Tuesday, September 2, 2014

JAPAN - Preparation Before Going To Japan.



Assalamualaikum,

Hello Japan!! Finally, I would step my foot in sunrise country, JAPAN!!

Dah lama dah aku teringin sangat nak ke Japan ni dari kecil lagi sebabkan culture, people, food, technology and etc. Sampaikan aku dah buat itinerary tau, padahal aku tak tahu lagi bila nak pergi.

Aku beli ticket awal January 2014 hari tu. AA ada buat promotion, aku saja je tengok malam tu nak pergi ke Australia, mahallah pulak. Lepas tu saja je aku tengok Tokyo, pergghhhh only RM250!.. Aku cakap dengan mama and terus aku book. Hahaha, taka da fikir panjang lagi dah.. Yeaahhh, ke Japan la kita!!

Return ticket aku beli next month harga RM330 dari Kansai International Airport,Osaka. Aku pergi selama 10 hari dari 3 September hingga 12 September 2014. Solo traveler je ni, terjah je. So aku ada lagi 9 bulan untuk plan itinerary aku dan simpan duit.

Antara benda yang perlu dibuat before ke Japan:

1.       Beli Japan Rail Pass (JR Pass)
2.       Book hostels
3.       Beli makanan bawa dari Malaysia

Apa tu JR Pass? Berbaloi ke? JR pass memang berbaloi kalau you all nak cover banyak tempat yang jauh-jauh antara satu sama lain. Nak tahu lebih lanjut pasal JR Pass ni, korang boleh baca DISINI.







1. BACKPACK 

Deuter Futura 45+10SL Ladies cutting ini aku beli di Sports Direct Subang. Besar tempat itu and macam-macam ada. Murah pula tu. Macam backpack ni harga asal RM709 tapi sale aku dapat RM567. And yang daily back pack tu aku beli di Sport Direct Tesco Bukit Tinggi sebab aku beli Gelert Soft Towel Giant tu sekali. Bagus dua-dua items ni banyak menyumbang dan memudahkan trip aku. Macam towel tu aku beli RM57 dan bag tu lak RM199 tapi ada sale jadi RM159 je.. Selesa sangat beg tu aku bawa barang banyak and sumbat semua barang yang aku beli pun tak rasa berat. Towel itu pun sama, cepat kering and mudah resap air. Lepas mandi aku nak check out dah. terus lipat and masuk dalam bekas. Tak busuk pun walaupun basah.! Best!

2. MAKANAN

Selain items utama aku ni aku kena prepare makanan yang aku nak bawa. Bukan susah nak makan kat sana tapi takut tak jumpa/sempat nak cari Halal restaurant. So aku bawak Brahim's ni aku beli kat Tesco. Selain tu aku bawak cans Yeos.. Lepas ni memang aku tak bawa Yeos tu lagi, berat and tak berapa uummmppp. Aku bawa Brahim's je walaupun mahal sikit tapi sedap. Rasa la makan kan. Dan Chicken Soup tu aku bawa 6packs tapi satu pun tak sempat makan. Ok, lepas ni aku tak bawa dah. Hehehe.. Dan magie tu dari 6packs aku kurangkan aku bawa 4packs je. Itu pun aku bawa balik lagi satu pack dan Brahim's tu pun aku bawa balik satu packs sebab tak sempat makan. Brahim's ni senang jumpa kat Hypermarket macam Tesco. Kalau yang kecik2 tu tak pernah nampak pulak.




