Thursday, September 4, 2014

JAPAN - Tokyo Metropolitan


DAY 2 (4th September 2014)

Assalamualaikum... 

Ini adalah hari ke-2 aku di Japan. Antara tempat yang aku cover hari ini adalah:

1. Senso-Ji Temple
 2. Ueno Park
 3. Edo Tokyo Musuem
 4. Ginza Area.

Pukul 4am macam tu Muslim Pro Apps aku berbunyi tanda masuk waktu subuh. Aku pun bangun and gerak lah pergi cari surau kat airport ni. Kat sini ada prayer room tau. Tanya kat information counter aku kena pergi level 3 naik satu level lagi. Prayer room ini kat hujung sekali. Nak masuk kena tekan button tu dan akan ada operator tolong bukakan pintu automatic. Kalau dari dalam nak keluar dia akan buka auto. Ada tempat wudhu sekali.Perfect!!

Tak boleh la tidur ke,makan ke dalam prayer room ini kan. respect sikit orang lain nak solat sebab dia campur je laki perempuan. Time aku datang itu ada student perempuan dari Malaysia orang Kedah. Dia study kat Tokyo gak. Dia balik summer holiday. Tak lama lepas itu ada dua orang students dari Indonesia  pula masuk solat subuh.
Prayer room at Heneda Airport
Baca ni!
Tempat wudhu
Prayer room
Lepas solat aku turun bawah balik level 2 pergi 7E beli apa yang boleh dimakan. Lapar kot. Biskut Lexus tu jangan cakap lah da habis aku makan. Roti pun sama. Tapi perut aku masih lapar. Dan hasil daripada ehsan cousin aku yang pernah study kat Japan ni dia dah siap-siap bagi ayat untuk cakap tak boleh makan pork and sake(alcohol). Aku cakap kat staff 7-e tu lepas tu dia tunjuk Onigiri. Isi tuna dengan lagi satu apa tah kos ¥220. Aku telan satu je sambal tunggu lagi 10minit kaunter JR Pass buka.
my breakfast Onigiri
5minit sebelum tu aku dah Q dulu dah. Bila buka je aku pandang belakang dah panjang dah Q dia. Nasib aku awal. Kejap je nak exchange JR Pass ni, lepas tulis full name macam dalam passport and JR pass.

ni JR Pass
Perlu tunjuk bahagian ni pada officer train
view dr monorail lepas keluar dr airport
Lepas dapat JR Pass, lokasi pertama adalah ke Khaosan World hostel.  Tambang untuk menaiki Tokyo Monorail ke Hamamatsucho Station dengan menggunakan JR Pass adalah free. Kalau tidak kos adalah ¥470 (RM16). Dari Hamamatsucho Station aku terus ambil JR Yamanote Line towards Akihabara Station (JR ¥140-RM4.50). Dari situ aku ambil pula Tsukuba Express Line towards Asakusa Station. Station yang paling dekat dengan Khaosan World Hostel ¥210-RM6.70. Sampai je di hostel aku mandi dulu. Berlengas dah badan ni. Lepas siap-siap aku pun mula keluar ukur tanah Tokyo.
Faham tak map ni? Faham tak? Tak faham cuba la fahamkan..
Akihabara Station at 8.30am
Subway train not covered by JR Pass.
Destinasi pertama aku adalah Senso-Ji temple. Dekat je dengan hostel aku walk distance dalam 5minit je sampai. Jalan-jalan kat situ ambil-ambil gambar layan perasaan. Hari ni hari khamis kot, tapi ramai je orang. Macam weekend. Kejap je aku kat situ, gerak pergi tempat lain lak lepas tu. Di japan ni ada dua agama utama iaitu Shinto andd Buddhist. Kalau ada tanglung depan tample tu Buddhist punya temple la tu. Kalau shrine tu Shinto.
Perjalanan ke Sensoji Temple
Kedai belum buka lagi dalam pukul 10am??
Banyak gila mainan yang cantik-cantik ta[i harga dia pun cantik gak
Tapi sebelum tu aku sempat beli benda ni. Harga dia ¥120/pc. Kecil je pun aku cakap la “ Watashiwa buta niku tabimasen” and “Watashiwa arukoru/sale wo nomimasen”.  Cakap je dua ayat ni lepas tu auntie tu tunjuk benda ni. Red bean.Sedap wooo, dapat rasa pun ok la. Nama dia tak tau apa tapi macam kuih la.

ni makanan tu tak tau apa nama dia
Background belakang tu yang jual makanana ni
Roti aku tak beli pun. Dikhuatiri ke Halalannya. hehe


Banyak patung-patung samurai macam di bawah ni sepanjang perjalanan ke Ginza Line.

Yang ni kes Samurai merajuk tak nak turun

Next destinasi aku adalah Ueno Park. Aku terus jalan and jumpa station ni Ginza Line. Aku terus naik dan beli ticket Ueno Station. Line ni not covered by JR Pass, ¥170 kena beli kat machine la ye. Keluar je aku terus bergerak kearah park. Sebelum tu aku sempat berhenti dekat Family Mart beli nasi (gohan) dengan harga ¥100. Mula-mula sampai kan, aku pun tak ada idea nak makan apa. Tadi nak panaskan makanan kat hostel macam segan lak sebab belum boleh check-in. So aku makan la sambal hitam yang aku makan tu. Pergghhh time macam ni sambal ikan bilis tu pun nikmat betul rasanya. Layan je makan duk kat park tu. Lepas makan aku pun jalan area park tu. Park ni memang spot kalau spring untuk tengok sakura. Sekarang ni summer tak ada apa la, just pokok ijau je.





