Tuesday, September 9, 2014

JAPAN: Nara

Assalamualaikum...

DAY 7 (9 September 2014)

Aku bangun seawal jam 6am. Perjalanan aku hari ini sejauh 90km. Dari Kyoto ke Osaka dan lepas check in di Osaka aku akan ke Nara.  Asalnya aku janji dengan Yaka yang aku akan keluar jam 7.30am. Dia pun bangun lah awal sebab nak say bye-bye kat aku. last-last aku keluar pukul 8am gak.

Berat betul hati nak tinggalkan Oki's Inn. Best sangat Guesthouse ini. Kalau orang tanya apa yang akan membawa aku datang semula ke Kyoto aku akan jawab Oki's Inn sebab aku nak tinggal kat situ lama sikit. 3hari 2malam memang tak puas.

Yaka dihadapan Oki's Inn
Gambar kenangan dengan Moeka
Aku menuju ke Kyoto Station dengan menaiki Bas (230Yen) dan ambil train terus ke Shin-Osaka. Jangan keliru pula di Osaka ni ada dua station utama iaitu "Osaka Station" dan "Shin-Osaka Station". Apa beza dua stations ni?

Osaka Station adalah intercity station manakala Shin Osaka adalah Station untuk Shinkasen. Maknanya kalau nak pergi long distance Journey semua ambil di Osaka Shin. Dan train dari Kyoto juga akan berhenti di Osaka Shin.

Map 88km

Nampak tak orang Malaysia disana? Senyum pun tak. Erkk... macam tu lah orang kita. sedih

Nampak tak belakang tu Shin-Osaka Non reserved



Shinkasen N700 Series

Free Wifi
Dalam Shinkasen



Kyoto dan Shinimamiya Station ini ambil masa 52minit dengan Hikari Shinkasendan juga JR Local line. Dari Shin Osaka aku perlu ke Osaka Station untuk tukar train menuju ShinImamiya Station dimana letaknya Hotel Mikado. Total perjalanan dalam sejam juga la sampai ke hotel.

All of these journeys covered by JR Pass. Kalau tidak , Kyoto-ShinImamiya =  3330Yen (RM100)


Women Only
All Women

























Aku tiba di Station Shinimamiya. Aku dah google map dah area ni, macam mana nak pergi ke Hotel Mikado dari station ni. Tak susah pun, 3minit je sampai. Hotel ni nampak cantik kat luar, macam 2 stars hotel. Tapi bila dah masuk hostel ni dah nampak agak lama. Aku tak berapa selesa duduk hostel ini. Nak tahu kenapa? Baca review hostel aku ini.

Selepas check in, aku tinggalkan anak gajah aku di luggage room. Insyallah selamat. Aku akan meneruskan perjalanan ke Nara. Tapi perancangan nak ke Kobe macam tak sempat je.

Aku relax kejap sambil tulis poscard dan tampal stem. 3 aku nak pos ke Malaysia, 1 aku post ke Germany untuk Julian.. hehehe.. Tapi malangnya sampai hari ini dia tak terima pun poscard yang ini. urrrmmm, macam pelik je sebab aku n member-member dah terima dah. Dia hanya terima poscard yang lagi satu je. Nasib post dua.

Untuk Julian, Lina, Atie and Aku

Aku meneruskan perjalanan menaiki Train ke Nara. Aku tak ada proper plan pun apa yang aku patut buat di Nara. Sampai saja Nara Station aku terus ke Tourist Information counter dan ambil map. Aku tanya skali staff kat situ yang fasih berbahasa English.

Nara Map

Dibawah Nara Station ini ada Aeon supermarket. Aku beli nasi and Tempura, ikan dan macam cucur udang versi Japan. Dia ada sayur dan dalam ada udang sekali. Aku rasa sejak first day sampai la hari ini aku makan benda ini je kot. Yelah, yang ini lah paling senang dicari dan boleh dimakan.

Walaupun aku tahu benda itu adalah ikan, tapi untuk lebih confident and saja je suka-suka nak cakap banyak dengan local aku paggil staff dia and mintak tolong. They're so helpful even can't speak English.

