Friday, September 5, 2014

JAPAN - Last Day in Tokyo!!

DAY 3 (5 Sept 2014)

Assalamualaikum...

Hari ini hari ke tiga aku di Japan dan juga hari terakhir aku di Tokyo.
Mengikut perancangan semalam aku akan cover beberapa tempat yang tak sempat aku cover semalam. Antaranya:

1. Tokyo Disneyland
2. Imperial Palace
3. Akihabara Electric Town
4. Shibuya Crossing
5. Tokyo Tower
6. Hard Rock Cafe Raponggi

Pagi-pagi aku dah bangun, mandi dan terus check out. Time aku nak check-out tu budak dorm aku sorang pun tak bangun lagi. Aikkk... Dorang ni tak nak jalan ker? Sedangkan dah pukul 8.30. Nak tidur je? huhu.. tak apa lah, so memang tak sempat nak say good bye kat dorang. Dah lah malam tadi aku tidur awal.

Korang tengok la gambar bawah ini, luar dah terang dah tapi dalam masih gelap gelita. Kang aku pedajal korang dengan selak langsir tu baru tau. Mesti kena maki kan?? Hahahahaha
 

Aku akan pindah ke Khaosan Ninja yang lokasinya agak dekat dengan Tokyo Station and ada dua JR station yang dekat dengan hostel tu. Khaosan World bukan tak ok, ok je. Tapi lokasi dia jauh dengan JR station. Rugi lah kalau tiap kali nak bayar subway kan. lagi pun hostel tu baru. So far kalau nak baca pasal review hostel Japan ni korang boleh klik SEE REVIEW.

Aku dengan bawa dua beg yang berat dekat 20kgs tu nak jalan ke JR station yang terdekat. Perghhhh tak jauh lak. Staff hostel cadangkan aku jalan dalam 15minit ke station tu. Mula-mula aku fikir jalan 15minit tu lama kot. AKu boleh burn 50cals tau dengan beg besar depan belakang lagi dengan beg camera lagi. Yang aku ni pun tak nak fikir panjang leh lak ikut pi jalan kearah JR Asakusa station. Memang jauh gila lah kan. AKu dah semput gile!

Perjalanan nak ke Khaosan Ninja
Dalam perjalanan tu aku dapat satu call. Aik, nombor yang keluar tu nombor Japan. Siapa lak orang Japan yang call aku ni? Koji Ooya takkan lah, aku save nombor dia.

Aku pun jawab la dalam tercungap-cungap tu. Dia introduced diri dia tapi aku tak berapa nak dengar. Owwhhh, rupanya Volunteer Guide aku semalam kat Edo Tokyo Museum. Dia cakap semalam aku bagi tahu dia aku nak ke Meiji-Jingu pastu dia cakap yang Meiji-Jingu tutup sebab pasal kes denggi tu. Aku mungkin tak dapat masuk tempat tu. So mungkin aku kena tukar plan aku. Laaaah, yeker?? Arigatou gozaimas!! See dia sanggup call aku ambil nombor hp aku dekat name card yang aku bagi dia semalam. Owh, aku terharu.

My Volunteer Guide when i was in Edo Tokyo Museum
Akhirnya aku sampai Asakusa Station.. Perghhhhh dan aku pun naik terus ke Station Asakusabashi.

Dalam perjalanan ni sebenarnya aku ada bertanya dengan makcik ni aku nak pergi ke Asakusabashi Station, so kat mana Asakusa Station?? Dia kata dalam bahasa Jepun ayam itik terus je depan tu stationnye. Lepas tu dia kata Asakusabashi blablablablabla(japanese) walk 10minutes.. huh? dia suruh aku jalan lagi 10minit?? Sumpah aku tak larat dah. Ni dah macam latihan tentera tau tak. Aku tunjuk dia bag pack aku yang besar gile ni lepas tu dia cakap lagi sambil tunjuk diri dia blablablablablabla dan tunjuk beg dia pulak.. gluuuppp!! aku rasa dia nak cakap dia dah tua bawa bag gak tapi masih kuat jalan. adeehhh, makan dalam!!... Aku terus senyum kerang busuk sambil cakap Arigatou Gozaimas sambil tunduk dan terus aku berlalu.. kalau lagi lama makin banyak aku makan dalam nanti. Hahahaha... adehhh, contohi la mereka ita, warga emas tu.. :)

Tak lama lepas tu aku jalan lagi dan aku pun jumpa satu station. Aku sebenarnya tak tau tu station apa tapi aku dah tak larat dah aku masuk dan tunjuk map kat officer tu. Dia cakap blablabblabla dan terus cakap houndreet eghtiie yen! (180yen) daaaa... Aku pun terus pergi kat machine and touch "English" - "Train ticket" - "180yen" masukkan duit dan chhiieettt, keluar ticket kecil ni.


