Saturday, April 19, 2014

Tiga Jam Di Kota Singa (Part 2)

Assalamualaikum.....

Ok, selepas ke Marlion Park, aku dah tak ada destinasi nak pergi. Kemana ye nak pergi ni. Rasa macam nak ke Bugis Street sebab dua orang girls Singaporean yang aku jumpa dalam bas kat CIQ tadi cakap situ area tumpuan kat Singapore ni. Aku terus berjalan sambil pegang monopod aku tu dan aku stop tanya pada seorang chinese uncle ni. Aku rasa dia driver bus pelancong tu.

Me: Hi, where is the way to nearest MRT station? And where is the Bugis area? Is it far from here?

Man: Owh, nearest MRT station is Reffles Palace. You see there the UOB building, HSBC? down there. You just cross that bridge. (sambil tunjukkan pada satu jambatan macam mini jambatan Pulau Pinang).

Me: So how if i wanna go to Bugis Street? Can i just walk?

Man: Yes, ofcouse you can walk. But then dont blame me if you pass out!.. hahahahaha (wahhhh suka ea gelak? aku pun gelak kerang busuk. Kang aku buat muka serious dia tacing lak kan?)hohohoho

Me: Ok, thanks.

Man: Where are you from? Why you are alone?

Me: I'm Malaysian. just came here to go around for few hours.

Man: hah??! Alone? Waahhh.. clever girl ha you. Can came here alone. So you can go around. No body will bother you. Hahahaha.. You just cross this road, and get this way.

Me: hehehe.. Where is Zebra line? (sambil tu aku nampak mat saleh ni cross jalan tu slumber jer x lalu zebra line)

Man: Haiyaakk.. you just cross here. Dont worry. No problem.

Me: Are you sure? i would not get a summons then?.. hahaha.. ok2, thank you uncle!.

Man: Ok2.. take care young girl!.. (hahahahaha aku nak tergelak time tu. Dia ingat umur aku berapa?) 20tahun? so korang jangan jeles la..

Aku terus cross jalan tu. Risau gak mana la tahu kot-kot ada camera ke snap pic aku kang tak pasal-pasal aku tak boleh keluar lak. Takkkk nakkkkkk!!!!~
Map langkahan kaki aku. Tapi map ni tipu sebab aku byk ikut shortcut je.
Lepas cross jalan tu ada satu park, tapi aku tak sure apa nama park tu. Apa yang aku nampak kat sana? Haaa... Tempat ni macam more to historical place la kat singapore ni walaupun kecil je kawasan dia.

Taman berhampiran Merlion Park
Disini ada muzium dan juga jeti untuk pelancong naik boat yang macam old school tu yang menyusuri Singapore River. Aku tak pasti la berapa fees untuk naik boat tu, tapi kalau korang nak rasa boleh la. Tapi tengok macam kat sungai Melaka lagi best!!..

Asian Civilisation Museum
Mengikut sejarah, Cavenagh Bridge sebelum ini dikenali dengan nama Edinburgh Bridge (ada pengaruh Scotland disitu) dan namanya telah ditukar kepada Cavenagh Bridge sebagai menghormati General William Orfeur Cavenagh. Jambatan ini menghubungkan kepada dua daerah iaitu Bank Utara dan Daerah Komersial di selatan bank Sungai Singapura. Sebelum jambatan ini dibina masyarakat perlumelalui Elgin Bridge dan pelu membayar 1 duit (1/4sen) untuk menaiki bos menyeberangi sungai tersebut.
Cavenagh Bridge
Cavenagh Bridge
Sila patuhi arahan!

Tengah panas-panas terik tu pula ada orang jual ice-cream. Yummy. SGD1 dia dah siap tulis lagi. Tapi dia jual macam-macam ada yang cone, roti and yang macam-macam jenis. Yang tak bestnye yang jual tu apek, bila fikir bukan senang nak jumpa Melayu kat sini kan? Aku beli je la.. Tapi yang bestnya dorang pakai sarung tangan plastik. Terus aku senyum, bersih! tak ada la kembang tekak ke pe kan. Kalau kat Malaysia memang tak ada la nak pakai sarung tangan ni. Takat ni aku belum penah jumpa lagi.


