Tengok title 3jam di Kota Singa?? Biar betol.. hahaha.. Betul, sekali sekala buat kerja gila tu kan bagus....
journey aku |
So class advanced manufacturing semester ini cuma ada offer di Skudai je. Ini la yang dinamakan pengorbanan sebagai seorang student. Besar pengorbanannya tak payah cakap la. Duit? huh, lagi la macam air.. Demi mu secebis ilmu akan ku redah walau lautan api sekali pun.Hahahaha..
Ni la rutin aku selama 5bulan. Setiap dua minggu catch flight pegi JB. Orang cakap fuyoooo, pergi class naik flight, dulu kecik2 naik basikal je pergi sekolah.. Kang kalau sambung master naik jet agaknya pegi class.. puiiiiii..memang poyo gile kan.. Kalau nak ikutkan naik flight lagi jimat dari aku drive sendiri. Tak percaya? Fikir and kira la sendiri. Jangan melawan cakap pakar costing. wakakakaka...
Berbalik kepada tajuk Tiga Jam di Kota Singa, alkisahnya lagi class aku batal last minute.. alahaiiii, aku dah booked flight kot.Return lagi. RM131 tau! So aku call Firefly nak tukar date dan dia kata kalau nak tukar date aku kena penalty RM75/trip. so return RM150. Ekelehh, baik aku beli ticket baru je macam tu baru RM114 return.issshhhh...
Bila dah macaam tu, terus zzuuuuppp dalam kepala otak aku. Let's go to Singapore!! Yeaahhhh....
Hari Rabu aku pergi Imigresen renew pasport aku kat Shah Alam. Terus buat 5tahun. Senang tak yah pergi-pergi lagi.Kalau ada 10tahun aku buat 10tahun. Macam UK dia ada pasport untuk 10tahun terus.hmmmm...Ok, hari tu dah melayang RM300.
Orang cakap Singapore mahal la, tulah ni lah.. Kalau nak seribu daya, tak nak seribu dalih. kan???... Aku habis SGD10(RM25) je kot. Tak percaya?? Baca sampai habis. :)
Pengembaraaan bermula..........
Flight Firefly aku ke JB (Senai Airport) pada pukul 10.30am. Biasa lah aku, pagi tu main-main je, kol9.15am baru keluar rumah, tu pun nak pergi singgah kedai fotostet dulu nak photocopy sijil SPM untuk penganugerahan konvokesyen bulan October nanti. Last minute baru nak buat, lepas tu pergi pula hantar semua borang-borang tu kat rumah ADUN untuk pengesahan. Lepas tu boleh pulak credit card aku tertinggal kat adik aku.Credit card tu sangat la penting time travel, lets say emergency case atleast ada gak yang back up. Singgah lak tempat kerja dia ambil dulu. Jalan nak balik tu ada pulak accident! Isshhh, time aku dah lambat time tu lah nak macam-macam. hahahaha, sendiri salah gak. Nak salahkan orang lain pun tak boleh gak... Padankan muka sendiri
Aku keluar dari highway kol9.45am. Harap-harap jalan tak jem la. Alhamdulillah, sampai Subang Airport tepat kol10.05am. Baru la sibuk nak pakai stokin, sarung kasut bagai.. Lepas tu bercicit aku lari masuk departure hall. Duduk ke 5minit, dah dipanggil untuk departure.. hehehe Alhamdulillah....
Korang jangan ingat jalan raya je ada jem, ladasan kapal terbang pun selalu jem tau. Hahaha.. Adoi, time ni la nak jem, aku dah budget-budget sampai Senai Airport kol 11.30am and catch shuttle bus kol12.
Dah 20minit duduk dalam tu baru la ready untuk take off.
Time tu aku nampak flight Pelangi Airways. Eh, tu flight yang aku selalu naik time kecik dulu. Waaaahh, ada gak hikmahnya delay ni. Boleh aku mengimbau kenangan lama tahun 1991 dulu selalu naik Pelangi Air(nama lama) dengan family. :)
Pelangi Airways |
Ketinggian lebih kurang 5000kaki |
Ketinggian pada paras 14500kaki |
Aircraft landed tepat jam 11.45am. Aku jalan punya la laju kejarkan shuttle bas puku 12. Harap tak tertinggal. Dari Senai Airport ni ada shuttle bus "Causeway Link" warna putih macam pic kat bawah ni untuk ke CIQ. Boleh refer link ini. Tambang RM8 sehala dan free bagi penumpang AirAsia. Tiket boleh dapatkan bahagia dikaunter penjualan tiket bas/taxi ditengah-tengah bahagian airport tu. Kaunter ni terletak bertentangan dengan kedai UTM SOUVENIR. Perjalanan memakan masa 40-50minit bergantung pada keadaan trafik.
