Saturday, May 4, 2013

PHUKET (DAY5&6) - PATONG BEACH & AIRPORT

Assalammualaikum....

Hi semua!! Accually aku masih dalam mood study week sekarang ini untuk sem-8... Pergghhh, kejap je rasanya dah nak masuk tahun akhir.. Insyallah tahun depan(Jun2014) dah boleh graduate.. Yuhooo...

Ok, tak nak cerita panjang, mari kita sambung Entry Day 5 di Phuket.
Hari ni kami memang tak ada planning apa-apa aktiviti. Just nak relax-relax sambil menikmati pemandangan pantai Patong. Mula-mula memang ada plan nak sewa motor and jalan-jalan kos dalam 250bath sehari. tapi pikir2 balik malas la pulak... So pagi-pagi kami dah bangun sebab nak mandi laut!!! Hohohoho... ala-ala mat salleh la konon.. berjemur di bawah panas matahari yang terik.. puuiihhh...hahahaha

Bawak towel bagai and kami pegi la berjalan kaki melalui Bangla Road yang sunyi sepi bila siang macam jalan berhantu.. semua dorang tengah kemas-kemas hasil dari party malam tadi.. gila la.. Malas nak cite pasal Bangla Road. Mari teruskan perjalanan ke beach!!!!!!

100bath/seat
Kami sewa seat tu 100bath/seat.. Duduk la situ kejap-kejap pegi balik berendam.. Tepi laut ni ada aktiviti paragliding. Dalam 500bath per fly dalam masa 10minit... Ramai gak yang buat dan yang paling tak bestnye dorang ni dah kacau kiteorang nak swimming sebab bot dorang tu kejap-kejap nak landing.. pastu halau kiteorang lak tu! Ish... ini tidak adil!!!

Alamak!! Kenapa senget ni??
Lepas dua jam kami duduk situ bermandi-manda kami pun balik ke hotel dengan basah kuyup tu... hahahaha.... Lapor wey, memang lapo.. dan lepas tu panggil la bro ni kami bertiga pegi kluar cari makan... Jalan punya jalan dibawah terik matahari pergi la kedai pertama kita makan time mula-mula sampai patong. Ikan steam, nasi air semua kena dalam RM70 lebih kurang. Tapi memang sedap la...

Lepas makan aktiviti bershopping!!Ok, kalau nak shopping memang banyak kedai-kedai kat tepi jalan.. Tapi aku suggest kan korang shopping kat kedai ni, macam kedai borong. Mula-mula macam malas nak masuk tengok macam standard aircorn lak tu siap ada sofa bagai. tapi masuk je la, kebetulan. Bila masuk, mak ai... kat sini lagi murah souvenir dia. Serendah 190bath(1.90) dompet kecik tu aku beli untuk ada jiran aku yang mak aku jaga. Gedix sikit budak kecik tu, mesti dia suka. Memang betul pun tu jelah yang dia angkut kehulu kehilir.hihihihihihi.... Mana tempat ni? Hujung Bangla road dekat pantai tu, korang belok kanan tak jauh dari situ kedai-kedai aircorn tepi jalan tu nama kedai tu "UDOM AGG". aku pun tak tau pe maksud dia, yang pasti memang syok shopping kat sini. Hehehehe....

Antara yang aku dapat grab
~my lovely Ed Hardy~
Sebelah malam pula adalah benda patut buat.... Hard Rock Cafe!!!... yahooo... jalan,jalan tanya orang dan terus berjalan sampai la kami ke HRC Phuket..ala, bukan susah pun korang takkan sesat la selagi korang ikut jalan yang betul. Kat hujung jalan je, kalau ada orang kata "owh, it's far.1km from here(bangla road). Tapi bila dah jalan sambil memerhati cuci-cuci mata jalan sekeliling tak jauh pun aku rasa, macam tak sampai pun 1km. tup-tup dah nampak Guitar trademark HRC..

Ok, baju kat sini paling murah yang ada biasa punya design warna putih 890bath.. kalau yang hitam macam kat bawah ni 1190bath. Tshirt maroon aku pegang tu ladies cutting tu 1490bath dan ada baju sale 50% tapi cuma ada tulis HRC tak ada Phuker jadi 600bath je.. Cap 790bath. Malangnya FM tak ada.waaaaa, tah pape. So conclusion nya HRC Phuket ni tak banyak choice pun.. semua yang basic-basic jer, tak seronok!!...
Beli-beli jangan tak beli

Putih Bath899 hitam 1199bath

Cap THB799

Posing time

Hard Rock Cafe Phuket
So lepas habis shopping-shopping and posing-posing berjalan lah kami menyusuri tepian pantai..cewaahhh...hahaha..

