Friday, May 3, 2013

PHUKET (DAY 4) - JAMES BOND ISLAND

Assalamualaikummm...
Holla!! So ini adalah sambungan entry DAY 3. Pagi-pagi aku dah bangun sebab nak pergi James Bond Island kan!! Yahoooooo.... Macam yang aku dah cite kat entry  Day 1 aku dah beli tour package awal-awal ke James Bond Island untuk hari keempat dengan harga 1050Bath sahaja!...Pandai-pandai la korang nak cari tour yang dapat murah ye. Biasanya range dalam RM120-180.. :)
Here is the itenerary that i copied from other website. Most of the tour provided same itenarary as below:

ITENERARY:
08.00-08.30 Pick-up from your hotel and transfer to Ao Po pier.
10.00 Depart to Panak Island for canoeing into the deep bat cave and Hong Island, with its famous limestone rock, for canoeing around the lagoon, with experienced paddlers as guides.
12.30 Buffet lunch on board and visit to the world famous James Bond Island. Short longtail boat transfer from the cruise to James Bond Island.
15.00 Great swimming and relaxing at Naka Island.
16.30-17.00 Return to Ao Po Pier and transfer back to your hotel.

  • Transfer round-trip
  • Speedboat with full insurance
  • Soft drinks, coffee, tea, water and fresh fruits on boat
  • Canoeing with professional paddler
  • Lunch
  • Life Jacket
  • English-speaking Tour guide 
Ni adalah map yang aku jelajah
 Lepas ada guide pick-up kami di hotel, sambil ambil tourist lain juga, kami terus ke jeti yang ambil masa dalam 1jam. Sampai saja disana, kami tunggu lagi orang-orang dari tour agency yg lain. Ala, lame gak dalam setengah jam gak menunggu. Lepas je semua ada, kami terus bergerak ke Cruise. Agak selesa dan best. Belum-belum dah rasa berbaloi kan..hehehe...

Tour guide tu bagi sedikit penerangan, mana nak pergi, makanan dan aktiviti.  Ramai gak kat atas kapal tu kira-kira dalam 40orang mungkin. Dari jetty nak ke destinasi pertama ambil masa dalam 45minit. Agak jauh la. So macam biasa berjemur la ala-ala mat salleh..hahaha..

Cer korang tengok bro sebelah aku tu, ada macam otai kongsi gelap x? Hahaha.. Dorang dari middle east, so malas nak tegur. Tak bercakap pun dengan dorang berbanding dengan tourist lain.

Aku rase macam dalam cite James Bond

Ok, tiba di desinasi pertama Panak Island. Kami turun untuk melakukan aktiviti canoeing. Kami naik bertiga, bukan kami yang dayung pun.. Orang tu tolong dayungkan. Bagus pun sebab banyak liku-liku batu kat gua-gua tu. Mau tergolek kalau kami yang kayuh. Hahahaha... Kat situ dalam setengah jam, tangkap gambar(pekara wajib) dan pusing-pusing. Jemput la menikmati gambar-gambar kat bawah ni ye..
Cave-cave yang kami lawati

Hati-hati ye, Wachout ur head!!

Sini last lepas tu pusing balik

Family dari Switzland kalau tak silap. Sangat friedly

Ni budak poyo nama diberi..hehehe

Hello!!

Jumpppp!!!!

Sangat besar dan tingi.. Kuasa tuhan

Jernih airnya sebenarnya.
Lepas habis pusing-pusing pulau pertama, kami pun naik semula keatas cruise dan perjalanan bersambung ke pulau kedua iaitu Hong Island. Disini ada kelainan sedikit dari yang pertama, pemandangannya lebih cantik dan semula jadi. Tapi memang semua la cantik. Dengan batu-batu tu susah nak cari.

Masuk dalam gua dan celah-celah batu

Indahnya alam ciptaan Tuhan

Ada seperti patung Buddah disana


Tengah kayuh, aku pun ikut try nak main kayu kayak tu tapi tak gerak-gerak, tiba-tiba hujan guruh berdentum-dentum. Alamak, hujau mai la.. Tengok sana tu macam lebat je. Kami pun cepat-cepat la menuju ke arah cruise. Tapi, ombak bukan main kuat lagi. Air masuk dalam kayak tu, abeh basah sume. Aku dah cuak dah, dah la tak pakai safety jacket, tak reti berenang lak tu..huhuhu.. Alhamdulillah, selamat naik dalam Cruise. Sebelum tu  tour guide tu cakap, kalau rasa service orang yang bawak tu bagus boleh la beri tips seikhlas ati. Kami beri RM10 kot. Huhuhu...


Kawasan ni besar

Macam tasik kawasan ni
Lepas naik atas Cruise kami pun dijemput makan. Ha, cakap pasal makan before aku pegi ni member aku ada cakap yang makanan atas kapal tu nanti ada pork(non-halal) aku pun dan confius. Tapi waktu mula-mula beli package tu aku tanya kat orang tu dia kata makana halal dan semuanya dimasak oleh orang muslim. Dia cakap lagi, Phuket ni majoriti Muslim dan kami pun buat tour untuk semua orang boleh makan. Vege pun ada bagi yang vegiterian. Ok, aku percaya kata orang tu. Masa mula-mula penerangan diberi tu, orang tu kata makanan adalah halal. Aku pun tambah confident. Mula-mula berangkat tadi aku turun deck nak pegi toilet, tapi aku lalu jalan depan. So aku nampak la dapur and ada dua orang makcik pakai serkup(Muslim) tengah masak. Walau pun makcik tu tak boleh cakap English, tp bila aku tanya Halal?? Dia terus anngguk dan cakap Halal,Muslim sambil tepuk-tepuk lembut tangannya kedada.. Owh, dia Muslim. Then ada sorang tukang kayuh kayak ni datang dari belakang cakap, "don't worry, all are Muslim here. Only one guy are not Muslim. My name Muhammad." sambil tersengih-sengih.. aku pun anggukkan kepala sambil tersengih2 and said Thanks!!.. Dan terus la ke tujuan utama aku-Toilet. Bukan apa, cite member aku dye cakap dye termakan pork tu buatkan aku kembang tekak. Moga-moga yang dia makan tu bukan pork la ye..huhuhuhu