Shuttle bus ni yang membawa aku ke CIQ |
Tiket RM8/way |
Dan bila bus sampai aku tanya pakcik driver tu mana nak beli tiket pergi seberang. Dia cakap aku kena naik bangunan CIQ tu pusing, scan pasport dan baru ambil bas kat bawah. Lorr, aku ingat amik bas dulu. So aku dengan mamat Jerman ni pun jalan la selaju yang boleh untuk cop pasport. Jauh kot jalan dalam bangunan tu. Dah la satu langkah mamat ni dua langkah aku!.. Oiittt, pelan sikit boleh tak? Nak je aku cakap macam tu kat dia, tapi apakah daya kang dia fikir rakyat Malaysia lembab pula. Hahahahaha... Aku gagahkan juga jalan saing dia memandangkan aku pun nak cepat. Kami sama-sama naik bus yang sama "Causeway Link" color kuning dari bangunan CIQ tu. Ambil bas kat bawah lepas scan pasport ye. Tambang dia pergi Kranji Station baru RM0.80 je.
Dalam bas aku berkenalan lak dengan 2orang gadis Singapore. Dari cara dia cakap mix up english je aku tau ni budak Singapore ni. Aku cakap aku nak pergi Merlion tu. Tengok Singa putih tu. Dia tanya aku nak pergi yang mana satu? Aikkk? Ada banyak ker? Dia kata aah, ada banyak!! Aiyakkkk aku ingat satu jer. Aiyoyoooo.. Dia kata kalau nak yang besar pergi Sentosa. Tapi kalau pergi sana faham-faham je la masuk pun kena bayar. Huh! So aku belek-belek phone aku aku cakap aku nak stop kat RefflesPlace.
"Owh, you nak pergi kat Marina Bay la tu. Ok la tu, nanti you naik MRT berhenti kat sana. Insyaallah tak sesat. :)"
Dalam 5minit aku sampai Imigresen Singapore lak. Imigresen ni kecil and senang sikit. Naik je terus jumpa kaunter. Aku isi form dulu dan cop pasport. Yeaahhh, dah dapat cop pertama aku! Semua orang laju je, lari-lari. Time ni tengah hari so tak ramai la orang. Aku turun bawah dan jumpa girls tu balik. Aku cakap kenapa line you panjang sangat? Dia kata kami nak ke Bugis Road. Tempat tu memang main kt Singapore ni tu pasal ramai. Owwwhhh, i see. Tapi memandangkan plan aku nak ke Kranji Station, aku pun terus masuk line CW1 dan terus naik bus. Tak payah bayar dah. Masuk je bas terus jalan. Dia pun tak cek ticket aku. Bagus gak, tak yah tunggu lama. Perjalanan cuma 10minit je dan terus sampai di Kranji Station. Aku turun dan terus ke ticket machine beli ticket ke RefflesPark. Time tu dah pukul 1.40pm. Masuk-masuk duit dia tak mau pula. Terpaksa lah aku tukar dengan orang belakang aku. Nasib girls ni ada duit tukar SGD10. Tambang dari Kranji Station ke RefflesPlace SGD2.50.
Ni perjalanan nak ke RefflesPark dari Kranji Station |
Ticket ni korang boleh topup banyak mana korang nak. Macam touch & Go la.Sebab aku rasa dengan masa yang ada ni aku tak dapat pergi banyak tempat so aku cuma topup harga setiap kali aku nak naik MRT je. Sebab balance dalam tu aku rasa dia tak akan pulangkan. Aku rasa la... Sebab balance aku 0.00 zero! hehehe
Tiket MRT |
Yang tak bestnye, punya la lembab MRT ni macam KTM time dia slow. Lembab wey, dia cuma laju time laluan dalam tanah jer. Ha, tu laju macam LRT kita tapi kalau kat luar, alahai.. satu jam pulak aku baru sampai Refflespark tu. Bila dah sampai jam pukul 2.30pm. Aku keluar ikut orang ramai. Last-last aku terkeluar dekat area tak ramai orang. Aku tanya dorang uncle cina tu where's Merlion Park? Dia tunjuk jalan kat aku traffic light cross the road using zebra line and cross again over there. sambil tunjuk bahagian seberang sana. Aku pun berterima kasih dekat uncle tu. :) siap wish aku enjoy your day lagi.. hehehe.. Tq uncle!
