Tuesday, April 28, 2015

Trip 4 Negara: Cross Border Vietnam-China

Assalammualaikum dan salam sejahtera…


Day 3: Cross border Vietnam-China
Aku dah cerita dalam entry Day 1: Hanoi,Vietnam kan yang aku dah beli ticket bus ke Nanning,China dengan harga 500,000dong. Ingat untuk ke China kita perlukan Visa. Korang boleh apply visa di Hamsphire Place Office,KL  dengan kadar RM85(included GST) for single entry and valid for 3months. 

Disini aku kan terangkan step by step macam mana nak cross border Vietnam-China.

1. TICKET
Ada tiga option untuk korang beli ticket ke Nanning.

Bus Ticket to Nanning
i. (Best Option) Beli ticket di Kim Lien International travel agency hanya bersebelahan/sederet dengan bangunan Kim Lien Hotel. Korang boleh beli pada pagi nak bergerak tu, ataupun boleh beli awal. Tapi kalau korang nak cyclo dorang akan charge korang 50,000dong(RM8)one way. Tapi apa yang aku tengok ramai je yang beli awal pagi tu. Aku rasa macam aku sorang je beli awal. Hahaha.. Di sini juga korang akan berkumpul dan bergerak. Aku tak tau boleh beli ticket kat sini, so aku beli ticket kat optio nombor ii.  ni. Nasib harga sama.

ii. Second option, korang boleh beli di Jet Star's booking office alamat no.206 Tran Quang Khai. Macam susah sikit nak cari tempat ni, tapi disebabkan aku dibawa oleh host Couchsurfing aku, maka senang la. Kalau susuh sangat pun korang cari je host. Ramai je orang Hanoi ni offer aku untuk jadi host. Pastu mintak dorang bawakkan korang. Kan budget tu.. ekekeke..

iii. Book dari hostel. Ini paling senang. Tapi macam biasalah. Dorang akan charge extra yang bukan extra lagi. Aku beli dengan harga lebih kurang RM82 tapi hostel charge aku dalam RM120. Perghhh, baik aku pergi beli dengan host aku. Hehehe..
Ready to go!

2. CYCLO (Kim Lien Hotel)

Cari je Cyclo (orang bawa motor; macam teksi bermotor) kat simpang-simpang tepi jalan tu, tunjuk address tu dan mereka akan hantar ke situ. Tak lama pun dalam 10minit. Rate aku kena 50,000dong (RM8). Aku Tanya hotel malam sebelum tu dia kata kalau dia carikan 60,000dong. Huhuhu.. 
Me with my Cyclo uncle

3. WAITING AREA (Kim Lien Hotel)

Sampai je Kim Lien Hotel, korang pergi bahagian sebelah kanan (building yang sama) korang akan nampak travel agency office ni. Aku datang awal, bus kol 9.30am aku datang kol 8.15am.. Hehe tak nak lambat punya pasal. Korang tunggu je kat situ ada kerusi batu kat situ. Kalau nak aircorn tunggu je dalam hotel tu. Aku rasa travel agency ni hotel ni punya sebab semua orang tunggu dalam hotel tu. Ingat, tempat tunggu bus bukan kat bus station. Tunggu kat depan hotel je. Bas datang korang naik la. Dan bermula lah perjalanan. Jalan kat Vietnam ni teruk sikit berbanding China. 

Tunggu depan office travel agency ni
Malaysia dan BBM
Nanning juga dieja sebangai Nam Ninh oleh local
Ada bus ke kawasan lain juga. Macau and HK pun ada


4. START YOUR JOURNEY (HANOI-VIETNAM BORDER)

Bus akan berhenti di perhentian sekali. Tak ada apa yang boleh korang makan kat sini melainkan jagung. Huhuhu.. Manis pun tidak. Aku tahan lapar jelah. Nasib aku ada bawak roti Gardenia and jem dalam daily backpack aku. Anak gajah ada kt bawah. Perjalanan dari Hanoi-Border dalam 6jam.Kat bandar Hanoi nak keluar tu boleh pulak jem. Mau sejam je nak keluar dari bandar. Maybe sebab hari tu Public Holiday di Vietnam.

ada AEON
View sepanjang perjalanan


Jagung yang tak ada rasa

5. CROSS VIETNAM BORDER

Bus akan stop pada satu mini bus stand dan korang akan diberikan satu Tag. Sila hang pada leher sebab kalau tak korang perlu bayar rate golf car tu tak silap 5000Dong per trip. Bawa semua beg korang ke Vietnam Immigration building dan macam biasa lalui scanning and passport checked macam biasa. Selesai je ni korang akan keluar dari building tu dan naik pula lagi satu golf car untuk bawa korang ke China Building. Boleh jalan kaki, tapi nak buat apa kan jalan kaki.

Bas Dari Hanoi
Gold Car
Vietnam Border Immigration building
Vietnam Border Immigration building

Rupa kat luar Vietnam Border lepas Immigration process
Golf Car nak ke China Border






















tag ni kena hang kt leher. So free Car golf.

