Tuesday, March 4, 2014

Redang Lagoon : DAY 3 (Kuala Terengganu)

Assalamualaikum...

Hari ini hari terakhir kami di Redang Lagoon. Alamak, baru berangan nak duduk tepi laut makan+tido+makan+tido tapi dah kena balik la pulak. Tak balik tak boleh ke? Duk kat sini terus, tak ada masalah langsung. Best kan. Ha, perangan la banyak-banyak, tu kerja kat office dah menanti berlonggok-longgok. Email dah berderet je tunggu reply. Melanguk la depan lappy nanti sampai lebam..hahaha

Lepas breakfast kami packing semua harta pusaka kami, punggah-punggah masuk dalam backpack masing-masing. Sebabnya macam biasa la, kami lambat lagi!!.. hahaha cepat wey, kang kena tinggal dengan ferry nanti tak pasal-pasal kena berenang sampai jeti Shahbandar. Reti berenang ker?? Soalan aku.haha

Niat aku nak ambil contact pasal scuba diving licence kat Redang ni. Malam tadi aku kami sempat singgah di Pelangi Resort sebab aku nampak disitu ada offer untuk diving. Kalau dah ada licence pun nak pergi diving pun ada. Package disini RM1050 sekurang-kurangnya 4hari untuk buat diving licence. Tapi kalau you all nak stay di Pelangi Resort ni sekali ada diskaun RM50. Tapi harga bilik semalam dia agak mahal. Kalau nak murah korang sumbat la ramai-ramai semua dalam satu bilik. Nak murah sangat kan? Hahaha.. Kalau tak pun korang boleh stay kat Redang Lagoon RM150/night. leh la tong-tong.

Sila baca kalau boleh
Sebelah Redang Resort ni ada satu tempat memang untuk diving. Aku tengok dari first day memang orang keluar masuk sewa equipment nak pergi diving. Aku sempat la singgah sebab aku tengok ferry tu masih terhegeh-hegeh nak transfer passenger dari ferry besar ke ferry kecil sikit untuk ke tepi pantai. Sama la macam kami waktu datang hari tu.

Yang disebelah Redang Lagoon ni RM950 je, murah RM100 dari Pelangi Resort. Lagi dekat dengan Redang Lagoon. Kalau duduk chelet aku tu, leh jerit-jerit panggil dari anjung belakang kalau korang lambat!hehe..Aku sempat ambil contact trainer tu:

Christ 011-16337528. Boleh contact dia untuk pertanyaan lanjut.

Berbalik kepada hari ke tiga ni, our last day in Redang Island.

Macam sedih je, alamak dah habis dah time bercuti rupanya. Balik untuk menunaikan tanggungjawab lain pula. Kita pulang ke alam nyata ye, kumpul-kumpul duit lagi. Pergi jalan lagi.

Perjalanan pulang ke Jeti Shahbandar sama gak macam hari tu lebih kurang satu jam. Ha, ni gambar-gambar kanak-kanak riang bila sampai jeti. Nak gak bergambar dengan kapal alkisahnya..hahaha

Macam tentera wanita la Lina.. :p

Kami parking kereta betul-betul disebelah Jetty. Bila sampai je dah ada parking coupon dari MPKT untuk korang bayar ye. Amboi-amboi korang ingat free ea? Apa benda yang free kat dunia ni, silap-silap kentut pun bayar tau.hahahaha..

View sebelah jetty
Ada 3 untuk 3hari
Sebenarnya aku nak pos kan poskad ni betul-betul kat pejabat pos besar betul-betul depan Jetty ni. Tapi apesal lak tutup ni? Bukan ke ari ni hari Selasa?. Makcik yang jual kopok lekor tu cakap hari tu hari pertabalan Sultan Terengganu. Alahai, melepas la aku nak pos. hmmm.. tak pe la, lain kali la. Next time sila peka sikit ea eta.
Tak dapat pos dapat ambil gambar pun jadi la.
Dengan hati yang keciwa,berduka gundam gulana ni aku bawa la hati lara sebab tak dapat poskan poskad ke Pasar Payang sebelah jetty tu je. Lebih kurang 10meter je. Panas yang amat Malaysia ni. Malaysia memang tengah summer ke pe?hehe.. Sebut ke pasal shopping hati yang lara pun bertukar jadi bunga-bungaan..wakakaka.. jejak pengembaraan dalam Pasar.

