Monday, September 8, 2014

JAPAN - Ukur Tanah Kyoto

Assalammualaikum dan selamat sejahtera...

DAY 6 (8 SEPTEMBER 2014)

First sekali,  sila lah abaikan seluar merah, baju pink dan tudung hijau menyala aku dalam gambar hari ni. Hahahaha... amma,appaa.. ini semua laundry punya pasal la. Malam tadi kan aku laundry sebelum tidur, tapi kepandaian aku ini aku basuh semua sekali. Dalam mind aku fikir tak pe, Baju HRC Tokyo ada. Lupa lak color pink..wakakaka.. aiyaaakkk...dah macam badut dah. Biar lah, janji happy.. :p backpackers kan???

Hari ini aku akan cover beberapa tempat:


1. Kinkaku-Ji 
2. Arashiyama Bamboo Groves 
3. Saga Romantic Railway 
4. Fushimi Inari Shrine 
5. Kiyomizu-Dera 
6. Yasaka Shrine
7. Gion 

 1. KINKAKU-JI TEMPLE

Map Kenkaku-Ji Tample
Destinasi pertama hari ini adalah Kinkaku-Ji Temple ataupun dikenali sebagai golden tample. Temple ini memang diperbuat daripada emas, tapi jangan mimpi la "kalau lah aku dapat emas itu." hehe..

Pada mulanya plan aku nak ke Arashiyama Bamboo Groves, kemudian ke Kinkaku-Ji dan ke Fushima Inari Shrine. Tapi atas nasihat Taka, owner Oki's Inn dia suggest kan aku ke Kinkaku-Ji by bus, then naik bus gak ke Arashiyama Bamboo Groves dan barulah kemudianya ke Fushima Inari Shrine by JR Pass. Betul gak tu, best route! Thanks Taka!

Jam menunjukkan pukul 8am. Aku ambil bas dari tepi jalan dan Taka juga advised aku beli 500yen Bus daily pass. Aku boleh pergi mana-mana route bas dalam city center tu.

Lepas 10minit menunggu Bas No.56 pun tiba. Ada banyak No. bas, so korang perlu tahu bas nombor berapa korang patut naik. Kalau tak tahu tanya je la orang. Apa susah. Kinkakuji Tample ini adalah bus stop yang kedua terakhir. Dalam bas ni ramai Junior highschool student. Maybe dorang nak pergi sekolah. Tapi akhirnya rupanya mereka nak pergi melawat Kinkakuji Temple juga.

Selepas hampir setengah jam, bus pun berhenti di bus stop depan Kinkakuji. Pada mulanya aku fikir yang beli pass tu pada mula-mula naik, tapi rupanya bila turun baru beli. Waktu aku tengah berdiri beli ticket tu ada seorang budak kecil student ini mintak lalu kat aku. "Excuse me, sorry.. Thank you"... then aku macam terkejut lah. Eh, budak ni macam fluent cakap English. First time aku jumpa student macam 9-11 tahun macam tu boleh cakap English. Senyum je aku. Dah la comel sangat budak ni.. :)

Entrance Ticket 300Yen
Aku berjalan mengikut semua orang yang menuju ke arah yang sama. Aku rasa Kenkakuji dalam itu lah tu. Aku masuk dan beli ticket sebanyak 300yen (RM10).

Kenkaku-Ji Temple
Ha, nampak dah Golden temple tu.. Wahhhhh betul-betul gold la. Memancar-mancar silau gold dia bila kena matahari pagi. Cantik, surrounding dia dengan pond tu pun nyaman je.

Cantik dengan bayangan pada tasik

Tak lama lepas tu budak kecil dalam bus tadi tegur aku ,"Can i take photo with u?". Yeeaahhh, sure! Come! Then ini la pic tu. Comel gile budak ni. Kalau ada abang mesti hensem ni. Alaaaaa, tapi tak sempat tanya, kalau tak mesti dia suka aku jadi kakak ipar dia kan?? Hahahahahahaaha....

Si comel yang sangat comel. Kawaiii
Pokok Bonsai di situ
Anda nak kaya? Ambil la sikit kalau boleh
Early Autumn
Orang-orang yang aku jumpa kat sini semuanya ramah. Students semua nak ambil gambar dengan aku. Wey, aku rasa macam artis tau. Lepas sorang,sorang... Pelik gak aku, aku ni nampak weird sangat ke? Maybe dgn color outfit aku hari ni kot, sebab tu ramai peminat. Aiyooooo....

Tapi sorang student girls ni sempat tegur tanya aku scarf yang aku pakai. Dia suka color hijau tu, dalam hati punya la aku nak pecah perut gelak. Dia tak tahu disebalik kisah ni semua. Aku cakap la aku muslim so compulsory to cover my hair. Even aku rasa cuma 20% je cakap aku yang dia faham, tapi tak apa la. Mungkin dia faham banyak. :) Atleast something than nothing.

Budak sekolah ni datang kat aku minta ambil gambar sama
Lepas tu kawan dia semha minta gambar sekali
Kemain lagi aku punya senyum
Tiba-tiba aku disapa oleh seorang pakcik ni. Dia tanya aku tahu ke history tempat ni. Aku cakap aku tak tahu sebab semua in Japanese. Dia pun explain dekat aku dalam bahasa ENG-japan dia, agak susah aku nak faham, tapi aku cuba juga faham. Dia bawa students macam 15tahun umur mereka sambil terangkan pada mereka. Aku pun tumpang sekaki lah, dia tak kisah. Lepas explain dalam Japanese dia explain pula dalam English pada aku. Sangat la aku terharu. Students dia gelak-gelak je.

