Friday, September 20, 2013

Kota Kinabalu : Part 4 (Mountain)

Assalammualaikummm......

Ok, hari ni kita sambung perjalanan kita ke Desa Dairy Farm(kali kedua),Kinabalu Park, Hot Poring dan Sabah Tea!.. Sempat ker nak pegi semua tempat ni?? Redah je la..

Lokasi pertama kami adalah Kinabalu Park, lebih kurang 15minat nak patah balik kesana dari Kiram's Village. Sebelum tu, disebabkan keramahan bertanya, abang tu bagi tahu suruh pegi area Golf Club naik sikit dari situ. Owh, ada gak golf club kat sini ye, jangan main gile.. ingat tempat ni ulu sangat ker!hahahaha...

Lompat dulu, tak ramai orang lalu

View Mount Kinabalu from Golf Club
Ha, kalau korang nak duduk tempat lain, tengok signboard kat bawah ni. Banyak homestay, hostel dan macam-macam lagi kat area ni. Call je kalau nak.


Relax je dia lepak tengah jalan, korang boleh??

Salah satu jambatan nak ke Area Dairy Farm

Teringat kat Bukit Tinggi Indonesia
Buat kali kedua kami singgah lagi kesini.. Desa Dairy Farm!! Pergi banyak kali pun x pe, tak bosan pun. View yg sangat owesome!
 
Ada rasa macam kat New Zealand tak?? :)

Indahnya alam ciptaan Tuhan

Tinngi sangat panjat tu..

Selamat Datang ke Desa Dairy Farm
Ice cream ni kami beli kalay tak silap RM2.. ye kot.. kalau mix RM2.50.. lebih kurang gitu la.. Yang dalam plasick pink aku pegang tu Susu Chocolate fresh!!! :) Semalam tak dapat ari ni dapat,... Yeaayyyy..

Ice Cream Vanilla Fresh!!

Dah sejuk lagi mam ice cream
Seteruskanya kami meneruskan perjalanan ke Taman Negara Kota Kinabalu..
Masuk berapa ea??? RM4 per person tak silap.. alamak, ni la padah kalau update lambat2.. sume lupa. Cuba la rajin sikit update terus lepas pergi. Confirm ingat semua!..hehehehe

So, kami bawak kereta terus naik atas, bukan sampai puncak ea.. Jangan main gile! tak turun nanti kang..hahaha

Sampai tempat permulaan untuk mendaki.. apa yang kami buat di Nasional Park ni?? Meh BACA DISINI.





Pemandangan di atas ketinggian.......... ???
Selepas tu kami ke Poring Hot Spring pula..  Ada kolam air panas disini, tapi tak ada la besar sangat. Orang ramai tapi tempat sikit jer. Ramai lak tourist China and Korea.. Kami pegi rendam kaki kat hujung sekali sebab tu tak ramai orang and tempat tu air dia panas wey!!.. Aku rendam kejap jer, tu pun habis merah kaki aku. Kalau lama lagi dah boleh jadi betis rebus.. hahaha.. Sodap dipanggang!

Lepas tu kami jalan terus ke Canopy Walk. Bayar dalam RM4 kalau tak silap.. untuk lebih details pasal Poring Hot Spring ni korang boleh baca DISINI

 

Besar gile!!

Posing sakan minah ni..hehehe
Lepas penah mengeluarkan peluh, kami pun bergerak la ke Sabah Tea Garden.
Wow, biasa tengok jual kat supermarket je kan? Ari ni moh pi ladang dia pulak.. Mula2 GPS tak betul or aku yang tak betul?? Kami dah menghabiskan masa setengah jam sebab GPS tunjuk tah pape.. ada 2 tempat, aku pun tak faham.. Hahahaha

Agak jauh gak la tempat ni, kami sampai dah petang. Korang tengok la sendiri tempat ni, tafsir la sendiri rasa patut pegi ke tak ok!



Lepas tu dah kol6 macam tu.. Hampir gelap, kami pun bergerak pulang. Bismillahirahmanirahim.....

Pengalaman drive dari Kundasang-KK ni paling tak dapat dilupakan. Badan pun dah penat, jalan gelap gelita, bengkang-bengkok lagi. Just imagine la, aku nak main Hp pun nak update2 pun risau. Aku concentrated dengan pemanduan Ida. Aku tak habis-habis ingatkan ida supaya hati-hati. Nasib baik kabus tak terlalu tebal, rasa selamat sikit.

Ida drive dlm kelajuan biasa, slow tak, laju sangat pun tak. Bila ada orang kami rasa selamat sikit. Tapi bila orang tu(aku rasa orang tempatan tgk dari skill drive they all) potong kami dan terus berlalu pergi kami cuak balik. Apa yang kami risaukan???

Yelah, bukan tempat kita. Fikiran aku dah fikir bukan-bukan dah. Hope tak ada lah perompak ke stop kereta kami dalam keadaan yang gelap-gelita ni. Tak ada lampu jalan, aku suruh Ida pasang je lampu tinggi. Kalau selisih dgn orang pun kejap je, bia la dorang nak marah kalau silau, bukan jumpa pun dorang kan. huhuhu..

Suasana senyap,sunyi-sepi. Masing-masing tak bercakap. Hanya bunyi radio yang kejap ada keja hilang memecahkan hening dalam kereta kami. Tiba- tiba APA TU???? DARAH??!! tersimbah darah kami..... darah macam ada sesuatu diseret ditengah jalan. Macam baru. Yaallah, Ida!! Lori depan!!..sikit lagi kami nak terbabas amik jalan orang sebab tindakan reflect ngelakkan darah tadi. Time tu kat selekoh, and  tiba-tiba ada Lori hantu plak dari depan! Cepat-cepat Ida ngelak balik masuk line kami..perrghhhhh, gile la..

Aku: wey Ida ko rasa darah apa tu tadi? Terkejut aku siot. Dah la cuak2 macam ni nampak darah macam tu lak...
Ida: Tulah pasal wey, terkejut aku. Darah anjing kena langgar kot. sini kan banyak anjing tepi-tepi jalan.
Aku: Yelah kot, hmmm.. Buat cuak tol la.. Baca ayat kursi banyak-banyak wey.
Ida: Yelah, aku baca la ni dari tadi.

Yelah kita tak tau tempat tu keras ke, dah la gaung memanjang. Cuba bayangkan tiba-tiba ada CIK PON terbang ker.. waaaaaaaaa..... Ngeri babe. Astagfirullah halazimmm, jangan fikir bukan-bukan.

* Power kan ayat aku, boleh buat novel tak??hehehe

Alhamdulillah kami selamat sampai ke Hotel kami pada jam 8.30malam. Kami pegi makan seafood tempat ari tu, sedap wey.. Makan 2orang RM45.. yummy!!

Kami pun pulang kereta pada kak Maya dan dia hantar kami semula ke hotel, tak jauh pun dekat-dekat situ jer. Mandi, lepas tu boommm... TIDO!! Good nite, esok petang balik dah.. :)

Expenses:
Breakfast : RM5
Petrol : RM15 pp
Canopy walk: RM4
KK National Park&Hot Spring(free) = RM3
Lunch : RM7
Mineral : RM1
Poskad : RM1x2
Sabah Tea : RM30(borong banyak2)
Dinner seafood: RM25 pp

TOTAL: RM92.00




No comments:

Post a Comment