 Kalau dah namanya pasar, faham-faham jelah keaadaan dia macam mana. Tak payah la nak budget-budget dress up artis nak masuk pasar ni kan.Hahahaha.. kang kalau jatuh tergolek ramai tukang gelak tak diundang sudi nak jadi tukang gelak. wakakaka

Ingatkan besar and banyak la pilihan nak beli keropok lekor ni. Rupanya tak. Yang ada cuma beberapa kedai makcik ni je, adalah dalam 4-3 tempat. Tapi kami beli kat makcik ni sebab dia ada jual siap packing. Senang, nak bawa jalan jauh nak balik Klang kan. Tahan lama. Korang boleh gak beli yang satu-satu macam dalam plastik kuning kat bawah ni. Tapi nanti takut tak tahan lama lak kan, so beli yang siap packed. Sedap je pun rasanya. Tak ada yang berubah pun.
Saja nak promote kedai makcik ni
Ha, amik ko! kat sini je dah habis lebih RM100. huhu.. mana tak nya,jiran,makcik,pakcik, sepupu, sepapat semua masuk sekali. Macam jalan kat oversea je kan. Sedap wey, kalau nak dapat kat KL mana sedap. Tepung lebih!.


Dah habis sesi menghabiskan duit kan? Masanya untuk bergerak pulang. Aku drive lak kali ni.Take turn la ea, time pegi dorang dah bawak. Bila perut lapar mintak diisi kami pun tinjau-tinjau la mana tempat best nak makan. Sampai satu area tu aku pun lupa apa, tapi before cherating la. Banyak betul orang jual sata tepi jalan. Yummy!! Lama tak makan. Jom stop tepi laut ni! Makan sata, lunch bersama air kelapa fresh!. Tambah lagi view pantai dengan angin sepoi-sepoi bahasa. (macam mana angin tu berbahasa? dia cakap bahasa logat Ganu ker?..hahahaha jangan nak jadi sengal! aku rasa kalau korang tanya cikgu korang pun belum tentu dia leh explain dengan korang. Penampor yang korang dapat ada la..

Lazat betul tie ea..haha

Bila perut dah kenyang, semangat la sikit nak drive balik. Bismillah.. Alhamdulillah perjalanan lancar. Kami sampai di Klang lebih kurang pukul 9malam..

Terima kasih korang berdua, Lina and Atie.. Nanti kita plan next vacation ok!!



Monday, March 3, 2014

Redang Lagoon: DAY 2

ASSALAMUALAIKUM....

DAY 2!!

Pagi-pagi lagi kami dah bangun sebab pukul 9.30 kiteorang akan bergerak ke Marine Park! Yahooo... nama pun  marine park kan, mesti best dan lawa gile!

Lepas siap2, kami pun pegi breakfast dulu. Nah ni breakfast kami pagi ni.. Nasi lemak+ roti bakar+teh O!!awesome kan!huhuhu

Mana timun? tak amik..
Dan semalam waktu kami snockeling kami nampak ada satu geng ni pegang camera waterproof. Rupanya boleh sewa cara tu. Kiteorang sewa dekat Pelangi Resort sebelah Redang Lagoon tu je. Sempat pagi tu pegi sana, untuk 160pcs RM50, tapi yang tak bestnye camera ni cepat habis batery. Tapi auntie tu ajar la cara-cara nak save batery kan.. Ha, boleh la nnt amik gambar dalam laut banyak-banyak kan.. macam pro sangat swimming..wakaka..
Mari kita bergerak
Then tepat jam 9.30am kiteorang gerak naik boat ke Marine Park! Memang best gile view dari atas kapal and beach boy tu pun bagi kiteorang duk kat luar kapal.. best wooo...