Ada juga seorang lagi pakcik ini follow dia, aku rasa mungkin kawan-kawan juga mereka ni. Tapi pakcik yang sorang ni pakai baju biasa. Pakcik yang explain dekat aku tu pakai smart baju kemeja putih. Pakcik tu pun cuba tolong kawan dia explain kat aku pasal tempat ini. Kalau kawan dia lupa word English pakcik ni tolong, kalau pakcik tu lupa lak kawan dia tolong. Yang pasti mereka sama-sama bersungguh-sungguh explain pada aku walaupun hakikatnya tak mudah bagi mereka.

Aku tanya dia cikgu mereka ke? Dia kata tak, dia cuma driver bas sekolah je bawa mereka ke sini. Aku terkejut!! wahhhhh see. Walaupun driver bus je dia tak kisah nak share knowledge dia dengan students tu. Bukannya dia hanya duduk di dalam bas dan tunggu students kembali. Mereka tidak buat begitu. Mereka memang betul-betul menghargai masa dan akan isi masa yang ada dengan benda berfaedah. Respect!!

Cantik, tapi aku tak jumpa pintu masuk dia
Air dari bukit belakang tu
Rumah tadisional zaman dulu
Aku tak tahu ini apa, tapi macam rumah orang dulu
lagi cantik kalau Auntum
And the best part is pakcik yang lagi sorang yang pakai baju biasa tadi cakap kat aku "i want tu "prize" you.".. "Japanese Tea", sambil tunjuk sabuah cafe tak jauh dari situ. Owhhhh, baru aku faham.  Dia nak belanja aku rupanya.Tapi dia cakap "prize" hadiahkan. hehehehe.. Tak apa, janji aku faham. Wahhhhhhh Arigatou Gozaimas!! Haittt, aku cakap. Hehehe...

Small garden dalam Cafe
Dia tanya aku nak minum cold or hot. Aku pilih Hot. Pelayan tu pun bawa kami di satu meja/kerusi. Sambil itu kami borak-borak dalam bahasa ayam itik. Dia dulu cikgu bahasa Jepun, dia pernah kerja di Cambodia 7 tahun. Dia pernah sekali ke Malaysia and dia kenal Dr. Mahathir!!Dia kata Dr.Mahathir smart jadikan Malaysia ada twin tower etc.. Ko tengok, terharu tak?? Aku sebagai seorang anak Malaysia, memang terharu la. Aku senyum sampai ketelinga. Betapa bangganya aku jadi Anak Malaysia!

Ini uncle yang belanja aku Japanese Tea tu. Arigatou!
Tak lama lepas itu, Japanese Tea tiba siap dengan manisan lagi. Yang putih tu gula dalam dia ada red bean. Aku sempat tanya pada waiter tu, benda tu apa? Ada pork ke or alchohol? Dia kata tak ada, Muslim can eat. Don't worry. :) Dia mesti dah biasa dengan soalan tu, sebab itu dia dah tahu.

Sweet, dalam dia isi red bean.
Selesai dengan sekali hirup. Aku punya lagi licin!
Tak lama pun kami minum dalam 15minit je macam itu dan kami pun berlalu. Kat luar cafe tu pakcik tu cakap kat aku dia driver bas sekolah tu. Dia kena pergi sekarang. Aku cakap Arigatou Gozaimas, dia pun cakap yang sama dan terus je pergi macam tu. Maka dapat lah aku lakarkan satu lagi sweet memories dengan local dalam trip kali ini. :)

Itulah bestnya bila travel sorang ini, kita akan lebih senang dekat dengan local. Kalau berdua atau dalam group kita akan spend time dengan kawan kita je, tak adanya nak borak-borak dengan local. So ke"local"an tu tak dapat sangat kita rasai. Macam kes aku ni, kalau aku pergi berdua korang rasa nak ke budak-budak tu datang kat aku bergambar? Ramai lagi tourist lain kot, or mungkin aku ni lain sikit sebab berhijab kot.

Or tak adanya uncle tu nak belanja Japanese Tea kan? Sebab aku sorang la aku layankan jer.. hahahaha

Small temple dekat dengan cafe tu
Pintu Keluar
Aku sempat beli poscard dan sikit souvenir
Kemudian aku kembali ke bus stop tadi, aku tunggu bas untuk ke Arashiyama Bamboo. Guard tu cakap aku perlu ambil bas No.11 bila sampai ke Bus stand nanti.

Rupanya bas stand tu kecil je. Ingat besar and sesak. Tak ramai orang pun time ni, dan aku perlu tunggu dalam 15minit untuk bas no.11 jalan. Walaupun tempat ni kecil je, jalan tak sibuk tapi masih ada 3orang Safety guard disitu. Mereka akan jaga trafic untuk bas yang keluar masuk..

Menunggu Bas No.11

Yeaayyy, bas dah sampai


2. Arashiyama Bamboo Grove

Tiba saja di Bus Stop Arashiyama Bamboo Grove aku terus jalan memasuki kawasan bamboo itu. Tempatnya sangat damai walaupun penuh sesak dengan pelancong waktu itu. Tak perlu risau sesat ke apa, selagi kalian jalan menyusui jalan bersimen itu kalian akan sampai la ke hujung destinasi.

Arasiyama
Map kawasan ini. Agak luas.
Tak banyak yang nak diceritakan, aku hanya jalan dan terus berjalan menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Enjoy the photos!

one of my favorite Photo!



Left or Right? You've no option. Have to go with right side.

