Saturday, September 13, 2014

Japan: Transportation

Assalamualaikum and good day!!

Entry kali ni aku nak share sikit info pasal transportation di Japan. Sebagai seorang traveller yang sentiasa tight on budget macam aku ni, transportation menjadi salah satu cost yang amat penting dan perlu diambil kira jika ingin melancong ke Japan.

Transportation ni bergantung kepada itinerary korang, berapa lama korang disana dan mana korang nak pergi. Di Jepun, train/shinkasen/Metro/MRT adalah pengangkutan paling popular dan efisen. Tak perlu risau pasal pengangkutan, yang penting ongkosnya. Hehehe...

1. TRAIN

JAPAN RAIL PASS (JR PASS)

Aku excited kalau nak cerita pasal JR Pass ni. Sebab sepanjang aku di Japan, segala pengangkutan aku ke setiap destinasi all covered by JR Pass. Ramai yang bertanya apa JR Pass ni? Mana nak beli? Macam mana nak guna? dan yang paling fames berbaloi ke?? Ok, kita start satu-satu ok.



1.Syarat Asas

Penting yang korang perlu ambil tahu adalah syarat asas JR Pass :

i. JR Pass perlu dibeli di negara asal masing-masing. Ia tidak dijual di Japan.
ii. Tukar Exchange order Pass tu dengan JR Pass apabila tiba di Jepun.
iii. Nama pada JR Pass WAJIB sama seperti dalam passport. Kalau ada "Binti" "Bin" "A/L" "A/P" buat sekali semua. teruskan baca anda tahu kenapa nanti.

2. Jenis JR Pass

Ada dia jenis JR Pass. Pertama "JR PASS" dan lagi satu "REGIONAL PASS".

i. JR Pass anda boleh menggunakan semua JR train diseluruh Japan termasuk Shinkasen. Tetapi tidak termasuk Shinkasen "Mizuho" dan "Nozomi" sebab bullet train ni tak covered by JR Pass. Dan kalau di Tokyo, subway not covered by JR Pass. Tengok je line JR line. Jangan risau most areas ada JR Line.

ii. Regional Pass pula merangkumi certain area sahaja. Ada banyak pass yang telah dibahagikan mengikut area tertentu. Korang baca disini sebab aku tak guna Pass ni. Ikut kesesuaian destinasi anda.
  • JR Hokkaido Pass
  • JR East Pass 
  • JR West Pass, (Kansai, Kansai Wide, Sanyo)
  • JR Kyushu Pass
  • JR Shikoku, All Shikoku Rail Pass

3. Where To Buy (Malaysia)

i. Walk-In

Ramai yang tanya mana nak beli JR Pass ni memandangkan tak boleh beli di Jepun? Kalau korang berada disekitar Klang Valley, korang boleh pergi terus ke JTB Malaysia,Menara Amoda, Bukit Bintang. Betul-betul bertentangan dengan Times Square. Naik ke Tingkat 5. Sila bawa passport sekali. Dan cakap pada staff yang kalian nak letak full nak macam sebijik dalam passport. 

Al-kisahnya, lepas balik dari Indonesia August hari tu, aku terus direct ke JTB dari airport. Senang tak payah mintak AL lagi. Staff yang layan aku tu staff baru. Lepas dia buat exchange order untuk JR Pass aku tengok nama aku tak ada BINTI. Aku tanya dia kenapa tak ada BINTI, and she said it doesn't matter. Sebelum ni pun mereka buat macam tu. Urrrmmm, aku confius jap sebab apa yang aku baca dari website JR Pass and blogger lain, memang kena ikut sama macam dalam Passport. Tapi as long as dia dah cakap macam tu aku pun kira tak apa la.

Bila dah sampai rumah aku tak sedap hati. Aku search kat google and IG #JRPass aku jumpa sorang girl ni punya pic. Aku comment tanya dia yg aku tak ada binti. Dia kata better pergi buat binti kalau tak nak lambat or leceh-leceh nanti sebab memang terms macam tu kan. Apa yang aku jumpa dlm google image pun sapa yang ada BIN/BINTI semua letak sekali.

