Sunday, September 7, 2014

JAPAN - Pagi Minggu Di Takayama

DAY 5 (7 September 2014)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. :)

Entry Day 4

- Takayama
- Shirakawa-go

Jam 4.15am Azan Muslim Pro aku dah berkumandang. Aku keluar dan ambil wuduk di singki depan dorm. Nasib dalam dorm ni cuma 3 orang. Tenang sikit nak solat.

Selepas solat, aku tinjau keluar tingkap. Hmmm luar masih sunyi, tapi kejap lagi sunrise la tu. Tenang, aman damai betul Takayama pagi-pagi ini. Sebuah pekan kecil yang masih penuh dengan tradisi tetapi tetap modern mengikuti perkembangan semasa.Tak tahu nak terangkan macam mana suasana tu, yang pasti kalian datang dan rasai sendiri. :)

Aktiviti paling popular pada pagi hari di Takayama ini adalah morning market!!.. Wajib pergi kalau kesini. Antara sebab aku nak sangat ambil trip sebelah petang ke Shirakawago semalam adalah kerana aku nak buat morning walk disekitar kawasan Edo Period houses and morning market.

Morning Market
Edo Period Old Houses

Morning market tak jauh dari J-hoppers hostel semuanya within walking distance.
Ada tiga morning markets yang berlainan kawasan. Satu menjual barangan ceramic dan apa-apa saja barangan lama dan antik, lagi satu menjual sayuran dan buahan segar dan ketiga menjual cenderahati, makanan packs dan macam-macam lagi.

Lepas tu first time dan ini lah hanya sekali aku nampak anjing yang besar macam ni selama aku kat Japan ni. Kalau tak semua kecil comel je.  Bulu dia putih gebu macam beruang kutub.

Anybody know his species is?

Disini aku nampak penjual itu ada jual keychain. tapi semua yang rare dan tak ada kat tempat lain. Aku pilih yang lawa. Harga 100yen je lak tu. (RM3). memang tak jumpa lagi dah harga tu.

Ceramic Market

Lepas dari pasar seramik ni, aku pandang kanan, dan taraaaaaa.... Tu dia Edo period traditional houses. Waaahhhhh, rasa macam dalam cerita Oshin la. Bestnya...

Come and explore

Aku jalan menyusuri deretan rumah lama itu hati yang berbunga-bunga. Senyum sorang-sorang.Tak tau nak pandang mana satu.. rasa nak mata ada empat je sekarang ni. Dua kanan, dua kiri. haha..

Aku tak tahu macam mana nak terangkan kat korang, korang enjoy je la pics kat bawah ni yang akan membuatkan korang ternganga dan rasa geram je tengok!! hehehehe...

taraaaa... how happy i am!

Sinaran matahari pagi yang sangat menenangkan mata

Kalau lah aku boleh tinggal dalam salah satu rumah ini

Basikal milik owner rumah.
You can take a seat if you want
teringin rasa macam nak masuk


Madam ini offer diri nak tangkapkan gambar aku. Aku pun offer nak ambil gambar dia tapi dlm camera aku.hahaha
Add caption







Ini basikal local. Jangan rembat pula walaupun dia letak macam tu je






There is no word to describe how beautiful this land! You must come and see by yourself. I can bet, you would not regret!





Akhirnya aku sampai ke Morning Market yang ke-2. Ini yang banyak jual sayuran,bunga dan buah segar. Harga pun boleh tahan. Aku suka betul dengan anggur and tomato kecil-kecil tu. Fresh gila. Tapi tak boleh beli sikit, kena beli sekali satu bekas. Siapa nak makan banyak macam tu. Rasa nak je minta sebiji. Tapi malu la pula..hahaha..
Morning Market
Tugu berhadapan dengan pasar pagi
Harga standard seluruh Japan start from RM10
Eh, jumpa lagi dia ni.hehe
Selepas tu aku berjalan lagi ke arah Edo houses street yang lagi satu. tadi aku belok kanan kan.. Sekarang aku patah balik ke Ceramic Market tu dan masuk belah kiri pula.

Semua sama, masih cantik dan memukau mata. Street ni lebih banyak restaurant and kedai dari street yang lagi satu.

Rare!!
Basikal bukan untuk disewa
Comel gila! Rasa nak ambil je! hhaha


Jumpa lagi dilain kawasan
Aku stop depan satu kedai yang masih dalam Edo houses ini. Aku tengok apa penjual tu buat. Dia tengah bakar sesuatu. Rupanya dia buat rice cracker!. Wahhh, ni yang aku cari and nak try. Aku cakap ayat biasa la, no pork no sake/alchohol. Dia cakap semua tak ada pork or sake cuma yang satu ini special sebab ada soy sauce. Aku beli satu yang kecil nak rasa je. Aku makan dlm Shinkasen masa dalam perjalanan ke Kyoto. Errm, masin la.. maybe sebab soy sauce tu. huhu


macam ini dah Rm6




Hujung jalan itu, aku dah jumpa banyak kedai yang macam biasa tu. Lepas tu aku jumpa morning market yang terakhir ditepi sungai. Aku nak jalan sampai habis tapi aku tak tahu panjang mana la pula pasar tu.


jumpa lagi mereka ni. yang ni baru la dia nak posing.
 Jam dah menunjukkan pukul10.15am. Train aku ke Kyoto pada jam 11.24am. Aku kena balik cepat sebab aku tak kemas lagi barang-barang aku. Semalam aku keluarkan semua barang dari daily bag aku sebab kalau tikut beranak dalam tu pun aku tak tau, semua aku sumbat dalam tu. hahaha..

Sambil tu aku sempat singgah ke supermaket yang aku pergi semalam. aku jumpa lagi staff yang serve aku tu. Aku nampak anggur yang aku nak beli kat pasar tadi kat sini ada jual segugus je.. Boleh la aku makan dalam train nanti. Aku beli tempura, keledek dan pumpkin goreng. Kalau kat sini keledek 5 RM2 kalau kat sana 1 RM2.50.. baru ko tahu nak menghargai makanan kat negara tumpah darah sendiri??.. hahaha..

Tapi keledek dia sedap la, lembut and manis. Tepung dia pun sedap and rangup.

Anggur dia kecil and manis
Aku check-out jam11.05am. Aku berjalan ke Takayama Station dan Q di gate No.1. Alaa, apa susah, memang ada satu gate je pun. Hahaha.. aku tak reserved seat. Tak sempat.

Aku tanya kat lelaki ni, Ini line ke Nagoya ke? Dia cakap YES!.. dia nak berborak dengan aku tapi tak pandai English, so dia cuma senym-senyum kambing je la. hehehe

Train dah sampai.. jom naik!
























 Good Bye Takayama!! Akan datang lagi kalau ada rezeki. Insyallah... :

EXPENSES DAY 5 (PART 1)

1. Key Chain : 100Yen
2. Rice Cracker : 220Yen
3. Makanan Supermarket : 489Yen
4. Stamp : 280Yen
5. Postcard : 100Yen

TOTAL EXPENSES: 1186Yen (MYR36.00)



No comments:

Post a Comment