DAY 6 (8 SEPTEMBER 2014)
First sekali, sila lah abaikan seluar merah, baju pink dan tudung hijau menyala aku dalam gambar hari ni. Hahahaha... amma,appaa.. ini semua laundry punya pasal la. Malam tadi kan aku laundry sebelum tidur, tapi kepandaian aku ini aku basuh semua sekali. Dalam mind aku fikir tak pe, Baju HRC Tokyo ada. Lupa lak color pink..wakakaka.. aiyaaakkk...dah macam badut dah. Biar lah, janji happy.. :p backpackers kan???
Hari ini aku akan cover beberapa tempat:
1. Kinkaku-Ji
2. Arashiyama Bamboo Groves
3. Saga Romantic Railway
4. Fushimi Inari Shrine
5. Kiyomizu-Dera
6. Yasaka Shrine
7. Gion
1. KINKAKU-JI TEMPLE
Map Kenkaku-Ji Tample |
Pada mulanya plan aku nak ke Arashiyama Bamboo Groves, kemudian ke Kinkaku-Ji dan ke Fushima Inari Shrine. Tapi atas nasihat Taka, owner Oki's Inn dia suggest kan aku ke Kinkaku-Ji by bus, then naik bus gak ke Arashiyama Bamboo Groves dan barulah kemudianya ke Fushima Inari Shrine by JR Pass. Betul gak tu, best route! Thanks Taka!
Jam menunjukkan pukul 8am. Aku ambil bas dari tepi jalan dan Taka juga advised aku beli 500yen Bus daily pass. Aku boleh pergi mana-mana route bas dalam city center tu.
Lepas 10minit menunggu Bas No.56 pun tiba. Ada banyak No. bas, so korang perlu tahu bas nombor berapa korang patut naik. Kalau tak tahu tanya je la orang. Apa susah. Kinkakuji Tample ini adalah bus stop yang kedua terakhir. Dalam bas ni ramai Junior highschool student. Maybe dorang nak pergi sekolah. Tapi akhirnya rupanya mereka nak pergi melawat Kinkakuji Temple juga.
Selepas hampir setengah jam, bus pun berhenti di bus stop depan Kinkakuji. Pada mulanya aku fikir yang beli pass tu pada mula-mula naik, tapi rupanya bila turun baru beli. Waktu aku tengah berdiri beli ticket tu ada seorang budak kecil student ini mintak lalu kat aku. "Excuse me, sorry.. Thank you"... then aku macam terkejut lah. Eh, budak ni macam fluent cakap English. First time aku jumpa student macam 9-11 tahun macam tu boleh cakap English. Senyum je aku. Dah la comel sangat budak ni.. :)
Entrance Ticket 300Yen |
Kenkaku-Ji Temple |
Cantik dengan bayangan pada tasik |
Tak lama lepas tu budak kecil dalam bus tadi tegur aku ,"Can i take photo with u?". Yeeaahhh, sure! Come! Then ini la pic tu. Comel gile budak ni. Kalau ada abang mesti hensem ni. Alaaaaa, tapi tak sempat tanya, kalau tak mesti dia suka aku jadi kakak ipar dia kan?? Hahahahahahaaha....
Si comel yang sangat comel. Kawaiii |
Pokok Bonsai di situ |
Anda nak kaya? Ambil la sikit kalau boleh |
Early Autumn |
Tapi sorang student girls ni sempat tegur tanya aku scarf yang aku pakai. Dia suka color hijau tu, dalam hati punya la aku nak pecah perut gelak. Dia tak tahu disebalik kisah ni semua. Aku cakap la aku muslim so compulsory to cover my hair. Even aku rasa cuma 20% je cakap aku yang dia faham, tapi tak apa la. Mungkin dia faham banyak. :) Atleast something than nothing.