Bukan orang Japan tu faham pun BINTI tu means the daughter of. Dia mesti fikir middle name kita. lagipun dah la mostly mereka tak boleh berbahasa English. Mau satu hal gak kalau mereka tanya macam-macam or jadi kes lak nanti. Dari buang masa and buat susah hati je baik aku tukar. Aku nak sebijik sama macam dalam passport!!Yelah cuba korang bayangkan kalaulah aku dah sampai sana lepas tu JR Pass yang mana merupakan nadi trip aku kali ni tak valid!Tak ke naya tu. Gila dah la transportation kat Japan ni mahal gila and aku dah booked semua hostel aku. Travel sorang lak tu. Sah, aku tak nak susah hati serabut kepala otak. Boleh ke aku tebus JR Pass aku ni? Valid ke tak ni? agghhh buat serabut je nanti hilangkan mood nak holiday.

Maka aku call JTB semula. Aku cakap ada Malaysian yang diambil passportnya waktu dalam train sebab JR Pass and Passport tak sama. Lepas tu officer train tu pulang balik lepas bincang dengana superior dia dan warned yang next time perlu sama dalam passport. hehehe.. pandai kan, kena pusing sikit padahal memang tak ada pun. Itu imiginasi rekaan aku sendiri. Maka mereka mintak maaf dan mereka buatkan satu lagi exchange order untuk aku. Maka aku perlu sekali lagi ke JTB untuk buat semula pass baru. Relax, jangan marah, cool.. Nak pergi enjoy kan.. Lepas dapat je yang siap dengan BINTI, ffuhhhhhhh, legaaa... Arigatou..


Before without BINTI
New one with BINTI
Lepas aku keluar dari office tu ada sorang uncle ni pakai smart mungkin berpangkat gak dalam JTB ni. Aku ingat cina tak pun Japanese rupanya Melayu. Dia tanya aku bila nak pergi Japan as dia nampak aku hold JR Pass. Aku cakap la JR pass asal aku tak ada Binti so aku datang sini betulkan buat baru. Dia sendiri cakap "eh, mana boleh tak ada Binti. kena ikut sama macam dalam passport. Japanese ni mana la tahu benda tu just means the daughter or son of. Mereka ingat middle name kita. Nasib you datang betulkan. Nanti i check dengan sales department make sure they all buat sama macam dalam passport." See thinking dia sama macam aku. Tapi aku tak tahu la kalau memang ada JR pass sesapa sebelum ini tak ada binti or bin tapi boleh je valid. Kalau ada, sila comment pls..

ii. Online
Selain itu juga korang boleh beli online dan pass korang akan dipost menggunakan FEDEX. Insyallah 3hari dah boleh sampai. Tapi mahal sikit la sebab ada charge dia dan dia menggunakan currency USD. Sila lah check berjuta kali nama dan nombor passport korang waktu isi form online tu, sebab kalau salah memang nangis lah. Tapi kalau salah jangan risau sangat, tak adalah duit dekat 1k korang tu burn macam tu aja. Korang boleh amend balik JR pass tu tapi kena charge 10% dari harga JR pass tu. Jangan membazir ye.

4. Price

Japan Rail Pass Nationwide (Most Famous)

Aku beli JR PASS NATIONWIDE 7-days Ordinary yang bernilai 29,110Yen. Waktu tu ikutkan rate aku dapat RM945.

Please note that the Japan Rail Pass can only be purchased outside of Japan.
Type of Japan Rail Pass Ordinary
(Economy Class)
Green
(Executive Class)
7-days Japan Rail Pass ¥ 29,110 ¥ 38,880
14-day Japan Rail Pass ¥ 46,390 ¥ 62,950
21-day Japan Rail Pass ¥ 59,350 ¥ 81,870
* Child(6-11years old), half of adult fare.
* Processing fee is apply for VISA and MASTERCARD.