Apek jual Ice Cream

Pastu aku tanya kat apek tu, How much? Tiba-tiba terus apek tu berubah air muka macam marah pandang aku. Aku nak confirm lagi aku tanya 1 dollar? Pastu dengan muka marah apek tu angguk je. Hmmmm, apesal apek ni tetiba nak marah? Aku tanya je kot. Yelah dia jual macam-macam jenis takkan semua 1dollar kot. 

Pastu apek tu membebel-bebel sendiri pastu hulur ice-cream tu kat aku. Aku bayar la syiling 1dollar. Aku confius sendiri. Dia marah aku ke?Apesal dia nak marah? Takkan sebab aku malay pakai tudung dia anti aku. Eh, takkan la plak samapi racist macam tu? Hmmm.. bia la, malas nak fikir. Baik aku layan ice-cream aku ni.. Yummmmyyy...

Ni iceream 1dollar=RM2.50. fuuhhhh
Lepas tu aku ambil port tepi sungai tu sambil dilayan oleh boat-boat yang lalu di Sungai Singapore tu. Aku menghadap apek tadi, pastu rupanya apek tu usha ketat aku je sambil menjeling!! Mak ai, tak habis lagi apek ni rupanya. Haiiisshhh nasib negara orang. Awat la apek ni macam ni pelik bebenau aku. Lantak la ko pe, asal aku bahagia. Lu tak bahagia wa tarak peduli.. hihihihihi...

Tengok gambar kat bawah.













Sedar tak sedar dah pukul 3.15pm.. weyyy, lama lak aku duk melepak kat tepi sungai ni. Yelah nak lepak tepi sungai Klang tak boleh. Sungai Singapore rare gak pe!hahaha..

Aku pun terus melintas Cavenagh Bridge ni. Terasa macam aku berada di Era 2000 tahun yang lalu la. fuuhhhh.... Sangat klasik!


Dan patung kanak-kanak mandi sungai ni menarik perhatian aku. Hampir tak perasan. Bila dan habis menyeberangi sungai ni baru aku perasan wujudnya kanak-kanak riang ni. Aku patah balik ambil beberapa shoot dari atas jambatan.

Mungkin ia ingin menceritakan zaman dahulu Sungai Singapore adalah tempat untuk kanak-kanak tempatan bermandi-manda. Teringat zaman kanak-kanak korang ker? ahahahaha

 Cuba korang tengok ni dan korang buat lah dialog sendiri. hihihi..








 Kawasan ni memang sah kawasan sejarah sebab aku jalan depan sikit je aku jumpa lagi patung ni. Tiga orang lelaki, seorang lelaki cina, melayu dan seorang lagi mungkin orang besar British.

Disini juga ada lembu dan petani yang sedang mengankat hasil tanaman kedalam kereta lembu. Aku terasa seperti dizaman dahulu kala di tengah-tengah kota metropolitan ini.


Kusyuk mereka mendengar apa yang diperkatakan oleh British tu



















Patung Petani Zaman Dahulu Kala

Aku tak pasti mana station MRT yang uncle tadi tu cakap, aku jalan je.Main redah lalu tepi-tepi bangunan bank tu. Sempat lagi posing kat cermin kanta ni. Hahaha..  Dan bila sampai bangunan depan tu aku pandang kiri aku nampak tulisan ni kat dinding. Ha, ni pun dia. Aku tak tau la yang ni entry sebelah mana. Jomm redah lagi!
Ni dia dah jumpa
Tak ramai orang masuk dari entry ni sebab bukan entry utama
Bila sampai je bawah aku baru start fikir aku nak pegi mana lepas ni? Hmmmm.. aku pergi kat ticket machine tu tengok macam mana nak pegi China Town. Ala, macam leceh sikit jer. Kena tukar train nanti. Tetiba aku terfikir nak pegi Bugis Street macam yang girls yang aku jumpa kat CIQ tadi. Aku tengok, hmmm.. boleh la tak yah tukar train. So aku terus beli ticket subway ke Bugis Station. Ticket SGD1.30 (RM3.30).
Train Menuju ke Bugis Street
Bila sampai di Bugis Station, aku keluar ikut exit shopping mall tu. Punya la ramai kat food court tu. Sabtu kan. Aku langkah je sampai la aku keluar dari shopping mall tu. Keluar je aku terus nampak Bugis street betul-betul bertentangan seberang jalan.