Budak sekolah ni datang kat aku minta ambil gambar sama |
Lepas tu kawan dia semha minta gambar sekali |
Kemain lagi aku punya senyum |
Ada juga seorang lagi pakcik ini follow dia, aku rasa mungkin kawan-kawan juga mereka ni. Tapi pakcik yang sorang ni pakai baju biasa. Pakcik yang explain dekat aku tu pakai smart baju kemeja putih. Pakcik tu pun cuba tolong kawan dia explain kat aku pasal tempat ini. Kalau kawan dia lupa word English pakcik ni tolong, kalau pakcik tu lupa lak kawan dia tolong. Yang pasti mereka sama-sama bersungguh-sungguh explain pada aku walaupun hakikatnya tak mudah bagi mereka.
Aku tanya dia cikgu mereka ke? Dia kata tak, dia cuma driver bas sekolah je bawa mereka ke sini. Aku terkejut!! wahhhhh see. Walaupun driver bus je dia tak kisah nak share knowledge dia dengan students tu. Bukannya dia hanya duduk di dalam bas dan tunggu students kembali. Mereka tidak buat begitu. Mereka memang betul-betul menghargai masa dan akan isi masa yang ada dengan benda berfaedah. Respect!!
Cantik, tapi aku tak jumpa pintu masuk dia |
Air dari bukit belakang tu |
Rumah tadisional zaman dulu |
Aku tak tahu ini apa, tapi macam rumah orang dulu |
lagi cantik kalau Auntum |
Small garden dalam Cafe |
Ini uncle yang belanja aku Japanese Tea tu. Arigatou! |
Sweet, dalam dia isi red bean. |
Selesai dengan sekali hirup. Aku punya lagi licin! |
Itulah bestnya bila travel sorang ini, kita akan lebih senang dekat dengan local. Kalau berdua atau dalam group kita akan spend time dengan kawan kita je, tak adanya nak borak-borak dengan local. So ke"local"an tu tak dapat sangat kita rasai. Macam kes aku ni, kalau aku pergi berdua korang rasa nak ke budak-budak tu datang kat aku bergambar? Ramai lagi tourist lain kot, or mungkin aku ni lain sikit sebab berhijab kot.
Or tak adanya uncle tu nak belanja Japanese Tea kan? Sebab aku sorang la aku layankan jer.. hahahaha
Small temple dekat dengan cafe tu |
Pintu Keluar |
Aku sempat beli poscard dan sikit souvenir |
Rupanya bas stand tu kecil je. Ingat besar and sesak. Tak ramai orang pun time ni, dan aku perlu tunggu dalam 15minit untuk bas no.11 jalan. Walaupun tempat ni kecil je, jalan tak sibuk tapi masih ada 3orang Safety guard disitu. Mereka akan jaga trafic untuk bas yang keluar masuk..
Menunggu Bas No.11 |
Yeaayyy, bas dah sampai |
2. Arashiyama Bamboo Grove
Tiba saja di Bus Stop Arashiyama Bamboo Grove aku terus jalan memasuki kawasan bamboo itu. Tempatnya sangat damai walaupun penuh sesak dengan pelancong waktu itu. Tak perlu risau sesat ke apa, selagi kalian jalan menyusui jalan bersimen itu kalian akan sampai la ke hujung destinasi.
Arasiyama |
Map kawasan ini. Agak luas. |
one of my favorite Photo! |
Left or Right? You've no option. Have to go with right side. |
Mencari penumpang |
Macam boss besar pulak dia tu |
Arrghhh bersusah payah demi mencari rezeki |
Disitu juga terdapat temple. Aku singgah kejap, tengok apa ada sambil snap pics.
Trademark Temple |
Shrine |
Wishes |
Korang masih ingat atok Goku dalam cerita Dragon Ball tak? Korang nak tahu kat mana atok itu sekarang? Ni dia hah!,,.. Aku dah pencen, penat dah jaga Goku dan 7 bola ajaib tu. So atok painting dan buat post card. hahahahaha... Korang jangan gelak, kang atok marah dia hayun tongkat ajaib dia baru korang tahu!..hahahaha...
Atok Goku. sama tapi tak serupa.Hensem lagi dia. Hahahaha |
Gadis Kimono |
Selepas itu aku jumpa station Saga Romantic Train ini. Memang ada dalam iti aku ini. Aku lambat 5minit je train baru je jalan, so aku perlu tunggu 30minit lagi. Aku beli ticket 760yen (one way) dan terus duduk dalam ruang menunggu. Dalam ini ada Free WIFI so tak ada la boring. Train ini bermula dari jam 9am sehingga 4pm.