Disini terdapat orang yang bawa pengangkutan macam beca itu, tapi dia tarik manually guna energy dia sendiri. Betapa kuatnya dia! Dan mostly yang membawa itu adalah orang muda. Memang respect la!. Demi sesuap nasi dan menjaga khazanah Kyoto.

Mencari penumpang
Macam boss besar pulak dia tu
Arrghhh bersusah payah demi mencari rezeki

Disitu juga terdapat temple. Aku singgah kejap, tengok apa ada sambil snap pics.

Trademark Temple

Shrine
Wishes

Korang masih ingat atok Goku dalam cerita Dragon Ball tak? Korang nak tahu kat mana atok itu sekarang? Ni dia hah!,,.. Aku dah pencen, penat dah jaga Goku dan 7 bola ajaib tu. So atok painting dan buat post card. hahahahaha... Korang jangan gelak, kang atok marah dia hayun tongkat ajaib dia baru korang tahu!..hahahaha...

Atok Goku. sama tapi tak serupa.Hensem lagi dia. Hahahaha
Aku tanya kat atok ni kat mana bola yang ke-7? atok tu cakap dia akan bagi tahu kalau aku boleh jumpa kat mana bola pertama.. Hahahaha.. Ok, aku beli 2 keping poscard dia.

Gadis Kimono









Selepas itu aku jumpa station Saga Romantic Train ini. Memang ada dalam iti aku ini. Aku lambat 5minit je train baru je jalan, so aku perlu tunggu 30minit lagi. Aku beli ticket 760yen (one way) dan terus duduk dalam ruang menunggu. Dalam ini ada Free WIFI so tak ada la boring. Train ini bermula dari jam 9am sehingga 4pm.

Counter Saga Romantic Train
Mana dia tak sampai lagi ni
Tunnel
JR train, rail sebelah dia
Ticket. Cabin 5, seat 2A.
itu dia dah sampai
Dekat dah


Sagano Romantic Train since 1991
Train ini akan menyusui sungai yang sangat jernih dan cantik. Aku memang dah tak duduk diam dah. Kejap kiri, kejap kanan. Tapi jangan syok sangat keluarkan kepala, hati-hati sebab dia akan masuk banyak tunnel. Kang tak pasal-pasal ada yang hilang kepala lak. huhuhuhu..

Comel je, dari kecil sampai besar

Pemandangan sepanjang perjalanan ini lebih kurang macam perjalanan ke Takayama, tapi Takayama lagi cantik la. Kalau anda tak ke Takayama anda patut menaiki train ini. Kalau dah ke Takayama tak nak naik pun boleh. Tapi aku syorkan korang naik gak sebab ada kawasan perhentian yang menarik. :)

Sungai itu juga terkenal dengan port rafting. Tengok gambar bawah ini, mereka dah ready nak main rafting. :)

Bye-bye
Siapa peminat Rafting boleh try
Lebih kurang setengah jam kami pun sampai ke station terakhir. Turun la ye, dah ada penumpang lain yang menanti juga.



Dalam Station ini ada souvenir shop, aku sempat grab sourvenir dan post card. Post card lagi..hehehe


Sejujurnya aku dah tak tahu dah aku dimana sekarang. Yang pasti memang dah jauh cari city center Kyoto. Aku just turun je dari situ dan tengok apa yang ada kat bawah nanti yang boleh membawa aku ke city center semula. Bila aku keluar je dari Sagano Station tu, taraaaaa... aku nampak signboard "JR Umahori" ke kiri. hehehe... ok, naik train lah kita.

Syukur lah aku pemegang JR pass kalau tidak tambang ke Kyoto Station adalah 320Yen (RM10.50). Kalian perlu naik train ini dan terus ke Kyoto Station. Dari Kyoto Station boleh terus ke Fushimi Inari Shrine.  Perjalanan agak lama lebih kurang setengah jam.



4. FUSHIMI INARI SHRINE

Tambang dari Kyoto Station ke Inari adalah 140Yen(Free JR Pass).
Akhirnya aku tiba di Inari Station yang betul-betul dihadapan Fushimi Inari Shrine. Sambil tu aku sempat beli Onigiri. Lapar kot. Staff Family Mart tu tunjuk kat aku Onigiri ini fish katanya. Aku ambil tu satu yang "fish" tu. Punya la lapar, aku makan sambil jalan. Teruk gila perangai kan..hahaha.. So far kat Japan ni aku belum penah nampak lagi orang makan sambil jalan walaupun mereka ni memang sentiasa busy. Sekarang aku lah orangnya. Hukhukhuk...

Makan punya makan bila sampai kat tengah asal macam biji-biji ini? Sekali tengok, alamak! Telur ikan dah... memang la seangkatan dengan fish gak kan. Aku dah la tak makan telur ikan, lastly aku makan dia punya nasi aka pulut tu je.



Sampai sudah depan big Shrine ni. Trade mark tempat ni.
Terima kasih kpd tukang ambil gambar
Shinto temple
Shrine for souvenir
Pantang nampak ada orang memang jadi mangsa aku tolong ambilkan gambar. tq!
Sampai dah Starting point ke The Red Gate
Sila pilih kiri atau kanan? Aku masuk kiri dulu sebab aku tengok semua ikut situ.
Let's Explore!

Shrine ini dibina menuju ke puncak bukit. Sepatutnya aku boleh jalan sampai ke puncak dan nanti ada temple di situ. Tapi kerana kesuntukkan masa aku hanya jalan separuh je. Tak larat juga nak daki tangga sampai atas itu. Ikut peta yang ada kat situ aku boleh belok kiri untuk terus keluar. Tapi aku decided nak patah balik masuk lorong lagi satu pula. Ingat kan kat starting point tadi ada dua lorong kiri dan kanan?. Dan keluar di tempat aku mula-mula masuk tadi sebelah kanan pula.

