Saturday, September 6, 2014

JAPAN - Keindahan Alam Shirakawa-Go

DAY 4- 6 SEPTEMBER 2014

Entry ini ada sambungan daripada entry The Classical Area of Takayama.

Aku bersama lagi 5orang travelers yang lain menaiki Mini Bas kami yang telah menunggu di hadapan Takayama Station. Bas akan bergerak jam 1.20pm, sila punctual, kalau tak jadi macam pagi tadi lagi. Hehehe.. Tobat tak nak jadi lagi dah.

Jika mahu ke Shirakawa-Go ni ada dua cara, selain ambil tour ni, boleh pergi sendiri dengan menaiki Nohi Bus dengan return cost ¥4420. Ada pros and cons untuk kedua kaedah ini.

J-Hoppers:
Pros: Lebih murah, boleh visit observation untuk tengok panorama keseluruhan Ogimachi Village dan juga ada tour guide in English akan memberi penerangan tentang Shirakawa-Go dan guide akan temankan kita bila dan sampai ke dalam kawasan village. Sebab kita akan berpecah ikut suka masing-masing. Guide akan pusing and kalau jumpa korang dia akan bawa ke tempat yang patut ditengok or ambil gambar.

Cons: Tour ni hanya lah half day sahaja dan hanya selama 2 jam untuk melihat kawasan sekitar. Tapi bagi aku dua jam pun dah cukup, kampung tu bukan besar pun kecil je pun.

Nohi-Bus:
Pros:  Boleh stay lama disana dari pagi sampai lah petang. Kalau nak menginap, lebih sesuai dengan Nohi Bus ni. Kalau you all naik bus dari Tokyo-Takayama, ada package murah sikit kalay tak silap 4000yen saja.

Cons:  Korang perlu reserve seat terlebih dahulu, cara dia kurang pasti. korang boleh refer DISINI. Nohi Bus tiada guide, macam pergi sendiri la, lebih mahal dari tour J-Hoppers.
So tepuk dada, tanya selera.

Tour Shirakawago

Bus Tour yang membawa kami ke Shirakawago

Ingat bas ni, jangan silap lak

Kalau aku?? Aku pilih dengan J-hoppers sebab ada guide and dia boleh tolong ambilkan gambar aku. Peluang kita perlu ambil kesempatan. Aku rasa guide itu paling lama dengan aku la. Sebab dia macam nak blah je aku tanya itu, aku tanya ini. Dia nak blah je aku mintak ambilkan gambar..  Busuk gile hati aku. maaf!!...hahahahaha..

Perjalanan bermula di Takayama

Berbalik semula dengan tour aku ke Shirakawa-Go.

Perjalanan mengambil masa 50minit dengan melalui highway yang baru dibuka. Kalau tak dulu tak ada highway, perjalanan mengambil masa lebih kurang 2jam. Jalan berbukit bukau dan kita akan memasuki 11buah terowong. dan terowong yang terpanjang sejauh lebih 11km iaitu terowong yang ke-9.

Korang akan melalui banyak terowong

Ada terowong yang panjang dan ada yang pendek

Highway baru


Keadaan didalam terowong


Sepanjang perjalanan guide akan menerangkan tentang Shawikawa-Go dan tempat yang menarik untuk dilawati. Contohnya museum, sake museum etc. Shirakawa-Go juga merupakan kawasan yang telah dijadikan tapak warisan dunia "UNESCO World Heritage" sejak 1996 lagi.

Dalam bas ni ada patung warna merah ni. Sekali tengok macam patung hantu kan? Memang pun patung hantu sebab orang-orang tua gunakan patung ini untuk takutkan anak-anak mereka kalau mereka nakal.

Comel je dia duduk situ diam-diam
Aku peluk hantu!!
Nama dia SARU BOBO ataupun Monkey Baby. Tapi tak macam muka monkey pun kan? Hehehe.. kalau kat kedai souvenir memang banyak la Saru Bobo ini. Harga dia, mampu nangis je lah.























Kenapa rumah itu ada roof besar dan rendah hampir sampai ke tanah macam tu?? Rekabentuk roof itu diambil dari bentuk kedudukan tangan ketika mereka sembahyang. Jadilah begitu rupanya.

Ada sebabnya mengapa rumah itu dibina dalam kedudukan sebegitu. Antaranya untuk memastikan rumah itu menerima sinaran matahari yang secukupnya dan juga dapat menghalang daripada ditip angin. Semua mereka dah kaji tau, zaman dulu lagi banyak skill mereka tanpa guna teknologi canggih pun. :)
Atap rumah ini juga perlu ditukar setiap 30tahun sekali. Mereka penduduk kampung akan bergotong-royong membantu mana-mana rumah yang hendak menukar atap mereka.

Penerangan tentang kedudukan rumah di Shiwakawa village

Akhirnya kami sampai ke destinasi pertama iaitu observation view. Tempat ni jauh dari Village tu. So memang akan singgah sini dulu. Kami diberi masa selama setengah jam disini. Kalau naik Nohi Bus, korang perlu menapak sendiri kesini. Jauh wooooo... kalau memang ada misi untuk menguruskan badan, memang aku sarankan korang menapak sendiri. hihihihihihi.... tapi aku tak mau, nak simpan energy banyak nak pakai lagi ni.