Counter Saga Romantic Train |
Mana dia tak sampai lagi ni |
Tunnel |
JR train, rail sebelah dia |
Ticket. Cabin 5, seat 2A. |
itu dia dah sampai |
Dekat dah |
Sagano Romantic Train since 1991 |
Comel je, dari kecil sampai besar |
Pemandangan sepanjang perjalanan ini lebih kurang macam perjalanan ke Takayama, tapi Takayama lagi cantik la. Kalau anda tak ke Takayama anda patut menaiki train ini. Kalau dah ke Takayama tak nak naik pun boleh. Tapi aku syorkan korang naik gak sebab ada kawasan perhentian yang menarik. :)
Sungai itu juga terkenal dengan port rafting. Tengok gambar bawah ini, mereka dah ready nak main rafting. :)
Bye-bye |
Siapa peminat Rafting boleh try |
Dalam Station ini ada souvenir shop, aku sempat grab sourvenir dan post card. Post card lagi..hehehe
Sejujurnya aku dah tak tahu dah aku dimana sekarang. Yang pasti memang dah jauh cari city center Kyoto. Aku just turun je dari situ dan tengok apa yang ada kat bawah nanti yang boleh membawa aku ke city center semula. Bila aku keluar je dari Sagano Station tu, taraaaaa... aku nampak signboard "JR Umahori" ke kiri. hehehe... ok, naik train lah kita.
Syukur lah aku pemegang JR pass kalau tidak tambang ke Kyoto Station adalah 320Yen (RM10.50). Kalian perlu naik train ini dan terus ke Kyoto Station. Dari Kyoto Station boleh terus ke Fushimi Inari Shrine. Perjalanan agak lama lebih kurang setengah jam.
4. FUSHIMI INARI SHRINE
Tambang dari Kyoto Station ke Inari adalah 140Yen(Free JR Pass).
Akhirnya aku tiba di Inari Station yang betul-betul dihadapan Fushimi Inari Shrine. Sambil tu aku sempat beli Onigiri. Lapar kot. Staff Family Mart tu tunjuk kat aku Onigiri ini fish katanya. Aku ambil tu satu yang "fish" tu. Punya la lapar, aku makan sambil jalan. Teruk gila perangai kan..hahaha.. So far kat Japan ni aku belum penah nampak lagi orang makan sambil jalan walaupun mereka ni memang sentiasa busy. Sekarang aku lah orangnya. Hukhukhuk...
Makan punya makan bila sampai kat tengah asal macam biji-biji ini? Sekali tengok, alamak! Telur ikan dah... memang la seangkatan dengan fish gak kan. Aku dah la tak makan telur ikan, lastly aku makan dia punya nasi aka pulut tu je.
Sampai sudah depan big Shrine ni. Trade mark tempat ni.
Terima kasih kpd tukang ambil gambar |
Shinto temple |
Shrine for souvenir |
Pantang nampak ada orang memang jadi mangsa aku tolong ambilkan gambar. tq! |
Sampai dah Starting point ke The Red Gate |
Sila pilih kiri atau kanan? Aku masuk kiri dulu sebab aku tengok semua ikut situ. |
Let's Explore! |
Shrine ini dibina menuju ke puncak bukit. Sepatutnya aku boleh jalan sampai ke puncak dan nanti ada temple di situ. Tapi kerana kesuntukkan masa aku hanya jalan separuh je. Tak larat juga nak daki tangga sampai atas itu. Ikut peta yang ada kat situ aku boleh belok kiri untuk terus keluar. Tapi aku decided nak patah balik masuk lorong lagi satu pula. Ingat kan kat starting point tadi ada dua lorong kiri dan kanan?. Dan keluar di tempat aku mula-mula masuk tadi sebelah kanan pula.
Bukan senang nak snap bila langsung tak ada orang |
Konon-konon macam photographer terhebat lah ambil gambar macam ni.hehe |
Korang tengok gambar bawah ni, cantik kan mereka. Yang pic kanan tu dia mix, patut nampak macam minah salleh sikit.
