Assamaualaikum.........
Hari ini adalah hari kedua aku di Phuket. Plan kami adalah ke Phi-Phi Island dan stay kat sana for one night. Kami dah booked hotel awal dah. Adaa member cadangkan walk in je kat Phi Phi ni sebab banyak hotel murah, tapi bagi aku, aku tak nak buang masa cari-cari hotel sebab dah ada experience walk in ni. Lastly bayar mahal tapi quality hotel??Out!!...gegrgegrgegr... Hotel kat Phi Phi Island ni mahal sikit dari kat Phuket Town or kat Patong. Ni pun kami booked sebulan awal banyak dah penuh. last2 terpaksa la amik PhiPhi Inn dan hotel tu sangat la cantik dan memuaskan hati!! Kalau tak silap aku harga dia RM120/night.Ok, nanti cerita pasal hotel ok. Sekarang cerita how to go to Phi Phi Island.. Yibbbaa,....yibba....
Phi Phi island hotel map |
Tak lame lepas tu ada sorang lagi datang, kali ni aku buat slumber je. Mane tau bukan kami punye satu geng chinese depan sana tu ke.. Bila dia datang kat aku tanya Phi-Phi Island?? Owh, yes.. this is our receipt, it's match with yours? Owh, yeah you're!.. Come, lets go!.hohoho!! Mari la~
Breakfast pagi |
Perjalanan dari hotel ke habour kejap je tak sampai 10minit. Ada beberapa orang lagi tourist dalam minivan tu. Semuanya akan ke Phi-Phi. Sampai-sampai kami diberi stiker untuk memudahkan pekerja disitu kemana halatuju kami, so insyallah takkan salah masuk ferry. kang kalau salah, silap2 terus sampai kat Port Klang kang!..hahahaha.. Macam biasa la, aku dan posing memang tak dapat dipisahkan.wakaka.. Kami naik ferry, beri backpack pada staff mereka then dorang susun2 pada bahagian penyimpanan.Jangan risau barang korang takkan hilang punye aku gerenti.. :D
Map Phi-Phi Island untuk korang |
Smart kan pic ni? Terselah cute aku.. lol~ |
Yang ni aku suka, ada gaya model. :P |
View lagi 5minit nak sampai Phi Phi Island |
Sangat cantik kan?? |
Dah sampai Phi-Phi Island!! |
Kami check in tapi time tu baru pukul 11.15am.. kami kena check-in 12.30pm.. ada dalam sejam lagi ni, so kami pun decided nak pegi cari makan. Tanya la kat staff tu then dia tunjuk jalan Muslim food yang paling dekat. Memang dekat pun 3minit berjalan jer.. Hehehe..
Kedai ni la yang kami makan untuk lunch ari tu.. Nampak biasa jer, tapi rasa dye.. perrgghh, memang sedap and lauk-lauk pun semua segar2.. Aku amik nasi, ikan goreng, pastu ikan merah macam masak pendang tapi pedas sikit and sayur air suam atas meja tu je..hehe Semua kena 70BTH=RM7 je.. Murah la beb, makan dipulau dengan ikan aku amik sampai dua jenis, memang pelahap la aku..hehe..Habis diet Alkins aku..
Time tengah makan tu datang satu group baya-baya aku dalam lima orang makan kat situ. Sorang girl tu duduk dengan kami. Mula-mula dia tak expect langsung kami orang Malaysia gak sebab dah tiga ari dorang kat situ tak nampak orang Malaysia yg muda2 ni. Bila dengar kami cakap Melayu baru la dia kata, Orang Malaysia ker?? Hahaha.. kuat2 kami sama2 gelak.. Poyo kan kami?? :p
So dia cita la serba sedikit apa yang dorang dah buat selama kat situ kan. Kami cakap nak pegi snokling tapi belum cari package lagi. Dia pun terus suggested kan sorang local man ni utk bawa kami snokling. They all berlima charge BTH3000=RM300 utk satu boat. So mereka bahagi lima la, korang kira la sendiri berapa.. Jawapannye BTH600/Person..hehehe.. tak pe, aku tolong kirakan juga ye.. Dia siap bagi name card orang tu lagi.
So disebabkan service dia bagus, aku tepek kat sini contact number dia ye. Kalau korang nak call bila dad sampai takut dia ada keje lak kan, boleh la call seari or dua ari b4 korang sampai phi-phi island.