Kalau nak tengok dalam RM, boleh KLIK SINI. Update setiap selasa..

Dan price yang seterusnya dibawah ini antara yang ada ditawarkan di JTB kena beli diluar Japan juga. Cuba la tengok kalau berbaloi dengan trip korang.

5. Berbaloikah??

Bab ini yang paling menarik. Ramai orang tanya "saya travel selama ___hari dan cover area ___,___,__ dan __ berbaloi tak?" Aku pun tak tau nak comment kang cakap berbaloi korang rasa tak berbaloi lak. Aku cakap tak berbaloi korang cakap nyesal tak beli JR Pass, kalau tak boleh save. issshhh, ni gadisbackpackernomad punya pasal la ni. Haaaa, kan naya tu. So aku listkan destinasi aku dah pergi dan siap harga dia lagi. Boleh la korang gunakan sebagai rujukan. Yang lain korang buat la research sendiri, tambah leh check dekat hyperdia.com.



Destination
Departure
Arrival
Cost ( ¥)
Khaosan World Hostel
Haneda  Airport(Monorail)
Hamamatsucho Station
470
Khaosan World Hostel
Hamamatsucho Station
Akihabara Station
160
Edo Tokyo Museum
Ueno Station
Ryogoku Station
160
Edo Tokyo Museum
Ryogoku Station
Iidabashi Station
160
Tokyo Disneyland
Asakusabashi Station
Mahaima Station
310
Imperial Palace
Mahaima Station
Tokyo Station
220
Khaosan Ninja
Tokyo Station
Bakurocho Station
140
Akihabara Electric Town
Asakusabashi Station
Akihabara Station
140
Shibuya Crossing
Akihabara Station
Shibuya Station
200
Khaosan Ninja
Tokyo Station
Bakurocho Station
140
Takayama
Bakurocho-Tokyo Station
Takayama Station
14,710
Kyoto
Takayama Station
Kyoto Station
9,250
Fushimi Inari Shrine
Umahori Station
Inari Station
460
Kiyomizu-Dera
Inari Station
Kyoto Station
140
Mikado Hotel
Kyoto Station
Shinimamiya Station
3,330
Nara Park
Shinimamiya Station
Nara Station
560
Mikado Hotel
Nara Station
Shinimamiya Station
560
Miyajima Island
Shinimamiya Station
Miyajimaguchi Station
10,550
Miyajima Ferry
Return

840
Autonomic  Bomb Dome
Miyajimaguchi Station
Hiroshima Station
410
Meipru-Pu Bus
Free Shuttle Bus

400
Universal Studio
Hiroshima Station
Universal City Station
10,230
Mikado Hotel
Universal City Station
Shinimamiya Station
180


TOTAL IF NOT COVERED BY JR PASS : ¥ 53,720
JR PASS PRICE : ONLY ¥ 29,100

Berbaloi kan??itu kalau korang nak buat trip macam aku la. Jimat masa sebab naik shinkasen so banyak tempat yang sempat cover. Bagi aku alang-alang dah ke Japan round sekali semua. Kalau nak datang sekali lagi entah bila tah kan, baik kita pergi tempat lain pula. So sekali dah datang kita kasi tawaf! :)


4. Dimana boleh tebus JR Pass di Japan?

Kalau korang naik AA turun Haneda, korang boleh tidur je di Airport. Esok pagi-pagi exchange JR Pass korang di JR EAST Travel Service Center dia buka jam 7.45am. Kaunter ni betul-betul sebelah monorail. Tak susah pun dari jauh dah boleh nampak. Sila beratur 5minit awal kalau korang tak nak beratur panjang. Nasib aku beratur dulu buka je kaunter aku tengok belakang dah panjang dah. hohohoho...

Disini lah JR Officer akan check nama korang satu-satu sama ke tidak dengan passport. Aku lupa lak nak tanya kalau tak ada binti boleh ke tak. Tapi tengok cara dia yang check satu-satu ejaan tu macam menunjukkan tanda negative. so faham-faham je lah. 