Bukan senang nak snap bila langsung tak ada orang
Konon-konon macam photographer terhebat lah ambil gambar macam ni.hehe

Korang tengok gambar bawah ni, cantik kan mereka. Yang pic kanan tu dia mix, patut nampak macam minah salleh sikit.


Aku sebenarnya tak tau secara terperinci apa motif red shrine tu. tapi aku nampak macam Orange. Orang kata red. Pening jap.


5. KIYOMIZU-DERA

Kemudian aku balik semula ke JR Inari. Aku tanya pada officer what is the best way to go to Kiyomizu-Dera Temple?. I've JR Pass as well as 500yen Daily Bus Pass.

Officer itu suggested aku naik balik JR train ke Kyoto Station dan dari sana aku ambil semula bas no.100 macam aku nak ke Oki's Inn tempoh hari. Owhhhhh, ok. Aku dah expert dah area Kyoto Station (bunyi berlagak gile!).

Sampai di Kyoto Station aku turun dan ambil bas No.100. Nasib baik sempat lagi sebab Koyomizudera tutup pukul 6petang. Waktu aku sampai pukul 4.30pm. Apa lagi, menapak la sampai keatas menggunakan kudrat tulang empat kerat yang masih ada sisa ni. Tak larat pun laratkan juga.

Banyak gila, tapi harga dia pun gila! Terkejut aku!
Sepajang perjalanan ke Kiyomizudera itu, korang akan melalui deretan kedai souvenir yang sangat-sangat cantik and murah berbanding tempat lain. Dan sila lah kalian shopping disini. Harga disini memang lebih murah dari tempat lain dan hanya disini yang paling banyak options untuk menghabiskan duit kalian.

Selain itu juga, area Gion ini ramai girls pakai kimono termasuk lah lelaki akan pakai pakaian tradisional mereka juga macam Samurai tu. Mungkin mereka ingin merasa lebih feel bila datang kesini memakai kimono. Serious cute-cute betul semuanya dan korang akan rasa yang korang sedang berada di era Edo Period.

Peak!!
Ticket 300Yen
Entrance Fee adalah 300Yen. Ada sikit renovation sedang dilakukan,tapi semuanya nampak selamat. No worries!!

Ini dia Kiyomizudera
Budget-budget model la.. puiii..hahaha

Kimono Girls
Aku tak lepaskan peluang ambil gambar bersama gadis-gadis kimono. Mereka pun dah macam model kimono dah and tak kisah kalau kita nak minta bergambar.


Akhir sekali korang akan melihat aair pancut ni.Sumber air gunung(mungkin) dan bagi kepercayaan mereka ini adalah air suci. Sama la macam air-air yang aku penah post dalam entry yang lepas. Nak ambil air ni pun punya la panjang Q dia. Aku memang la tak Q, syirik wey.. Ambil gambar je.

Mungkin air suci mereka
Nak ambil air pun kena Q. Aku ambil gambar je.

Akhirnya aku turun semula ke Gion Street. Kedai dah banyak yang mula tutup. Awal gila tutup. Aku usha dari satu kedai ke satu kedai. Mulanya aku nak beli Tshirt I LOVE JAPAN kat sini. Tapi mengingatkan pengembaraan aku masih ada berbaki beberapa hari lagi maka aku tangguhkan niat nak shopping itu dulu. Dalam fikiran aku ala, nanti lah shopping dekat Osaka. Last day nanti. Kang satu kerja lak nak angkut-angkut.

Itu lah yang aku fikirkan pada mulanya kerana tak ambil ikhtibar dari pengembaraan sebelum-sebelum ini, maka aku lah yang kecewa kesudahnya.. Hahahaha.. sadis kan ayat aku.

Mau tak sadis, konon-konon tak nak bawak berat-berat la and masih ada masa. Last-last bila kat Osaka lain lak jadinya... Nak tau kenapa? Baca next entry sampai la habis entry Japan ea. hehehe...

Sepanjang perjalanan turun ke jalan besar. Semua kedai souvenir

Aku jumpa kedai penuh dengan Arashi!!!!

Green Tean Ice cream! Must try! memang sedap gila, walaupun harga dia pun sedap RM12, tapi alaaaa apalah salahnya. Penat dah aku jalan dari pagi tau. Nah ambillah perut, aku belanja kau aiscream!! :)

Before
After

Satu benda yang aku perasan kat Kyoto ini, ramai betul tourist dari China. Kalau dari China korang faham-faham je la perangai dorang macam mana kan. Attitude memang out lah lagi-lagi bab beratur. Dorang tak buka mulut bercakap pun bila tengok perangai aku dah tau dah ini memang orang China.

Sampai satu tahap waktu nak naik bas pulang ke Oki's Inn, aku dah beratur awal kot. Dalam group2 depan sekali aku Q. Tapi bila bas sampai tiba-tiba nyyyeetttttttttt, dia potong aku tolak-tolak nak masuk dulu. Wahhhhh, ini dah mencabar kesabaran aku. Dengan lantangnya aku halang dia dan cakap:

"Hello!! This is Japan not China! Don't do your bad attitude here! Queue!!!!!"
sambil tunjuk tangan aku kebelakang! Dah banyak kali aku tengok orang China potong Q aku hari ini, kali ini memang aku tak leh tahan sabar dah!.. Pantang aku betul, cukup la korang buat ket negara korang. Ini Japan, rakyat penuh displin. Malu la sikit!

