Thursday, September 5, 2013

Kota Kinabalu: PART 1 (Culture)


Assalammualaikum....

Hi, kembali lagi dengan new entry, Kota Kinabalu!! :)

Kali ni aku pergi berdua dengan ida a.k.a ida fyda..hehe.. kami dah beli ticket time AA sale bulan February seari lepas aku beli ticket ke Phuket hari tu.Return ticket kami dapat RM110(return) tak masuk baggage lagi. Last minute kami beli baggage and pre-book meals so tambah RM25(15kg KL-KK) + RM35(20kg KK-KL) + RM12 nasi lemak Pak Nassir so total RM152/person for return flight. Still murah lagi..hehe..

Flight kami pukul 6.35pm, ida tak ambil cuti so dye gerak dari office dia kt Putrajaya kol4.30pm. Sampai airport dalam kol 5.15pm.. kami terus check in baggage dan masuk. Lambat 10mnt baru take off. Tetiba lapar, kami beli meals yang tinggal Nasi Lemak Pak Nassir. Ala, nasi lemak lagi, nanti balik pun dah booked nasi lemak gak. Tak pe la,hentam saja la labu. Price Nasi Lemak RM15+RM3 mineral = RM18. So, tips better korang pre-book makanan jimat RM5 sebab free air. Kalau korang rasa lapar la, kalau tak tak yag la beli pape. Jimat. hehhehe.. 

Aku dan ida
Kami touched down pukul9pm.. Punya la ramai orang sebab flight dari Singapore sampai sekali. Tapi kejap je, kami diberi satu resit pas masuk ke Sabah, so korang kena simpan resit tu. Return time balik nanti. Keluar je kami terus cari kereta sewa. Sebab dah malam tinggal satu je tempat kereta sewa tu. Kos untuk viva manual 24jam RM120. kami mintak RM110 gak, last2 dapat so masuk insurans RM18 total kena bayar RM128. agak mahal la sebab kereta sewa yang kami dah sewa utk hari ke 4-5 cuma RM100 je seari. Tapi, ha ada tapi pulak. 

Tips- Kalau korang amik kereta sewa kt airport ni korang kena letak deposit lagi RM200 dan dia akan pulangkan balik time korang hantar balik kereta. Kalau tak, bayar guna Creadit Card so tak perlu deposit RM200.  So aku tak ragu2 terus guna creadit card je, aku sangsi dengan deposit RM200 tu. Banyak tu!.. Ingat tips ni!

Lepas tu kami isi minyak RM30!! guna RON97 lak tu. patut la ada kete tu tadi tak nak masuk pump tu, Nasib badan la. Kami tak penah naik viva manual, so tak tau budget. Kami terus ikut map yang bro tu dah bagi nak ke Aristo Hotel Putatan. Nape kami pilih hotel ni? Sebab hotel ni paling dekat dengan Monsopiad Culture Village dan Lok Kiwi Wildlife Park yang kami akan pegi keesokkan harinya.


Lokasi hotel ni agak stategik sebab sebelah tu je ada Burger King. Wah maju gak kawasan ni,hihihi.. Apa comment aku pasal hotel ni? korang tengok kt SINI.

Keesokkan harinya kami bangun awal dan terus checked out. Kami nak kejar culture show pukul9am. Kami lapar kot, sebelum tu kami tanya dekat ladies kat receptionist tu kalau ada kedai untuk breakfast area tu, malagnya dia kata tak ada. Yang ada cuma mamak bawah tu jer. Mamak? Alamak, ngam la aku dengan ida memang tak berkenan langsung.huhu.. Tak pe la, cari nanti mana tau ada kedai ke on the way pegi Mansopiad tu. Kami jumpa orang jual kuih muih tepi jalan kami pun patah balik sebab tengok gaya macam tak ada tempat makan je kat sini. Pisang goreng di pagi hari..hohoho.. 8pcs = RM1. Murah babe, kalau kat KL memang tak dapat la. Kami yang tengah kebulur time tu beli RM2 dengan kuih RM1. Last2 tak habis pun. Huhuhu... Membazir!Jangan ikut kami.


Kami sampai di Mansopiad Culture Village pukul8.30.. Masih awal, pekerja pun baru sampai. Kami register dulu dan ambil2 gambar.



Add caption

 Kos untuk student macam kami ni RM20/person. Di Sabah ni ada dua tempat culture village yang terkenal iaitu Mari-Mari Culture Village dan Mansopiad. Tapi disebabkan Mari-Mari tu mahal sangat RM80/entry so kami pegi je la kat Mansopiad. Lagipun boleh la tengok binatang sekali nanti. Dekat je kan. Tapi orang kata Mari-Mari tu best, next time la. Yang penting cuma nak tengok tarian dan memahami sedikit culture dorang. dah memadai. Untuk cerita lanjut tentang Mansopiad ni CLICK HERE!.

Tips: Bawa you all punya kad matric kalau still student! :)
Monsopiad Culture Village
Selepas tu kami ke Lok Kiwi Wildlife Park! Tempat ni macam Zoo.. Aku nak pegi sini sebab nak tengok Proboscis monkey (monyet hidung panjang) tu jer. Tempat lain nanti tak dapat tengok. Dan hasrat aku tercapai. Perangai mereka, sangat la nakal!!.. Nak tau apa dorang buat kat kami?? READ HERE!
Entrance



Selepas menghabiskan masa hampir sejam kat sini, kami pun bergerak menuju Kota Kinabalu Town!.. Masa 1.00 tengahari(Jumaat). Kat sini tak ramai muslim barangkali, sebab kami tengok sikit je orang keluar dari kawasan Masjid. Kalau kat KL dah jem-jem penuh tepi jalan parking kereta.