Kat situ pun ada museum kalau korang nak masuk. Tokyo Nasional Museum ni besar ambil masa nak jalan so aku tak masuk la museum tu aku akan masuk museum lagi satu.

Kat belakang yang besar tu Tokyo National Museum
Selain Tokyo National Museum ada National Museum of Western Art. Aku cuma ambil gambar je, tengok pics kat bawah ni. Aku decided tak masuk museum ni sebab museum ni besar and aku pun tak banyak masa.


Sangat berseni kan??
National Museum of Western Art
Tugu depan Museum of Art



Mereka offer diri nak tolong ambilkan pic aku. Tapi aku cakap tak pe, camera aku ada wifi aku connect dgn iphone aku je. Then kami pun ambil gambar bersama,,.. :)
Selepas Ueno Park, aku nak pergi ke Edo Tokyo Museum lak. Best ke kat situ??Tengok kat pics kat bawah-bawah ni. Museum ni kecil sikit and dari survey yang aku buat kat Trip advisor museum ni lagi best dari Tokyo National Museum.

Dari Ueno Station towards by JR Keihin Tohoku Line towards Ofuna stop kat Akihabara Station. Lepas tu change train ke  Ryogoku Station. Kos covered by JR Pass ¥160.

Sampai je kat museum tu aku tengok, weyyyy besarnya!!.. dah la tinggi nak naik tangga pula tu. Aku tak tahu apa ada kat bawah museum tu. Macam sungai tak pun jalan..


Edo Tokyo Museum
Kaunter Ticket
Elevator nak naik ke entrence

Fee Edo Tokyo Museum ni  ¥600. Besar museum ni, dan yang bestnya ada volunteer guide kat sini. Just pergi kat counter dorang tu je dan nanti akan ada English Guide bawa korang. Tak payah bagi tip, free je. Tip itu rude bagi dorang tau. Ingat tu. 

Ticket
Volunteer Guided Tour
Ni Volunteer Guide aku

Aku suka tengok patung kecil-kecil zaman Edo dulu. Ada cerita sendiri di sebalik semua tu.
Zaman dulu Edo period sama juga macam tamadun yang lain kedudukan diukur mengikut darjat. Edo Period raja yang tinggi di ikuti oleh Samurai, orang bangsawan dan para artisan, petani dan juga penjual barang pertanian.










Rumah Shoguns
Permaisuri akan dibawa menaiki benda ini kalau hendak kemana-mana. jauh beribu-ribu miles akan diangkut dalam benda tu. Berat benda tu dalam 50kg menurut guide tu. Aku borak-borak pasal Malaysia, dan dia juga tanya makanan apa yang aku tak boleh makan kalau kat Japan ni. Aku cakap la pork and achohol. Kalau meat lak aku cuma yang disembelih oleh muslim je. Conclusion nya selama kat Japan ni aku akan makan seafood or vege. Selain makan makanan yang aku bawa sendiri dari Malaysia.



Aku beritahu Guide aku yang esok aku akan ke Meiji-jinggu area Shibuya dan Shinjuku. Sebenarnya aku memang dah flat gile dah ni. Penat gile sebab tak cukup tidur and rest. 

Lepas ke Edo Tokyo museum aku ke Imperial Palace. Niat dihati nak masuk la, tapi aku dah lambat rupanya. Orang yang aku tanya tu cakap park dah tutup. Alaaaa, so masih awal lagi ni walaupun aku dah penat gile aku decided nak pergi jalan-jalan di Ginza area. Nak tengok apa yang ada kat sana. Ginza area ni sesak gak sebab time orang balik kerja. Aku jalan-jalan tanpa hala tujuan dalam mall tu and area sekitar. Kat sana ada mall macam kat Akihabara gak, malam kat sini mesti hapenning. Tapi disebabkan aku penat gile kejap je aku kat sini. Aku beli nasi sekali lagi kat family mart. Selain itu aku sempat grab note kecil dan air japanese tea. :)
See.. Arashi!!! Hi Matsu Jun!
Shopping Complex
Train at Ginza Station
Lepas tu aku balik hostel, mandi dan relax. Aku masak ayam kurma Yeos yang aku bawak dari Malaysia. Tak sedap la, tapi nak buat macam mana. Telan je la dengan air Milo penyedap rasa. Lepas tu aku naik masuk dorm. Dalam dorm aku ada dari US,Australia, Canada and Taiwan. Ada 10 beds dalam dorm ni tapi aku nampak beberapa orang je. Lepas tu aku baring dan tak sedar aku tertidur. Baru pukul 8.30 malam kot. Aku tertidur sampai pagi. Pergghhh, ni penat punya pasal la ni. Melepas satu aktiviti malam yang patut aku buat. Nak buat macam mana, penat dah perut pun dah kenyang.. So continue hari ketiga .


Expenses DAY 2:

¥220 - Onigiri
¥108 - Buku note kecil
¥129 - Nasi
¥130 - Air Teh Vending Machine
¥100 - Nasi
¥600 - Museum
¥110 - Mineral
¥210 - Subway to Hostel
¥170 - Subway to Ueno Park from Asakusa Station
¥170 - Subway from Edo Museum to Imperial Palace
¥170 - Subway to Otemachi
¥170 - Subway to Ginza Area
¥210 - Subway to Hostel

Total = 2667 Yen = MYR89

SAMBUNGAN ---------> JAPAN DAY 3



No comments:

Post a Comment