Aku ingtkan station ni JR line, rupanya tak. Kalau macam tu baik aku naik Subway sebelah hostel aku tadi je! tak yah lah aku menapak dengan anak gajah aku ni jauh-jauh. ni dah kira mengurangkan tenaga aku yang aku nak pakai selama ,9hari ni. Aku inga staff tu kata kalau Asakusa ni murah sikit dari Subway. Aku ingatkan banyak la beza rupanya 40Yen je. 50sen! Chiitttt... geram lak aku. Tapi tak apa fikir positif. Dapat gak aku exercise pagi-pagi buta ni kan. phhuufffhh...

Akhirnya sampai gak aku kat Khaosan Ninja ni.Aku disambut dengan muka yang sangat mesra dari Staff yang bertugas. Dia terus cakap Siti?? Then aku pun dah tau tengok aku dengan hijab ni pun dia dah leh agak aku lah Siti Rozita dari Malaysia tu. Then dia terus cakap Apa kabar?? Ehhh, pandai cakap Malaysia? aku terus cakap Khabar baik.. Arigatou.. Wahhh, aku dah tau berapa rate aku nak bagi bila review dekat HostelWorld.com nanti. :)


Lepas bayar balance sebab booking via hostelworld aku cuma bayar 12% je. Nak baca pasal review aku boleh BACA SINI.

Time tu dah pukul 10am korang tau tak. Aku cakap aku nak ke Tsukiji Fish Market. Dia kata kalau time macam ni dah tutup dah, tak ada apa kat situ. Errmmm, aku nak ke Meiji-Jingu pun tutup gak. Apa lah nasib ni. So aku cakap aku nak ke Tokyo Disneyland dulu. Nak bergambar je pun and beli apa yang patut. Hehehe..

Dari Asakusabashi Station aku ke Tokyo Station dan terus ke Maihama Station. All fully covered by JR pass. if not, the cost is ¥310 (RM9.30).

Mahaima Station
Tokyo Disneyland Dari Mahaima Station


Aku punya excited la kat sini macam lah aku nak masuk kan. Hahhahaha... aku tengok ramai orang mengusung language. Untung lah boleh duduk kat hotel sini. huhuhu.. Aku jalan-jalan ambil gambar je kat sini. Tak nak buang satu hari aku macam tu je. Masa itu emas lagi pun aku tak berapa minat dengan Theme Park ni tambah mahal lak tu. Baik aku masuk museum or pergi mana-mana kan.

Welcome to Disneyland!

Mood semangat bergambar
Belum masuk dalam lagi guard pertama dah ada orang check beg kita. Adeh malas aku nak buka ni. Dan aku pun mula buat perangai sengal aku sambil arahkan beg aku kat Security Officer tu. "Open yourself".. hahaha officer tu macam blur-blur and muka tak percaya cakap "sorry" dia buka sikit je dan terus tutup balik. "Arigatou Gozaimas" dia kata.. Aku pun gelak-gelak sengih kerang busuk cakap "Gomennasai (sorry)" sambil tunduk sikit. Hahaha adakah aku dikira biadap sebab aku tak nampak pun ada orang suruh officer tu buka sendiri beg. Hahahaha.. Maaf aku tak sengaja, tindakkan reflects aku. Apa pun dorang tak kisah dan masih mesra.. :)

Ini lah security check tu



Korang nampak kan enterence belakang aku tu dalam gamabr atas ni? Officer kat situ lah aku mintak tolong dia ambilkan gambar aku. Niat dihati aku suruh dia ambil dari dalam je, tapi dia tengok kiri kanan dia keluar dari enterance tu. Dia ambilkan gambar aku siapa suruh posing lagi. Lepas tu dah lah kan, takkan aku nak lebih-lebih lak..Tapi dia pergi ke arah aku dia suruh aku stand lak depan enterence ni.. dia yang gerak jauh. Sanggup wey, terharu aku!. Arigatou!! :) Dia siap bye2 lagi time aku nak blah. Ni aku rasa kalau aku lama sikit silap-silap aku leh dapat masuk free tak eh? hahaha... jangan mimpi lah ita...

