Hari ini hari terakhir kami di Redang Lagoon. Alamak, baru berangan nak duduk tepi laut makan+tido+makan+tido tapi dah kena balik la pulak. Tak balik tak boleh ke? Duk kat sini terus, tak ada masalah langsung. Best kan. Ha, perangan la banyak-banyak, tu kerja kat office dah menanti berlonggok-longgok. Email dah berderet je tunggu reply. Melanguk la depan lappy nanti sampai lebam..hahaha
Lepas breakfast kami packing semua harta pusaka kami, punggah-punggah masuk dalam backpack masing-masing. Sebabnya macam biasa la, kami lambat lagi!!.. hahaha cepat wey, kang kena tinggal dengan ferry nanti tak pasal-pasal kena berenang sampai jeti Shahbandar. Reti berenang ker?? Soalan aku.haha
Niat aku nak ambil contact pasal scuba diving licence kat Redang ni. Malam tadi aku kami sempat singgah di Pelangi Resort sebab aku nampak disitu ada offer untuk diving. Kalau dah ada licence pun nak pergi diving pun ada. Package disini RM1050 sekurang-kurangnya 4hari untuk buat diving licence. Tapi kalau you all nak stay di Pelangi Resort ni sekali ada diskaun RM50. Tapi harga bilik semalam dia agak mahal. Kalau nak murah korang sumbat la ramai-ramai semua dalam satu bilik. Nak murah sangat kan? Hahaha.. Kalau tak pun korang boleh stay kat Redang Lagoon RM150/night. leh la tong-tong.
Sila baca kalau boleh |
Yang disebelah Redang Lagoon ni RM950 je, murah RM100 dari Pelangi Resort. Lagi dekat dengan Redang Lagoon. Kalau duduk chelet aku tu, leh jerit-jerit panggil dari anjung belakang kalau korang lambat!hehe..Aku sempat ambil contact trainer tu:
Christ 011-16337528. Boleh contact dia untuk pertanyaan lanjut.
Berbalik kepada hari ke tiga ni, our last day in Redang Island.
Macam sedih je, alamak dah habis dah time bercuti rupanya. Balik untuk menunaikan tanggungjawab lain pula. Kita pulang ke alam nyata ye, kumpul-kumpul duit lagi. Pergi jalan lagi.
Perjalanan pulang ke Jeti Shahbandar sama gak macam hari tu lebih kurang satu jam. Ha, ni gambar-gambar kanak-kanak riang bila sampai jeti. Nak gak bergambar dengan kapal alkisahnya..hahaha
Macam tentera wanita la Lina.. :p |
Kami parking kereta betul-betul disebelah Jetty. Bila sampai je dah ada parking coupon dari MPKT untuk korang bayar ye. Amboi-amboi korang ingat free ea? Apa benda yang free kat dunia ni, silap-silap kentut pun bayar tau.hahahaha..
View sebelah jetty |
Ada 3 untuk 3hari |
Sebenarnya aku nak pos kan poskad ni betul-betul kat pejabat pos besar betul-betul depan Jetty ni. Tapi apesal lak tutup ni? Bukan ke ari ni hari Selasa?. Makcik yang jual kopok lekor tu cakap hari tu hari pertabalan Sultan Terengganu. Alahai, melepas la aku nak pos. hmmm.. tak pe la, lain kali la. Next time sila peka sikit ea eta.
Tak dapat pos dapat ambil gambar pun jadi la. |
Dengan hati yang keciwa,berduka gundam gulana ni aku bawa la hati lara sebab tak dapat poskan poskad ke Pasar Payang sebelah jetty tu je. Lebih kurang 10meter je. Panas yang amat Malaysia ni. Malaysia memang tengah summer ke pe?hehe.. Sebut ke pasal shopping hati yang lara pun bertukar jadi bunga-bungaan..wakakaka.. jejak pengembaraan dalam Pasar.
Kalau dah namanya pasar, faham-faham jelah keaadaan dia macam mana. Tak payah la nak budget-budget dress up artis nak masuk pasar ni kan.Hahahaha.. kang kalau jatuh tergolek ramai tukang gelak tak diundang sudi nak jadi tukang gelak. wakakaka
Ingatkan besar and banyak la pilihan nak beli keropok lekor ni. Rupanya tak. Yang ada cuma beberapa kedai makcik ni je, adalah dalam 4-3 tempat. Tapi kami beli kat makcik ni sebab dia ada jual siap packing. Senang, nak bawa jalan jauh nak balik Klang kan. Tahan lama. Korang boleh gak beli yang satu-satu macam dalam plastik kuning kat bawah ni. Tapi nanti takut tak tahan lama lak kan, so beli yang siap packed. Sedap je pun rasanya. Tak ada yang berubah pun.
Saja nak promote kedai makcik ni |
Dah habis sesi menghabiskan duit kan? Masanya untuk bergerak pulang. Aku drive lak kali ni.Take turn la ea, time pegi dorang dah bawak. Bila perut lapar mintak diisi kami pun tinjau-tinjau la mana tempat best nak makan. Sampai satu area tu aku pun lupa apa, tapi before cherating la. Banyak betul orang jual sata tepi jalan. Yummy!! Lama tak makan. Jom stop tepi laut ni! Makan sata, lunch bersama air kelapa fresh!. Tambah lagi view pantai dengan angin sepoi-sepoi bahasa. (macam mana angin tu berbahasa? dia cakap bahasa logat Ganu ker?..hahahaha jangan nak jadi sengal! aku rasa kalau korang tanya cikgu korang pun belum tentu dia leh explain dengan korang. Penampor yang korang dapat ada la..
Lazat betul tie ea..haha |
Bila perut dah kenyang, semangat la sikit nak drive balik. Bismillah.. Alhamdulillah perjalanan lancar. Kami sampai di Klang lebih kurang pukul 9malam..
Terima kasih korang berdua, Lina and Atie.. Nanti kita plan next vacation ok!!
No comments:
Post a Comment