DAY 5
Boleh baca dulu entry sebelum ni dari Day 1
Day 1: KL-Hanoi
Day 2 : Hanoi- Halong Bay
Day 3: Cross Border Vietnam-China by bus
Day 4: Long-Ji Rice Terrace
Hari ini aku akan check-out Wada Hostel Guilin dan menuju ke Yangshuo,China. Tapi sebelum tu sebelah pagi aku akan keluar untuk ronda-ronda sekitar bandar Guilin. Asalnya ikut iti aku nak naik bus pergi tempat-tempat fames kat Guilin ni antaranya
Elephant Trunk Hill |
Seven Star Park 七星公园 Qixing Gongyuan (6am-1930) |
Folded Baocade Hill |
![]() |
Perjalanan hari ke-5: Guilin-Yangshuo |
Dia tanya nak lalu sungai ke? Aku ingat dia nak bawak jalan tepi sungai, aku pun kata ok! Tapi rupanya dia bawak aku ke feri yang akan menyusuri Li-River.. dia akan return. Perjalanan dalam setengah jam dan charge 65Yuan per person. Tapi ada baiknya gak sebab aku pun tak cukup masa, so aku boleh tengok attractions tu dari feri. Setengah jam boleh tengok macam-macam. Ok, lah aku pun dah penat dah nak jalan.
Resident area sepanjang sungai |
Ada Deck |
Elephant Trunk boleh dilihat dari atas cruise |
Boleh naik bamboo boat ni |
Kuda ku lari gagah berani!!! |
Yang ni pelik, apesal baca paper tepi sungai. Nak kata mancing tak lak. |
nampak tak ada macam rumah kat atas tu |
Selepas itu, aku nak balik semula ke hostel sebab nak ambil beg dan teruskan perjalanan ke Yangshuo. Di hostel aku tanya mana tempat makanan halal, dia kata tak tahu. Tapi ada satu restaurant seberang jalan yang tak serve pork. Dia kata lagi, dorang tu macam pelik sikit, minority. Bila aku pergi dan aku cari restaurant tu, taraaaaa......... La, muslim rupanya. Nampak sangat yang mereka rak ada knowledge pasal muslim di negara mereka. Aku guna dictionery translate yang aku nak makan ayam. Akak kedai tu tunjuk satu menu kat dinding dan aku pun anguk je. Aku order nasi putih dan yang sampai adalah seperti dibawah!!
Ni untuk makan kenduri ke pe? |
Aku suka sate kambing ni. Yummyyyyy... rempah ratus dia cukup rasa..
kambing satay yang sedap gile! |
Di hadapan kedai. Aku duduk luar, best sikit. |
Aloaloooo.. comel gile muslim baby ni. |
Bersama owner kedai |
![]() |
Buat mee tarik |
Aku tapau dua bekas makanan aku tadi, aku tak usik pun makanan tu. Sikit je. So satu bekas aku sedekah kat pakcik bawah ni.. tengok la sengih dia macam mana.. hehehe..
![]() |
Pakcik ni gelakkan aku punya makanan tadi |
![]() |
Perjalanan dari Wada hostel Guilin ke Yangshou |
Dia pun bawak aku ke arah bus tepi jalan tu. Cehhhhh, kalau aku tahu, lama dah aku naik. Sedap je dia cakap 40yuan!! Huh??? 40??? nak kincing aku ni... dalam google aku tengok baru 25-30Yuan.
Aku cakap 25!! dia tunjuk macam tak boleh. Dia kata 30Y.. hmmm, yelahhhh aku bayar lah!! errghhhh
Perjalanan dari Guilin ke Yangshuo mengambil masa 1 jam setengah. Sampai kat Yangshou dah gelap. Lapor wey.. aku jalan berdasarkan map, tapi entah lah macam tak jumpa pun Wada Hostel Yangshuo tu. Last-last amik teksi. dalam 10minit gak la, so sampai lah aku di hostel aku. Legaaaa... penat!
Lepas mandi-mandi aku keluar cari makan. Sampai lah aku tiba di satu kawasan yang lari dari kepadatan umat manusia. Sebab cuti labour day memang ramai betul manusia tengah hutan belantara ni. Korang enjoy la pic ni.
![]() |
Speechless. Amazing View |
![]() |
Berjalan di tengah titi |
![]() |
Yangshuo town at night |
Expenses Summary:
Cruise: CNY65
Motor: CNY10
Bus: CNY1
Lunch: CNY110
Bus to Yanghuo : RM30Y
Texi : CNY10
Stem: CNY24
Air Tebu: CNY5
Total Daily Expenses: CNY255
Khatam da entry 4 negara tu. Sesungguhnya salute la dgn keberanian awk solo traveler. Insyaallah one day nak jd partner utk travel. I am ok ke mana2. Serius ni.
ReplyDeleteSalam ukhuwah dr nanie
hi Nanie... belum habis lagi entry trip 4negara tu..hahaha.. sy cuba sedaya upaya sambung ye..
DeleteCepatlah sambung. Saya excited ni
Delete