Nak dijadikan cerita duit kami memang dah habis langsung dah..kering!! tak nak keluarkan duit kat ATM lagi dah, barai kang dah la sekali keluar charge RM15. Duit yang tinggal cuma untuk teksi esok pegi airport yang kami dah booked dari abang dobi sebelah hotel tu 650bath.. Ok, kami ada plan, mintak discount lagi. Sedangkan 650bath tu dah murah aku rase sebab biasa range 800bath-1kbath. Kami tengok abang tu mood baik je, bini dia ada kat situ tapi kami nak deal dengan abang tu gak. Apa lagi gunakan kuasa penangan wanita ni aku cakap la.. "Abang(dari first time datang aku dah bg tahu dia aku nak panggil dia abang-brother;dia pun angguk je) this is our last money. No more money, all finished(sambil tunjukkan 600bath) Can you give discount abanggg(slang thai)?? Just left 600bath, no more money... (sambil buat muka seposen+comel)". Abang tu pun angguk-angguk sambil kata, ok2.. can... no problem..   yahoooooo!!!.... berhasil juga.. so dalam kocek ada balance 50bath untuk beli dinner and breakfast esok pagi..wakakakakaka.. Ni baru lah dinamakan backpakers bila kehabisan duit ditempat orang dan macam mana nak survive. Rasa bertuah lak dapat experience macam tu.

Perot pun dah berbunyi dah. Wey, duit aku tinggal 80bath je + 50bath so duit kami ada 130bath untuk survive sampai esok pagi. Hahahahaha, RM8 je kot ditempat orang. Sedih la plak kalau sekali fikir, tapi dua kali fikir rasa macam ; Wowww!! you game for it babe! well done for such a great experiences! Nak budget kami tapau nasi goreng ayam kat kedai kami makan malam first tu and beli air mineral kecil(total 160bath). Nak lagi best kami pun decided makan tepi pantai. Wah, indah sungguh malam ni.. bintang berkerlipan siap ada tanglung lagi berterbangan. Wah-wah, tetiba ayat aku berbunga-bunga mentang-mentang la aku imagine sekarang ni aku ada kat tepi pantai macam malam last tu.. makan sambil angin sepoi-sepoi bahasa, desiran ombak mencecah pantai...ha, gitu... korang leh imagine tak?? jeles kan... so,sila la pergi dan try take away nasi duduk atas pasir sambil menikmati angin malam di pantai Patong(malam tu lucky ada guni dari port beach boy) aku angkut jadi alas tempat duduk aku..hihihihi... esok mesti dia cari mana guni dia sebab aku tinggal je situ malas nak pulang balik...wakakakakaka... :p lama gak la lepak tepi pantai tu, harap-harap la dapat jodoh ke pe. Tak ada gak pun, hampeh..hahaha.. Dengan rasa terkilan sebab tak sangkut dengan mamat-mamat hensem kami pun berlalu balik ke hotel..

Sebelah hotel kami ada minimart. Beli la roti esok pagi leh cicah dengan nescafe free kat lobby hotel tu. Nak beli meggie sume tak meyakinkan jer.. Sume brand ada supply perisa pork. Sendiri mau ingat la ye. sebab esok pagi kol10 dah check out nak pegi airport flight kol1.30pm.

DAY 6 - PHUKET INTERNASIONAL AIRPORT & MALAYSIA, I'M BACK!!

Pagi-pagi kami dah bangun sebab nak check out kan. Oh my!! hari ni adalah hari mengundi bagi rakyat Malaysia. Sempat ke tak ni nak pegi mengundi. Hope la sempat, first time kot nak mengundi. Semangat!!.. Tapi aku sampai dalam kol4. Tempat mengundi kol5 dah tutup dah. Adoi hai... sempat ke tak ni??

Teksi datang ambil kami. Toyota Altis ok, kereta boss aku. Kat sini buat teksi jer, hihihihi... sorry la boss..hukhukhuk.. berbaloi-baloi la bayar rm60 perjalanan dalam 45minit jauh gak rupanya. Sampai airport terus drop beg dan kami duduk la kat atas sampai la turn kami meninggalkan Phuket!!...

Wahhh, banyak betul pengalaman selama 6hari ni. Tapi memang best la. Aku bawak dalam RM1100 sume habis. Ok la, package sampai 3 kami ambil. Shopping pun sakan. Memang puas hati la, kalau amik package memang tak dapat la kira-kira total Phuket 6hari 5malam masuk return ticket dan hotel RM1500 sahaja.

Owh, lupa nak cakap. Aku tak sempat nak mengundi sebab lambat dah. So, aku tak nak cakap banyak. tunggu la PRU-14 nanti ye. Jangan nak pegi mana-mana lak..hehehe..

Next trip mana??? Ada plan dah untuk tahun depan lebih best insyallah..... habiskan belajar dulu..aminnnnnn

Expenses:
Beach sit : 100bth (RM10)
Lunch: RM25/pp
Shopping: RM100(kot)
Dinner: RM8
Taxi Airport: RM30/pp
Breakfast: RM2

Kalau nak check semua expenses CHECK SINI


No comments:

Post a Comment