Maybe anak perempuan dia faham English dengan muka malu dia pergi belakang dan tak naik langsung bas tu! Hahahahaha... korang nampak tak penangan aku. Awek-awek Japan belakang aku cuma senyum-senyum penuh makna je sambil pandang aku. Maybe dorang cakap, bagus ko marah mereka ini. Kami warga Japan memang tak mampu nak buat kat pelancong macam tu. hehe.. aku rasa la dalam hati dia cakap macam tu.

Dalam bas baru aku sedar, isshhh.. kawal sikit amarah itu ita. Anda berseorangan di negara orang. Huhuhu


 Malam pun melabuhkan tirainya...... Kisah bermula...


Dalam perjalanan balik ke Oki's Inn, ada satu kedai ikan ini masih buka. Dia ada jual Fish Grill. Memang kering je aku tengok. Tapi aku hentam je,harga asal 500yen tapi dia bagi discount 300Yen (RM9) ok!Gluuuppppp.... walaupun discount aku masih telan liur. Harga sekilo ikan kat Malaysia. Ikan apa pun aku tak tahu. Aku tanya Taka dia pun tak tahu nak explain amcam mana sebab ikan tu banyak kat Japan je.

Pada awalnya aku memang tak plan nak ke mana-mana malam ini. Penat kot sehari suntuk berjalan. Bila aku masuk dorm, ada sorang girls dari Japan ni. Nama dia Moeka. Budak lagi aku tengok. Dia tak fasih English, tapi boleh la masih faham lagi. Dan lepas aku mandi ada datang lagi dua orang American Girls!!. Dorang memang Awesome sangat. Sorang Japanese-American dorang lagi Thai-American. Datang Japan tengok tempat asal usul family dia katanya. Mereka memang best dari yang malam semalam yang Hong Kong girls poyo nak mampos tu malas aku nak layan. Hahaha...

Aku keluar cari nasi. Pinjam basikal jap, aku beli nasi dekat kedai bawah ni. Mereka pun dah nak tutup. Aku cakap aku tak makan pork and alcohol. Sekali dia charge aku 200Yen da... Mak ai mahalnye? Kalau beli kat 7e boleh dapat 2bungkus. Urrrmmmm, nasi sikit pun RM6. Tapi nak buat macam mana takkan la aku kata tak nak makcik tu dah bungkus. Anak bujang dia tolong translate dalam English walaupun ayam itik. Dia tanya aku dari mana. Makcik dengan pakcik tu siap bagi vege lagi, takkan aku nak tolak depan dia. Tapi aku dah cakap kan tadi aku tak ambil dua benda tu. Dia pun lama gak bincang anak beranak aku nampak.

Kedai aku beli nasi. Tengok basikal merah aku

Lepas tu aku ke supermarket depan tu tengok apa yang ada. Ishhhh, banyak pilihan. Kalau aku tahu tadi aku beli kat sini je. urrmmmm, tak pe la rezeki dia. Aku beli set dalam tu ada tempura, ikan and pumkin goreng. Selain tu gak my faveret Starbucks latte!!

Bila aku sampai hostel aku tunjuk sayur tadi pada Taka and Yuka. Aku mintak mereka check ada sake ke tak, mereka mesti tahu kan. Mereka ambil chopstik and rasa sekali. Mereka kata confirm tak ada. So, apa lagi. lenjan la... yang penting confident.!

Macam sawi dia potong halus atas tu tabur macam kacang
Dinner aku malam ni. Nampak sedap kan? Padahal dah ngidam nak makan sambal
Mudah didapati dimana-mana
Dalam dining room aku nampak Moeka tengah membaca something. Lepas panaskan bagai lauk aku, aku pun duduk depan dia. The best part is aku share makan dengan dia. Aku pelawa dia makan ikan aku tu sekali. Dia kata ikan tu memang mahal tapi sedap. Sepatutnya ada masak special dia. Jual kat pasal memang grill je.

Kami borak siap guna google translate lagi tau. hahaha.. best betul. Siap guna yang voice translate lagi.
Borak punya borak rupanya dia student kat University Hakata dalam bidang Architecture. Waaahhhh, ambik ko, jangan main-main. Umur baru 18 tahun ni.

Moeka
Asalnya dia kata dia penat. Tetiba datang idea gila aku nak keluar mid night nanti nak pergi spot Geisha/Maiko. Dapat satu pic depan-depan pun jadi lah.

Dari tak nak keluar, terus dia excited nak ikut aku. korang nampak tak kuasa tarikan aku disitu. Aku suruh dia rental basikal sekali sebab dia boleh guna sampai esok. Lepas makan kami pun terus keluar. Waktu itu jam 11pm dah. Dengan seluar tidur and selipar jepun itu, aku hentam je. Si Moeka boleh relax je pakai short, kulit biawak dia ni.hahaha.. 



7. YASAKA SHRINE

Yasaka Shrine ada dalam iti aku tapi aku tak sempat sampai. Aku tak plan pun nak kesini. Kami just kayuh ikut kayuhan basikal kami dan peta. Aku suruh Moeka jalan dulu sebab dia lagi senang paham dengan peta and tulisan jepun tu.

Akhirnya kami sampai di satu shrine ini. Besar dan banyak lampu. Tapi kat situ ada polis, dia tengah tahan seorang lelaki umur awal 20-an. Entah apa tah salah lelaki tu, aku tak pasti. Tiba-tiba dia tahan kami suruh kami turun dan usung je basikal. Tak boleh lalu basikal kat situ. Pulak dah. Lepas tu kami parking je basikal depan dia. Moeka macam cuak je sebab polis kat situ. Aku cakap bia je la, lagi selamat coz police is there. hahaha.. yelah mana boleh suka-suka parking basikal.