Aku paling suka kalau time bayar kat counter, semua tempat aku pergi kat Japan ni staff dia semua amalkan gaya dan cara yang sama. Mula-mula dia greeting kita dulu, kemudia dia akan tanya "ini sahaja cik?" then dia tekan-tekan tiitttt teeettttt ttuutttt Enter!!.. then dia akan sebut berapa Yen total barang kita. Kita akan masukkan duit dalam bekas kecil depan dia, dia ambil dan dia akan sebut berapa Yen kita bagi dan berapa Yen baki duit. Waktu dia pulangkan baki dia sebut sekali lagi berapa baki tu untuk kita confirmkan betul tak amount yang dia beri. Last sekali dia akan ambil bungkusan pada kita sambil kata "Arigatou Gozaimasss!!".. Walaupun cuma word akhir itu je yang aku faham, yang dia duk cakap greetings itu memang aku langsung tak faham, tapi semua itu memang menyenangkan kita sebagai pelanggan. Rasa memang dihargai dan tak layan kita macam lah kita ni pencuri. Ko faham maksud aku??

Kalau la kat sini korang ingat mereka nak layan korang macam tu? Buat muka lagi ada lah. Aku jadi culture shock lepas itu bila balik Malaysia. Aku pergi mana-mana and need help from their staff, mereka langsung tak friendly (sebelum ke Japan pun memang faced benda yang sama). Aku tarik muka, dalam hati cakap kalau kat Japan ni, staff yang kerja angkut-angkut barang pun tak lokek dengan senyuman. Ini baru kerja macam itu berlagak macam CEO!puuiii... bukan nak condem orang sendiri, tapi itu la reality orang kita. Sebab aku memang pantang-pantang bila beli barang staff tak friendly. Wei!! aku bayar kat barang yang aku beli, korang ingat aku curi ke? Senyum or just say as short as "thanks" (at least) pun tak boleh ker! errrhhhhggg...

Tapi tak semua macam itu, sebab bila ada staff yang friendly and treat kita macam staff kat Japan, aku pula tercakap Arigatou Gozaimass kat dorang. Pelik lak muka dorang aku cakap jepun, eehh.. silapp. Trima Kasih. hehehehehe... Baru duduk 10 hari itu, culture disana kita dah terikut. Tak apa, yang baik kita ikut yang tak berapa baik kita buat sempadan. kan?.. :)

Ok, panjang dah ceritanya pasal attitude orang sana ini. Berbalik semula kepada cerita Nara.

Microwave ada dimana-mana. Beli dan panaskan.

Lepas panaskan makanan di microwave dengan bantuan staff disana juga, kemudia aku meneruskan langkah ke Nara Park. Jauh la pula. Time itu dah tengahari dah. Panas gile lah time summer ini.  Bila aku sampai di Nara Park, tak berapa ramai orang kat sini. Beberapa orang je. Berbeza dengan tempat pelancongan lain yang aku pergi walaupun hari biasa. Tapi tak apa lah, lagi aman aku nak lepak makan. Lapar ni, perut dah main gendang semua dan ni. Siap ada orchestra dalam perut.

Signboard ke Nara Park
Bila cakap Nara Park maka akan terbayanglah rusa-rusa yang banyak disana. Kenapa ada banyak rusa?

Entrance

Mengikut kepercayaan Shinto, rusa-rusa ini adalah penjaga kepada temple-temple yang ada disini. Aku tak pula pergi sampai ke temple tu. Berdasarkan peta, aku lalu short cut turun dari bukit dan terus sampai ke pond yang ada disitu. Banyak pula rusa disini.

Nak makanan, nak!Nak!

Aku tak nak kawan ko ita, ko tak bagi aku makanan

Oit, nak ambil gambar bagi tahu la dulu. Leh posing

Ha, cepat ambil gambar. Posing baik ni!hehe

Aku jumpa ada seorang loca berhenti dan beri mereka makanan macam kacang. Lepas itu dia offer diri nak ambilkan gambar aku. Gambar bawah ini dia yang ambilkan lah.

Sorang pun tak nak bergambar dengan aku.. :(

Lepas orang itu pergi, maka rusa-rusa itu pun pergi juga. Ala, dekat bila orang bawak makanan je.

