Sunday, June 19, 2011

Seam Reap : Good Bye Cambodia

Assalammualaikum.

DAY 3

Today is last day!! Aku dah siap packing semua barang yang aku borong malam tadi. Pagi ni hanyalah breakfast dan siap sedia untuk departure balik ke Malaysia.

Alhamdulillah, lepas 3tahun aku lawat Siem Reap ni, akhirnya hasil titik peluh keringat aku di hari minggu ni dapat gak aku siapkan entry ni. Aku rasa kalau makanan dah lama berkapok terperap dalam draft. Hahaha.. Apa pun cuma nak share hari last kat hotel and airport jer.

Macam biasa lah aku ni memang gila map, so ni aku tepek map dari Kingdom Angkor Hotel ke Siem Reap Airport. Tak jauh dalam 11minit je. Korang boleh jugak ambil tut-tut nak kesini. Aku rasa tak mahal la sebab dekat kan.

Kingdom Angkor Hotel-Airport
Haltonian 2011
with kak Jam
Hotel ni memang terbaik
Kalau bukan sponsor memang tak la nak stay kat sini
Tak ada benda yang aku nak complain pasal hotel ni, hotel ni memang best. Nama pun 4star, klu aku backpacker sendiri memang tak la nak duduk sini. Hostel sudah.. hahahaha...

Kalau Cambodia ni tak silap aku korang kena bayar cukai lapangan dia kat airport kalau tak silap USD20. Sekarang tak tau la aku rasa makin sama. So korang kalau pape pun sila buat research tentang airport tax setiap negara yang korang lawat. Kalau tak kang ada yang nangis hentak-hentak kaki tak dapat balik. Hehehe..
Tempat dilarang untuk ambil gambar tu lah yang akan aku buat

Bye-bye Cambodia



No comments:

Post a Comment