Ida kata, ada orang pesan kat dia kat sini kena makan fast food jer kat sini sebab makan kena hati-hati cz banyak non-muslim kat sini. Whattt? Fast food? memang tak la kan, datang sini nak try makanan tradisi they all.. banyak je kedai muslim,  dont worry.. bersepah-sepah kot, kita masih di Malaysia..hehehe

So lunch tu kami makan di kedai area Sinsuran. dari tepi jalan dah nampak sign board besar-besar ikan bakar ______ lupa namanya. Tp muslim restaurant la, kan dah cakap banyak jer..hehe.. Tapi yang tak bestnye makan ikan bakar seekor tu RM15. macam tak sedap jer.. tak rasa even dorang dah bakar balik(panaskan semula).

Selepas makan kami pun checked in di Sri Borneo Hotel area Sinsuran gak tak jauh dari tempat kami makan tadi. Kami dah booked awal-awal 3hotel di Agoda.com. Untuk ketahui lebih lanjut comment aku tentang hotel ni, sila LIHAT SINI!!

Punya la payah nak cari parking kat area Sinsuran ni. Kedai banyak tapi parking limited. Kalau korang sewa kereta, parking kat sini ada bayarannya ye. Mula-mula kami nampak orang pakai uniform tulis-tulis dekat kereta-kereta yang parking tu, aisey habis la kereta tu kena saman. Tapi lepas 2-3kali kami pusing tengok gaya macam bukan dewan bandaraya/majlis perbandaran jer? Rupanya orang tu akan tulis dari pukul berapa kita parking dan dimana lokasinya. Harga yang dicharge mengikut lokasi parking korang.lagi dekat dengan area kedai-kedai tu mungkin lagi mahal. Tapi sebab tak ada parking aku parked jauh silkit kat belakang kedai. Nasib la apa jadi pun, hope selamat. lagipun semalam ada beli insuran RM18 kan.huhuhu.. Dan aku nampak lelaki yang tulis-tulis tu dan aku pegi tanya berapa parking kalau kt tempat aku parking tu. Dia kata setengah jam RM0.70..aik, murah jer.. tadi orang hotel tu cakap sejam dlm RM3, hampeh tol.. Aku kena charge RM1.40 parking dalam sejam kat situ. Bayar dimana?? Haa, ada pondok-pondok kecil warna biru kt situ dan korang perlu bayar disitu. Ada dua orang wanita yg jaga time tu.

Penat punya pasal kami pun rest dulu, lepas solat kami keluar lagi nak habiskan minyak! Gila la, minyak masih ada 3bar. Sedangkan dia bagi kami dah tinggal nyawa-nyawa ikan je. Kami pusing sini ikut je singboard. Jalan jem kami patah balik, masuk sini lak.. Jalan jem juga kami patah balik lagi. Ni kes betul-betul nak habiskan minyak la ni. Tapi malangnya minyak tak turun-turun pun. tetap je 3bar sejak kami isi. Hampeh!!..


 Antara tempat yang kami pegi adalah Pantai Tanjung Aru. Ramai orang kat sini, penuh walau petang jumaat.. Macam hujung minggu, kalau weekend mesti lagi ramai kan. Amik-amik gambar kami kat sini, view sunset memang cantik.


Tinggi gile ida lompat..hahaha

Budak poyo memang macam ni

Oh, indahnya alam ciptaan tuhan


Expenses per person:
Kereta sewa- RM128/2 = RM64
Minyak Petrol : RM30/2 = RM15
Breakfast: RM2
Mansopiad Culture Village fee(student) =RM20
Suouvenir = RM5
Lok Kawi Wildlife Park =  RM10
Lunch = RM16 (bapak mahal-ikan bakar tah pape)
Parking = RM1.40 (bayar sendiri la,takkan nak tuntut gak 70sen..haha)
Air mineral Tg.Aru = RM1
Dinner kt Airport = RM10

TOTAL = RM144.40

Sambungan------------->>> Kota Kinabalu; Part 2


1 comment:

  1. BRANDON KK RENT A CAR SERVICES AT KOTA KINABALU
    -MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN KERETA SEWA SEKITAR KOTA KINABALU
    -KERETA UNTUK SEWAAN HARIAN,MINGGUAN @ BULANAN
    -KHIDMAT PENGHANTARAN PERCUMA KE AIRPORT @ HOTEL
    -KEADAAN KERETA YANG BERSIH DAN MEMUASKAN
    -DISKAUN DIBERIKAN UNTUK SEWAAN LEBIH DARIPADA 3 HARI
    -HANYA SALINAN I/C & LESEN DIPERLUKAN

    ATOS PRIMA 1.1 (A) RM100 (24HOURS)
    MYVI 1.3(AUTO) - RM100 (24hours)
    SAGA BLM 1.3 (AUTO)- RM100 (24hours)
    SAGA BLM 1.3 (MANUAL) - RM100 (24hours)
    NEW MYVI 1.3 (AUTO) - RM120 (24hours)
    SAGA FLX 1.3 (AUTO) - RM120 (24Hours)
    NISSAN URVAN 3.0 14seater RM250 (24hours)
    ----------------------------------------

    UNTUK MAKLUMAT LANJUT,SILA HUBUNGI @ SMS @ WHatsapp @ WeCHAt @ CHATON
    WEBSITE - * www.kkrentacar.com
    EMAIL - * brandon@kkrentacar.com
    SMS/CALL - * Brandon - 013-8999-242

    ReplyDelete