5. KIYOMIZU-DERA
Kemudian aku balik semula ke JR Inari. Aku tanya pada officer what is the best way to go to Kiyomizu-Dera Temple?. I've JR Pass as well as 500yen Daily Bus Pass.
Officer itu suggested aku naik balik JR train ke Kyoto Station dan dari sana aku ambil semula bas no.100 macam aku nak ke Oki's Inn tempoh hari. Owhhhhh, ok. Aku dah expert dah area Kyoto Station (bunyi berlagak gile!).
Sampai di Kyoto Station aku turun dan ambil bas No.100. Nasib baik sempat lagi sebab Koyomizudera tutup pukul 6petang. Waktu aku sampai pukul 4.30pm. Apa lagi, menapak la sampai keatas menggunakan kudrat tulang empat kerat yang masih ada sisa ni. Tak larat pun laratkan juga.
Banyak gila, tapi harga dia pun gila! Terkejut aku! |
Selain itu juga, area Gion ini ramai girls pakai kimono termasuk lah lelaki akan pakai pakaian tradisional mereka juga macam Samurai tu. Mungkin mereka ingin merasa lebih feel bila datang kesini memakai kimono. Serious cute-cute betul semuanya dan korang akan rasa yang korang sedang berada di era Edo Period.
Peak!! |
Ticket 300Yen |
Ini dia Kiyomizudera |
Budget-budget model la.. puiii..hahaha |
Kimono Girls |
Akhir sekali korang akan melihat aair pancut ni.Sumber air gunung(mungkin) dan bagi kepercayaan mereka ini adalah air suci. Sama la macam air-air yang aku penah post dalam entry yang lepas. Nak ambil air ni pun punya la panjang Q dia. Aku memang la tak Q, syirik wey.. Ambil gambar je.
Mungkin air suci mereka |
Nak ambil air pun kena Q. Aku ambil gambar je. |
Akhirnya aku turun semula ke Gion Street. Kedai dah banyak yang mula tutup. Awal gila tutup. Aku usha dari satu kedai ke satu kedai. Mulanya aku nak beli Tshirt I LOVE JAPAN kat sini. Tapi mengingatkan pengembaraan aku masih ada berbaki beberapa hari lagi maka aku tangguhkan niat nak shopping itu dulu. Dalam fikiran aku ala, nanti lah shopping dekat Osaka. Last day nanti. Kang satu kerja lak nak angkut-angkut.
Itu lah yang aku fikirkan pada mulanya kerana tak ambil ikhtibar dari pengembaraan sebelum-sebelum ini, maka aku lah yang kecewa kesudahnya.. Hahahaha.. sadis kan ayat aku.
Mau tak sadis, konon-konon tak nak bawak berat-berat la and masih ada masa. Last-last bila kat Osaka lain lak jadinya... Nak tau kenapa? Baca next entry sampai la habis entry Japan ea. hehehe...
Sepanjang perjalanan turun ke jalan besar. Semua kedai souvenir |
Aku jumpa kedai penuh dengan Arashi!!!! |
Green Tean Ice cream! Must try! memang sedap gila, walaupun harga dia pun sedap RM12, tapi alaaaa apalah salahnya. Penat dah aku jalan dari pagi tau. Nah ambillah perut, aku belanja kau aiscream!! :)
Before |
After |
Satu benda yang aku perasan kat Kyoto ini, ramai betul tourist dari China. Kalau dari China korang faham-faham je la perangai dorang macam mana kan. Attitude memang out lah lagi-lagi bab beratur. Dorang tak buka mulut bercakap pun bila tengok perangai aku dah tau dah ini memang orang China.
Sampai satu tahap waktu nak naik bas pulang ke Oki's Inn, aku dah beratur awal kot. Dalam group2 depan sekali aku Q. Tapi bila bas sampai tiba-tiba nyyyeetttttttttt, dia potong aku tolak-tolak nak masuk dulu. Wahhhhh, ini dah mencabar kesabaran aku. Dengan lantangnya aku halang dia dan cakap:
"Hello!! This is Japan not China! Don't do your bad attitude here! Queue!!!!!"
sambil tunjuk tangan aku kebelakang! Dah banyak kali aku tengok orang China potong Q aku hari ini, kali ini memang aku tak leh tahan sabar dah!.. Pantang aku betul, cukup la korang buat ket negara korang. Ini Japan, rakyat penuh displin. Malu la sikit!