Stations with JAPAN RAIL PASS exchange offices
Station Office Service Hours
Mon- Fri Sat, Sun & Hols
Kushiro Travel Service Center 10:00-18:00
Obihiro Travel Service Center 9:00-17:00
Asahikawa Travel Service Center 9:30-17:30
Sapporo JR Information Desk 8:30-19:00
Travel Service Center (East) 10:00-19:30 10:00-18:00
Travel Service Center (South) 10:00-20:00
New-Chitose Airport JR Information Desk 8:30-19:00
Hakodate Travel Service Center 10:00-18:00
Shin-Aomori Travel Service Center 10:00-17:30
Hachinohe Travel Service Center 10:00-17:30
Morioka Travel Service Center
10:00-19:00
(Mon-Sat)
10:00-17:00
(Sun & Hols)
Akita Travel Service Center 10:30-18:00 10:30-17:00
Sendai Travel Service Center
10:00-19:00
(Mon-Sat)
10:00-18:00
(Sun & Hols)
Yamagata Travel Service Center 10:00-18:00 10:00-17:00
Fukushima Travel Service Center 10:00-18:00 10:00-17:00
Niigata Travel Service Center 10:00-19:00 10:00-17:00
Nagano Travel Service Center 10:00-19:00 10:00-17:30
Mito Travel Service Center 10:00-19:00 10:00-17:00
Narita Airport
Terminal 1
JR EAST Travel Service Center 8:15-19:00
Ticket Office 6:30-8:15, 19:00-21:45
Narita Airport
Terminal 2
JR EAST Travel Service Center 9:30-20:00
Ticket Office 6:30-9:30, 20:00-21:45
Haneda Airport International Terminal JR EAST Travel Service Center
(Tokyo Monorail 2F Ticket Gate/Arrival lobby)
7:45-18:30
Tokyo JR EAST Travel Service Center
(Marunouchi North)
7:30-20:30
JR-CENTRAL Ticket Office
(Yaesu Central)
7:30-20:30
Ueno Information Center
(Central Ticket Gate)
9:00-19:00
Shinjuku Information Center
( South Ticket Gate )
9:00-19:00
Information Center
(East Ticket Gate)
9:00-19:00
Shibuya Information Center (South) 10:00-18:30
Ikebukuro Information Center (Central Passage) 9:30-18:00
Shinagawa Information Center
(Central Ticket Gate)
9:00-19:00
JR-CENTRAL Ticket Office 9:00-19:00
Yokohama Travel Service Center 10:00-20:00 10:00-19:00
Shin-Yokohama JR-CENTRAL Ticket Office 5:30-22:30
Odawara JR-CENTRAL Ticket Office 5:45-22:30
Mishima Ticket Office (South) 5:40-23:00
Shizuoka Ticket Office 5:00-23:05
Hamamatsu Ticket Office 5:25-23:20
Nagoya JAPAN RAIL PASS Exchange Office 10:00-19:00
Ticket Office 6:00-10:00, 19:00-23:00
Toyama Ticket Office (South) 6:00-23:00
Kanazawa Ticket Office 4:40-23:00
Kyoto Ticket Office
(JR-WEST Central)
5:30-23:00
Ticket Office
(JR-CENTRAL Hachijo Shinkansen)
8:30-23:00
Shin-Osaka Ticket Office(JR-WEST East) 5:30-23:30
Ticket Office(JR-CENTRAL Central) 5:30-23:10
JR-WEST Travel Corner 9:00-20:00
Osaka Ticket Office
(Central NO.12,13)
5:30-23:00
Kansai Airport Ticket Office 5:30-23:00
Nara Ticket Office 9:00-20:00
Sannomiya Ticket Office (Central) 5:00-23:00
Okayama Ticket Office 5:00-23:00
Yonago Ticket Office 5:00-22:00
Sakaiminato Ticket Office 7:10-18:15
Matsue Ticket Office 4:50-21:30
Hiroshima Ticket Office 5:20-23:00
Shimonoseki Ticket Office 5:30-22:30
Takamatsu Travel Service Center 10:00-18:00 10:00-17:00
Matsuyama Travel Service Center 10:00-18:00 10:00-17:00
Tokushima Travel Service Center 10:00-18:00
Kokura Travel Service Center 10:00-19:00
Hakata Travel Service Center
10:00-20:00
(Mon-Sat)
10:00-18:00
(Sun & Hols)
JR-KYUSHU Ticket Office 5:30-23:00
Saga Travel Service Center
10:00
-19:00
(Mon-Fri)
10:00
-18:00
(Sat)
10:00
-17:00
(Sun & Hols)
Nagasaki Travel Service Center 10:00-19:00 10:00-18:00
Kumamoto Travel Service Center 10:00-19:00 10:00-17:30
Oita Travel Service Center 10:00-19:00 10:00-17:00
Miyazaki Travel Service Center 10:00-18:00 10:00-17:30
Kagoshima-Chūō Travel Service Center 10:00-19:00 10:00-18:00
 