Ok, sambung balik cerita di James Bond Island! Ianya adalah sebuah batu yang berdiri tegak macam gambar kat bawah ni. Sebab dia famous sangat lepas lokasi ini dijadikan lokasi pengambaran cerita James Bond dulu. Aktivity kat sini amik-amik gambar dan ambik gambar lagi. Kami diberi masa 45minit disini.
Batu trademark James Bond Island
Happy sungguh

Tetiba ada Kaktus
Tengok, besar kan... suka!!!
Puas bergambar kat sini
Ini adalah jeti, Long boat tail tu yang pick up kami dari Cruise dan bawak ketepi. Tempat ni cetek, so cruise tak leh laku la.. Tepi-tepi tu banyak jual sourvenir.Dan yang paling gila lagi mula-mula aku tanya harga berapa dia boleh letak 600bath utk sebijik freeze magnet!! Gile!! Kurang punya kurang last sebijik rm30! Memang gila, and memang tak la aku nak ambil.Lepas tu muka belagak! Ciss, macam la aku hadap sangat nak beli. Tapi aku memang nak beli sebijik pun. Last-last kedai sebelah bagi aku 150bth utk dua biji. Orang tadi pandang jer, weeeikkkk padan muka aku tak beli kat kedai ko. Sape suruh jual mahal-mahal sangat. Padehal benda sama je. Kalau beli kat patong 100bath dapat 3pcs! huh.

Tepi-tepi tu banyak kedai jual sourvenir
Destinasi seterusnya adalah Naka Island!! Tempat ni adalah untuk swimming dan tengok-tengok  monyet. Banyak monyet kat situ. Dorang tak nak pegi aku pegi sorang la naik canoeing tu sampai tepi. Cuma tengok monyet je and swimming. Aku tak nak la swimming walaupun baju yang aku pakai tu dah boleh untuk swim dah.hehehe..

 Aku pun tengok la monyet tu sambil beramah mesra dengan si Forest. Hah??Sape tu? hahaha.... korang jangan tak tahu, aku usha sorang mamat cute yang aku ingat Korean or China ke pe sebab kawan-kawan dia semua satu spesis macam tu. Bila borak-borak dengan dia rupanya dia American tapi parents dia Vietnamese migrated ke California,USA.. tu lah alkisahnye seorang jejaka cute miut yang aku kenal. Sangat steady. Baru habis study and ni adalah graduated vacation dorang.huhuhu.. Paling tak boleh lupa bila dia kata "you are from Malaysia? but your english are so good.hahahaha...puuiii good.. aku cuma poyo2 tambah slang2 american yang dipengaruhi semenjak aku kawan rapat dengan Jason(american) tu dia kata good??.. Maybe sebab accent american english yang aku guna dia tertipu kot.hahahaha... dan dengan poyo yang sangat menebal pun aku jawab la, oh really?? acly, english is my second languages. My first language is Malay language and..bla..bla..bla... sambil menerangkan keistimewaan Malaysia yang berbilang kaum. He so excited dengar cerita aku pasal Malaysia and berulang-ulang kali dia cakap "i'll go there one day,sure!" Bangga aku jadi rakyat Malaysia! :)  dan dia pun dengar je dengan muka percaya 100% apa aku cakap. Kalau aku tipu pun bukan ko tahu kan Forest oiii?? hahahahahaha... dan honestly ada jatuh cinta...hahahaha....weeiikkkk... :p

Kasih ibu hingga ke Syurga..hehehe
Ok, habis la tengok-tengok si monyet kawan baik aku waktu aku kecik(sebab ayah bela dulu time kecik) dan menuju pulang... Sambil-sambil tu aku lepak kt luar sambil cuba lelapkan mata. Letih wey. Forest dan rakan-rakannya datang lepak sebelah aku. Aku buat2 tido jer, dorang cita pasal girls la.. Forest cakap nape dia tak suka girls tu la, dan kawan dia puji girl ni la.. Amboi korang nama pun lelaki, dari mana pun asalnye tapi kalau bab mengumpat korang mengalahkan perempuan.. setuju??!! aku setuju...hahahahaha

Aku buat-buat bangun dan borak-borak sikit dengan kawan-kawan dia. Tak best kawan2 dia..forest gak best.wakakaka... bila dah sampai jeti amik masa sejam dalam minivan untuk sampai kehotel semula. Dan rupanya forest satu van dengan kami kot..wakakakaka... boleh aku tak sedar time datang tadi. Tapi driver hantar kami dulu. adeh, melepas aku nak pass name card aku kat dia. Segan la ramai kot dalam tu lagi.. dan begitu la berakhirnya kisah aku dan forest.. semoga kita bertemua lagi. (yang entah tak tahu bila dan kemungkinan besar takkan jumpa lagi sampai bila-bila)..hahahaha

at Ao Po pier
Apa pun trip ari ni memang sangat la best, summary expenses aku adalah-------------------> hanya ...hehehe... yang lain sume free dah masuk dalam package..  Senyum kembang sampai ketelinga la aku..

Expenses:
Package= 1050bth (RM105/PP)
Keychain= 150bath(RM15)

Sambungan entry-------------->>>> PHUKET BEACH http://gadisbackpackernomad.blogspot.com/2013/06/phuket-day5-patong-beach.html

2 comments: