Seawal jam 5.00pagi orang hotel dah ketuk bilik kami suruh bersiap. Kami perlu bergerak jam 6pagi dari hotel untuk ke kaki gunung. Misi utama hari ini adalah mendaki Gunung Merapi!!..(Gunung berapai aktif yg paling tinggi kt pulau sumatera). Waktu tu gunung ni selalu batuk-batuk. Seminggu sebelum tu aku call orang sana dia cakap gunung tu dalam RED ZONE, means tak boleh naik la!!... Tapi nasib kami baik time kami nak mendaki tu kawasan tu dah diishtiharkan selamat tapi tidak digalakkan untuk mendaki. Untuk pengetahuan u all, kami ni bukan la berstamina pun. Seminggu sebelum datang sini aku ada la pegi jongging sikit-sikit. tapi tak ada la stamina mana. Tapi semangat mengatasi segala-galanya.. Misi ni perlu diselesaikan! Yeahh...
Lepas menikmati breakfast yang sangat simple, (hotel sediakan set roti bakar dan teh O) kami gerak menaiki 4x4 menuju ke kaki gunung. Perjalanan mengambil masa 1/2jam untuk sampai kekaki gunung.. Sebenarnya kami memang nak plan mendaki ni, tapi memandangkan seminggu sebelum tu masih dalam red zone aku tak ada la prepare sangat. Confirm mendaki cuma petang sebelum nak mendaki tu je. So malam tu sempat la kami beli kasut di kedai memang khas untuk hiking!.. Aku beli sandal khas hiking(yang bertali-tali) tu dengan harga just rp100k(RM30). Murah kan?? Dan sandal tu masih utuh,kukuh kental berbakti untuk aku pergi hiking sampai hari ni. (July 2013)
Ingatkan Roni pergi sekali, rupanya tak. Dia ada hal family.. So, guide kami namanya dah lupa la.. pak sape eh, hahaha... bekas guru bahasa english. Apak ni umur dah 55tahun, tapi kuat lagi bawa barang 10kgs iaitu makanan untuk kami sepanjang climbing nanti. Sepatutnya, kami naik sekali dengan tourist dari Poland, tapi last minute tak jadi lak. Dorang naik the next day. Kalau tak boleh dapat murah sikit charge nak mendaki ni. Charge yang dikenakan utk seorang rp300k(rm95). Not bad la..makanan dia bekalkan, air pun dorang gak, tapi cuma kami la yang perlu bawa..hehe..
ni pic before nak start pendakian |
Pic bawah ni time dah nk smpai puncak gak..budak berdua tu lem la, tgk bpe jauh aku tinggalkan dowg,,hahaha,..steady!!
penat wooo..dah nk smpai puncak |
Daki dengan tongkat azimat |
diselubungi kabus |
Kawasan pertama yang kami lihat adalah tugu yang menandakan kami sudah sampai di Puncak Gunung Merapi, gunung berapi yang masih lagi aktif hingga ke hari ini. Macam gambar diatas dan dibawah ni. Aku memang bawak siap-siap bendera kecil Malaysia dari rumah lagi. Dan, niat aku tercapai untuk mengibarkan Jalur Gemilang di puncak gunung berapi ini. Alhamdulillah..
kami lah hero!! ^_^ |
Cuaca panas terik waktu tu, tapi sejuk. Agak susah nak bernafas mungkin sebab berada dikawasan tinggi, tekanan oksigen semakin rendah. Kami nampak seluruh Bukittinggi desebalik awan-awan yang agak tebal. Tapi, yang menjadi persoalan selepas puas bergambar ditugu tu, dimana Gunung berapinya? Ini je ker gunung berapi tu? hmmm... Rupa-rupanya aku silap, ada dua kawasan menarik disana. Satu tugu tu, dah kedua tentulah Gunung Berapi yang masih aktif itu. Apak tu berjalan dulu, dan memanggil-manggil kami pergi kearahnya. Aik, tadi dia kata tak boleh pergi kawasan tu, dah masuk red area. Sekarang panggil pula??. Kami pun berjalan diatas tanah yang rata lebih kurang 300m.. luas kawasan tu.