Aku cari port baik bawah pokok menghadap lake itu. Wahhhh, ini kalau ada pakwe Japan yang kawai-kawai makan sekali romantik ni.. weeeiikkk... hahaha

Aku kena tengok kiri kanan, mana tahu nanti rusa-rusa itu datang curi makanan aku. Kang tak pasal-pasal kena berninja pulak dengan rusa berebut makanan. Baru cakap, lepas itu aku dengar bunyi plastik aku gerak-gerak. sekali tengok kanan, Wooooiiiittt!!! terus aku rampas plastik aku! Cissss, makanan aku la. Aku lapar ni. Ko baru je makan tadi kan? Kasi la aku chance makan pula. Dah, pergi main jauh-jauh. Maka si rusa pun berlalu dengan muka kesian...hukhukhukhuk


Tapi kan mungkin sebab perut aku dah masuk angin dan makanan itu pun macam tawar je aku rasa. Aku tak habis makan. Nak buang sayang. Mama tak pernah ajar buang makanan, banyak lagi orang kat luar sana lapar tak makan. Orang kat Syiria, Palestin. Bersyukur lah kita masih ada nikmat rezeki tuhan beri untuk makan.

Lepas makan kita relax jap
Merajuk kena marah sebab nak curi makanan aku.
Isk..isk.. aku sedih ni, ita marah aku.. :(
Ok2, aku pujuk ko ea. Meh selfie sikit.
Kalau ada duit lebih korang boleh naik sampan itu terus balik Malaysia


Lepas relax sekejap, aku pun meneruskan perjalanan menyusuri lake itu. Sampai lah aku dikawasan lapang banyak rusa-rusa yang "senior" kat situ. Aku nak duduk jap, panggil rusa datang. Tapi yang "Junior" tak nak datang. pelik aku nak bagi makan pun tak nak. Yang sebelah sana tadi siap nak curi makanan aku. Sekali rupanya rusa "Senior" on the way pi mai kat aku daaa... Patut la takut ker? ada gak ea macam tu? Hahaha

Rusa ini makan dengan lahapnya.

Makan nasi sampai licin
Sebab ita bagi aku makan, aku kiss dia ckittt.. muaahh.. :D
Cuba kita bera ekor rusa berapa ekor kancil?

Korang tak payah la kecilkan mata nak kira ada berapa ekor kancil sebab kat sini tak ada wujud pun kancil. Semua rusa.. hahahaha..

Aku terus turun semula menuju Nara Station.

Pagoda
Sebelum itu aku sempat pos poscard tadi.

Masukkan yang sebelah kiri

Post Card for them. Edit sikit, mana leh tunjuk semua.

Time to say bye-bye to Nara.

Nara Station
 Aku sampai di Hostel dan terus ambil kunci. Dorm aku di tingkat 6. Macam nasib ada lift. Nak mandi semua kat bawah. Atas cuma ada toilet and microwave je setia level. Aku masuk bilik tengok ada dua beg. Dorm ni adalah mix dorm. Tengok dari beg macam pompuan ni. Ok la itu. Dorm ni 4 katil je. Siap ada meja, hang baju, locker dan monitor kalau-kalau la kita nak guna. Tapi aku tak nampak pun apa function monitor itu.

Lepas mandi aku tanya pada staff kat bawah itu mana supermarket yang terdekat. Dia kata blablablabla... lebih kurang 10minit. Aku kata aku nak pinjam basikal kejap je nak  pergi sana. Dia kata tak boleh. huh!! sumpah aku tak suka dia.

Lepas jalan 10minit macam tu aku jumpa pun supermarket itu. Memang banyak jual makanan je. Aku beli nasi, air mineral besar punya biar aku tak habis stock air. Murah lak makanan kat sini. Aku beli 2packs nasi. Tempura aku tak beli dah. Macam bosan la pulak makan tempura je hari-hari. nanti aku panaskan aku ounya Brahim's ayam masak merah la.

Keluar je dari supermarkey aku nampak view ni. Lawa wey..

Full Moon
Aku terus berjalan pulang ke hostel.