Yasaka Shrine
Lawa malam kat sini
Moeka

Selepas puas ambil gambar bagai, kami pun meneruskan misi yang sebenar iaitu spot the Geisha/Maiko.



8. GION

Gion Area at night. No filter!!

Semua tu restaurant or kedai yang dah tutup.
Kami kena tahan lagi dengan polis yang diseberang jalan pula. Dia kata tak boleh naik, perlu usung basikal tu. Huh?? tak jauh pulak. Aku ajak Moeka melintas jalan sambil usung basikal. Lepas melintas aku tengok seberang jalan polis tu pandang tempat lain. Terus aku naik dan cakap Moeka, let's go!!.. hahaha.. dia mula-mula teragak-agak lepas tu dengan gelak suka ria dia pun naik dan kayuh.. Hahaha.. dalam hati dia mesti cakap, "hantu ita ini, ajar aku buat benda salah. Aku dah la rakyat Jepun yang beretika dan mematihi undang-undang.".. hahaha..

Kami terus mengayuh sambil gelak-gelak sebab dah lari dari polis tadi. ekekeke... my sengal time is comingggg...

Misi pertama:
Selepas 10minit kami pusing-pusing old houses tanpa arah tujuan lalu sebuah teksi sebelah kami.
Eh, Maiko!Maiko!Maiko! Ada 3orang Maiko dalam tu. Punya la kelam kabut and excited sebab first time nampak Maiko, aku tak sempat keluarkan camera. Hp pun tak sempat padahal dalam kocek je..Aduhhhhh, kecewa!..

Misi Kedua:
Kami tanya pada seorang jejaka kacak yang sedang hisap rokok diluar tu mana area yang Maiko selalu ada. Dia tak fasih English aku suruh Moeka tanya. Dia kata area belakang lagi satu. Time tu aku pandang kiri terus aku jerit. Maikoooo!!! Moeka, Maiko!Maiko! sambil tunjuk arah Maiko yang tengah jalan laju lebih kurang 100meter dari kami. Aku terus tinggalkan jejaka kacak tu dan kejar Maiko tu. Aku pergi sebelah dia tanya boleh ambil gamabr tak? Dia kata, "No, sorry". Tapi aku snap gak dari belakang. tapi semua gambar tak jadi. Musykil betul aku. Moeka datang dari belakang tanya dapat x?? Aku cakap tak cantik. Bila aku pandang depan balik. Aikkkkk, mana Maiko tadi?? Hilang? aku dengan Moeka berpandangan sesama sendiri. Misteriiiiii.....


Ini gambar Maiko dalam misi kedua. Jauh dah.

Misi KeTiga dan terakhir...

Aku cakap kat Moeka jom jalan area yang aku pergi malam semalam. Mana tahu kat situ ada. Yang ini last lah, kalau tak jumpa gak kita balik. Tak ada rezeki nak tengok muka si putih tu.

Tiba-tiba aku nampak kaki Maiko dalam satu restaurant ni. Emergency Break! Undur balik, tunggu sebelah pintu kedai tu. Daaaaannn... tu dia!! Dah jumpa! Spotted!!!

Maiko berjalan keluar
mereka bersama pelanggan
Bergambar bersama pelanggan dan aku pun join sekali muka tak malu

Disebabkan muka tak malu aku ambil gambar mereka sekali, salah seorang dari gentlemen ni approched aku tanya nak bergambar sekali ke dengan mereka? Dia mintak bagi HP aku biar dia ambilkan gambar..

Waaahhh, pucuk dicita ulam mendatang, kami pun apa lagi. peluang.

Mengikut beberapa blog yang aku baca memang susah sangat nak bergambar dengan mereka ni. Ini kira rezeki lah sebab customer dia yang izinkan sendiri.

Bersama customer Maiko
Apa sebenarnya kerja mereka aku tak mau masuk campur. Tapi keunikan tradisional yang mereka ada itu dengan muka putih serta berkimono itu yang menarik minat aku.
Mr.X tu memang sporting.

Nama dia ni Mamekiku. A first year Maiko.




















Aku upload gamabr bawah ni dekat IG aku (Rozita_sawadashin), lepas tu ada sorang minah salleh ni comment  macam ni:

"Her name are Mamekiku and Satsuki :) so lucky because Satsuki is the most successful maiko in Gion Kobu right now. :)))"

Tak tahu pula den yang den bergambar dengan the most successful Maiko rupanya. Bertuah lak rasanya.

Satsuki sebelah aku, Mamekiku sebelah Moeka
Gentleman yang offer kami ambil gambar sekali itu sebenarnya macam dah lalok dah. Maybe minum sake banyak sangat. Aku dah mula tak berapa nak selesa. Macam aku selalu kata, ikut kata hati. Kalau tak selesa cepat-cepat blah. Sebabnya waktu borak-borak asal mana lah bagai, dengar dia cakap penah pergi Malaysia 3x makin lama makin dekat lak dia ini. Sampai aku undur setapak kebelakang. Lepas itu apa lagi, time to move!!

Lepas say bye-bye pada mereka semua kami pun pulang dengan dengan perasaan yang puas. Yeaaahhhh... Kami berterima kasih sangat sebenarnya dekat lelaki tadi yang sudi ajak kami join sekali padahal dia tak ambil gambar pun dengan Maiko tu. huhuhu.. Mission Completed!