Korang tengok la harga dia leh dapat 2helai HRC T-shirt


Budak ni merajuk menangis. Parents dia tengoh pujuk
Yang kedai bahagian dalam ni tak ada benda sangat




Berimaginasi lah anda
Last sekali aku masuk kedai Sourvenir tu. Banyak benda jual dalam ni. Harga dia senyum je la kan. Sebatang pen pun harga RM20.

Aku belikan T-shirt untuk niece aku yang 2 tahun tu, lebih kurang RM45 sehelai. Yang ni aku rasa worth it.
Selain tu aku beli fridge magnet tu pun RM23 sebijik. Tu paling murah tau.

Kedai souvenir tau ni
Banyak T-Shirt dalam ni
Macam ni harga dia RM70 sehelai
Pen ni range harga dalam RM20 sebatang. Senyum lah kalian




















Selepas habis berjalan dan shopping ala kadar tapi lama gak aku kat dalam tu, aku pun bergerak ke Imperial Palace. Dari Mahaima Station ke Tokyo Station. Cost if not covered by JR Pass is ¥220 (RM6.60)

Bila sampai Tokyo Station aku lapar la pulak kan. So aku beli makanan kat gerai-gerai kecil tu. Aku cakap kat staff dia

" Watashiwa buta niku tabimasen"
"Watashiwa arukoru wo nomimasen"

sebenarnya hanya ayat ini yang aku hafal untuk memudahkan aku makan. So memang berkesan. dia tunjuk aku dua makanan.
Staff:  "Fish". ok!!
Aku:  "which one delicious?" dia tak faham, aghh sudah..Lepas tu aku ulang, " Which one nice? sambil aku keluarkan hp and check apa delicious dalam Japanese.
Aku: "Oishi?" sambil aku tunjuk dua-dua tu. lepas tu dia pun cakap
Staff: "hhhaaaaaa"(maknanya dia dah faham aku tanya apa" lepas tu dia tunjuk satu pack then dia cakap    "only Tokyo Station"..
Aku: "with rice?" sebab ikan tu dah tutup semuanya.. "Gohan?"
Staff : "haippp" sambil angguk
Aku: "Asokaaa" then i take this one. Sambil tunjuk satu set bento tu yang ada ikan besar.

Harga?? hehehe.. RM35/set bento.

Before
After
Aku pun berjalan keluar dari Tokyo Station ikut sighboard Imperial Palace. Ada park kat situ. Hijau jer rumput dia ramai orang relax sambil lunch picnic kat situ. Maybe orang-orang office area tu duduk kat situ. Aku dah tau dah mana aku nak mencekik nanti. Aku nak jalan pergi Imperial Palace dulu. Balik kang baru aku duduk relax kat situ. Aku pun jalan la dibawah panas terik yang amat sangat. Summer la katakan. Memang sunburn la muka aku.


Tapi Imperial palace punya pasal aku pun redah gak. Bila aku sampai kat situ aku tanya dekat security tu mana palace nye? Dia kata palace tak boleh nampak, hiding dengan pokok-pokok.

Aku: "I wanna go the the palace, Where is the Enterence?"
Security: "No, you can not enter!"
Aku: "Can't enter??" Why? "Could i enter the Palace?"
Security : "No, you can't". "not for visit"
Aku : "So where's the palace??"
Security: "You couldn't see". "Hiding"
Aku : "Hiding?" "Are you serious?" lepas tu aku faham yang dia cuba nak cakap palace tu tak dapat dilihat dari arah tu sebab banyak pokok-pokok.
Aku: "So, which part of the palace i can see?"
Security: "You go there". "Bridge"

 Aku pun cakap "Arigatou" dan berlalu dengan muka confious.

* actually the real conversation was not so easy as above. Still a bit ayam itik. hehe

 Lagi pun aku tengok muka security tu dah macam nak bengang je sebab aku beriya nak masuk. Hahaha.. Adeh, baru lah aku tau yang Palace tu kediaman rasmi Maharaja, so mana boleh masuk. Sama la macam Istana Negara kan??

Mati-mati aku ingat tempat untuk melawat macam museum ke pe. hahaha adoiii, panas terik aku redah ni.
So aku jalan la lagi pergi ke arah yang security tu cakap. Ada la beberapa group tourist dari China bergambar gak kat situ. Aku dengan muka yang sangat excited mintak mereka tolong ambilkan gamabr aku. Hahahaha... padehal bergambar dengan jambatan je kot. Chiitt...