Note: Some Travel Service Centers are closed during the New Year holiday period. Offices and service hours are subject to change or discontinuation without notice.

5. Bagaimana mahu menggunakan JR Pass?

Bila korang dah tebus JR pass korang, korang dah boleh gunakan pass ini macam biasa. Just lalu pada bahagian ofice tepi sekali yang ada officer dalam tu. Korang tunjuk je card korang, aku tengok dia tak check betul pun aku just tayang dalam sesaat je dia terus suruh aku jalan. Tajam betul ea mata korang check validity pass tu. hahaha...


JR Pass
Start 4th Sept - 10th Sept 2014
Pass ini kalau korang ambil 7hari maknanya 7hari berterusan. Bukannya start harini, esok tak guna tak pe.Kira jimat sehari, lepas tu lusa guna balik. No!No!No!.. Dia stright je 7hari terus. Pandai-pandai la korang nak plan trip korang. Contoh start 4hb September habis 11.59pm 10hb September. 7 hari kan? :)

Begitulah antara info-info pasal JR Pass yang aku boleh share dengan korang. Selainnya korang cari la sendiri info guna en.google ye. :)


2. BUS

Seterusnya Bus! Antara transportation kedua utama di Japan. Kalau korang nak cover tak banyak tempat Bas adalah sala satu cara budget yang korang boleh gunakan. Ambil overnight bas pun korang boleh jimat 1malam accomandation.

Highway Bus

Selain Shinkasen korang boleh menggunakan Highway Bus untu ke satu-satu destinasi. Antaranya Takayama. Kalau Shinkasen cost adalah 14,710Yen/way (free dgn JR Pass). tapi kalau dengan bus hanya 6,690Yen sahaja. Masa pun lebih kurang naik train dalam 5jam juga.

Tapi korang perlu ke Station Bus di Shinjuku. Kalau naik train kalian mudah tak tercari-cari. Tepuk dada tanya selera. Kalau naik bas aku tak pasti kalau kita tertinggal bas boleh tukar time terus atau burn macam tu je or kena charge sikit. Yang itu korang research sendiri la ea.


Table dari Tokyo-Takayama.




Selain Takayama bas ini juga ada pergi ke Mt.Fuji, Matsumoto (Japan Alps). Lets say korang tak pakai JR Pass or dah expired ambil bass ni terus ke Mt.Fuji Fith Station. Jimat berbanding kalau korang naik train sebab kalau JR pass hanya cover separuh je, separuh lagi private train 1100Yen/way untuk sampai ke Kawaguchiko. Itu hanya sampai Kawaguchiko je, belum sampai ke Fifth Station yang merupakan point view paling dekat dengan Mt.Fuji. Dari Kawaguchiko nak naik ke sana kena naik bas lagi dengan tambang 2000Yen(return) lagi. Baik naik bas ni kan? Senang 2700Yen sampai terus ke 5th Station.


