DAY 8 (10 SEPTEMBER 2014)
Entry ini adalah sambungan Entry Osaka-Nara
Hari ini adalah hari ke lapan aku di Japan. Aku akan meneruskan pengembaraan ini ke Hiroshima. Perjalanan kesana mengambil masa lebih kurang 2jam dari Osaka dengan menaiki Sakura Shinkasen (covered by JR Pass). Kalau tak ada JR Pass cost adalah 10,440Yen (RM315) one way!!
Lokasi pertama adalah Miyajima Island. Island ini terkenal dengan Floating Torii Gate.Miyajima juga merupakan a romantic place to go. Memang romantic pun. Yang ini aku setuju, sebab ada cerita romantic pasal aku dan tutttt kat sana.. ehemmm..ehemmm..
Perjalanan menaiki JR local train ke Miyajimaguchi station lebih kurang 30minit. Mula-mula aku tak confident betul ke aku naik train ni. Aku tanya dekat guys sebelah aku. Mereka tak fasih English just yes!Yes! tah apa yang ko Yes kan? hahaha.. aku duduk dalam train ni. Ala, dah la tak ada map dalam train ni. Lama dah ni, banyak dah station berhenti. Bila nak sampai station yang betul?.
Tak lama lepas tu Officer pun sebut kita akan tiba di Miyajimaguchi Station. Owhhhh, betul la aku naik train ni. hahahaha... ramai rupanya nak turun kat sini. Semuanya berjalan menuju ke port.
![]() |
Map dari Hiroshima Station |
Train ke Mayajima Station |
Miyajima Ferry Port. Ikut arah itu. |
Miyajima Ferry Port |
Breakfast aku |
Bye Miyajima Ferry Port |
Sayup-sayup dari jauh Torii Gate |
Dah nampak jelas sikit dah |
Makin dekat ni, maknanya dah nak sampai |
Itu dia Torii Gate!! :) |
Ini lah ferry yang membawa penunpang ke Miyajima Island |
Selepas 10minit Ferry yang membawa kami pun tiba di Miyajima Island. First skali kena ambil map dekat information counter. Kemudia meneruskan perjalanan ke arah Torii Gate.
Yang bestnya kat sini ada si rusa yang comel.. Rusa kat sini lagi manja dengan pelancong berbanding yang di Nara park. Tapi korang kena jaga-jaga dengan mereka. Kenapa? Keep reading..
Rusa-rusa bila nampak aku mereka semua jalan menuju ke aku. Eh, asal dorang datang dekat kat aku ni? Pelancong lain pun pelik dan sengeh je tengok rusa itu semua mendekati aku. Lupa lak aku bawa plastic makanan aku beli kat 7E tadi. Aku elak-elak tak bagi dorang grab makanan aku. Aku lari dorang kejar ikut je mana aku pergi.. Aikkk, dorang ni kan. Main kejar-kejar lak dengan aku. Aku minta orang kat situ ambil pic aku. Tengah duduk berposing sekali zasssss, dia grab map aku!.
Ehhh... lepas itu map tu terus dia makan! semua yang ada kat situ melopong je. Huh?? Rusa ni makan kertas?? Glluuuppppp... dalam 3saat je lesap dah map itu dia telan. Siap kawan lain datang nak berebut lagi. Tapi apakan daya rusa tu cakap, "weeeikkkk aku dah telan dulu dah. korang lambat.." dduusshhh...
Sedaya upaya dia cuba nak grab map aku |
Sedap kau makan map aku kan |
Korang bayangkan lah kalau korang tengah pegang pasport, lepas tu tanpa korang tahu yang rusa ini jenis makan kertas dia grab passport korang dan terus koyakkan dan telan sekali gus pasport korang itu!!!! bayangkan!! Nangis tak??? Meraung wooooo... menangis air mata darah pun korang takkan dapat balik passport korang itu. hahahahaha... so careful dengan mereka yang nakal-nakal ni ea.. :)
Muka orang tak bersalah. dah la tak mintak maaf..huh |
Lepas itu aku bangun dan makan lagi satu Onigiri aku sambil jalan. Itu pun dia duk ikut aku. Sampai tourist yang lain gelakkan aku. Penat aku cakap kat rusa itu dalam Malay "oit, bagi aku makan. Ni aku punya. Bukan ko, aku lapar ni".. tapi apakan daya, rusa itu memang jenis tak faham bahasa melayu. Geram aku! Hahahaha..
Dah bagi makan bukan nak selfie dengan aku! |
Seberang sana adalah Hiroshima |
Big Shrine |
Ini dia Torii Gate |
Peace sikit |
you are cool girls |
Torii Gate |
Lepas itu aku berdiri sebelah dia. Aku tengok kiri kanan, macam sorang je mamat ini. Aku senyum-senyum kambing kat dia. Alahai kawai nya mamat ini. hahaha.. Lepas itu aku memulakan bicara..
Aku: Anoooo, are you alone??
Guy: Yes. sambil senyum manisss punya. hahahaha
Aku: owwhhh, i see. Japanese?
Guy: Yes, Japanese.
Aku: Owhhh, which part in Japan?
Guy: Tokyo.
Aku: Owhhh, i been there last week. :)
bla~bla~bla~bla~..
Walau tak berapa fasih tapi ok la, maybe sebab dia kerja kat Tokyo so boleh la borak-borak best sikit. Aku cakap kat dia, jom pusing tempat ini sekali. Dia pun on jer.. Hahaha.. korang nampak tak kisah romantic dah bermula antara aku dan dia di Miyajima Island. :p
Tak pernah aku malu-malu kucing macam ini. |
Kemudian kami berjalan masuk ke Itsukushima Shrine. Ia merupakan Shrine yang terapung diatas air. Fee masuk adalah 300Yen (RM9). Owhh, nama guy yg kacak tadi tu Ibuki. So kami memang jalan bersama la selama di Miyajima Island.
Ticket |
Kalau nak cuci tangan dulu |
Floating Shrine |
Pics bawah ini yang dekat macam jeti ini kena Q tau ambil gambar. Lama pula itu. Tapi aku nak ambil gak. Awek-awek Jepun ni asik usha aku dengan dia je. Apesal? Jeles? hahaaha..
Lepas itu kami menuju jalan keluar. Ada box yang goncang-goncang itu kan. Dia goncang dapat No.4. Lepas tu dalam kertas itu tulis dia suka shopping, good work and dia akan jumpa kawan baru. Dan dia akan dapat GF baru.. "Peerrghhh", aku cakap macam tu. Kiteorang berpandangan sesama sendiri dan gelak sama-sama lepas itu.Pandangan yang penuh makna. Aku cakap dalam melayu, "ha aku lah jodoh ko itu".. hahahaha.. dia tanya "huh?What did you said"? "ehhh, no. Nothing. I said that sounds good for u" :) sambil senyum-senyum kambing. ekekekeke... ko nampak kegatalan ulat bulu dah naik daun aku itu?hahaha.. gurau-gurau je. weeikkk..
Dan stop cite menggatal aku.
Cuba korang tengok tanglung kat bawah ini. Tanglung ini ada kisahnya sendiri. Bukan suk-suka mereka nak gantung tanglung ini kat sepanjang shrine ini tau.
Corridor Lanterns
The hanging lanterns along the corridors were first dedicated by Terumoto Mori, a grandchild of Motonari Mori. The lanterns of those days were made of casting iron and the shape was different from what it is today. They are now stored in the Treasure Hall.The present lanterns were made of bronze in the early 1900, which were modeled after those of 1366.
Corridor Lanterns |
Noh Stage |
East and West Corridor |
Aku tepuk dia dari belakang, tanya mana dia hilang? Tak, dia kata dia pun mencari-cari aku mana aku hilang. Hahaha.. aku nampak tu dari jauh tadi. Berbunga-bunga hati aku. :p
Ada satu Pagoda disini. Tak larat dah aku nak naik.