Tu dia yang aku jalan dengan gigihnya dipanas terik
Good la sangat kan
Agaknya ni jambatan puteri raja main lari-lari kot

Aku tak nak buang masa aku pun blah. Dah lah jalan dengan hati yang sedikit kecewa, entah macam mana aku boleh terpeleot lak nye depan serombongan pelancong dari China. Adoiiii sakit wey, ni batu punya pasal lah ni. Siap ada sorang tu tanya, "Are you ok??" then without proper reaction i just said, "i'm ok. No worries. I'm fine. thanks!"

Nasib aku sempat tahan dengan tangan kalau tak mau jatuh tersungkur! Dua kali malang dah kat tempat ni. Cepat-cepat aku blah lah..

Then sampai park tadi aku cari port untuk makan. Pe nak heran, duduk makan je lah. sambil makan aku siap leh buat video lagi. Semua aku dah upload dalam YouTube aku.

Dan kalau korang nak tahu ikan yang aku cerita tadi adalah belut!! perghhhh, tu pun aku tak tau sampai la malam tu colleague aku cakap yang tu belut.. patut la lembut jer, first time aku makan belut wey. Tapi sedap gak tak ada bau pun. Hahaha.. apa susah dah telan dah pun.



Lepas makan aku lepak-lepak jap. Layan view. Tenang je park ni. Baru aku perasan yang aku punya battery camera dah flat and lagi satu battery aku tak bawa. Battery hp aku ni pun dah nak flat gak. Agghh sudah. ni ada yang kena balik hostel dulu ni. Lalu aku berjalan semula melangkah dengan gigih menuju ke arah Tokyo Station semula,.

Tokyo Station
Aku pun gerak balik hostel. Sambil tu aku fikir nak pergi Akihabawa Electric Town. Nak cari Lego untuk anak buah aku. Aku pun pergi sana. Banyak gila game kat sini. Semua Game. Aku ke bangunan yang disarankan oleh hostel aku. Lupa lak namanya.

Menuju Akihabara Station
pemandu. Tapi semua Auto
Antara barang yang hot waktu ni
Sejam gak aku di Akihabara Station ni sebab Lego banyak gila. Then aku pun rambang mata nak pilih mana satu. Aku belikan anak buah aku harga dalam RM50 tapi bila sampai Malaysia aku tengok kat Jusco harga dia RM109!! Mak aiihhh... nasib aku beli. Berbaloi-baloi..

Seterusnya dari Akihabara Station aku menuju ke Shibuya Station! Aku dah janji dengan Koji-Ooya nak jumpa dia kat Shibuya area je. Lama aku kat sini aku buang masa tengok orang melintas Shibuya Crossing tu. Korang tengok Tokyo Drift kan? Macam tu la ramainya orang. Aku pun tak tau dari mana datangnya orang-orang tu. Tiap kali mesti full semua penjuru orang nak cross jalan. Orang kat sini tak ada nak kedepan-depan sikit ke pe kalau lampu hampir-hampir hijau. Mereka akan stay belakang garis kuning sampai la trafic light tu betul-betul tukar hijau baru lah dorang gerak. Kalau kat sini, memang hmmmmm.... fikir sendiri la ye.


View dari Starbucks

Tunggu lampu hijau

Then salah satu empat yang patut korang lawati adalah Hachiko Monument. Korang tau kan kisah Hachiko ni, anjing yang setia pada tuanya. Hachiko akan hantar tuannya ke Shibuya Station ni setiap pagi dan datang balik petang itu untuk menjemput tuannya. Malangnya pada satu hari tuannya Professor Ueno diserang sakit jantung di Universitinya dan meninggal dunia. Hachiko anjing yang setia datang semula ke station petang tu dan mendapati tuannya tidak kunjung tiba. Dan kerana kesetiaanya dia duduk dan terus menanti kepulangan Professor Ueno di station itu sehingga 10 tahun lamanya dan hingga lah ke akhir hayatnya. Adik beradik Professor itu cuba untuk menjaga Hachiko, tapi dia tadak mahu dan melarikan diri terus ke Station Shibuya itu semuala untuk menanti tuannya. Dia takut bila tuannya balik, dia tiada disitu. Peniaga-peniaga yang berada disitu yang memberi Hachiko makan setiap hari.Sedih kan...

Hachiko


Staff tu tau cakap Indonesia
Hachiko, hanya tinggal kenangan
Dalam aku sibuk-sibuk tangkap gambar Hachiko ni tetiba aku nampak ada orang Malaysia!.. Aku senyum je lah, then aku datang dekat.