6. CHINA BORDER

Bila dah sampai je China Building, so turun dan buat process yang sama. Sebelum tu isi dulu Arrival form ni. Nasib baik minah Vietnam tu ada, suruh isi dulu form. Lepas tu beratur dan cop passport. Immigration officer tu tanya aku dalam bahasa dia. Aku agak dia tanya aku duduk mana sebab aku dah tulis aku duduk Wada Hostel Guilin. So aku cakap je lah "Wada Hostel, Guilin"... Pastu dia angguk. betul lah tu dia tanya aku tinggal kat mana bila dah kat China. Pandai aku agak-agak kan?.. Dia pun ingat aku boleh cakap Mandarin kot. Ekekekeke.... Lepastu dia pulang balik passport aku... Fuhhhh, lega.. Yeahhhh!!! Hello China~~
Isi Arrival Card ni sebelum beratur
Minah Vietnam yang jadi buddy aku sepanjang journey ni kena rampas dia punya Redbull di beli satu cartoon (6pcs) kat perhentian tadi. Hahaha... dia memang mencart-carut lah lepas tu. ekekeke.. dia  kata China and Vietnam redbull rasa tak sama. Tinggal lah dua tin untuk dia. Ekekeke.. Officer tu nak minum lah tu.

Pandangan dari luar China Border
Kiri Kanan hutan belantara. Time ni dah lepas Immigresen
OTW to Nanning in China Bus Service
Left hand side

Tol in China
Ada cerita menarik lain dalam perjalanan ni. Antara aku and Mr.R... ekeke.. aku and dia je foreigner dalam bus tu tapi langgsung dia tak bagi body languange untuk start conversation. hmmmm... Tapi, lastly, korang mesti tak sangka apa jadi... hahahaha... Hi Mr.R~~ :D

Ok, bus aku sampai di Nanning Landong Station pada jam 7.40pm sama time dengan train aku ke Guilin. Aghhhhhhh, ni internet punya pasal la ni. Cakap ada bus pukul 7.30am. Rupanya paling awal pukul 9.30am. Memang tak sempat lah nak kejar train pukul 7.40pm tu. FYI, aku dah beli dah ticket train dari awal lagi. Online booking. So kena tebus tiket tu kat kaunter dulu and beri booking number korang. Dan aku perlu fikir untuk plan B! and Tuhan nak tunjuk, dia hantar MR.R sebagai penyelamat. Ekekeke... daripada sombong je tadi, terus di follow aku sampai Guilin.. Hahahhaha... aku tak nak cerita banyak pasal Mr.R. Biarlah rahsia.. hehehe....

Aku ambil teksi dari Landong bus station, amoi Vietnam tu carikan untuk aku. Dia pun naik teksi gak untuk balik rumah dia. Tambang teksi ke Nanning Dong dalam CNY18. Tak mahal pun kan. Perjalanan dalam masa 15minit. kalau naik bas 1jam. tepuk dada tanya selera.

Sebab aku dah terlepas train pukul 7.30pm tadi, ticket tu masih boleh refund dan tapi kena tolak 20% dari value ticket tu. So aku ganti ticket tadi dengan slow train tu harga CNY65, second class. Aku tak kisah pun class apa, janji dapat naik. nasib duit tak burn gak. Aku juga tebus train yang aku dah beli online dari Guilin East-Guangzhou South station untuk 2hb May nanti. Tapi sebab aku tebus dekat station lain bukan di Guilin so aku kena bayar CNY5 untuk kos pengurusan. Tak pelah berapa ringgit je kan. Janji hati dah tenang. Aku berjaya dapatkan ticket train untuk ke Guilin malam tu gak. Train terakhir adalah slow train dari Nanning Train Station. Nanning ada dua train station. Satu Nanning East(NanningDong)-Speed train dan lagi satu Nanning Station (old station-slow train)
 *aku bold information penting.

Sekarang done! Ticket dah dapat untuk ke Guilin dan sekarang aku perlu bergerak ke Nanning train Station. Macam mana???
Turun aras bawah (bawah tanah) amik bas No.7. Cakap je kat driver tu Nanning Station. Dia faham lah tu (aku harap dia faham). Perjalanan dalam masa 1 jam. Perghhh lama gak la. Bila sampai je, driver tu bangun dan panggil kami (aku and Mr.R) sambil tunjuk ke arah depan. aghhhh, sampai dah. Dan sepan sana train station tu. Bila kami turun je dari bus semua orang pandang kami. Ada yang say, "Hello"... :)

Memang depan tu je train station yang dimaksudkan. Masuk, scan beg semua. Bila dah masuk je, sekali lagi semua mata kat situ tertumpu pada kami. Apa korang nampak alien ke? yekot, sorang si blonde and blue eyes. Yang sorang tan skin dengan berhijab. Mau tak pelik... hehehe.. Macam artis pulak semua pandang. hahahahaha....

