Friday, September 12, 2014

JAPAN - Sayonara Nihon

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

DAY 10 : 

Sambungan dari Entry Day 9 : Universal Studio Japan & OSAKA

Jam 5 pagi aku dah bangun dah. Bangun, mandi dan bersiap. Flight aku kol11am. So dalam kol9 dah boleh check in. Dari malam tadi staff hotel tu cakap kalau nak ke Airport kena naik station Nangkai Shin-Imamiya. Station ini tak sama dengan JR Shinimamiya sebab kalau ikut line ini akan terus ke Airport.

Map dari Toyo Hostel to Nankai Shin-Imamiya
Staff kat Hotel Toyo ni sangat helpful. Aku pun tak tau macam mana Hotel Mikado (Hotel aku semalam) boleh tinggi lagi rangking dia dalam hostelworld.com dari hotel ni. Boleh tahan la selain murah selesa and yang penting staff dia yang tip top. Kalau nak baca pasal hostel review selama aku stay kat Japan ni, korang boleh TENGOK SINI.


Agak jauh la nak menapak dengan dukung anak gajah depan belakang ini. Nasib tak berapa berat dari macam mula-mula sampai hari tu. Aku sebenarnya cuak je takut kalau salah train. Mau tak balik aku ni. Time nak beli ticket, aku agak blur. Mana satu yang aku nak pilih ni? Staff pun tak ada tutup lagi. Tetiba ada sorang girl ni muncul dari belakang nak beli ticket gak.Aku mintak tolong dia belikan ticket untuk aku- Kansai Airport. Chittttt-teeettttt--chheeeettt..... keluar ticket dia.

Harga ticket 900Yen sampai terus airport. Baru aku tau kalau dari station ni ticket murah sikit dari Shinimamiya Station. Kalau dari Shinimamiya 1430Yen.

Kalau ambil dari Shinimamiya 1430Yen


Tengah tunggu train, tetiba girl tu blah. urrrmmmm, mana dia nak pergi tu. Tak pe la aku tunggu kat sini je. Tetiba dia datang kat aku and bagi aku satu ticket. Dia kata itu reservation seat. Satu untuk dia, satu untuk aku. Walau pun dia tak fasih English, tapi dia nak tolong gak. Dia tunjuk No. Cabin yang tulis kat ticket tu and ajak aku tunggu dekat platform nombor tu. Sampai la masuk dalam train dia tolong aku carikan seat sampai lah dia duduk. Dia nak ke Korea selama 3hari je, nak pergi tengok concert artis. Perghhhh sanggup itu. Budak lagi kot dia kata dia baru 18tahun. Ada 2orang lagi kawan dia tunggu kat airport.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40minit. Lama gak la. Sampai airport aku terus je follow girls ni. Alang-alang dah ada orang bawak kan, yang penting aku tak tertinggal flight.. Lepas dia hantar aku sampai la Kaunter check-in dia pun mintak diri. Padahal dia dah lambat dah. Tapi dia nak gak pastikan aku sampai di kaunter yang tepat. Sebelum dia pergi dia sempat nak mintak selfie... Ok, kita selfie dulu~ :)

Thanks babe, walau tak sempat tanya nama.
Bila kaunter buka je terus check in. Masa banyak lagi ini. Aku pergi la jalan-jalan sekitar airport tu perabih duit yang ada. Kalau korang nak beli souvenir, beli kat luar tu sebelum masuk sebab dalam dah tak ada dah. Yang dekat Free-Duty cuma barang-barang branded macam perfume, handbag etc..

MAS

Nak ke departure hall siap naik monorail lagi. Canggih gile, huhuhuhu... tapi jangan silap naik ea. Gate dia banyak. Kang salah masuk monorail, jangan terkejut la kalau korang sampai ke negara Uganda.. hahahahahaha....

Boarding Pass

Dekat ruang menunggu ni ada disediakan komputer dan juga plug yang boleh digunakan.



Aku jadi bunga duduk tengah-tengah diapit dengan dua orang jejaka. Satu dari Indonesia dan satu dari Japan. Yang Indonesian ni dia kerja kat sana dah dua tahun, tapi dia dah berhenti dan balik terus. Dia kata enggak enak kerja disana. Jadi kuli susah mau naik ke next level. Soalnya kalau di Japang dia akan dulukan yang senior. Begitu lah menurut dia. Hmmmm, bagi aku sayang gila dia lepaskan job tu. Tapi kan buat macam mana kan, kita tak tahu apa yang dihadapi dia kat sana. Semoga dia mendapat pekerjaan yang lebih baik di Indonesia. Yang Japanese guy ni lak last-last tu baru la kami berborak. Guy Japan ni best! Rock n Roll.. Tapi gila-gila dia pun kalau dah Japanese tu memang tak hilang la habit membaca. Sampai sekarang kiteorang masih keep in touch. Hari-hari text.ehemmmm eheemmm.. hahahaha


Selepas 6 jam flight mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang KLIA2!.. Alhamdulillah, selamat pulang selepas 10hari pengembaraan solo ke bumi matahari terbit. Boleh plan and start buat research untuk next trip 2015! Mana??? Tungguuuu ...... :)

DAY 10 - Expenses

Air : 110+110 = 220yen

Shopping :
Daiso : 540Yen
Iphone5s Cover : 2052yen
Japan Tote : 900Yen
Dompet : 648Yen

Total Shopping : 4140Yen (RM125)



2 comments:

  1. Mcm mana dpt boarding passcm tu ek? Sy selalu print a4 je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bawa A4 tu, waktu drob baggage staff counter bagi bording pass macam tu.. yg A4 simpan.. kat gate nnt dia amik separuh tu.

      Delete