansopiad ni adalah pahlawan di kawasan tersebut.. dalam zaman 1800-an. Sejarahnya dia dah penggal kepala 42(kalau x silap) penjahat sewaktu berperang. Sebab tu dia diangkat sebagai pahlawan kerana keberanian dia. Zaman dulu, kalau perang bukan sebab apa, perang dengan kampung sebelah sebab mereka malas kerja, lepastu curi pulak beras kat kampung orang. Tu yang dia marah tu dan berlakulah perang. Dan kalau korang tengok kepala yang tegantung tu, tu lah kepala original yg Mansopiad dah penggal..

Aiseyy, naik bulu roma aku wey! tiba-tiba aku pandang sekeliling, kot-kot ada kepala terbang ker..larikkk!!
hehe.. lepas tu dia terangkan lah setiap 4tahun kot dia akan buat upacaya pemujaan tengkorak-tengkorak tu supaya dia tak kacau anak cucu dorang. yang pic-pic perempuan tu adalah ketua suku tu pada masa tu yang dan dia perlu menjadi ketua semasa upacara tu berlansung. Jangan terkejut mereka buat upacara tu 7hari tujuh malam tanpa henti. aku tanya, tak penat ker? adam kata ada yg ganti, tp ketua mereka kadang-kadang 2hari tak berhenti. sebab dia kuat sebab dah ada spirit masuk badan dia.. katanya.. aku cuma angguk kepala tanda faham.hehe

Kenapa perempuan?? Sebab zaman dulu perempuan byk free time kat rumah berbanding lelaki, so perempuan ni banyak belajar cara-cara dia dari orang lebih tua. Dan tahun 2002 adalah tahun last mereka buat upacara tu sebab dah tak ada ketua yang nak meneruskan lagi upacara tu. Adam cakap mungkin sebab zaman dah maju, ramai anak cucu cicit dah modern and ramai gak yang tak percaya lagi pasal kepercayaan tu. So time last tu, si ketua dah beritahu siap-siap yang tu upacara last, lepas ni takkan ada lagi upacara pemujaan tu. Yelah kan, kalau logiknya memang dah tak ada la kan, lagipun area tu bukan hulu sangat pun, dalam 20mnt ke dari bandaraya KK.. tapi Adam emosi sikit bila dia cakap ramai keturunan sekarang even tak pandai cakap kadazan pun. Tu yang dia kecewa sangat. So kiranya, Mansopiad ni akan hilang sebangai sejarah dan mungkin akan ditelan dek zaman satu hati nanti..

Ok, seterusnya kami ke tempat macam mana nak buat tuak, proses dia, nak proses beras macam pic kat bawah ni. Tadi kami dah jalan dah kat sini, so tak lama terus pegi tempat seterusnya.

Ida macam reti jer.hehe
 Yang kat bawah ni rumah tradisional mereka. Jom tengok apa ada kat dalam ni. :)

Rumah tradisional masyarakat mereka

Sorry, lupa apa maksud ni

Macam ni la lebih kurang dalam rumah mereka

Pakai kayu api ok!

Tempat simpan air

Tempat duduk pengantin

Cuci kaki sebelum masuk rumah.
 Ha, part ni paling best. Time ni nak kenakan Ida sebab dia geli dengan ulat ni. hahaha.. ulat ni makanan dorang boleh cari dalam kayu mati. Tetiba tekak aku kembang, huhu.. Aku paksa Ida pengang gak. Ayat aku, "bila lagi nak rasa da, pengang la cepat. Lain hari tak dapat dah pengalaman macam ni".. Mula-mula mati-mati dia tak nak, mati-mati gak la aku paksa. Last2 dia pengang gak!..hahaha.. macam tu la!

Jemput makan saya

Pengang da, jangan tak pengang
 Last sekali kami, try peralatan tradisional mereka. Macam Ida buat kat bawah ni nak sumpit-sumpit,. First time try benda ni, yang bestnye aku x ada la hembus kuat sangat, tapi panah tu laju gile kuar berdesup.


Sampai sekarang aku confius mcm mana dia leh stay mcm tu

Punya la payah nak naik

Aku lastik muka kau bah!
Lepas tu habis la penjelajahan kami disini. Kami terus pegi jembatan gantung tu, amik2 gambar. Takut wooo...


Begitulah alkisahnya di Masopiad Culture Village ni.. Lepas ni kami kemana? Jom!!


No comments:

Post a Comment