View OTW ke Marine Park
OK, dah tiba di Marine Park! Yahooo.. beach boy cakap dorang nak tolong kiteorang amik gambar.. yeaayy.. senang keje macam ni..So, tipsnya sila la senyum selalu dan jangan sombong dengan orang. Kan dah ada orang baik hati nak tolong ambil gamabr kan.. hehehe

Jeti Marine Park
Jernih gile air dia, leh nampak coral!!

Hey, asal korang snorkeling kat tepi jer..hehe

K.A.M.I
Alamak!! habis Atie yg keding kena terjatuh lak..hahaha
Jom enjoy pic-pic under water hasil dari camera yang kami sewa RM50 tu! hehe






Semua ni pic kat marine park. Beach boy siap ambilkan gamat and macam-macam lagi hidupan laut tunjuk kat kite orang.  Best gile bila first time dapat pegang gamat hidup. Gamat yang dah bungkus penah la pegang.





 Dan ini lagi satu yang aku tak tau pun nama dia apa. Yang bulat merah-merah ni. Tapi macam best je pegang..hahaha




Dan budak-budak ni geng yang baru kiteorang kenal kat Redang Lagoon.. Guys, you oullss memang sporting habis!









yang hitam tu Penyu




Kami kat marine park selama sejam lebih. Waktu otw balik, kami lalu kat spot penyu.. nampak la penyu hitam-hitam dalam laut tu. Tapi tak de la nampak sebijik jelas,nyata dan terang kan..faham-faham la kenapa..

Kami sampai ke chelet jam 12pm. Lepas Lunch kami boleh hentam tido lak. memang nikmat la.. perrgghhh, tetiba aku terjaga!.. wey, dah nak kol2.30 wey.. kelam kabut masig-masing..hahaha

So blah petang snockling dgn group yang baru sampai pagi tadi. Blah petang memang ramai la berbanding pagi.  So kiteorang pegi spot lain lak bukan sama macam petang semalam.


Tempat ni tak banyak coral, memang paling cantik Marine Park pagi tadi gak. Aku duk bukak life jacket and sibuk nak ambil gambar dalam-dalam.. penat dah blah petang. patut pagi tadi time banyak energy!! huhuhu... alasan je tu..

Dan lepas habis snockling dorang nak pegi berendam plak kat depan chelet.. Layankan.. mari aku tukang amik gambar korang ye.. hehe..
Aku suka pic ni!!
Melayankan mereka jadi kanak-kanak rebina..hihih
Lepas puas berenang, jadi ikan duyung, buat macam-macam video yang aku pecah perot kalau tengok balik, kiteorang pun pergi hantar balik camera. Ingat ea, before kol6.. lepas kol6 nanti kena charge, ha nak bayar??!

Lepas minum petang kiteorang pun layan la angin sepoi-sepoi bahasa sambil tido dalam buaian kat tepi laut. Memang berbaloi stay kat Redang Lagoon ni, location dia memang terbaik banyak buaian leh baring sambil terus tengok tepi laut..sedap tido. kalau stress, memang hilang semua masalah dalam kepala otak.. indahnya dunia kalau hari-hari dapat macam ni..hehe

 

Hasil Panorama dari Iphone ku..


Pasir dia halus, putih
Kan best hati-hari dapat macam ni
Ketahuilah Malaysia masih banyak pulau yang cantik
Tips nak amik view ni dari kol3pm sampai kol4.30pm.. memang laut biru macam tu.. Subahanallah cantiknya ciptaan tuhan.. :)

Expenses Day 2:
Camera: tak keluar pape sebab kiteorang pakai duit collection waktu nak gerak ari tu.. senyummm
FM: RM5.90+RM10
T-shirt Redang : RM25

Total Day 2: RM40.90

Teruskan membaca untuk entry DAY 3