Biarkan gambar berbicara




Allah, indahnya alam ciptaan Tuhan. Rasa tenang je jauh dari hiruk pikuk traffic yang ada kat Malaysia. Aku sendiri tak sangka yang secanggih-canggih Japan tu ada kawasan yang damai macam ni. Tapi mereka bukan calang-calang farmer tau. Semua equipment yang mereka pakai semua canggih-canggih. Dan mereka dapat bantuan juga dari kerajaan. 

Pemandangan dari sini memang superb. lagi-lagi sekarang summer, cantik sangat. Menurut guide, view disini cantik time summer and winter sebab akan nampak hijau jer.. and putih je bila winter. Kalau datang Autumn tak dapat la tengok view macam ni. semua dah dituai. Time ni pun padi tu dah menguning.Tunggu masa masak sikit lagi dah boleh tuai.


In conclusion, nak datang sini pun perlu ada time yang sesuai untuk tengok view yang cantik macam ni. Kalau tak nanti kecewa pula.

Di kawasan ini juga terdapat kedai souvenir kalau hendak dibawa pulang. Harga lebih kurang je sama dengan mana-mana tempat di Japan ni. Tak ada pula sebab tempat ni pendalaman harga dia pun mahal. Harga poscard masih sama  ¥100 sekeping. Aku beli dua, satu view summer lagi satu winter. Summer aku post ke German, winter aku pos ke Malaysia untuk aku sendiri. :)

Ada kedai cenderahati disana boleh beli




Selepas tu kami dipanggil semula ke bas untuk turun ke bawah (Shirakawa Village). Naik bas ke bawah ni lebih kurang 10minit. tak jauh tu??
Kami diturunkan di parking area dan dimintak berkumpul semula pada jam 4.10pm. Kami diberi masa 2 jam untuk menjelajah kawasan kampung itu.



Mereka akan beri map, tapi aku pandai tinggalkan map dalam bas. Bas nak baca kot. Ikut je lah kaki yang melangkah.
View pertama adalah sungai yang sangat jernih ini. Setakat ini aku belum jumpa lagi mana-mana sungai yang tak jernih kat Japan ni.


Tempat pertama yang dicadangkan oleh guide itu adalah sake museum. Benda ni macam tuak, simpan lepas tu tiba masa mereka keluarkan siap dengan ada upacara ritual lagi. macam tu lah ceritanya lebih kurang. Kalau siapa nak rasa boleh rasa, tapi non-muslim saja ye. Dah confirm-confirm la alchohol.


Sebenarnya tak jauh dari simpang masuk village tu terus belok kanan. Aku pergi terus sampai la hampir jumpa parking. Aduh, jauh dah jalan macam salah je. Aku patah balik. Hahaha.. Lepas tu aku jumpa guide tu, dia cari aku rupanya. Sebab aku tak ada dalam museum tu sedangkan aku cakap aku nak kesana. Dia dah agak dah aku terlajak sampai kedepan. Ini antara pics yang aku dapat snap hasil terlajakkan itu. :)




Selepas tu kami pergi la ke My Ozenji Temple tu. Ha, time ni lah aku nak tanya apa yang mereka buat dengan air tu. Aku nampak waktu kat Sensoji-Temple mereka minum air tu.


Dia kata untuk masuk temple, perlu bersih. So cuci tangan dulu. Dia ajar aku macam mana nak buat. Pegang penceduk kayu yang sangat rare tu, jirus tangan dari siku belah kiri dulu, lepas tu tukar tangan belah kanan pula. lepas tu kumur-kumur then buang air tu. lepas tu cedok lagi alirkan air tu pada batang pencedok tu. Gitu...

Sebelum aku buat aku tanya dia ini air suci dia ke? Kang kira biadap lak kalau aku buat. Aku just respect agama orang lain. Dia kata tak, air tu air gunung je untuk cuci-cuci. Then aku pun try la, sejuk wey.. aku cakap kat dia aku  nak mandi!!.. hahaha.. lepas tu dia kata sambil bergurau, "haaa, that one is rude!".. :p


Seterusnya kami bergerak ke three houses.Kedudukan rumah ni lebih kurang macam kedudukan yang kita nampak dari observation tadi. Tapi yang ini dalam scale kecil. Sebelum tu aku terjumpa pokok Lavender ni. First time aku tengok live, padahal kat Cameron pun ada kan? Macam mana nak tengok, Cameron pun aku tak pernah jejak! Pada hal duduk Klang je kot!... Teruk gile perangai..hahaha


Aku memang teruja betul la tengok kiri,kana,depan,belakang semua cantik-cantik!! aku rasa nak duduk bersila kat jalan tu dan perhati je pemandangan kat situ. .

Let the pictures tell the story.






Mysterious Picture!!

Dek kerana air yang terlalu jernih aku nampak ikan besar ni hidup tenang je dalam longkang ni. Aku tak tau la dia dibela ke, sesat ke. Tapi yang pasti dia relax je berenang pelan-pelan macam tahu semua orang tengah perhatikan dia.

