Tuesday, April 30, 2013

PHUKET (DAY 1) - OLD TOWN


Assalamualaikum!!
Hello, selamat kembali lagi dalam entry terbaru backpaker aku ke PHUKET 30 April 2013 till 5 May 2013!!

Planning memang dah lama aku nak pegi Phuket ni, orang cakap cantik and macam-macam ada kan..hehehe.. so kebetulan lak bulan January tu ada AA buat promotion kan, so apa lagi grab la! RM261 return. Aku rasa murah dah ni kalau tak mau 4rat macam tu. Aku pergi dengan kawan aku Epong nama diberi(pompuan ea)..hehehe.. tapi last minute ada lak sorang member ni nak follow. so dia beli tiket lambat la,mahal la kot dalam RM450 time tu lagi dua bulan nak pergi. Mahal kan? Kan aku dah cakap..hhihihihi

Ok, bermulalah sebuah pengembaraan.......
Flight kami pagi kol7.35 so kami decided nak pegi dalam kol4. Relax jap ngan epong kat umah aku tetiba kami rase malas nak mandi dua kali sebab time tu baru je smpai rumah dalam kol10pm so kena mandi la badan dah berlengas. Disebabkan malas nak mandi dua kali,tetiba datang idea nak gerak pergi airport awal sikit. Nak merasa lak tido kat airport, baru la betul2 backpakers kan?? wakakakaka.. so terus call member yang tengah sibuk dekat dewan sebab kempen nak dekat pilihan raya time tu. Nasibaik la dia nak tolong hantar ke airport sebab mama penat baru je sampai Malaysia gak dari holiday.Aku la yang amik mama kat airport terus amik epong kt KTM Batu Tiga time tu. So kami gerak kol2 dari rumah. Aku bawak kete pi amik member aku (nasib rumah dekat kan).time kasih ye kamo yang menolong...huhuhu

Terbungkang di Airport
 Flight kami tiba jam 0800 waktu tempatan(Thailand). Biasa ada orang bagi simcard free, tapi sebab awal sangat sampai, so tak dapat la sim free..huhuhu.. Sampai airport ada banyak cara nak pegi hotel sama ada nak naik teksi, minivan or bus. Teksi sampai ke Phuket town dia charged 600bath so bahagi 3orang sorang 200bth. Kalau minivan 150-180bath tapi u all kena la hantar orang-orang lain dulu. so kami rase better naik teksi, tambah sikit je kan. Perjalanan dari airport amik masa setengah jam macam tu sampai ke hotel kami di Phuket town. Kami pilih Phuket town sebab dekat dari Habour nak pegi Phi-Phi island esok nya.. Dalam perjalanan nak pegi hotel, pemandu teksi tu berhenti dekat tempat agensi pelancongan. Dia offer kami ke phiphi island 1100bth tak masuk snockling. Kami tak tahu nak amik ke tak, so last2 aku cakap bagi je card dia then esok aku call balik.

Hotel semua kami booked hotel via Agoda.com total dalam RM230/person untuk 6hari disana. Murah kan? hehe..nama pun backpaker so sume murah2 ok.. Di phuket town kami stayed di  Quip Bed & Breakfast harga aku lupa berapa tapi memang puas hati la bilik dia. Hotel ni hotel baru, dulu tempat pameran kereta mewah. Cuba la korang tengok interior design dia, sume old school punya barang. Barang2 antik..cantik wey aku suggest korang stay kat sini bagi yang sape2 budget2 macam kami la ea..hehe.. Staff dorang pun sangat la friendly and siap bagi infomation pasal "what to do in phuket town" hehe. paling penting boleh check in awal tanpa charge! cun la, kami check in pukul 10.30pagi macam tu..

Interior Design Quip Bed & Breakfast

Ni cafe, breakfast pagi esok kat sini la..

Nak tau kereta tu pe? Tu la receptionist :)
Lepas relax2 jap, kami keluar nak cari makan la. perut dah bergendang gendut tali kecapi ni mintak diisi.. Soalannye, mana muslim food kat sini. Staff tu tak berapa pasti tapi dia sedaya upaya cari information and map utk kami. tak jauh pun dalam 5minit jalan kaki sepanjang jalan "old town". Kenapa jalan ni dipanggil old town? sebab bangunan kat sana semua bangunan lama, macam kat Melaka. Makan tak mahal sangat dalam 170bth(RM17) utk tiga orang. Lepas makan, apa lagi.. aktiviti jalan-jalan la.. menapak satu town tengok apa yang ada and amik-amik gambor aku yg cute ni.. ekekeke.. Dalam jalan-jalan tu kami jumpe tempat tourist information counter. rupenye agent package2 kat phuket. So kami kami tanya charge utk return tiket ke phiphi island masuk pick up dari hotel and hantar ke hotel di Patong hari ke tiga nanti just 550BTH(RM55) je. korang tengok, mula2 pagi tadi tu orang travel agency tu chage RM110 return ticket. Kat hotel lak one way RM30, so dengan bro ni lagi murah. So kami tanya pasal trip ke James Bond island yang sangat famous tu.. kami dapat 1050BTH lepas bargin2 dengan dia sebab kami amik 2packages sekali! Berbaloi, sebab aku baca dekat blog-blog orang lain biasa dorang dapat dalam range 1500-1800BTH. Apa lagi, grab la!!