Hi, Malaysian ke?
Aah, Malaysian.. Sambil berkenalan and salam-salam..
Dengan sapa??
Sorang je..
Hah, sorang je? Beraninya.. Travel berapa lama?
9hari. Tapi hari ni last kat Tokyo esok pergi Takayama. Eh, jom ambil gambar sama-sama.

Malaysian di Shibuya!!
Yang muka macam japanese versi pakai tudung tu student kat Tokyo. So kawan-kawan dorang datang la jalan-jalan. Untung la korang ea, student lagi dah jalan jauh-jauh. hahaha...

Aku pun ikut la dorang jalan-jalan sambil borak-borak. Dah sampai negara orang kalau jumpa orang Malaysia gak tak payah la sombong ye. Banyak aku baca blog, orang cakap pergi oversea, bila jumpa orang Malaysia pandang pun tak nak. Hahaha.. nasib aku tak macam tu. Bermesra lah kalian jangan sombong kan.. tak kemana.

So aku kawan dorang yg study kat Japan tu bawak kiteorang pergi naik Starbucks. Dari tadi sebenarnya aku nak masuk. Tapi segan dan aku tengok confirm tak ada kerusi kosong kat area tu. Aku pun apa lagi, pucuk dicita ulam mendatang. i follow!!~~~

Aku snap la puas-puas amik video bagai. Lepas tu kiteorang say bye-bye.. buat haluan masing-masing. Aku terus disitu tunggu Koji-Ooya..

Kat Shibuya ni ada WIFI free.. Kena masuk shopping mall dekat dengan Hachiko Monument tu and tunjuk passport korang. Khas untuk pelancong sahaja ea. Tu pasal aku leh upload pic LIVE hari tu. hehehe..

View malam.. Lagi ramai orang!!
Pukul 7.15pm Ooya-san dah terpacak depan aku.. Weyyyy.. lama tak jumpa dia. Last bila dia datang Halton Malaysia buat inspection kt factory tahun 2010 dulu. So aku memang dah bagi tahu dia yang aku nak pergi Tokyo Tower and HRC Raponggi. Dia tanya aku asal tak pergi Tokyo Skytree sebab tu yang baru dan ramai yang pergi sana. Aku cakap sebab aku nak pergi HRC and Tokyo Tower ni dekat dengan HRC. Dia belanja aku fee naik sampai special observation ¥800pp. Enjoy view dari atas ni ye.


Is it London Bridge?? hehe
No filter!!
Ada misterinya kat Tokyo Tower ni bila mereka jumpa Bola Baseball misteri yang ada kat atat puncak tower tu. Just korang imagine, siapakah yang perkasa yang boleh pukul bola tu sampai ke atas tu... mesti gagah perkasa macam Power Rangers kan. hehehe


Selepas tu kami ke HRC Raponggi. Naik teksi je, tak sampai pun 10minit. Charge RM30 tak silap. Yeker?? tah, Ooya-san yang bayar. Aku follow je. Hahahaha

Ooya-san cakap Raponggi ni lah satu-satunya tempat yang bukan Truly Japan. He said, "Rozita, you don't make wrong. This is not Japan!!".. hahaha.. memang pun kat sana banyak orang negro. Takut aku sebab Dadah!! Mana lah tahu dorang masukkan dadah dalam backpack aku ke. Benda tu yang paling aku takut kalau travel ni. Tak kisah la travel solo ker, ramai-ramai ke. Bukan racist ke pe, tapi kenyataan. Tulah satu-satunya tempat kat Japan yang aku pergi aku leh jumpa Negro. Dorang jaga semua night club kat situ. Orang dia saja. Serammm.. dan aku masuk HRC beli T-shirt yang member and cousin aku kirim.


Aku usha je dulu tengok harga and aku watsapp dorang bagi tahu harga and gambar. Sambil tu kiteorang dinner kat depan seberang jalan tu je. Ada restaurant Odon kat situ. Tempura!!.. My favorite!!..

Tadi aku tak rasa lapar, bila dah sampai je aku dah lapar. Ooya-san orderkan aku Udon Tempura sebab tak ada pork and alchohol. Sedap wey tempura dia fresh!!
My dinner
Tak habis pun, last-last Ooya-san habiskan. Ekekeke.. tak baik membazir tau. Dia makan pun ada style dia sendiri. Perlu sedut mee tu sampai bunyi baru la rasa keenakkan dia. Aku nak try la gak buat, lepas tu dia gelakkan aku. Dia kata bunyi dah macam apa ker.. chiiittt... hahahaha..