View yang aku sempat snap sementara mencari Merlion Park |
Skaters tu... |
Jalan antara dua bangunan yang aku maksudkan |
Ha, tu dia Marina Bay Sand |
Marina Bay Sand |
Apa lagi, aku pun mulakan aktiviti selfie aku. Aku keluarkan monopod, dan aku amik gambar aku sampai lebam! Agghhhh, peduli la orang nak tegok. Bukan korang nak tolong aku ambilkan gambar pun kan?? huh!~
Marina Bay Sand, aku ingat lagi tahun 2010 company aku dapat project untuk supply kitchen hood kat semua restaurant dalam tu. Wow, besar kot project tu. Tambah lagi Resort World Sentosa and universal studio. Aku memang tak boleh lupa la macam mana aku pecah kepala buat costing and BOM dia.Aku rasa aku hampir-hampir botak time tu. So bila aku tengok MBS tu depan mata aku, terasa bangganya aku jadi warga Halton.. Hehehe, tacing kan ayat aku. Korang pun patut bangga tau sebab semuanya 100% Made in Malaysia!!
Boleh naik boat, tapi aku tak tau berapa |
Disaat aku masih mencari masa Merlion Park |
Dan aku terus jalan kedepan lagi.. tetiba aku nampak Singa Putih tu! Yeaahhhh, tu dia kepala singa yang aku cari-cari! Aku punya la excited kan, yelah aku masuk Singapore semata-mata nak cari binatang ni dulu la. Tapi air tak keluar lak dari mulut dia. Tak pelah, janji aku boleh selfie sampai lebam. Hahahaha
Alaaa, asal tak ada keluar air dari mulut? |
Ni Dia Kepala Singa tu |
Kalau pic yang full tu aku suruh orang ambilkan lepas dorang mintak tolong aku ambil gambar dorang. Hahaha, aku tolong korang, korang tolong aku ok!!
Sorang tourist ni tanya aku.
Tourist: Wahhh, selfie. good technic. Where did you buy this?
Me: Owhhh, I bought it in KL. Malaysia. We call it Monopod.
Tourist: Owh, nice one!.. Do you know where can i get it here? Looks interesting to get one.
Me: hmmm, i'm not so sure. But i don't think so they have sell it in Singapore. Why not you just come to Malaysia or at least Johore Bharu? (nampak tak penipuan aku disitu, trick macam mana nak tarik pelancong ni. Bagus tak aku?)hahahahah
Tourist: Yeahhh, sounds good!. Short visit to Johore Bahru (sambil pandang kawan dia,and kawan dia pun angguk). How much of it? Expensive?
Me: Noooo, you can get it in range RM40-50. Just SGD20.
Tourist: owhhhhhh(sambil muka excited) very cheap!... ok friend, we will get it one. Thanks for you info!. We have to go...
Me: Orite dude, no worries!.. Take care, have a nice holiday. And Welcome to Malaysia! (sambil kelip mata) hahahahaha
Pelik dah aku, takkan orang tak tau kot. hmmmmm, ikut negara kot barang ni.
Semua orang mengambil gambar walau panas terik ya amat |
Ok, sambung next entry. Next destination.
Expenses:
Shuttle bus Senai-CIQ: RM8
Bus to Singapore : RM0.80
Kranji Station-Reffles Place: SGD2.50 (RM5)
Total: RM13.80
Hi Admin & Kawan-kawan. :) mari join 💡"Singapore (SG) Tour 1-Day Trip" from JB serendah RM109 dengan sis / 🔎🚩Backpacker Trip Jelajah SG dari serendah 🔥RM90-RM60 sahaja...
ReplyDeleteJuga ada promosi; 🔖PAKEJ USS Trip dari JB @ 🔶Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-SKYLUGE-Lebih dari 30 JENIS!) All at %% Discount Price! Nak Private Tour 🚘 (car/starex)? Ya ada.. Silakan tanya...
Bole WHATSAPP ke ✔+6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB, Love Travel *Contact: ✔+6012-7760219
*Silakan lawat☺ >> FB.COM/LOVETRAVEL86