Sunday, September 7, 2014

JAPAN - The Legend of Kyoto!!


DAY 5- PART 2 (7 SEPTEMBER 2014)

Entry sebelum ini : Pagi Minggu di Takayama

Aku menaiki train 11.24am menuju ke Nagoya Station dan perlu menukar platform untuk meneruskan perjalanan ke Kyoto. Perjalanan mengambil masa 4 jam dengan kos ¥9960 (RM300) by Shinkasen.

Takayama-Kyoto by Hyperdia.com

Perjalanan yang memakan masa hampir 4jam

Dia ini yang aku tanya kat station tadi and aku suruh dia ambilkan gambar juga.


Cabin 2 for reserved seat dan Cabin 3 for non-reserved
Kyoto merupakan ibu negara Japan sebelum Tokyo. Oleh kerana itu, Kyoto kaya dengan sejarah kisah silam dan sebuah bandar yang sangat tkaya dengan sejarah.


Nanti akan ada officer yang akan check korang punya tiket. Tapi aku guna JR pass just tunjuk je la kat dia. As long as date dalam JR pass tu still valid korang selamat!. hehe
















Selain itu ada juga "stewardess" dalam train ni tau. Korang jangan main-main ingat Plane je ada?. :)


Aku suka betul naik Shinkasen ni~ laju and view dia pun cantik. Aku sebenarnya dah tak berapa sedap badan, macam nak demam. Maybe sebab kurang minum air lepastu banyak keluar peluh. Mau tak kering tekak. Nasib baik ada gula-gula sakit tekak bawak dari Malaysia.

Kat dalam Shinkasen ni korang boleh makan. Tapi jangan la korang makan Nasi Lemak pula. Kang semua orang Jepun nak mintak rasa kesedapan nasi lemak kita. hhehehe.. Aku sental Tempura dan segala macam yang aku beli kat Supermarket Takayama pagi tadi. Lapar dah sebenarnya.

Akhirnya train tiba di Kyoto Station. Alhamdulillah. Aku berjalan menuju bus station yang ada dibawah station. Ikut je signboard korang takkan sesat punya. Sambil tu nampak pula Tourist Information Counter. Masuk jap, check in! hahahaha... Yeaaahh, at Kyoto Station!.. FB la dulu and IG.Penting! :p

 
Shinkasen Hikari
Aku mengambil bas No.100. Bus disini rate semua fix ¥230 sekali naik. Tak kisah la korang nak stop cuma satu station je ker, or nak stop kat station last ke sama je. Aku pun mula-mula confused gak, macam mana dia nak tahu aku naik dari mana. Lepas tu aku tengok ada dia letak besar-besar ¥230!!.

Bas naik pintu belakang, turun ikut pintu depan. Bayar tambang dengan jumlah coin yang tepat waktu turun.  Masukkan coin dalam machine. Kalau korang tak ada duit kecil, jangan risau. Masukkan duit tu contoh ¥500 dalam changer machine. Nanti dia akan keluar duit kecil dan korang masukkan lah ngam-ngam ¥230 dalam machine pembayaran. Senang cakap ada dua machine la kt situ. Tak pe driver sangat helpful.


Untuk 3hari 2malam ini, aku akan menginap di Guesthouse Oki's Inn. Sebuah guesthouse tradisional yang penuh dengan ciri-ciri rumah tradisional zaman Edo. Dengar pun dah best kan? 

Aku akan berhenti di bus stop Higashiama Sanjo. Dalam setengah jam macam tu. Jauh gak. Tapi area ni memang tourist spot. Oki's Inn ni dalam deretan market shopping area. Ada juga yang menjual ikan dah siap grill. Aku tak dapat merasai suasana tu sebab pagi belum buka aku dah keluar, aku balik dia dah tutup.


Ada laluan pejalan kaki dan juga basikal

Sampai je di Oki's Inn aku terus check-Inn dan bayar dalam cash. Tak ada credit card ye.Tapi guest house ni tak ada male dorm. Cuma ada female dorm 4 bunks . Kalau nak duduk sini gak boleh la booking private room. Tapi dia kira room la bukan kira kepala.

Aku apa lagi perut dah lapar tak lunch lagi, badan pun dah penat. Aku panaskan Yeos (yes!can yang terakhir) dan makan balance makanan aku tadi. Nasi tu pula last one yang aku beli di Takayama semalam. Semua masuk Microwave,habis cerita. Nikmatnya rezeki dari Allah..

Nasi+Tempura+Ikan Goreng tanpa tulang+keledek goreng+Yeos Chicken Kurma

Korang tengok la dining area dia, mau tak selera makan macam ni.



Lepas makan i just took rest and tidur kejap. Nikmat kan lepas makan tidur. geerrhhhh, apa pun tak boleh. Bukan apa, nak recharge energy. Hehehe...Dalam dorm ni, ada another 3 girls dari China dan Hongkong. Tapi aku kejap je dengan dorang sebab esok paginya dorang dah nak check-out dah.

Malam aku sambung jalan. Aku sewa basikal di Oki's Inn dengan kadar ¥500 untuk aku pusing sekitar area tu. Mana yang dekat la aku boleh cover. Owner hostel ni cakap kalau aku sewa sekali aku boleh pakai sampai aku check out. Weeyy, macam best je. Dia tak kira hari. Kira cincai je la..