Willer Expess

Willer Express adalah antara bas yang utama yang menyambungkan antara Osaka-Kyoto-Tokyo. Kalau korang tak cover banyak tempat, rasanya kalau takat Kyoto-Nagoya-Tokyo naik bus pun ok. Jimat pun jimat. Tapi korang buat reseach dulu la ea. Kira total return ke pe semua. Berbaloi ke tak. Kalau dekat-dekat dengan JR Pass baik beli JR Pass. Banyak sikit tempat leh cover.
 
Contoh overnight bas dari Tokyo-Osaka hanya 5600Yen sahaja untu kerusi Standard.



 Kalau Tokyo-Hiroshima tambang dia 6000Yen paling murah. Untuk route yang lain korang boleh CHECK SINI.




CITY BUS

1. HIROSHIMA MEIPURU-PU

Bas Hiroshima sightseeing Loop Bus atau lebih dikenali dengan "HIROSHIMA MEIPURU_PU" adalah salah satu pilihan yang korang boleh gunakan untuk melawat kawasana sekitar bandaraya Hiroshima.

Bas ini boleh diambil bermula di Hiroshima station- ikut je signboard "Shinkasen" dan keluar di entrance dia. belok kanan, Q sekat bustop berhadapan hotel tu. Tanya orang kalau tak tahu :)

Bus ini adalah free kepada pemegang JR Pass. Kalau tidak one day pass adalah 400Yen ataupun one ride 200Yen.


Ambil di information counter. Dalam bas dia bagi yg merah tu
 Dibawah ini antara tempat yang dia akan berhenti. ada dua route bas. sila study sendiri ye.
Paling fames sekali adalah Atonomic Bomb Dome dan terus berjalan ke arah Hiroshima Peace Memorial Museum.



Bila nak balik/ambil semula bas merah tu korang tunggu tepi jalan depan  Hiroshima Peace Memorial Museum tadi. Dekat air pancut macam gambar bawah ni. Tak ada bustop cuma satu tiang signboard bus merah tu.





Nak tahu lebih lajut study sendiri, aku dah bagi intro ni.. selamat membuat research,.. :)

2. NOHI BUS (TAKAYAMA-SHIRAKAWAGO)

Macam apa yang aku cerita dalam Entry Keindahan Alam Shirakawago selain dari ikut tour J-Hopers korang boleh pergi sendiri dengan menaiki Nohi bus ni. Tambang return adalah 4420Yen as table below.
Kalau lepas ke Shirakawago korang nak teruskan perjalanan ke Kanazawa tambang adalah 1850Yen. 


Tambang bas dari Takayama-Shirakawa-Go
Nohi bus ini perlukan reservation, boleh juga beli online.
Below map is the covered area by Nohi Bus.
Ada dari osaka terus ke takayama or dari Tokyo pun boleh. Kalau korang nak ke arah Japan Alps boleh berhenti di MATSUMOTO ataupun ke TOYAMA. Toyama boleh terus ke Japan Alps, kalau Matsumoto kaki gunung and popular dengan tempat hiking.


Map Nohi Bus

Ada option lain kalau korang nak ke Shirakawago. Nohi bas ada menawarkan tour dari Takayama dengan fare 6700Yen. Tapi tour ni ada masa-masa dia. Sila check sendiri dengan lebh detail ikut time trip korang.
Tour ni termasuk local lunch. Rasanya tak berapa sesuai dengan muslim melainkan korang nak skip je lunch tu. Kalau J-Hoppers tour 3500Yen. korang compare la sendiri ye.





3. KYOTO CITY BUS

Bus adalah transporation utama di Kyoto. City bas warna hijau ni cover semua tempat sightseeing yang popular. One way tambang fixed 230Yen, tapi kalau korang beli 1 day pass hanya 500Yen. Korang boleh turun naik sampai lebam. Tapi kawasan yang jauh-jauh macam Arashima Bamboo tak cover dengan bas ni. Tapi korang boleh pergi dulu ke gold temple dan dari sana korang naik bas ni lagi ke Arashiyama Bamboo. Tapi kalau nak balik kena naik JR train la.