Maybe anak perempuan dia faham English dengan muka malu dia pergi belakang dan tak naik langsung bas tu! Hahahahaha... korang nampak tak penangan aku. Awek-awek Japan belakang aku cuma senyum-senyum penuh makna je sambil pandang aku. Maybe dorang cakap, bagus ko marah mereka ini. Kami warga Japan memang tak mampu nak buat kat pelancong macam tu. hehe.. aku rasa la dalam hati dia cakap macam tu.
Dalam bas baru aku sedar, isshhh.. kawal sikit amarah itu ita. Anda berseorangan di negara orang. Huhuhu
Malam pun melabuhkan tirainya...... Kisah bermula...
Dalam perjalanan balik ke Oki's Inn, ada satu kedai ikan ini masih buka. Dia ada jual Fish Grill. Memang kering je aku tengok. Tapi aku hentam je,harga asal 500yen tapi dia bagi discount 300Yen (RM9) ok!Gluuuppppp.... walaupun discount aku masih telan liur. Harga sekilo ikan kat Malaysia. Ikan apa pun aku tak tahu. Aku tanya Taka dia pun tak tahu nak explain amcam mana sebab ikan tu banyak kat Japan je.
Pada awalnya aku memang tak plan nak ke mana-mana malam ini. Penat kot sehari suntuk berjalan. Bila aku masuk dorm, ada sorang girls dari Japan ni. Nama dia Moeka. Budak lagi aku tengok. Dia tak fasih English, tapi boleh la masih faham lagi. Dan lepas aku mandi ada datang lagi dua orang American Girls!!. Dorang memang Awesome sangat. Sorang Japanese-American dorang lagi Thai-American. Datang Japan tengok tempat asal usul family dia katanya. Mereka memang best dari yang malam semalam yang Hong Kong girls poyo nak mampos tu malas aku nak layan. Hahaha...
Aku keluar cari nasi. Pinjam basikal jap, aku beli nasi dekat kedai bawah ni. Mereka pun dah nak tutup. Aku cakap aku tak makan pork and alcohol. Sekali dia charge aku 200Yen da... Mak ai mahalnye? Kalau beli kat 7e boleh dapat 2bungkus. Urrrmmmm, nasi sikit pun RM6. Tapi nak buat macam mana takkan la aku kata tak nak makcik tu dah bungkus. Anak bujang dia tolong translate dalam English walaupun ayam itik. Dia tanya aku dari mana. Makcik dengan pakcik tu siap bagi vege lagi, takkan aku nak tolak depan dia. Tapi aku dah cakap kan tadi aku tak ambil dua benda tu. Dia pun lama gak bincang anak beranak aku nampak.
Kedai aku beli nasi. Tengok basikal merah aku |
Lepas tu aku ke supermarket depan tu tengok apa yang ada. Ishhhh, banyak pilihan. Kalau aku tahu tadi aku beli kat sini je. urrmmmm, tak pe la rezeki dia. Aku beli set dalam tu ada tempura, ikan and pumkin goreng. Selain tu gak my faveret Starbucks latte!!
Bila aku sampai hostel aku tunjuk sayur tadi pada Taka and Yuka. Aku mintak mereka check ada sake ke tak, mereka mesti tahu kan. Mereka ambil chopstik and rasa sekali. Mereka kata confirm tak ada. So, apa lagi. lenjan la... yang penting confident.!
Macam sawi dia potong halus atas tu tabur macam kacang |
Dinner aku malam ni. Nampak sedap kan? Padahal dah ngidam nak makan sambal |
Mudah didapati dimana-mana |
Kami borak siap guna google translate lagi tau. hahaha.. best betul. Siap guna yang voice translate lagi.
Borak punya borak rupanya dia student kat University Hakata dalam bidang Architecture. Waaahhhh, ambik ko, jangan main-main. Umur baru 18 tahun ni.