Bugis Street Market adalah syurga membeli belah yang terkenal dikalangan pelancong jika mereka ke Singapura. Pelbagai barangan cenderamata yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan. Tak adalah mahal sangat pun. Aku beli FM dengan harga 5pcs for SGD10. Tote Bag 3 for SGD10. Kalau keychain lak 24pcs for SGD10. Kids T-shirt lak 2pcs for SGD7. Murah kan?? Hehe.. bagi aku ok la.

Bugis Street Market



 Satu benda yang aku perasan dengan peniaga kat Singapore ni, dorang pantang kalau korang tanya lagi price kalau dorang dah pasang signboard besar-besar harga dia. Sebab time aku pilih FM ada la ladies tourist dari India ni tanya berapa harga FM tu. Sekali si tokey pompuan ni leh balas " You can see or not, there. I already put there. You can read??!!(garang macam cikgu marah murid). There, FM-5pcs for 10 dollars, Keychain 24pcs for 10 dollar. So this is waht? Magnet right? So?? aiyaaakkkkk...Terkejut aku tengok. Selumber je dia marah customer tu. macam ni punya orang pun ada ka? Lepas tu dia leh gelak-gelak lak. then dia cakap hindi dengan customer tu. Aikkk, leh lak cakap hindi. Aku memang confident dia tak cakap tamil tapi bahasa macam cite bollywood tu guna sebab customer tu pun rupa Hindi. Nak ambil hati customer tu balik la tu.huhu.. tapi customer tu tak ada lak marah balik.

Looorr, dan sekarang baru lah aku faham kenapa apek jual icecream tu tadi beriya-iya macam marah kat aku. Mungkin memang sebab aku tanya dia lagi How much? sedangkan dia dah letak dah besar-besar kat situ $1. Hahahaha... adoiiii, macam-macam la. Lain tempat lain lak ragamnya.

Sempat rembat 5pcs
Lai-lai beli borong.
Singapore's Tshirt
 Sedar tak sedar lama gak aku kat sini. Tengok jam, alamak dah kol4.30.. huhuhu.. tulah shopping tak hingat. Aku memang dah lambat dah ni. Sebenarnya aku cuma tukar duit RM104 je so aku dapat SGD40 je.. Shopping tadi aku dah habis SGD30. So balance duit aku tinggal berapa je ni? Alamak!! nak tukar duit tak nampak lak money changer area ni. Aku korek la duit-duit coin Singapore tu. Ada lagi dalam SGD4. cukup ke ni nak lepas balik Malaysia? dari sini pi Kranji Station paling mahal pun mungkin SGD3. Bus dalam SGD1. cukup-cukup je duit aku ni.Hahahaha.. agghh, redah je lah. Kang kalau tak cukup pandai-pandai la aku fikir nak buat pe. lambat dah aku ni, hope sempat sampai CIQ nak catch shuttle bus pergi airport.

Mula-mula aku seberang jalan. Aku ingat aku nak ikut jalan dalam shopping mall tadi. Tapi mengingatkan sesaknya mall tu kang aku tercari-cari lak station MRT dia. Aku pandang la kiri kanan, mesti ada entry lain dari luar ni. Then nampak singboard MRT. Aku lintas jalan, lintas lagi (kali ni aku ikut zebra line) then tu dia. tak jauh pun dalam 30meter je dari Bugis Street Market tadi.
Bugis Station
Sampai station ni aku terus topup card aku pergi ke Kranji Station. sekali pluuppp keluar SGD2.50.. fuuhhh lega aku, masih dalam budget. Hehehe.. Terus aku beratur tunggu subway. Yang bestnya orang dari luar takkan masuk selagi orang dalam tak keluar. Beza dengan kt sini. Pintu buka je, berpusu-pusu orang luar masuk macam tak boleh tunggu. huhh!!!