Boleh beli pass dengan driver bass waktu turun untuk trip pertama korang. Kalau dari Kyoto Station korang turun ke bus station depan main entrance.Bas station tak adalah besar, korang cuma perlu Q je kat roof tu ikut nombor bas macam pic bawah ni.


Bus station depan Kyoto Station
Bus di Kyoto sampai mid night

Seronok naik bas ni. driver pun peramah. Dia kan cakap Arigatou pada setiap penumpang bila nak turun. Kalau dia nampak macam bukan local je dia akan cakap thank you. Kalau ada 10penumpang nak turun dia akan cakap 10x lah..ehehehe..sangat tabah!


Sekian, semoga info yang dikongsikan dapat membantu! Enjoy travelling uolllss~


22 comments:

  1. Park nama kat sini.... tq for info...menarik tertarik deboom...
    one day nak ke jpn bleh guna.
    PZ
    BBM

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. wah... begitu detail sekali info. bagus2.. amat berguna in case one day saya nak ke sana. jepun pun salah satu negara yg teringin sagt nak pergi.. last sept dh berjaya backpacking ke korea :-)
    jemputlah baca kisah saya kt korea kt blog zinziemeewah.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, semoga info yang diberikan membantu semua.. :)

      Delete
  3. Ya Allah..nevesnya nak meredah jepun ni...nmpk macam mudah je...tapi agak mnyeramkan...

    ReplyDelete
  4. Ya Allah..nevesnya nak meredah jepun ni...nmpk macam mudah je...tapi agak mnyeramkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah semuanya ok je.. all the best ye! Japan selamat..

      Delete
  5. Yg hiroshima tu 1full day ke? Cm manrik

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah full day.. keluar kol7am... sampai osaka balik dalm kol8pm

      Delete
  6. Salam. Nak tanya so yang nama tu nak letak binti kat surname la kan. Sebelum nama bapa

    ReplyDelete
  7. salam, saya nak tanya, kalau saya just p tokyo saja selama 12 hari, perlu ka JR pass? sebab mmg akan berada dalam lingkungan tokyo ja..kalau ada certain2 tempat dalam tokyo yg memerlukan guna JR line, boleh beli single tiket kat sana x?

    thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tokyo shj tak perlu JR pass.. ambil pass metro/tokyo shj dah cukup.. :)

      Delete
  8. Salam..sy bru jumpa blog ni..btul2 byk informasi yg detail.. sy cuma nk tnye, andainye sy beli one way tiket jr pass dri osaka ke mount fuji, pstu one way dri mount fuji ke tokyo, boleh beli pass tu kt sane ke? Ke kene beli kt mlysia jgk? Sbb tgk cm kt mlysia jual 7days pass je plg sekejap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry, lambat reply.. JR pass hanya dijual di Malaysia. Boleh beli online, or office di menara depan time square or di KLCC & AEON Shah Alam..

      Delete
  9. Salam. Boleh emailkan full itinerary you kat Japan? nurnabilah1291@gmail.com thank you!

    ReplyDelete
  10. Salam,
    Macam mana nak pergi ke Osaka dari Haneda Int Airport pakai JR Pass? Sy pening bila tgk di Hyperdia, mana yg cover dgn tak cover guna JR Pass.
    Betul ke pemahaman saya ni :
    1-Tukar Pass terus booked seat utk naik Shinkansen.
    2- Naik Monorail ke Stn Shinagawa
    3- Di Stn Shinagawa baru naik Shinkansen (yg dh booked seat di Haneda tadi) ke Shin Osaka
    4- Spai Shin Osaka naik JR Kyoto line to Shinsanda dan turun di Osaka

    ** Shin Osaka tu bukan dh Osaka ke? hukk..peninn

    ReplyDelete
  11. Assalam nak tanya, JR ni waktu operasi dia 24 jam ker?

    ReplyDelete