Moeka |
Dari tak nak keluar, terus dia excited nak ikut aku. korang nampak tak kuasa tarikan aku disitu. Aku suruh dia rental basikal sekali sebab dia boleh guna sampai esok. Lepas makan kami pun terus keluar. Waktu itu jam 11pm dah. Dengan seluar tidur and selipar jepun itu, aku hentam je. Si Moeka boleh relax je pakai short, kulit biawak dia ni.hahaha..
7. YASAKA SHRINE
Yasaka Shrine ada dalam iti aku tapi aku tak sempat sampai. Aku tak plan pun nak kesini. Kami just kayuh ikut kayuhan basikal kami dan peta. Aku suruh Moeka jalan dulu sebab dia lagi senang paham dengan peta and tulisan jepun tu.
Akhirnya kami sampai di satu shrine ini. Besar dan banyak lampu. Tapi kat situ ada polis, dia tengah tahan seorang lelaki umur awal 20-an. Entah apa tah salah lelaki tu, aku tak pasti. Tiba-tiba dia tahan kami suruh kami turun dan usung je basikal. Tak boleh lalu basikal kat situ. Pulak dah. Lepas tu kami parking je basikal depan dia. Moeka macam cuak je sebab polis kat situ. Aku cakap bia je la, lagi selamat coz police is there. hahaha.. yelah mana boleh suka-suka parking basikal.
Yasaka Shrine |
Lawa malam kat sini |
Moeka |
Selepas puas ambil gambar bagai, kami pun meneruskan misi yang sebenar iaitu spot the Geisha/Maiko.
8. GION
Gion Area at night. No filter!!
Semua tu restaurant or kedai yang dah tutup. |
Kami terus mengayuh sambil gelak-gelak sebab dah lari dari polis tadi. ekekeke... my sengal time is comingggg...
Misi pertama:
Selepas 10minit kami pusing-pusing old houses tanpa arah tujuan lalu sebuah teksi sebelah kami.
Eh, Maiko!Maiko!Maiko! Ada 3orang Maiko dalam tu. Punya la kelam kabut and excited sebab first time nampak Maiko, aku tak sempat keluarkan camera. Hp pun tak sempat padahal dalam kocek je..Aduhhhhh, kecewa!..
Misi Kedua:
Kami tanya pada seorang jejaka kacak yang sedang hisap rokok diluar tu mana area yang Maiko selalu ada. Dia tak fasih English aku suruh Moeka tanya. Dia kata area belakang lagi satu. Time tu aku pandang kiri terus aku jerit. Maikoooo!!! Moeka, Maiko!Maiko! sambil tunjuk arah Maiko yang tengah jalan laju lebih kurang 100meter dari kami. Aku terus tinggalkan jejaka kacak tu dan kejar Maiko tu. Aku pergi sebelah dia tanya boleh ambil gamabr tak? Dia kata, "No, sorry". Tapi aku snap gak dari belakang. tapi semua gambar tak jadi. Musykil betul aku. Moeka datang dari belakang tanya dapat x?? Aku cakap tak cantik. Bila aku pandang depan balik. Aikkkkk, mana Maiko tadi?? Hilang? aku dengan Moeka berpandangan sesama sendiri. Misteriiiiii.....
Ini gambar Maiko dalam misi kedua. Jauh dah. |
Misi KeTiga dan terakhir...
Aku cakap kat Moeka jom jalan area yang aku pergi malam semalam. Mana tahu kat situ ada. Yang ini last lah, kalau tak jumpa gak kita balik. Tak ada rezeki nak tengok muka si putih tu.
Tiba-tiba aku nampak kaki Maiko dalam satu restaurant ni. Emergency Break! Undur balik, tunggu sebelah pintu kedai tu. Daaaaannn... tu dia!! Dah jumpa! Spotted!!!
Maiko berjalan keluar |
mereka bersama pelanggan |
Bergambar bersama pelanggan dan aku pun join sekali muka tak malu |
Disebabkan muka tak malu aku ambil gambar mereka sekali, salah seorang dari gentlemen ni approched aku tanya nak bergambar sekali ke dengan mereka? Dia mintak bagi HP aku biar dia ambilkan gambar..