Nama Thai : Nu (Nick name dia)
Nama Muslim : Karim (kalau tak silap)
No HP : 089-4756843
Facebook : Nulongtail
Lepas makan aku pegi la jalan-jalan masih ada masa lagi before check in. Girl tadi tu suggested kan aku beli simcard Dtac tu memang khas untuk tourist harga RM30 7days unlimited internet and extra credit 100BTH. Tapi bila pikir balik rase nyesal la plak beli sim ni, mahal kot RM30 aku bazir macam tu sebab dah tiga kali aku ke Thailand ni biasa aku beli dalam below RM10 and boleh pilih internet 1hari, 3hari, 5hari,seminggu or sebulan.. Murah je lak tu. urmmm, tak pe la.. Dah beli dah pun..
So, kami balik hotel and terus check in!..
Aku terus call Mr.Nu tu.. mula2 aku call dia tak jawab, aisey.. tapi tak sampai 5minit dia call aku balik. Aku cakap nak amik snorkling trip dia, dia kata dia diluar kawasan and boleh jumpa dalam kol2.30. Dia akan datang ke hotel kami. Aku kata ok, no problem. Ada lagi 2jam sebelum appointment dengan Nu, so ada masa lagi nak buat sesuatu dalam dua jam tu. Apa lagi, jom swimming dilaut!! yiiihhhaaaaa.....
Aku beli kain sarong pantai yang ikat tepi tu..cover la x der la nampak seksi sangat walaupun aku pakai tight and inner time tu, at least ada gaya orang pantai sikit..hehehe.. kain tu mula2 dia letak 450bth, bargin punya bargin 150bth, apa lagi, grab la.. terus aku ikat jalan pergi pantai.. fuyoooo, ada gaya..hahahaha.. aku sememangnye memang poyo.. :p Pantai tak jauh je dari situ dalam 2minit berjalan.. Patut pun time Tsunami dulu sume licin sekali telan je.. pasal Tsunami, ada cerita kisah benar yang agak tragik diceritakan sendiri oleh abang kedai makan tu pada kawan aku. Nak tahu, aku cerita entry yang 3rd day ye..
Swimming punya swim sampai tak prasan jam dah nak kol2.30pm. Adeh pasalnye ada satu group mat salleh ni mandi tak jauh dari kiteorang. And one of those guys is Malay ok.Aku cakap kat epong, mamat tu orang local ke? tp accents dia Malay English..kan?.. pastu duk pandang-pandang kami sebab dia dengar kami cakap malay kot.. Hye muka dah sweet dah.ahaha.... Kami pun naik dia pun ikut naik, pastu maybe dia nak bagi signal yang dia pun Malay dia cakap "basah aku" dalam loghat utara.hahaha...Sah2, ni mesti kawan2 opis dia kot.. Dapat tengok je la, muka dah sweet dah.hahaha.. ok, bye2 abang janggut kontot.
Sampai Hotel terus mandi cepat2.Tetiba Nu dah call.aku suruh dia tunggu jap, kelam kabut aku mandi..dah la berpasir2.Turun je Nu dah tunggu, aku tye brapa dia charge utk 3orang. Dia cakap Bath1500/ boat so Bath500 la sorang. Hyep, lagi murah dari budak2 semalam..hihhiihi...berapa lama? dia kata up to you, we would go to 4 islands.. 2 island for snorkling and up to you how long you want. Until you tired..hahaha.. Wow!! offer yang menarik RM50 je lak tu..murah la berbanding kt Pulau2 Malaysia.
"So when we can go there? Tomorrow morning is possible?Coz we planned to climb the seeing view of Phi Phi Island sunset.
"Oh, no problem, you can see the sunset in the boat. i'll stop the boat in the middle of the sea. That's included in the package"dengan payahnye aku cuba memahami slang dia yang Thai Lish tu. so lagi cantik la view tu nanti..Ok, we go now!.. i get my stuff first and see you within 10minutes~ ok, i'll be back! :) hohohohoho
Senang kan deal macam ni..hihihi..
So kol3 kami bergerak la naik long boat tail dia mcam pics kat bawah ni.. Budak perempuan tu anak dia nama Salmah, can't speak English but she very friendly!She tried to keep communicated with us even she can't speak English. But from body languange we could understand what she tried to say.Always smile!.. miss her already!
