Monday, February 1, 2016

How to Book India Train for Foreigner via IRCTC

Assalammualaikum dan salam sejahtera..



Aku rasa entry ini sangat berguna untuk sesiapa yang ingin memnempah railway ticket di India. Dengan population berbillion penduduk di India, amatlah penting untuk kalian menempah tiket seawal tiga bulan dari tarikh perjalanan. Aku akan kongsi cara untuk menempah tiket melalui IRCTC Website dimana website rasmi India train. Kalian juga boleh menempah melalui Cleartrip.com tapi aku lagi suka terus direct di website rasmi IRCTC.

So, mari kita mulakan.

1. REGISTRATION

I. SIGN-UP

Click button Sign-up
Click Sign-Up
II. INDIVIDUAL REGISTRATION

Yang paling tricky kat sini orang selalu confuse termasuklah aku adalah Aadhaa Card dengan Mobile number (India number) Yang lain isi semua macam biasa.Tengok bawah.

First Name: Siti Rozita
Last Name: Sabar
Aadhaa Card: biarkan kosong (empty)
Mobile : +91 23456789 
(dummy number or letak je number hp korang. Boleh letak apa-apa nombor tapi make sure ingat sebab next step nanti dia akan tanya. Tapi nanti dalam email pun dia ada send)
Address: Your local address back home
Lepas isi semua completed, click SUBMIT!!...

Registration form
III. VERIFICATION STEP

Yang ini paling payah sekali sebab tak ada orang guide macam mana. Sebab tu aku share dengan korang sebagai rujukan biar korang tak susah. Baik kan aku?? hehehe. Untuk verification,korang memerlukan Email OTP dan Mobile OTP dan click kat link email yang dihantar oleh IRCTC.

i. Received verification email from IRCTC
Mereka akan hantar Email OTP untuk verification dan Mobile OTP pada nombor tipu-tipu yang korang dah register tadi. "Eh, aku main letak je nombor tadi. Macam mana aku nak received mobile OTP. Habis la, tak dapat register la macam ni"...

Email OTP untuk verification. tengok code dia yang font merah tu
Relax, jangan lah melatah.. System semua dibuat oleh manusia. Kita handle dia, bukan dia handle kita. So yang ini apa korang patut buat.

Sila hantar email pada care@irctc.co.in untuk meminta mereka hantar mobile OTP via email. Sertakan sekali gambar passport korang dan User ID. Jangan macam aku, kelam kabut sangat sampai lupa attached mula-mula tu. Apalah sengal, macam mana dorang nak trace kan.. huhuhu..

Contoh ayat macam ni. (baik gile aku semua suap..hehe)

Dear Sir/Madam,

I am Malaysian and just registered my account in IRCTCwebsite. As i don't have Indian Mobile number, kindly please send me the mobile OTP via email.

User ID: gadisbackpackernomad (contoh)
Enclosed is my passport photo for your verification.

Your prompt reply is highly appreciated.

Regards,
Rozita (budak comel)



Tapi korang jangan nak suka sangat. Please jangan mengharap mereka akan reply email ko hari tu juga. tapi kalau dia reply awal, tu nasib korang baik. Kalau tak ko kena doa la banyak-banyak biar korang reply cepat. huhuhuhu... macam aku, 25hb December 2015 aku email 1st January 2016 baru dia reply. Gile setahun!!... hahaha gurau je. 5 hari pun macam 5 tahun. Tu pun aku dah 2x hantar reminder kat mereka.

Reply dari IRCTC
Antara email mereka sebab aku push mereka dari email lain pun. hehe
Dan akhirnya.... mereka hantar mobile verification code tu pada aku.. ffuhhhh... lega. Pergi balik pada email asal mereka yang ada email OTP and link untuk activation tu dan masukkan la email&mobile OTP macam apa dia nak. Sekiannnn... selesai urusan  registration.. nampak macam senang kan? Tapi dia dah amik masa 2 minggu untuk selesai. Huhuhuhu....
Mobile Verification Code
2. BOOK TRAIN TICKET

Lepas tu boleh la start hunting ticket. Ticket boleh dibeli seawal 3 bulan awal, jadi nasihat aku belilah awal-awal kalau tak nak masuk dalam waiting list. Apa tu waiting list? RAC? Macam aku, sepatutnya aku tak plan pun nak cover sampai utara India. Aku beli flight tix return sorang je. Lepas beberapa bulan member aku cakap nak follow. So aku on je.. Flight aku return kerala on 7th February 2016, on December AA lunched new route KL-DelHI. Last minute change plan dar South to North. Kerala-Mumbai-Jaipur-Agra-Delhi.. Dan akhirnya beli lah ticket sebulan sebelum fly. So masuk la Waiting List untuk train Mumbai-Jaipur..

 teruskan membaca plzz...