3. TRIPOD

Kalau ke Japan atau mana-mana negara yang memang jadi tempat tarikan pelancong tak perlu la bawa tripod tu. Wat leceh je walaupun Tripod aku tu yang biasa punya tak berat tapi aku cuma guna 2x je. Walaupun aku jalan solo tapi ramai orang sekeliling yang sudi tolong ambilkan gambar. Aku ini memang muka tak tahu segan, minta je la tolong siapa ada kat sekeliling. Kadang-kadang tak kat sekeliling pun aku minta tolong gak. Kejam kan aku?? Tapi so far memang tak ada yang tak nak ambilkan la. Semua sudi dan siap bagi idea pose terbaik lagi. Hahaha... Maybe mereka kesian kot tengok aku seorang. Untung kan solo traveller ni?? :)

Most important stuffs
Confused
4. TOILETRIES


My travel set! Senang, kecil

Yang Lux tu aku tak nak bawa dah kalau pergi travel sebab asik terbuka je dan tumpah dalam plastic tu. Errrgghhh geram pun ada. Aku saja guna banyak-banyak supaya ringan sikit. Hahaha ada rasa ke kesan dia?? Wet tissue tu tak guna sangat pun aku bawa 3packs tapi aku guna satu je tu pun tak habis. Bawa balik Malaysia balik, nak buang sayang. Allah marah. Hehe...

Loreal Day Cream, Night Cream, make-up removal and Loreal Toner. Sangat penting! Ingat backpacker ini tak ambil pedulu ke pasal semua itu. Kecantikan kena jaga gak. Kang nanti ada pulak orang cakap pompuan yang travel solo ni pompuan yang buruk dan tak cantik. Sebab dorang tak takut kena rogol. Hahaha.. adoiii, sampai bila-bila pun aku takkan lupa minah universiti Teeettttttt tu. Konon nak buat research, tapi cara tak betul. Ni kalau dia buruk pun boleh kena rogol sebab mulut macam hareemmm...huhuhuhu.. kalau korang dari join group backpackers dalam FB korang faham lah siapa aku maksudkan.hihihihi...



5. UBAT 

Dan paling penting ubat gastrik aku. Mana la tahu nanti sakit datang ke, lambat makan ke. Tapi Alhamdulillah tak ada sakit-sakit ke pe. Jangan lupa juga cream Mustajab Pati Halia. Aku memang akan bawa cream ni setiap kali travel. Cream tu bukan saja untuk memecahkan lemak tepu kat perut tu, cream ni boleh hilangkan sengal kaki dalam masa singkat. Biasa lepas penat seharian berjalan, kaki mesti rasa macam nak tercabut. Bukan kaki je, pinggang semua pun sakit. Tapi sebelum tidur cuba korang sapu. Insyallah esok bangun pagi hilang semua sengal badan. Memang beza kalau aku sapu dan tak sapu sebelum tidur. Pagi rasa nyesal gile aku tak sapu cream tu malam tadi. phuuuuhhh....


Mari Start Baca JAPAN DAY 1


11 comments:

  1. mana beli passport holder? cantikkk

    ReplyDelete
  2. Salam dear, boleh whatsapp i x? 0193556447 Nak tnya few things psl japan. Hope you sudi. Thank you dear :)

    ReplyDelete
  3. As salam, blog yg sgt menarik. cuma nk tny :-
    turun haneda kan, wifi mcm mana guna yg free je ke atau ada sewa?

    ada lg nk tny ni..nnt akan di usulkan

    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam.. thanks sebab sudi baca.

      sy guna wifi free je, tak sewa.. hehe

      Delete
  4. Assalam, tq sharing info.. sgt berguna..
    by the way nk tnye... kasut merah awak tu serius cantik..
    brand ape n beli kt mna ? hope sudi share

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaukumusalam.. kasut tu brand Skechers limited edition time tu.. sekarang dah x ada.. hehe..

      Delete
  5. salam hi.. hope you willing to ws me at 0169834716. dah lama cari backpakers g japan ni cuz i pun akan g sorang naanti.thanks

    ReplyDelete
  6. hai ita, saya akan ke osaka dengan anak dara saya. JR pass tu beli dari malaysia ke? Nak beli dimana ye? Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi.. JR pass tu beli di Malaysia shj, boleh beli online, or direct office di hadapan time square, KLCC or AEON Shah alam..

      Delete