Sunday, September 8, 2013

Kota Kinabalu: PART 3 (Nature)

Assalammualaikum semua!

Sambungan dari entry Part II, hari ni kami meneruskan kembara kami ke Kundasang! Ini tempat yang si Ida nak sangat pergi. Perjalanan ke Kundasang memakan masa lebih kurang 2jam bergantung kepada keaadaan cuaca. Ida yang drive sebab kereta Auto,aku tak reti!!...waaaaaaaaa... Tapi sekarang aku dah reti ye..hihihi..

Lepas solat subuh, kami checked-Out dan memulakan perjalanan.. Kami Sewa kereta Produa Viva, malam tadi akak tu hantar pada kami. Senang je berurusan dengan Kak Maya ni. Aku book sebulan awal, tu nasib baik dapat sebab ada orang cancel. Rezeki kami.

Details Kereta Sewa Kak Maya:
No Hp: 019-8325485
Ida tengah buat operasi pembersihan
Rate sehari semalam RM100 untuk Viva Auto, ok la kan... Kira murah dari yang lain. Kami sewa 2hari 2malam kira RM200 la kan. Kalau sewa 3hari ada diskaun, tak pasti berapa.. Kalau nak tau call la Kak Maya tu ye.

Perut lapo, tapi pagi-pagi ahad ni tak ada pula breakfast.. Perjalanan untk dari town kejalan Kundasang kami ikut guna GPS . Kalau tak guna GPS agak confius gak aku rasa. Kami singgah Shell isi petrol RM40. Tengok la berapa lama tahan. Dalam perjalanan kami nampak kedai makan tepi jalan, Pagi-pagi minggu ni ramai la makan kedai. tapi tak ada nasi lemak,etc mcm kita biasa kt sini. Yang ada hanyalah ala-carte yang berat2 la.. mihun sup.. mak ai!!

Apa nak buat, masuk kandang kambing mengembek,masuk kandang harimau mengaum.. so order la mee goreng telur mata. Stock makan dinner ni..hihihihi...

Total sorang dalam RM7 dengan teh tarik. Boleh tahan mahal..hmmm...
Kat situ ada Giant macam mini market Speedmart 99 jer. Kami beli maggie cup satu sorang, biskut dan air untuk stock. Ok, selepas tu jam pun dah menunjukkan hampir kol10.30 pagi, kami pun gerak la.

Dalam perjalanan kami tetiba aku nampak signboard Rumah Terbalik!Eh, Ida.. berenti2!!! Terus berenti tepi jalan. Nasib sempat. Ha, ni la yang kami nak singgah. Nak tengok apa ada, orang kata wajib tengok. ok, jom masuk!!

Sighboard dari tepi jalan

Alamat
Kalau you all student, berguna korang bawak student card you all. Student charge kat sini RM10 juga tapi kami dapat voucher air free, ambil di cafeteria. Nak tau dapat air apa?? Baca sampai bawah la,.....

So dibawah ni pemandangan rumah terbalik. Mengikut ceritanya, rumah terbalik ni berpunca pada seorang budak yang nakal. Tu je aku faham, yang lain aku tak pasti sama ada tu semua rekaan ataupun memang benar. Waalahualam.....

Semua benda kt sini terbalik
Sebelum nak masuk kena ketuk gong ni dulu. Lambang apa aku dah lupa. Dan sebelum nak masuk rumah salah sorang perlu ketuk pintu tu 3x. 
Gong je tak terbalik
Tandas terbalik

Kuat tak aku??
Amboi anak dara ni, bkn main!

Berkebun dengan keadaan terbalik. Anda boleh? Ida boleh!!hehehe

 Ha, lepas habis keluar dari rumah tu, kejap je pun dalam 10minit. dalam tu tak ada apa, and barang semua modern la gak.Hmmmm.. no comment. Lepas tu aku beli FM rumah terbalik Rm9.90! Aiyak! aku fikir bkn selalu datang je, so aku rembat la satu. Macam-macam ada, TShirt, mug,frame sume ada.

Lepas souvenir shop, terus ke cafe! Taraaaa.... Dapat air Chocolate shake!.. ingat air teh O ais mcm budak tadi. Ok, la berbaloi..
Chocolate shake
Perjalanan diteruskan lagi.. wah, jam dah dekat kol12.. aiyak!.. tak pe la, pelan-pelan kayuh. Bukan nak kemana pun hari ni. Perjalanan sampai ke Kundasang dalam 2Jam setengah disebabkan jalan yang berkabus. Time tu hujan pulak, dan kebus sangat tebal. tak nampak jalan. So Ida drive slow2 je, dah la jalan bengkang bengkok. Ada orang kata kalau nak ke Kundasang jalan sangat bahaya dan bahaya drive sendiri. Perlu ada tour yang bawa. Tapi bagi kiteorang boleh je nak drive sendiri, tahap kesukaran tu cuma dalam 50% je.. Ida yang nampak lembut macam tu pun relax je drive, takkan kalau guy x boleh kot kan.hehehe.. saje je nak membakar. :p



Alhamdulillah, kami sampai ke pekan Kundasang lebih kurang kol1 tengahari. Pekan kundasang ada KFC ok. Jangan main2..hehe.. Selepas tu kami tanya adik kat situ mana nak pegi Desa Dairy Farm, sebab kalau ikut map Kiram's Village yang kiteorang nak stay malam ni tak jauh dari situ. Adik tu cakap, terus jalan ni kak, dalam 20minit. Wahhh, jauh gak tu. Tak pe, dalam hujan lebat tu kami teruskan perjalanan.

Pemandangan kat situ Masyallah, sangat la cantik!! Kebun sayur, padi huma, strawberry, bunga, cantik smeuanya!!!... Dengan ikut signboard kami pun sampai la ke Desa Dairy Farm, dalam hujan lebat tu kiteorang decided nak singgah gak tengok apa ada. Sebab awal lagi baru dalam kol1.30.
nak masuk bayar RM4pp ye. Bkn 1kereta.

Aku ada kt New Zealand

Pekerja Ladang

Speechless


Selepas beli susu, kami pun pegi la check in, tak sabar ni. Dah sejuk. Nak tahu cerita selanjutnya, better korang baca DISINI.

Expenses untuk hari ini per person:
Petrol: RM20
Maggie Cup: RM2.50
Air: RM2.00
Biskut: RM3.00
Breakfast: RM7.00
Kereta Sewa: RM100
Toilet at Kundasang Town: RM0.30
Lunch Kiram Village: RM7
Kiram Village rate 1nite: RM40
Desa Dairy Farm: RM4.00
Dinner: Free orang belanja

Total per person: RM185.80


No comments:

Post a Comment