I. DESTINASI

Pilih je destinasi korang contoh:
From: Mumbai
To: Jaipur
Date: ______?
India ada banyak station, korang pilih je mana-mana dulu sebab nanti dia akan keluar semua dalam list termasuk time departure. Lepas tu korang pilih la nak ambil ticket waktu bila. Tengok station mana, then google map location tu. Senang tak korang nak reach or susah? Jauh dari tempat menginap contohnya. Kalau tak google semua location station tu, then pilih la yang mana paling kena dengan korang.

II. CLASS

Harga tiket bergantung kepada class yang korang ambil.
1A class : 1st class,air-corn dan harga mahal. Lagi mahal dari flight IndiGo kalau buat promo..Selesa.
2A class : 2nd class,air-corn katil 2 tingkat. Agak bersih, bolah tahan. Tapi toilet, hmmmmmm. Aku amik class ni dari Mumbai-Jaipur 19hours journey.
3A class : 3 tingkat katil, tak ada bantal, selimut macam 1st & 2nd class. Murah.
SL : sleeping class, sangat murah. Tapi aku terbaca ramai orang kata class ni ramai pondan kaki pau.. Aku naik train ni sekali dari Ernakulam-Alleppy perjalanan 1jam setengah. Tapi tak ada orang.. tak ramai waktu tu..

2nd class, ada bantal and selimut
Ada plug.. ni yang best. Kasi charge semua.
Train Schedule. Station, time, availability and class.

III. TICKET STATUS

Bila dah pilih train dan class mana yang korang nak naik, lepas tu akan keluar macam pic kat bawah ni. Tengok dekat red box availability, contoh bawah ni, Available-0011; maksudnya ada 11 seat/berth lagi yang available. Hello, tu 3bulan dari tarikh sekarang(March 2016) tau. tinggal 11 je. Tapi jangan risau, kalau dah sold out pun korang masih boleh book lagi Tapi akan masuk dalam waiting list.

2nd Class, 11 availability, total Rp2035

Ha, macam ni waiting list tu. "WL"=Waiting list. Kalau koranf tengok dalam red box kat bawah ni korang mesti tak faham kan. Meh aku explain apa yang aku faham lah....
GNWL11= korang orang ke 11 yang masuk dalam waiting list, tapi currently tix korang berada di nombor ke 4 dalam waiting list sebab tu dia show /WL4.

Maknanya, dah ada 11orang masuk dalam waiting list tapi dah 7 orang canceled booking, jadinya korang dapat la tempat ke 4.

Untuk confirmed booking, selepas waiting list korang akan masuk pula dalam "RAC" list. Maksudnya lagi, kalau lah ada 4orang cancel booking dalam masa sebelum departure tu, korang akan masuk dalam RAC list. Yang ni maksudnya booking korang dah confirmed tapi cuma dapat seat je tak dapat katil. Sadis kan dengar?...hahaha

Jangan risau lagi, korang doa lah banyak-banyak ada orang cancel ticket lagi sebab let say your booking number is "RAC6" maknanya kena tunggu 6 orang lagi cancel tix untuk korang dapatkan katil. Tapi jangan risau lagi, sebab India ni pape pun boleh deal. Aku nampak mereka yang tak dapat tix tu tunggu penjaga station, pergi kat dia dan dia tolong arrange katil. Itupun kalau korang ada luck lah..hahahahaha...

Waiting List4
Pengalaman aku, aku beli waiting list kena nombor 8&9.. Nasihat aku, kalau 2nd class waiting list below 10, korang masih ada harapan nak dapat seat lagi. Tapi kalau nombor dah belas-belas tu tak payah la.. Book jelah 3rd class sebab 3rd class banyak seat and coach, possibility orang cancel tiket tu tinggi. Ada peluang nak dapat tempat. Tapi kalau 1st and 2nd, payah la nak cakap.

Ok, dah faham macam mana nak book tix?.. Next...

IV. PASSENGER DETAILS

Masukkan nama macam dalam passport, tapi ruang dia tak banyak characters boleh masuk. Isi jelah nama korang. Age, Gender, Berth Preference (LB-Lower Berth) tu je.... senang kan?? Nanti akan ada conductor check PNR number dengan Passport korang..