Malam mereka kata ada konsert artis terkenal tak jauh dari hostel tu? Dia suggest aku pergi sana walaupun aku tak ada ticket. Boleh dengar dari luar katanya. Hahahaha.. bukan aku faham pun. lagi pun aku tak kenal artis tu. Kalau Arashi nak la aku! Sampai esok pagi pun aku sanggup tunggu.hehehehe...

Kat belakang tu lah ada konsert tu. Ramai orang kat luar ni berdiri. Motif? Cuma nak dengar.
Aku tinggalkan tempat itu dan aku kayuh dan terus kayuh ikut map dan ikut kata hati.. cewaaahhh, ayat aku!
Sampai lah aku jumpa Shrine yang besar ni. Basikal aku merah menyala. Dia pun nak posing gak kan. So aku bagi chance.

Red Shrine Red Bike

Korang tak perlu risau terutamanya solo female traveller. Japan ni memang safe untuk wanita jalan sorang-sorang pada waktu malam. Tapi macam biasa aku cakap, ikut naluri hati. Kalau rasa tak selamat and tak selesa dengan kawasan tu tak payah fikir panjang, lets move!


Berhadapan Subway Station

Aku sampai pada kawasan restaurant. Banyak sangat. Penuh satu jalan tu restaurant saja. Tapi satu restaurant ni menarik minat aku dan juga pelancong lain. Cuba tengok pics ni. Lucu tau!

jangan tarik seluar saya! Malu la...
Buweeekkkkkk.... rasa nak bagi penampor tak?
Dia pun nak posing gak!






















Berpandukan pada peta (itu pun dah koyak-rabak), aku terus mengayuh ikut celah-celah lorong kecil, rumah orang dan ikut aliran sungai. Sehingga lah aku sampai dikawasan rumah lama zaman Edo. Waaaahhhh, ni aku betul ke pada zaman 2014 bukan pada tahun 1600 dulu?? Siap ada air sungai jernih lagi yang mengalir sebelah tu. View ini nampak bertambah cantik kerana ada lampu disepanjang jalan. Cantikkk!!

Aku turun basikal dan jalan sambil menyorong basikal. (senyum sorang-sorang). Pandang kiri, pandang kanan!! Bestnyeeeeee

Gion Old Houses

Travel far enough you meet yourself

Hello...
Banyak rumah/restaurant(kebanyakkannya) yang semuanya menarik minat aku. Sebenarnya jalan ini memang sunyi je, sekali-sekala ada teksi lalu. Tapi dalam tu banyak pelanggan restaurant sedang makan bersama Geisha. Apa tu Geisha? Meiko? Baca dalam entry INI.

Hello, anybody home?
tok!tok! Hello...
Pintu pulak! tok!tok!
Heeipp, mana lah makcik ni.
Call makcik ni jap! :)
Lepas puas aku menghabiskan masa lebih kurang sejam, hari pun dah agak lewat, mari kita mengayuh pulang ke Oki's Inn. Kang tutup pula tak pasal-pasal tidur luar.

500Yen Rental Bicycle

*Kedudukan gambar kat atas ni semua sama sebab aku letak camera atas pagar rumah orang sebelah sana. Jalan ni sunyi je, tak ramai orang lalu time malam. Boleh la posing sakan..hehe.

Dalam perjalanan pulang tu aku nampak kedai Lawson Store ni. Berhenti jap lah, tapi last2 lama juga! Tengok apa ada. Ini kedai 100yen! Semua dalam ni 100yen tapi tengok la ada juga yang tak. tapi 80% 100yen(RM3). Murah kan?

Aku beli roti buku ada 8slices sebab aku ada bawa kaya dari Malaysia. Baru aku tahu roti dia banyak options ikut slices yang kita nak. Volume tetap sama, tapi besar ketebalan ikut slices. Selain itu juga aku beli net utk basuh baju dlm washing machine.

Tapi perlu diingat start 1st April 2014 Japan dan implemented tax pada semua barangan macam GST kita la. harga pada price tag memang la 100Yen tapi nanti dah bayar jadi 108Yen. :) Jangan terkejut lak ea.

Apa benda ni? Aku tak tau
Sampai hostel aku buat laundry semua baju aku. Dah amacam apa tah bila semua dah bercampur dalam bag pack. Settle sidai kain, esok mesti kering. Kos untuk laundry adalah 200Yen boleh bayar bila check-out.

Tidur......

Continue--------------> DAY 6 - Ukur Tanah Kyoto!!


EXPENSES DAY 5 (Part 2):

1. Tambang Bas : 230Yen
2. Sewa Basikal : 500yen
3. Lawson : 216Yen
4. Laundry : 200Yen

TOTAL : 1146Yen (MYR35.00)


3 comments:

  1. salam... seronoknya baca travelog awk...

    ReplyDelete
  2. Salam,dah lama cari blogger yg female solo traveller. Nice sharing. Doa dapat pegi sdr n experience these beautiful scenes.tq for sharing

    ReplyDelete