Aku duk tengok moon itu je. Ni kalau ada basikal lalu pun boleh tak perasan. Cantik sangat. Bila hampir sampai di hostel aku nampak seorang pakcik dan makcik buat evening walk dengan anjing dia yang comel macam teddy bear itu. Dia orang berhenti dan tengok moon itu. Aku pun berhenti sebelah pakcik itu dan tengok moon itu sama-sama. Pakcik itu pandang aku (dalam hati mesti dia ingat aku alien turun dari bulan) aku pandang pakcik tu sambil sengih-sengih kerang busuk. Pakcik itu gelak dan dia terus memulakan bicara.

Pakcik itu cakap blabalablabla pangpungpangpung kat aku sambil tunjuk kearah bulan itu. Last-last dia kata "buirrding Japan No.1".. Haaaaaaaaaaa, baru la aku faham pokok pangkalnya. Pakcik ini bagi tahu aku yang bangunan dekat dengan moon itu adalah bangunan tertinggi di Japan. Dia cakap lagi "Fuji-san (Mt.Fuji No.1, anooo No.2") sambil tunjukkan 2 jari. Fuuhhhh, dia cuba explain kat aku betapa tingginya bangunan itu. Tapi memang catik view itu. Ada bulan dan juga bangunan pencakar langit yang dipenuhi dengan gemerlapan lampu. :)

Waktu pakcik ini explain kat aku, kawan-kawan or maybe jiran dia yang tinggal area itu gak pun berhenti. Mereka cakap apa tah dalam Japanese sambil gelak-gelak. Andaian aku tentang conversation mereka:

Pakcik: Itu, anak nampak bangunan tinggi itu? Itu bangunan paling tinggi di Japan.
Kawan 1: Ko cakap apa itu mat? Budak tu bukan faham pun aku tengok dia ternganga-ngaga je apa ko cakap. Ko cakap English la.
Pakcik: Aku tahu dia tak faham tapi aku mana tahu English.
Kawan 2 (makcik): Apa lah yang laki ko bebelkan itu bedah.
Isteri: Aku pun tak tahu la jemah oi, kalau anjing aku ni boleh cakap dia pun gelakkan sekali pakcik ni.
Pakcik: Eh, jangan la gelak. Aku nak explain ni. Eh, Badol (kawan 1) apa bangunan dalam English??
Kawan 1: Aku pun tak tahu lah mat. Aku dulu mana ada belajar English. Cikgu English aku mati awal,

Tiba-tiba kawan 2 sampai.

Kawan 2: Apa kumpul ramai-ramai ni.
Pakcik : Ni hah, aku cuba explain kat budak ini pasal bangunan itu.
Kawan 2 pun berminat join dan turun dari basikal.
Pakcik: Bangunan apa dalam English??
Kawan 2: uurrrrmmmm... anoooo... Buiirrding! ha, buiirrding...
Pakcik: Betul ni ko tak tipu ea?
Kawan 2: Betul la, dulu aku kerja buat buiirrding..

Pakcik: Ha, anak yang itu buiirrding Japan No.1
Kawan2 dan isteri : Semua gelak sakan.
Pakcik: Aku tahu Japan No.1 je.

Aku pun gelak sekali... hahahahaha... ooowwwwhhhhh..... now i know...okok, haipppp..Arigatou Gozaimasss..

* ini bukan rekaan, tapi berdasarkan body language dan permerhatian aku. Aku rasa 50% daripada andaian aku betul pasal conversation dorang. hahahahaha.. kelakor! yang ini kelakor~

Ini lah dia bangunan yang menjadi isu perbualan kami

Kalau nak tengok video aku dengan pakcik itu CLICK SINI. dan lepas tu bila mereka nak blah dah boleh  TENGOK SINI.

See, best kan travel sorang. Lagi kalau kat Japan. Korang takkan menyesal. Yang penting ramah dan rajin menegur. Pasti kalian akan merasai kepuasan travel itu. :)

Sambungan Entry Hiroshima.... Yang ni lagi best, jumpa pakwe hensem. macam artis wooo..hehehe Stay tune!


EXPENSES DAY 7

Makanan AEON : 611Yen
Nasi&Mineral Dinner : 220Yen

Total Expenses : 831Yen (MYR25.00)







No comments:

Post a Comment