Passenger Details
3. PAYMENT

Walaweyyyy, ni yang paling buat aku sakit jiwa sekali.. Aku cuba CIMB mastercard, rejected. Maybank visa, rejected. Ada memang citibank dalam options tu, rejected gak! Aku tak puas hati aku try banyak kali.. bukan sehari je.. berhari-hari aku buat semua reject. Bila aku call banks, semua cakap tak ada masalah.. Epay code pun dah sent, tapi tak ada transaction yang dibuat..

Belek-punya belek ada satu traveller ni cakap IRCTC cuma accept AMEX sahaja ok!!.. Baru aku teringat aku memang ada AMEX tapi tak penah guna pun.. Tah active tah tak.

cimb payment rejected
Amex hanya kena charge 1.8% service charge berbanding bank lain
Ok, ni last. Aku cuba. Kalau tak, aku kena fikir plan B macam mana nak dapatkan ticket. Dengan lafaz bismillah, aku buat payment.. Punyalah mengharap, sekali reject lagi!! aku macam tak percaya je.. OMG!!.. Aku call bank checked kenapa payment aku rejected. Bank cakap aku salah masukkan security number 4 digits tu.. Owhhhhh, ok2.. Aku buat lagi sekali. Maklumlah, memang tak penah guna buat online transaction guna amex..

Sekali lagi aku buat... jeng.. jeng... Approved!!!!!! yeaaaayyy... Alhamdulillah, akhirnya setelah hampir sebulan aku melalui semua ni... fuhhhhhhh... ok, Baru aku ingat nak cancel je card Amex ni, tapi nampaknya ada gak jasa dia kat aku ni. hehe...

Oh, ya.. Lupa nak cakap. Kalau waiting list pun, credit card korang akan kena deduct. Tapi kalau korang tak naik train tu sebab tak ticket korang tak confirmed or korang nak cancel, korang akan dapat refund duit balik. Dengar-dengar macam dalam tempoh masa seminggu.

Ok, macam nilah rupanya e-ticket korang.

4. IRCTC MOBILE APPS

Pengguna Apple, boleh download IRCTC Apps kat Apps Store secara percuma. Seriously, aku suka sangat dengan Apps ni sebab mudah untuk aku check ticket, waiting list dan kalau korang dah booked ticket korang masukkan PNR No.(booking number) korang dalam list tu. Aku save je dalam phone pastu tunjuk pada counter tix and conductor dalam train pun pakai phone je. Bagi je phone kat dorang.

PNR status tulah yang korang boleh dapat up to date status ticket korang terutamanya yang waiting list. Macam aku, train dari Mumbai-Jaipur seminggu sebelum depart dah berjaya masuk dalam RAC list walaupun waktu aku beli tu masuk dalam waiting list 8&9.. selepas tu 2 jam sebelum departure time, Alhamdulillah RAC status 3&4 bertukar menjadi confirmed.. yeahhh!! Dapat katil boleh baring-baring.. Tido!!hehe...

ini apps dia, boleh download.. very useful

Information dalam ni cukup padat untuk bantu korang. 
 Semoga entry ini membantu kalian. Jangan stress, relax and cool... :)

Follow IG: Rozita_Sawadashin


14 comments:

  1. Ish ish..complicated sikit yer. Sabar je la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye.. memang complicated.. tapi dah ada guide ni kan.. boleh cuba lah lepas ni.. :)

      Delete
  2. Terima kasih sebab share. Awak travel ke India seorang eh?

    ReplyDelete
  3. Dah try guna amex. Tapi xlepas2 ni 😭😭😭

    ReplyDelete
  4. Salam. Awak boleh x nk gune id awk utk book train to agra?

    ReplyDelete
  5. Salam. Awak boleh x nk gune id awk utk book train to agra?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.. saya tak boleh bagi ID saya, tapi boleh tolong book kan..
      email sya eta_6987z@yahoo.com

      Delete
    2. Assalamualaikum, saya pun nak minta tolong book kan boleh ke?

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. salam cik..sy nak x bole nk sign up kt irctc website dah 6 kali sy cuba tp asyik keluar error kt email & phone no.. bole tolong book kan tiket train ? delhi - agra date 8 mei & agra - delhi date 9 mei..

    ReplyDelete
  8. Salam .
    mulai 2017 dah boleh pakai nombor luar india dan visa/mastercard utk book tiket kat web irctc.
    cuma kena bayar 100rs utk mendaftar sebagai tourist

    ReplyDelete
  9. India tempat menarik. Tapi cuaca hot buat kulit muka kering. Nak tau cara best maintain muka lembap? Jom ke ~> https://www.hascantik.ml <~ sekarang! :)

    ReplyDelete