Leps tu kami makan macam kat dalam KFC. Aku makan fun fries and manggo jus je tu pun dia charge CNY22. Mahal wey... Si Mr.R makan burger ayam kena dlm CNY35.. eiiiwwww....


Bila habis makan, tengok waiting hall dah kosong. Habis lah.. jangan tertinggal lagi. Turun platform, fuhhh nasib belum jalan. Bagus juga tak payah bersesak-sesak.. Bila masuk je dalam train, sekali lagi semua perhati kami. Aku punya seat dengan dia lain tempat tapi masih satu carriage.Aku tanya kat officer tu boleh tak dia duduk dengan aku, sebab depan aku semua kosong, dia cakap tak boleh kena duduk tempat. Padehal dia malas nak layan aku sebab tak pandai English. Ekekeke..

Lelaki yang duduk sebelah and depan aku dia senyum-senyum je. hehehe.. aku pun senyum lah. Aku bayangkan kalau aku sorang, aku rasa aku sorang je pompuan dalam ni. Ada dua lagi local pompuan yang berborak macam nak pecah gerabak dengan suara dia. Pastu pandang aku tak puas hati.. eeehhhh ehhh cik kak ni kang!

Laki depan aku ni cakap, "chong chi chong cheng, lokong"... huh? Lokong, aku faham tu. Maksudnya suami. hahaha dia suruh Mr.R duduk sebelah aku rupanya. Boleh kalau tak follow nombor seat. Lepas tu mamat sebelah aku terus pindah entah pergi mana. hehehe.. So. Mr.R duduk lepak depan aku borak-borak sampai lah pagi..

Tengok pic ni, ada nampak orang tidur kt lantai tak
Lelaki sebelah Mr.R sampai tertidur perhati kami.


Important Information to Cross Border (Summarized):

1. Buy ticket at Kim Lien Intrernational Agency beside the Kim Lien Hotel (500,000Dong)

2. Bus 2 trips per day 9.30am and 11.30am

3. Wait your bus in front of Agency at the day of departure time.

4. Journey to Border will takes 4 hours.

5. At Vietnam border, Golf car will takes you to the Vietnam Immigration building and go through all the Standard procedures.

6. After completed the immigration process, golf car will drives you again to the China Immigration Border. You can walk (Distance:1 KM) but why should you waste your energy because the cost of the golf car included in you bus fare. if not you should pay 5000Dong/trip (0.4 USD)

7. At China Building, go through the same procedures. Make sure you have a validity Visa to enter China.

8. Done!! Hello China! Here i come...

9. Bus from China Company will take you from waiting area to the Landong Bus Station.
If you wanna go to the Nanning Dong Station, i recommended to you to just take taxi. Journey is about 15mins compared to bus could more than one hour. Taxi fare CNY18 (RM10/USD3). 
   
Ticket Fare (May2015) : 500,000Dong
Time: 9.30AM and 11.30AM 
Journey: 10hours included crossing border process.
(only 2 times daily. No more bus at 7.30am.) I've read information in Mr.Google that there is bus at 7.30am. thus I booked my train from Nanning-Guilin at 7.40pm. Goshhh!! I was missing my train when bus only reach in Nanning at 7.30pm!! So i need a plan B! i'd changed my ticket to Guilin at 11pm by slow train. Doesn't matter, as long as i could reach Guilin before 9am it more than enough. i already booked my tour to Long-Ji on that day, if not; money burn!!!errgghhh


Daily Expenses:

1. Bus Ticket:500,000 Dong (RM80)
2. Cyclo : 50,000Dong (RM8)
3. Taxi : 18CNY (RM10)
4. Food : 22CNY (RM13)
5. Bus Fare : 1Yuan (60sen)
6. Bus Guilin: 2Yuan (RM1.20)

Total Expenses: RM113


*Refer Summary for train ticket cost.

6 comments:

  1. Salam Ita....
    saya bakal ke hanoi next week, nak tanya ita.....kalo nak p one pagoda, muzium ho chi min tu jauh tak kalo jalan kaki dr bandar?

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Salam.. terima kasih.. jemput baca entry terbaru ye.. :)

      Delete
  3. Salam, tumpang bertanya sikit awak. Saya nak apply visa untuk ke china juga ni cuma confuse sikit la bila na masuk china ikut land ni. Requirement untuk apply visa kan dia nak tengok tiket pergi balik, so, kalau kita provide tiket pergi dari vietnam and then tiket balik dari china, lepas ke visa ya ? Harap awak dapat terangkan lebih lanjut ya. Terima kasih. :)

    ReplyDelete
  4. Salam ita..
    Nk tanya.. Ada x cara lain utk ke yongshuo dari kuala lumpur selain dari amk flight turun dkt guilin? Mcm turun dkt airport lain n amk tren guilin or yongshuo. Sbb saya baru check tiket flight.. 1k+++

    ReplyDelete