Thursday, May 2, 2013

PHUKET (DAY 3) - PHI PHI ISLAND TO PATONG

Assalammualaikum!!

Hi, lepas beberapa hari dari date yang aku update DAY 2 tu, di pagi Sabtu yang indah ini la aku baru berkesempatan nak update entry DAY 3 lak.. Thesis Proposal pun dah siap, so hati ada lega and relax sikit la. Lepas ni busy exam lak. Nasib aku ada dua paper je.. fuhhhh, lega... So, jangan buang masa and tenaga aku nak type benda yang tak ada kaitan, kita sambung cite seterusnye... Enjoy!!!

Pagi tu kami bangun and terus check-in. Agak kelam kabut la sebab kat pintu bilik tu dia dah tulis besar2, lambat check out kena charge rm50/hour..WHAT??!!! Isshhhh, nyampah tau!
Cepat2 la kami packing2 pe yang patut, siap2 and check out. Perut pun dah berbunyi mintak diisi. Kami terbayangkan Mr.Crab yang orang makan malam tadi kat kedai abang tu yang kami dah tempah semalam...
Sampai je kedai tu akk tu kata crab tak ada.. ala, kempunan la kami. Lepas tu datang sorang orang kedai lain mintak barang apa la kat dia, then dia tanya ada crab tak. Orang tu kata ada, baru je sampai.. Yahooo!! Rezeki kami.. Sekilo RM45 masuk masak ada 4ekor.. Alahai, sedapnye la..
Bila sampai jer, amboiiiiiii.... tengok la ni, banyak wey dan sangat-sangat la menyelerakan. Aku lapar. Nak makan sekarang!!! Sila la ye, jemput tengok.. nak ajak, dah habis dah kami telan..hihihihihi
Memang sedap sebab akak tu letak rempah ratus special yang ada kat thailand je. No wonder la... Aku rase dekat sejam gak la kami menyental benda ni. Hahahaha.. buruk betol perangai wey...


Ferry kami pukul2 petang untuk balik ke Phuket semula. Masih ada masa untuk shopping ni. Kami nak beli baju "PhiPhi Island" sebab nanti kalau dekat Patong mana la ada baju tu kan. So aku beli Tshirt 3pasang. Harga lebih kurang sama je ngan Malaysia. Tak sempat nak panjat hill untuk tengok satu pulau. memang rugi sangat sebab ak cukup seari kat sini. Tapi sebenarnye kalau korang just nak merasa duduk sini, seari semalam pun dah ok dah.
Jangan terperanjat kalau dipulau ni ada Pirates Show 6D!! Yang kat Sunway Lagoon pun baru 5D, sini 6D tau.. masuk 250bath.. Tak sempat pun nak masuk, kalau tak memang nak try gak. Hebat ke tak.hihihi..


Kedai yang kami makan tu. Jangan lupa singgah.Terbaik!!

Tiba la masa untuk pulang ke tanah besar(besar la sangat). Kami amik2 gambar dulu. Tengok ada ikan kecik2 la.. banyaknye.jernih je airnye.Feri kami sampai lewat 10mnt dr sepatutnya. Bila masuk feri tu dah ramai orang. Eh, asal dah full?? Aku rasa kami mula2 dulu yang masuk. Maybe orang dari Krabi kot, macam biasa la buat spekulasi sendiri.

Bye-Bye Phi Phi Island




Phi Phi Habour

Banyak kan anak ikan ni

Jernih je airnye
Sepanjang perjalanan selama 2jam tu aku tido je la.. Tido..dan tido.. apa nak tengok lagi. Ari tu dah puas tgk dah time nak pegi tu kan.(Day 2). Sedar-sedar kami dah sampai Rassada Port dah. Bila keluar dari ferry, ada singboard tempat-tempat penginapan or hala tuju korang lepas ni. Kalau nak pegi Patong, kumpuh kat line tu, Kalau nak pegi Khatu Beach ada lak linenye.. So senang orang yang nak amik korang tu kenal korang. They all akan bawak kertas tulis nama hotel korang. So, memang penting korang book hotel awal2 sebab hotel korang adalah penting untuk mengesan korang dimana. Nampak ada sorang man ni pegang "Sansabai Pearl Resortel" so aku pun pegi kearah dia dan yeah, memang nama kami ada dalam senarai. So, kami pun gerak la naik minivan tu.
Rassada Port
Sampai sudah dihotel jam menunjukkan hampir jam 5ptg. Alhamdulillah, proses check-in berjalan dengan lancar. Hotel memang cantik, tp bilik air macam out sikit la.. Tp tak pe la kan, hotel ni murah je semalam, aku tak ingat lak berapa. Kami akan duduk hotel ni selama 3malam.
Aku yang memang penat gile, terus mandi dan merehatkan badan seketika. Agghh, bestnye dapat baring. Tak sedar terlelap jap.

Ada macam pegi honeymoon tak??

TV sekadar pehiasan. Bukak tapi tak tengok.
Alamak!! Bukan ke patutnye aku kena pegi laundry.Kang esok aku tak ada baju kang. Bagus la sebelah hotel kami tu ada menawarkan khidmat laundry. Hanya 50bath/kg tak masuk iron ok.  So aku akan dapat balik baju tu esok petang. Lepas tu kami jalan-jalan kejap sekitar tu je. Panggil mamat tu turun dan pegi cari makan. Lapo wey.... Kami tanya-tanya mana kedai muslim? Jalan terus....................owh yeah, memang banyak kedai muslim. Tapi semuanya diusahakan oleh orang-orang middle east. Ada masakan arab. Malam tu makan budget cuma nasi goreng ayam je tu pun dah 70bath dan air mineral 20bath.

Licin!!
Kami jalan-jalan malam tu.. Ada juga la yang mereka sebat.. Bila malam semua orang akan tertumpu pada Bangla Road. Apa itu Bangla Road?? Bukan bangla, datang dari bangla ok.. Ni Bangla original mari tapi tak berapa nak ori la. Ha?? Pening?!! Hahahaha... Sepanjang jalan ni hanya ada Pub, Kaberet, Live Band, Aqua Show, dan  bermacam-macam lagi show yang tak ada akhlak!.. Pikir sendiri la.. Pukul 9mlm aku lalu masih agak "sopan" lagi  pakai short pants dan sleeve less..Menari-nari atas meja tu. Orang bawah tengok je, kalau original tak pe. Aku pun sangsi dengan mereka. hohoho...

OMG!!jangan tgk!!huhuhu
Ahli silap mata
Then bila abis shopping nak balik hotel (accually hotel aku dalm 100mtr je dr Bangla Road tu) kami pass by la situ. Sekali sume dah hilang la.. tinggal 2 piece je.. Adeh, apa pun tak boleh!
Malas nak tengok, aku pun balik tido. Esok pagi-pagi nak kena bangun. Kemana destinasi kita esok???
Meh tengok dalam entry ni..   PHUKET (DAY 4)- JAMES BOND ISLAND .

Expenses Summary :
Lunch di Phi Phi : 200bath/person = RM20
Laundry : 55bath= RM5.50 (lebih 1kg)
Dinner : 90bath = RM9

Shopping:
Baju : 540bath for 3pcs

Total Day 3: RM88.50

No comments:

Post a Comment