Dibawah ini adalah port terbaik untuk ambil gamabr kalau pergi dalam group. Dan Rusa-rusa itu pun akan senang hati nak bergambar dengan mereka sekali. Tak dipanggil or di paksa pun. Rusa itu macam tahu je gambar dia akan disemadikan di dalam album setiap pengunjung itu.
Nampak rusa tu posing sekali? |
Mereka ini nak pergi ke arah Torii Gate tu |
Lepas tukar-tukar LINE ID, name card lepas itu kami pun berpisah disitu. Alahaii, bye hensem! hehehe
Jetty nak balik ke Hiroshima |
Hantar lagi sekeping ke Germany, yg lain pi Malaysia |
Train ke Hiroshima |
Waktu menunjukka pukul 2.30pm. Sempat lah aku nak cover dua tempat ini. Aku akan pergi ke Atomic Bomb Dorm dan juga Peace Memorial Park. Bas akan bergerak mengikut jadual. Aku tunggu lebih kurang 10minit dan bas pun datang. Tambang bas ini adalah Free dengan JR Pass ataupun 200Yen untuk sekali naik ataupun juga 400Yen untuk One day pass. Boleh lah korang naik sampai lebam.
Hiroshima Meipuru-pu |
Takoyaki yang Yummy!! |
b Dome. Ini adalah satu-satunya bangunan yang masih kukuh ketika bomb atom di jatuhkan oleh tentera US di Hiroshima pada tahun 1945 dulu.
Ramai orang kat sini, tapi tempat ini sunyi sepi macam tak ada orang. Semua orang senyap, suasana sangat pilu. Aku berhenti, merenung rangka bangunan ini. macam terbayang-bayang apa yang berlaku disini lebih kurang 70tahun lepas. Ye, Jepun banyak menyeksa rakyat datuk nenek kita di Tanah Melayu dan juga rantau Nusantara. Tapi itu tidak bermakna hampir 300,000 rakyat yang tidak berdosa perlu terkorban dalam satu-satunya kejadian pengeboman menggunakan kuasa bom nueklear Atom yang mendatangkan kesan yang sangat dasyat sekali sehingga lah ke hari ini.
Atomic Bomb Dome |
![]() | |||
Kiri Nagasaki, Kanan Hiroshima - Ehsan: Mr.Google |
sadis |
Sejarah Hiroshima |
Aku harap aku faham apa yang ditulis |
Runtuhan bangunan |
Gambar ini diambil sendiri hasil connection Wifi - Iphone |
Yang baiknya macam mana mereka bangun dan berkembang maju kembali dalam masa yang singkat?! Work hard! That is Japanese yang patut kita contohi. Dalam masa yang singkat lepas kejatuhan mereka, mereka bangun terus! Maju jauh meninggalkan kita yang sebenarnya sama saja jarak tempoh masa pembangunan itu.
Perut dah berkeroncong. Aku buka bekal Brahim's dan nasi yang aku beli di supermarket malam tadi. Apa lagi, layan makan sambil menikmati pemandangan Atomic Dome tu. Sedap Brahim's ni. Nyesal aku bawak Yeos tu. janji lepas ni tak nak pakai Yeos dah.
My late lunch |
Next, aku meneruskan langkah ke seberang jalan.
Museum |
Memorial Park |
Aku sempat nak balik ambil bas jam 5.32pm.Sampai di Hiroshima Station terus naik Sakura Shinkasen ke Shin Osaka. Alhamdulillah, sampai ke Osaka semula. Asalnya aku nak terus balik ke hostel. tapi bila aku tgk map dalam train tadi aku fikir why not aku ke Universal Studio dulu. Takut esok tak sempat. Lagi pun JR Pass aku last valid sampai mid night ini saje. Gunakan sebaik-baiknya.
Ok, lets go to Universal Studio Japan!!
EXPENSES DAY 7 :
1. Takoyaki : 140Yen
2.Mineral : 110Yen
3. Stamp : 420Yen
4. Poscard : 330Yen
5. Air : 138Yen
6. 7E : 220Yen
TOTAL : 1350Yen (MYR41.00)
No comments:
Post a Comment