Subway Station



Dalam MRT tu aku berdiri depan seorang Malay girls ni. Pakai tudung, jarang aku nampak Singaporean muda2 pakai tudung ni. Aku tanya dia nak pergi Kranji Station nanti sampai Jurong Station kena tukar train ke? Tukar kat mana? Jauh ke? Dia senyum cakap aah kat Jurong Station. Same station exchange train tu. Owhhh.. i see.. nanti dah nak sampai dia bagi tau aku. Ok, aku pun layan la pemandangan kat luar tu. 

Sampai je Jurong Station dia ajak aku keluar. Aku pun follow la dia alahai, depan tu je train dia. Mudah sangat tak payah turun-turun tangga ke pe. Dalam MRT tu kiteorang borak-borak. Dia tanya aku nak pergi JB ke? Aku cakap aku memang Malaysian. KL. owhhh.. i see.. i tot u are Singaporean, cuma nak pergi JB je. Sebab ada gak singaporean yang tak pandai or ak pernah naik subway. Hehehe.. tak, i memang Malaysian. So you alone? Seorang je? Wahhhh, memang jarang tengok orang Malaysia datang sorang-sorang je. Biasa dengan kawan-kawan kalau nak pergi jalan-jalan ni. Hehe.. aku cuma senyum je. Then aku bagi name card aku, contact aku kalau datang KL ye.. sbb dia so nice. Baik jer.. hope we can be friend then..
dalam MRT
Aku sampai di kranji station lebih kurang pukul 5.40pm. Alaaa aku memang dah lambat ni. sempat ke catch bus sampai CIQ? Alhamdulillah, dah ada bus dah tak yah tunggu. Tapi punya la penuh. Aku terpaksa berdiri kat depan tu untuk sampai Custom Singapore.

Bila sampai je custom, alahai punya la panjang Q. bila sampai turn aku, orang tu tengok aku semacam jer. Siti Rozita? custom lelaki muda tu tanya. aku cakap aah, pastu dia tengok muka aku tengok screen komputer dia. Apa tah dia tengok lagi. tadi orang sebelum aku senang je. Dia nampak ke muka aku cross jalan tak guna zebra line time nak melintas jalan lepas borak dengan uncle driver bus kat Merlion Park tadi. Aikkk, suspen betul.

Lepas tu dia bagi aku pasport aku dan cakap ok, thank you!.. Fuuhhhh, lega. hahaha.. 

Terima kasih pakcik driver







Aku sampai di CIQ tepat jam 6.10pm... Alaaaaa.. aku dah terlepas shuttle bus kol6 pergi Senai Airport. Aku call member aku nasib baik dia ada kat area tu gak. Tapi dia tengah visit site. Dia suruh aku tunggu. Smabil aku tunggu dia aku lepak kat J.Co coffee house. Sebenarnya aku nak charge hp je. Sambil tu leh la aku upload IG aku hehe.. Bleh tahan shake cappocino ni. free donut lagi. hihihi


Sampai Senai airport pukul7.50pm. Ok, mari lah kita bergerak balik ke Subang Airport. Aku suka flight malam.



Sampai Subang Airport

Dan sampai rumah tengok apa yang aku grab. Total semua ni SGD30. Tapi kalau tak masuk shopping ni masuk sana tak sampai pun SGD10. s Sampai ari ni ada lagi coin balance dalam beg duit aku.



Expenses:

MRT Reffles Place-Bugis Station = $1.30
Bugis Station-Kranji Station = $2.50

Shopping (luar dari expenses): $30


2 comments:

  1. salam..singgah blogwalking sini. bestnya bagpacking...nak join boleh? =p

    ReplyDelete
  2. salam.. hi, boleh je nak join backpacking.. jommm.. :)

    ReplyDelete