Tokey yang kami beli package dengan dia
Kalau kt Phuket ni korang kena beli package, senang sebab dorang akan pickup u all dari hotel sebab public transport kat sini sangat la out. Tut tut macam tak ada je, tak macam time aku pegi Chiang Mai and Hatyai ari tu. maksud aku mahal sekali jalan rm20!Gile macam teksi. Baik jalan kaki je, kurus gak aku. Kami jalan tengok map tak tahu la kami jalan mana. Lepas tu jumpa la tempat shopping baju2 Thai. aku memang nak cari Cardigan so grab la dengan harga 190BTH. material panas..barang murah kan, paham2 la..hahahaha
Paling bengang bila masuk Watson kat sana sunblock Banana yang kami beli kt Malaysia RM28.90 cuma 190BTH je...adeh, rugi 10hinggit.hahaha..Aku beli lux kecik,syampoo and Colgate cuma 50bth je. Memang murah la, barang2 dorang yang produce lak kan.

Mengkaji peta
Jalan-jalan Phuket Town
Tengah jalan-jalan tu kami jumpe la sorang brother ni. Mula2 takut la tengok macam gangster. Rantai emas besar dia, bangle dia. Last2 rupenya dia tour guide la.. dia offer pegi Fanta Sea tengok culture masyarakat Thiland macam theater la dengan charge 1600BTH masuk bawak kami jalan-jalan sekali macam tempat pemprosesan pearl, gajus and cenderahati. Aku rase ok, offer ni so kami pun paid and let's go!.. Berani-berani je kan, sebab ada mamat tu la. Kalau aku berdua dengan epong je memang tak la kan.. Nama dia Tony. Penah keje Pailot kt Subang Airport dengan Berjaya Air selama 4tahun.

Ni dia kereta Tony!!.hahaha

 Nak caye ke tak tak tau la, tp dia siap cakap welcome intro yang biasa Pilot buat before take off.. huhuhu Dengar je lah, janji kami dah jalan-jalan naik private kereta dia. Dapat la aku grab gajus and original pearl brooch untuk mama.
Besar kan Gajus ni??


Depan pearl Jewelry and gift shop.
Dia hantar kami ke hotel and bagi masa 45mnt utk kami siap then gerak pegi Fanta Sea malam tu. Accually, Fanta Sea ni tempat macam theme park siri lain la, aku tak berapa like sangat tempat-tempat gini. tapi follow je la. Yang penting gambar aku tetap banyak. Bab posing2 ni memang aku suka.

Jom Masuk!!

Jual Souvenir

Fanta Sea

Tempat ni macam aku berada dalam cite puteri salju

Ada harimau putih, kesian tengok dia kena kurung.
Package kami termasuk dinner skali. Halal food ok, lain kitchen lagi. Halal food punya area ada lah terceruk paling belakang sekali, tapi ok la aman damai dan tak ramai orang macam kat depan-depan tu. Makanan pun sedap-sedap penuh perot aku.. kenyang!!

Kawasan Halal food sahaja disini
Halal Food. Ni baru 1st round. hahaha

Pintu masuk kearah teater. Tulah Tony.
The paddy ni jual sourvenir. Harga? Paham2 la..
kanak2 mesti suka tempat ni
Dalam Fanta Sea ni banyak la tempat-tempat yang menarik untuk amik gambar. Bila ada kat dalam ni macam korang berada dalam dimensi yang lain.. Penuh Warna warni.. Mereka mempersembahkan macam wayang kulit, culture masyarakat kampung, uda&dara, gajah yang dah dilatih, even ayam kambing dan burung pun dah dilatih untuk jalan laju2 atas pentas tu..hahahaha, sangat la comel dan kelaka meraka..Untuk masuk dalam teater tu korang sama sekali tak dibenarkan bawak camera and handphone. Kalau ditangkap korang merakam apa yang dipersembahkan korang akan ditangkap dan gajet korang akan dirampas ok sebab melanggar hak cipta mereka. Tapi jangan risau segala gajet jorang yang mahal beriban-riban tu akan disimpan dalam locker yang dijamin selamat. Proses menyerahkan barang kepada staff and ambil semula sangat sistematik. Walau pun ramai, tapi semua berjalan lancar and semua hp and camera kiteorang dapat kembali dengan selamat.
Antara tempat yg u all boleh posing smpai lebam
Menarik?anda suka?Sila la datang!
Kalau korang ada budget lebih and suka tempat-tempat macam ni why not korang pegi tengok, tapi kalau tak x perlu la,.. 1600bth tu boleh beli baju HRC yang lawa2 dah..hahahaha.. kann..
Yang merisaukan kami adalah si tony sibuk nak surh kami amik package dia lepas kami bali dari James bord island nanti. Tengok sunset and pegi night maket. Tambah lagi 1600bth sorang. Gile mahal, so tak payah! takat sunset tu boleh tengok petang-petang. So tugas si jejaka la cakap dengan dia. Dia macam tak happy, masuk je kereta aku terus tido!!.. buat-buat tido sebenarnya sebab aku tak nak jawab or dengar pape dia cakap pasal package lagi. Selamat sampai hotel , aku tersangat la lega. lepak2 kat luar tu jap sampai minum2 juice..hehe..
Aku besar ke beskal ni yg kecik?!
Ok, selamat malam, esok pagi-pagi dah kena bangun nak pegi phi-phi island!!
Nantikan entry untuk Phi-Phi island lak ye... :)

Expenses:
Return Flight AA = RM261
Taxi Airport-Phuket Town = 200bth/pp (RM20)
Hotel 6hari via Agoda = RM230/pp
Lunch= RM6/pp
Fanta Sea= RM160
Shopping Gajus= RM50

Sambungan entry seterusnya ---->  Phi Phi Island Day 2