Boleh bace pe batu tu tulis?? |
kami bangga dapat kibarkan bendara Malaysia di puncak |
Sejuk woooo.... |
hasil letupan pertama tahun 1925 |
Kawasan ni amat luas, apak tu relax-relax je goyang kaki sambil hisap rokok dan menikmati keindahan alam ciptaan tuhan. Dia cuma jerit pada kami, hati-hati ya, jangan sampai jatuh. Susah apak nanti. Yelah, mau tak risau. Dia tengok kami excited sangat amik-amik gambar. Korang jeles tak tengok gambar-gambar kiteorang? Hehehe...
hehe..background smart gile |
Smart gile pic ni.. |
terkejut tgk tetibe asap berkepul2 keluar |
Tak lama kami kat atas puncak tu tak sampai pun sejam. Kami perlu turun segera sebab cuaca mula mendung. Apak tu kata bahaya kalau kita terus kat atas ni kalau tetiba hujan. Kami lak tak bawak touch light! Ada ke patut kan??Ishh.. Dan dengan berat hatinya kami pun turun la semula. Bye-bye Gunung Merapi, Inyallah aku datang lagi. :)
jalan nak pegi ke arah gunung berapi dah di puncak |
Tak lama pun kami rehat, dalam setengah jam je. Then kami gerak turun semula sebab cuaca dah mula gerimis. Habis la!!.. Elok-elok je kami jalan, hujan pun turun!.. Lebat selebat-lebatnya. Punya la sejuk. Kawan aku tu ok la dah pakai baju hujan, sweater aku lak jenis cotton. Adeh!! Apak kata tak boleh berhenti. Kena jalan terus sebab kalau berhenti makin sejuk. silap-silap boleh cramp. Jalan yang kami lalu tu lak la jalan air turun, aiseeyyy.. Memang kena hati-hati la sebab jalan penuh air.Kita tak tahu mana lubang ke pe. Dan akhirnya..............>>>> aku salah langkah pijak lubang dalam! ADooiiii,terpeleot kaki aku! memang sakit gile. Time ni lak nak buat hal.. Dah la sejuk. Apak tu baca apa tah, dia pegang kaki aku dia urus dua tiga kali terus dia rentap!!craaappp!.. perrghhh, memang sedap gile la!.. nasib baik time tu dah nak sampai bawah.. Dia pun bantu aku jalan lepas tu.. Tapi, alhamdulillah rasa ok sikit dah.
Kami smpai bawah tepat jam kol6.30 waktu maghrib azan berkumandang time tu..aku tak sedar ada lintah 3ekor gigit kaki aku time kami singgah pinjam toilet rumah pekerja kebun sayur kat situ.smpai sekarang aku tulis entry ni (September) bekas lintah tu masih x ilang..so bad!! :(
Tengok la gambar bawah ni, ni real punya tak ada edit-edit.. cantik kan??? :) Subahanallah
Ciptaan Tuhan yang Maha Esa |
Sampai je tempat kami memulakan pendakian tadi dah ada orang yang menunggu. Siap tepuk tangan lagi. Hehehe.. Siap ucap tahniah!waaahhh, tak sangka.heheh..
Penat, memang la penat gile. Dalam van tu apak tu siap bagi tips, tido malam ni kaki naikkan kat atas. rapat kat dinding, buat macam "L" sebab kami dah berjalan dari pagi, darah semua dah turun kebawah,. Kalau buat macam tu insyallah cepat hilang lenguh kaki tu. Dah, memang berhasil!!..
Ini adalah pengalaman hiking yang paling best dalam hidup aku takat ni..Insyallah kalau tuhan murahkan rezeki aku akan pergi lagi dengan geng-geng lain.. Insyallah.. Ada sape nak follow???
rindu rasanyer nak g Padang and Bukit Tinggi lagi... hmmmmmmm...
ReplyDeletetetibe teringat kat ex bf ku.... dia org sana... :(
owh, yeker...hehe..x pe, jom kite pg lagi..
ReplyDeletewah.. bestnya dapat pengalaman macam ni :)
ReplyDeletehehehe... aah, pegi je kt bukitinggi then register kt Hotel Orchid.. sana ada tour nk daki Gunung Merapi ni.. =)
ReplyDeleteHi Rosita! Saw your blog. Enjoyed the pictures. Pity I don't understand the language. Well not all of it. I look your pics and its as if I'm there. Happy for see you
ReplyDeleteEnjoy the pictures!! :)
ReplyDeleteNice entry!!! Perlukan pakej ke Padang Bukittinggi?hubung saya di 0126665436.Ground arrangement dan full pakej disediakan.
ReplyDeleteHi,
ReplyDeleteAkan ke Bukittinggi bulan okt ni.
Agak2 brp kos utk naik merapi ni skrg ya?
Ada kontek x?
Trm.ksh.
Hi.. ni nombor Orchid Hotel.. JL. Teuku Umar, No. 11, Sumatera Barat 26136, Indonesia
Delete+62 752 32634
kalau nak murah call dr malaysia, guna code ni..1320062752 32634. No. 132 tu akan dapat jauh lebih murah compared kalau direct terus 0062.. Ada orang bg tau saya semalam dia call untuk hike merapi sekarang RM200/person untuk 2H1M. dia akan sediakan makan, khemah dan transportation utk ke kaki merapi.