Kalau ikan pun boleh hidup setenang ini, bayangkan penduduk disini. 


Satu lagi tempat yang menarik yang boleh dilawati dalam banyak-banyak Museum kat sini adalah "Kanda House". Rumah ini adalah private houses yang telah dibuat Museum. Bayaran masuk sebanyak ¥300 termasuk ada Japanese Tea Free lagi.

Enterence
Sila buka kasut anda.

Antara yang terdapat di ruang tamu rumah tersebut. Macam mana yang ada dalam rumah ni, macam tu lah yanga da dalam rumah-rumah lain.





One of the favorite photo! Mysterious photo!.. Did you feel the same thing?


 Owner dia masih di situ dan akan memberikan penerangan panjang lebar tentang rumah,sejarah dan cara hidup orang disini. Tanya lah apa saja yang korang nak tanya, tapi dia akan reply dalam Japanese. Dan korang pun perlu tanya dalam Japanese.

Kalau tak tahu Japanese tak pe, buat macam aku. aku tanya dalam Melayu. Dia jawab dalam Japanese.. lepas tu dia gelak-gelak sambil tepuk-tepuk aku. Dia tau aku mainkan dia kot. Hahaha.. korang jangan salah sangka, bukan nak mainkan orang tua, tapi nenek ni memang ramah sangat-sangat dan kelakar gile. Walaupun aku tak faham sepatah haram pun apa yang dia cakap tapi dia akan gelak dan aku tahu la dia cuba story kat aku benda yang kelakar. Hahaha...  Dia cerita macam-macam dalam Japanese kat aku, aku pun excited dengar buat macam aku faham. Tapi dia tahu aku tak faham. Last-last dia cakap, you, noty!!hahahaha..


Walaupun baru beberapa minit kenal dengan nenek ni, tapi macam dengan nenek sendiri. Dia siap nak ambilkan gambar aku and ajar aku cara pose yang terbaik kat tingkap tu. Lepas tu dia suruh aku keluarkan hp aku and ambil gambar selfie dengan dia!.. hahahahaha... Bukan aku yang mintak tau, nenek tu yang nak. You are rock granny!!






View dari tingkat 3 rumah


Selepas habis teroka rumah tu aku pun keluar. Tak boleh lama sangat, masa singkat je ni. Gambar bunga matahari yang mekar segar depan Wanda House betul-betul buat aku rasa nak stay kat sini.



Bunga memang bersepah-sepah kat sini. Semua cantik-cantik and kembang elok jer.


Perlu diingat yang semua rumah disini adalah private houses. Bukan museum ye, so jangan la gatal-gatal tangan buat benda yang tak patut. Dan tak payah bising-bising sebab orang Jepun ni tak suka bising-bising. Hormati privasi mereka. Jangan pergi ketuk rumah dorang pulak, kang penyapu yang melayang korang dapat. hehehe..






Gotcha you atok!!

Akhirnya aku sampai dijalan utama. Aku tengok jam ada 10minit je lagi. Alaaa aku nak pergi ambil gambar kat rumah yang paling depan sekali tu. Aku berlari kesana dan nasib baik ada seorang pelancong kat situ. Aku minta tolong dia snap kan pic aku. Yeeaaayyy! Dapat pun!


Selepas itu, aku pun kembali ke jalan utam simpang mula-mula masuk kat jambatan tadi.
Antara pic yang aku sempat snap.







Aku sampai di bus tepat pukul 4.10pm. Aku dah pandai punctual dah.


Sempat selfie dengan guide kami
Maka berakhirlah tour kami pada hari itu.

What a wonderful experience i had!!

Good bye Shirakawa-Go, ada rezeki boleh datang lagi. Insyallah.. :)



EXPENSES: 

Tour : ¥3500
Postcard : ¥200
Kanda House : ¥300

TOTAL : ¥4000 (MYR120)



7 comments:

  1. Entry ni mmg buat org nangis tgk gmbar2 tu.. haha. Cantik gila view dia.. reminds me of kyoto, been there in 2012. Almost camni la view dia, green scenery, sungai bersih, tenang je.. sebijik sampah pun x nampak. Huhu.. keep on posting k :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi Ijatt!!.. yup memang cantik tempat ni macam Kyoto gak. Tengah kerja keras buat entry pasal Kyoto ni.

      Delete
  2. Nice pictures! :) insyaAllah sy plan nk ke Shirakawago 28/March dengan J-Hoppers Tour. Just nak tanya pendapat, berbaloi tak pegi Shirakawago time end of winter nak masuk Spring tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. End of winter mungkin dah tak ada Salji... Tapi tak kisah bila pun pergi, Shirakawago mesti tak mengecewakan... sangat cantik!!

      Delete
  3. 10/3 ni saya k shirawakago... tido smlm sn... x sabo ye...lg2 tgk ur pic ni... hope masih ada snow..

    ReplyDelete
  4. Wahhh.. Best!!! Nak pegi sini!!!! InshaAllah. Thanks sebab share!! :)

    ReplyDelete