Macam tak sopan makan berbunyi kan, tapi itu memang style mereka. Bila berbunyi tu ia akan bercampur dengan oksigen disekeliling dan itu yang menyebabkan makanan tu bertambah sedap. Hehehe..

Dan ikan fresh kat bawah ni aku tak tau ikan apa, ni first time aku makan ikan tak masak selain sushi. Kalau sushi ada nasi boleh telan lagi. Ini memang betul-betul tarak apa. Masuk mulut kunyah. Tapi memang tak bau dan sedap. Aku boleh makan 3pcs je. Lain Ooya-san setle kan. hehehe..

Tengah malam pun kerja
Resepi
Ikan Fresh
Udon
Lepas makan, kami berjalan semula ke HRC. Beli 5 helai sekali. Tapi aku boleh lupa lak nak bagi card HRC member rewards aku. Alahaiii, dah la banyak beli. Tapi lepas sampai Malaysia aku email customer support HRC bagi Purchased Number aku dan alhamdulillah dalam masa 24jam mereka dah masukkan semula point yang patut aku dapat. Yeaaayy!! Tq support!


Hard Rock Shop Tokyo
Ada sekumpulan orang Middle East nak beli baju macam nak beli ikan. Aku dengan Ooya-san mula-mula terdengar suara dorang kuat gila ada sebut satu word ni dalam bahasa dia. aku pun lupa dah word apa. Lepas tu mat salleh sebelah aku pun ajuk cakap dorang. Aku pun ajuk jugak word tu.. last2 satu shop tu sebut word tu sama-sama. Lepas tu gelak ramai-ramai.. hahahahaha... Korang emagine sendiri la, happening je macam semua member..

Man ni la yang start word tu. Kecoh satu shop. Haha
Tengok geng diaorang




5 Pasang!! HRC Tokyo
Lepas habis semua tu kami terus ambil subway menuju ke Tokyo Station. Time tu dah pukul 12am dah. Sempat ni aku nak sampai hostel before 1am sebab nanti dorang lock pintu and aku pun tak ada password.

Ooya-san hantar aku sampai Tokyo Station je sebab dia ada hal dengan customer kena pergi side. Korang bayangkan tengah malam pun kerja.. errghhh.. Lepas say bye-bye and Arigatou Gozaimasta.. aku pun terus ambil train balik hostel.

Daaannnn jam menunjukkan pukul12.30am. Bila aku keluar je dari train tu jalan dia punya la sunyi terowong bawah tanah tu. Dah la jauh jalan. Korang bayangkan la, kalau kat Malaysia memang tak selamat la girls jalan sorang-sorang tempat sunyi macam tu tengah malam.



Jam 12.30am
Alhamdulillah aku selamat sampai hostel and ambil kunci. Nasib bilik aku bawah tu je, tak payah nak naik-naik and toilet pun dalam tu. Esok pagi-pagi aku kena bangun sebab nak pergi Takayama nak catch first train pi Nagoya pukul 6.24am. So kena bangun dalam kol4.30.. Aku pasang alarm loud punya. lantak la, janji aku bangun nanti. Kalau tak burn la aku punya trip pi Shirakawa-go.

Ada cerita best pasal esok pagi... Pergghhh aku takkan lupa.

Continue ------------> DAY 4

EXPENSES DAY 4:

Bento: ¥1026 (RM31)
Subway: ¥180 (RM5.30)

Japanese Tea Drink: ¥160 (RM4.80)

Total: RM41.10

SHOPPING:
Disneyland : ¥2000 (RM60)
LEGO: ¥2250 (RM67)
HRC: orang lain punya tak payah la aku masukkan. Aku dapat free beli 4 free 1. hehehe..

Total: RM127






5 comments:

  1. Replies
    1. tak pasti la khairul sebab kawan tu yang belanja..hehe.. tapi total yg kiteorang makan sy nampak dalam RM140

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Sehelai baju hard rock brapa ek? Mmg buy 4 free 1 ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Standard price start dr 2800Yen-3500Yen excluding tax 8%.. yup, biasanya HRC memang buat macam tu, boleh check website HRC shop dulu before pegi. pergi under "Offer" and kat dalam tu ada list offer apa yg ada kt setiap HRC store worldwide. better printscreen offer tu sbb takut nanti staff cakap lain la. at least ada proof website ckp mcm ni..kan..

      Delete