Sebagai balasannya aku belanja Moeka air sebotol lepas tu!hehehe

Moeka and Me!
Sampai hostel dalam pukul 12.45am. Aku angkat baju aku, lipat dan packing. Esok pagi-pagi aku dah kena check out untuk berangkat ke Osaka. 

Sambung cerita Osaka... SAMBUNGAN DAY 7




EXPENSES DAY 6:

1. Sagano Romantic Train : 760Yen
2. Daily Bas Pass : 500Yen
3. Kinkakuji Temple : 300Yen
4. Kiyomizu-Dera Fee : 300Yen
5. Ice-Cream : 300Yen
6. Onigiri : 135Yen
7. Nasi : 200Yen
8. Fish Grill : 300Yen
9. Starbucks: 216yen
10. Air - 250Yen

TOTAL : 3,261Yen (RM98)

Shopping:

1. Dompet : 480Yen
2. Magnet : 756Yen
3. Keychain : 540Yen
4. Postcard&magnet :  360Yen

Total Shopping: 2,136Yen (RM64)



Sunday, September 7, 2014

JAPAN - The Legend of Kyoto!!


DAY 5- PART 2 (7 SEPTEMBER 2014)

Entry sebelum ini : Pagi Minggu di Takayama

Aku menaiki train 11.24am menuju ke Nagoya Station dan perlu menukar platform untuk meneruskan perjalanan ke Kyoto. Perjalanan mengambil masa 4 jam dengan kos ¥9960 (RM300) by Shinkasen.

Takayama-Kyoto by Hyperdia.com

Perjalanan yang memakan masa hampir 4jam

Dia ini yang aku tanya kat station tadi and aku suruh dia ambilkan gambar juga.


Cabin 2 for reserved seat dan Cabin 3 for non-reserved
Kyoto merupakan ibu negara Japan sebelum Tokyo. Oleh kerana itu, Kyoto kaya dengan sejarah kisah silam dan sebuah bandar yang sangat tkaya dengan sejarah.


Nanti akan ada officer yang akan check korang punya tiket. Tapi aku guna JR pass just tunjuk je la kat dia. As long as date dalam JR pass tu still valid korang selamat!. hehe
















Selain itu ada juga "stewardess" dalam train ni tau. Korang jangan main-main ingat Plane je ada?. :)


Aku suka betul naik Shinkasen ni~ laju and view dia pun cantik. Aku sebenarnya dah tak berapa sedap badan, macam nak demam. Maybe sebab kurang minum air lepastu banyak keluar peluh. Mau tak kering tekak. Nasib baik ada gula-gula sakit tekak bawak dari Malaysia.

Kat dalam Shinkasen ni korang boleh makan. Tapi jangan la korang makan Nasi Lemak pula. Kang semua orang Jepun nak mintak rasa kesedapan nasi lemak kita. hhehehe.. Aku sental Tempura dan segala macam yang aku beli kat Supermarket Takayama pagi tadi. Lapar dah sebenarnya.

Akhirnya train tiba di Kyoto Station. Alhamdulillah. Aku berjalan menuju bus station yang ada dibawah station. Ikut je signboard korang takkan sesat punya. Sambil tu nampak pula Tourist Information Counter. Masuk jap, check in! hahahaha... Yeaaahh, at Kyoto Station!.. FB la dulu and IG.Penting! :p

 
Shinkasen Hikari
Aku mengambil bas No.100. Bus disini rate semua fix ¥230 sekali naik. Tak kisah la korang nak stop cuma satu station je ker, or nak stop kat station last ke sama je. Aku pun mula-mula confused gak, macam mana dia nak tahu aku naik dari mana. Lepas tu aku tengok ada dia letak besar-besar ¥230!!.

Bas naik pintu belakang, turun ikut pintu depan. Bayar tambang dengan jumlah coin yang tepat waktu turun.  Masukkan coin dalam machine. Kalau korang tak ada duit kecil, jangan risau. Masukkan duit tu contoh ¥500 dalam changer machine. Nanti dia akan keluar duit kecil dan korang masukkan lah ngam-ngam ¥230 dalam machine pembayaran. Senang cakap ada dua machine la kt situ. Tak pe driver sangat helpful.


Untuk 3hari 2malam ini, aku akan menginap di Guesthouse Oki's Inn. Sebuah guesthouse tradisional yang penuh dengan ciri-ciri rumah tradisional zaman Edo. Dengar pun dah best kan? 

Aku akan berhenti di bus stop Higashiama Sanjo. Dalam setengah jam macam tu. Jauh gak. Tapi area ni memang tourist spot. Oki's Inn ni dalam deretan market shopping area. Ada juga yang menjual ikan dah siap grill. Aku tak dapat merasai suasana tu sebab pagi belum buka aku dah keluar, aku balik dia dah tutup.


Ada laluan pejalan kaki dan juga basikal

Sampai je di Oki's Inn aku terus check-Inn dan bayar dalam cash. Tak ada credit card ye.Tapi guest house ni tak ada male dorm. Cuma ada female dorm 4 bunks . Kalau nak duduk sini gak boleh la booking private room. Tapi dia kira room la bukan kira kepala.

Aku apa lagi perut dah lapar tak lunch lagi, badan pun dah penat. Aku panaskan Yeos (yes!can yang terakhir) dan makan balance makanan aku tadi. Nasi tu pula last one yang aku beli di Takayama semalam. Semua masuk Microwave,habis cerita. Nikmatnya rezeki dari Allah..