Waaahhh, pucuk dicita ulam mendatang, kami pun apa lagi. peluang.
Mengikut beberapa blog yang aku baca memang susah sangat nak bergambar dengan mereka ni. Ini kira rezeki lah sebab customer dia yang izinkan sendiri.
Bersama customer Maiko |
Mr.X tu memang sporting. |
Nama dia ni Mamekiku. A first year Maiko.
Aku upload gamabr bawah ni dekat IG aku (Rozita_sawadashin), lepas tu ada sorang minah salleh ni comment macam ni:
"Her name are Mamekiku and Satsuki :) so lucky because Satsuki is the most successful maiko in Gion Kobu right now. :)))"
Tak tahu pula den yang den bergambar dengan the most successful Maiko rupanya. Bertuah lak rasanya.
Satsuki sebelah aku, Mamekiku sebelah Moeka |
Lepas say bye-bye pada mereka semua kami pun pulang dengan dengan perasaan yang puas. Yeaaahhhh... Kami berterima kasih sangat sebenarnya dekat lelaki tadi yang sudi ajak kami join sekali padahal dia tak ambil gambar pun dengan Maiko tu. huhuhu.. Mission Completed!
Sebagai balasannya aku belanja Moeka air sebotol lepas tu!hehehe
Moeka and Me! |
Sampai hostel dalam pukul 12.45am. Aku angkat baju aku, lipat dan packing. Esok pagi-pagi aku dah kena check out untuk berangkat ke Osaka.
Sambung cerita Osaka... SAMBUNGAN DAY 7
EXPENSES DAY 6:
1. Sagano Romantic Train : 760Yen
2. Daily Bas Pass : 500Yen
3. Kinkakuji Temple : 300Yen
4. Kiyomizu-Dera Fee : 300Yen
5. Ice-Cream : 300Yen
6. Onigiri : 135Yen
7. Nasi : 200Yen
8. Fish Grill : 300Yen
9. Starbucks: 216yen
10. Air - 250Yen
TOTAL : 3,261Yen (RM98)
Shopping:
1. Dompet : 480Yen
2. Magnet : 756Yen
3. Keychain : 540Yen
4. Postcard&magnet : 360Yen
Total Shopping: 2,136Yen (RM64)
Ahhh rindu kyoto bila baca entry ni!! Tp dulu x pegi pun tmpat bamboo tu.. lawa giler.. rugi2.. huhu..
ReplyDeletehahaha.. kalau macam tu pergi la lagi ijatt.. :p
DeleteTu la, itinerary pun xbuat lg ni.. wajib gi situ.. hehe.. tp lmbt lg pun nak gi. :p hrp2 sakura still ada.
DeleteBila nak pergi tu ijatt?? :)
DeleteBulan may thn dpn.. ape2 nak tau sy tanye awak eh.. hehe..
DeleteBestnye!! Spring!! waaahhhh, jeles ok!..hahaha.. saya nak pergi spring ari tu tapi tak habis study lagi. Maka pergi lah time end of summer.. hehe
ReplyDeleteAah kebetulan dpt tic promo time spring, hrp2 ada rezki nak tgk sakura. Sbb ujung2 spring dah tu kan.. xyah nak jeles sgt k. Mai la pegi lg. Hahaha.. bole jd tourist guide kami. Lol
Deletealaaa.. time tu baru balik dari Indochina trip.. hehe..
ReplyDeletenak gak gi pi tengok sakura...
In shaa Allah, ada rezeki awak tu nanti nak tgk sakura.. hehe.. indochina pun best gak k..
Deletepergi berapa orang?
ReplyDeletePegi berempat.. 1 married couple and 2 single mingle.. haha.. btw, brp total expenses awak kat sane eh? Tak tmasuk flght.. awak pegi 9hari kan?
Deletesbnarnya 10hari.. tapi tak masuk yg first day tu jadi 9hari lah.. hehe..
Deleteexpenses tak sampai seribu.. tak masuk shopping.. tgh siapkan entry expenses summary ni.. :)