Long boat tail |
Salmah and Epong |
Tulah kain yg aku beli tadi harga BTH150 tu |
Air yang sanggat jernih and pemandangan yang sangat menarik |
Cantik kan? |
Rase nak terjun sekarang |
Amboi, posing sakan... |
Snockling time!! |
jom snockling!! |
Ok, dah habis dah senggelam timbul, sekarang masa untuk pulang. Dalam perjalanan kami singgah di tengah laut untuk ambil gambar sunset.. memang cantik gile. Sape yang gila camera memang time ni la terbaik untuk snap2 gambar..hehehe..tengok la gambar kat bawah ni...
Sunset at Phi Phi Island from the boat |
Ok, habis cerita dimalam hari... Sekarang sambung alkisah PhiPhi Island pada sebelah malam ye.. Panjang gak entry aku ni..
Lepas maghrib kami terus je keluar pergi makan. yelah, dah penat snorkling mesti la lapar kan. Kami pegi ke kedai abang semalam tu. Bini dia tak berapa pandai cakap Melayu, tapi suami dia pandai kacap kecek kelate.. sebab dia asal Pattani. Macam mana dia boleh sampai ke sini? Ha, itu rahsia hal kerajaan tempatan. Serious kali ni aku tak tipu. Nak tahu pergi tanya sendiri kat dia..hehehe
Kami order Nasi, Tom Yam, Sotong masak bawang putih, telur dadar, Ayam masak kunyit and Ikan steam(aku rase la). Tapi akak tu tak tahu ayam masak kunyit tu apa, dia tak boleh imagine.. So kami cakap la, akak masak la macam mana pun kami telan je. Dah tahu akak masak pe pun memang sedap. Bila hidangan sampai, amik kau!! Menyelerakan.. Gile la, ini macam 10orang makan.. Semua memang sedap gile, lagi2 sotong garlic tu, first time aku makan and sedap sangat2.. Epong dari tak makan sotong habis dia kejekan..hehehe.. Suruh akak tu kira kena dalam RM40 je tak silap aku. Gile la, murah wey.. banyak lak tu.. Alhamduillah,.... Sebelum makanan sampai tadi, kami nampak ada customer lain tengah bersantap Mr.Crab!.. wwwooooo, Nampak menyelerakan. Kami tanya mana nak dapat macam tu? Abg tu kata dorang tangkap siang tadi and bagi akak tu masak untuk dinner dorang. Yummy, sedap. Kami pun nak gak! Abang tu kata kalau nak ikut turun kelaut esok tangkap Mr.Crab.. memang la peluang baik, mana nak dapat pengalaman jadi nelayan dinegara orang wey. Tapi menginggatkan kami kena check out kol11 esok, tak jadi la nampak gayanya. Jadi, kami book je kat abang tu Mr. Crag untuk lunch kami esok. Hopefully ada. Mesti sedap macam makan dinner ni.. yummmmyyy...
Lepas makan, kami pergi beach party.saja intai-intai apa yang ada.Memang club je tepi pantai tu rupenye. ada yang pasang disco song, R&B, ada yang buat fire show.kami tengok jer la.tengok je k, ragam2 manusia.. ish2, kadang2 terlampau! Kesian sedangkan 90% penduduk pulau tu adalah Muslim. Habis kalau dah kerajaan kata pulau tu dijadikan pulau peranginan nak buat macam mana kan.Nasib baik kawasan penempatandorang agak jauh sikit. Tapi tak de lah jauh sangat.Masjid lebih kurang 1km je dari situ.. aku duduk2 peti pantai dengan epong sambil borak2 tengok bintang sampai la kol2 pagi.party2 tu tak abeh lagi.. lantak la dorang.Esok ada aktiviti lain lak, so mari la balik hotel tido.Kang lambat nak check out tak pasal2 kena bayar extra lak.huhuhu
Fire Show |
sape nak try?? |
Mula2 pire show, lepas tu sume clubbing tak ingat dunia |
Minah ni kena api kat tangan dia. |
Nampak macam senang, tapi...... |
Activity:
Return Ferry Phi-Phi = 550bth(RM55)
Island tax = RM2
Lunch = RM7
Sim Card = RM30
Snorkling Tour : RM50
Roti utk ikan = RM4
Dinner = RM15
TOTAL : RM163
Shopping:
Kain beach = RM15
Gelang Etnik = RM10 (bargin daripada rm45)
Keychain PhiPhi Island = RM22 (20Pcs)
TOTAL : RM47
Ok, Jom kita ke entry seterusnya... DAY 3 Phi Phi Island to Patong
No comments:
Post a Comment