Nasi+Tempura+Ikan Goreng tanpa tulang+keledek goreng+Yeos Chicken Kurma

Korang tengok la dining area dia, mau tak selera makan macam ni.



Lepas makan i just took rest and tidur kejap. Nikmat kan lepas makan tidur. geerrhhhh, apa pun tak boleh. Bukan apa, nak recharge energy. Hehehe...Dalam dorm ni, ada another 3 girls dari China dan Hongkong. Tapi aku kejap je dengan dorang sebab esok paginya dorang dah nak check-out dah.

Malam aku sambung jalan. Aku sewa basikal di Oki's Inn dengan kadar ¥500 untuk aku pusing sekitar area tu. Mana yang dekat la aku boleh cover. Owner hostel ni cakap kalau aku sewa sekali aku boleh pakai sampai aku check out. Weeyy, macam best je. Dia tak kira hari. Kira cincai je la..

Malam mereka kata ada konsert artis terkenal tak jauh dari hostel tu? Dia suggest aku pergi sana walaupun aku tak ada ticket. Boleh dengar dari luar katanya. Hahahaha.. bukan aku faham pun. lagi pun aku tak kenal artis tu. Kalau Arashi nak la aku! Sampai esok pagi pun aku sanggup tunggu.hehehehe...

Kat belakang tu lah ada konsert tu. Ramai orang kat luar ni berdiri. Motif? Cuma nak dengar.
Aku tinggalkan tempat itu dan aku kayuh dan terus kayuh ikut map dan ikut kata hati.. cewaaahhh, ayat aku!
Sampai lah aku jumpa Shrine yang besar ni. Basikal aku merah menyala. Dia pun nak posing gak kan. So aku bagi chance.

Red Shrine Red Bike

Korang tak perlu risau terutamanya solo female traveller. Japan ni memang safe untuk wanita jalan sorang-sorang pada waktu malam. Tapi macam biasa aku cakap, ikut naluri hati. Kalau rasa tak selamat and tak selesa dengan kawasan tu tak payah fikir panjang, lets move!


Berhadapan Subway Station

Aku sampai pada kawasan restaurant. Banyak sangat. Penuh satu jalan tu restaurant saja. Tapi satu restaurant ni menarik minat aku dan juga pelancong lain. Cuba tengok pics ni. Lucu tau!

jangan tarik seluar saya! Malu la...
Buweeekkkkkk.... rasa nak bagi penampor tak?
Dia pun nak posing gak!






















Berpandukan pada peta (itu pun dah koyak-rabak), aku terus mengayuh ikut celah-celah lorong kecil, rumah orang dan ikut aliran sungai. Sehingga lah aku sampai dikawasan rumah lama zaman Edo. Waaaahhhh, ni aku betul ke pada zaman 2014 bukan pada tahun 1600 dulu?? Siap ada air sungai jernih lagi yang mengalir sebelah tu. View ini nampak bertambah cantik kerana ada lampu disepanjang jalan. Cantikkk!!

Aku turun basikal dan jalan sambil menyorong basikal. (senyum sorang-sorang). Pandang kiri, pandang kanan!! Bestnyeeeeee

Gion Old Houses

Travel far enough you meet yourself

Hello...
Banyak rumah/restaurant(kebanyakkannya) yang semuanya menarik minat aku. Sebenarnya jalan ini memang sunyi je, sekali-sekala ada teksi lalu. Tapi dalam tu banyak pelanggan restaurant sedang makan bersama Geisha. Apa tu Geisha? Meiko? Baca dalam entry INI.

Hello, anybody home?
tok!tok! Hello...
Pintu pulak! tok!tok!
Heeipp, mana lah makcik ni.
Call makcik ni jap! :)
Lepas puas aku menghabiskan masa lebih kurang sejam, hari pun dah agak lewat, mari kita mengayuh pulang ke Oki's Inn. Kang tutup pula tak pasal-pasal tidur luar.

500Yen Rental Bicycle

*Kedudukan gambar kat atas ni semua sama sebab aku letak camera atas pagar rumah orang sebelah sana. Jalan ni sunyi je, tak ramai orang lalu time malam. Boleh la posing sakan..hehe.

Dalam perjalanan pulang tu aku nampak kedai Lawson Store ni. Berhenti jap lah, tapi last2 lama juga! Tengok apa ada. Ini kedai 100yen! Semua dalam ni 100yen tapi tengok la ada juga yang tak. tapi 80% 100yen(RM3). Murah kan?

Aku beli roti buku ada 8slices sebab aku ada bawa kaya dari Malaysia. Baru aku tahu roti dia banyak options ikut slices yang kita nak. Volume tetap sama, tapi besar ketebalan ikut slices. Selain itu juga aku beli net utk basuh baju dlm washing machine.

Tapi perlu diingat start 1st April 2014 Japan dan implemented tax pada semua barangan macam GST kita la. harga pada price tag memang la 100Yen tapi nanti dah bayar jadi 108Yen. :) Jangan terkejut lak ea.

Apa benda ni? Aku tak tau
Sampai hostel aku buat laundry semua baju aku. Dah amacam apa tah bila semua dah bercampur dalam bag pack. Settle sidai kain, esok mesti kering. Kos untuk laundry adalah 200Yen boleh bayar bila check-out.

Tidur......

Continue--------------> DAY 6 - Ukur Tanah Kyoto!!


EXPENSES DAY 5 (Part 2):

1. Tambang Bas : 230Yen
2. Sewa Basikal : 500yen
3. Lawson : 216Yen
4. Laundry : 200Yen

TOTAL : 1146Yen (MYR35.00)