Monday, April 27, 2015

Trip 4 Negara: Halong Bay, Vietnam



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Day 2 – Halong Bay

Pagi-pagi aku dah bangun sebab hari ini aku akan ke Halong Bay. Aku dah beli tour aku semalam dekat-dekat dengan hotel aku. Harga USD20, tapi bila aku nak bayar dia goda aku cacap tak nak amik kayak ker? Sebab kalau aku tak amik kayak aku akan duduk je atas feri, tak boleh explore kawasan sekitar. Tanpa fikit panjang aku pun agree je lah. Untuk kayak tambah lagi USD5 tapi dia bagi discount USD4. So in total USD24 untuk trip ke Halong Bay. Aku tanya dia lagi, makan apa atas kapal sebab tour ni included lunch. Dia kata kebanyakkan makanan meat da nada DOG gak, dan tak boleh nak request Halal food. Kalau aku nak request aku boleh amik tour mahal sikit USD45. Then aku boleh pilih nak makan apa.. Eh, ye tak ye je minah ni. Aku baca kt blog orang, dorang kata makan seafood je semua. Mana ada meat siap anjing bagai. Aghhh, minah ni nak kincing aku ni. Then aku kata tak pe, aku bawak makanan sendiri. 

Breakfast included
Van tour amik aku kat hotel pukul 8.50am. Lambat plak, dah la taka da no hp. Nasib dia tak tipu. Aku cakap direct je kat guide tu, “ I taught you would not come”. “woooww, nooo… if im not come, I’ll get a big problem for my company”.. acehhhcehhh, ayat dia..

Perjalanan untuk sampai ke Halong Bay memakan masa yang agak lama lebih kurang 4 jam sebab kami berhenti di dua tempat. Ada pulak singgah-singgah dekat kedai-kedai macam souvenir tu. Sama macam kalau korang pegi Thailand la.

Ferri di jetty Halong Bay
Ingat nama/Nombor Ferri korang ye.
Ni Numbor Ferry aku. 18.
 Jam 1.30 barulah kami naik ke atas feri. Perut aku memang dah main gendang dah. Mula-mula aku duduk dengan sorang mamat yang sangat pasif. Tak nak tegur and bercakap dengan orang pun. Dia nak pergi Malaysia. Then aku tunjuk dia map and route nak pegi Malaysia overland. Bangkok-Hatyai-KL dan boleh stop kat Penang and Langkawi. Belum habis kami cakap tour guide tu suruh kami duduk tempat lain dan aku ditempatkan satu meja dengan family dari Vietnam. Siap baby and bawa makanan dorang sendiri. 

Tak lama lepas tu, taraaaaa… Makanan sampai. Ikan steam halia, sup ala, telur dadar, sayur kubis, nasi dan ada satu makanan tu yang aku tak usik. Dorang ni tak pandai English, tapi tanya ada dari mana. Aku cakap la dari Malaysia. Dorang ni baik, tapi sebab tak pandai English tak dapat la kami berkomunikasi.huhuhu…

Dorang bawak makanan dorang sendiri macam fish cake, tapi aku tak tau la cake apa lak kan. Tetiba minah ni boleh lak offer aku "fish cake" tu dan terus letak dalam mangkuk nasi aku. Aikkkkk, adoiiiii makanan apa lak ni. Aku faham they just wanna be nice with me, but errghhh I don’t know what it is. Pork cake or???
 Aduhhhh, masuk lak dalam nasi aku. Aku cakap kat dia dengan muka yang betul-betul try to be polite, “sorry, I can’t eat this. Im so sorry..” berkerut-kerut muka aku supaya dorang tak terasa aku buat macam tu. Sambil aku halakan mangkuk aku pada pompuan tu dan pompuan tu macam faham apa aku suruh dia buat. Dia pun amik balik “fish cake” tu dan letak balik dalam bekas makanan dorang. Ok, so apa aku nak buat?. Aku confident je yg tadi tu bukan pork, maybe chicken or really “fish cake” (looks like) dan aku pun terus sambung makan. Yang penting confident ok! Kalau aku dah kenyang tak pe, ni baru dua sudu masuk mulut. Dah la dari semalam tak makan nasi. Erghhhh…


Pemandangan atas kapal memang cantik sangat. Lepas makan aku naik atas deck untuk menikmati angin Halong Bay. Sampai satu area memang banyak kayak dan kami pun diarahkan turun. Yeahhhh, naik kayak. Tapiiiii…… tour ni kata naik kayak ni nanti kena bagi lagi tips kt tukang kayuh tu. Dan naik kayak akan basah. Kalau bawak baju tak pe. Pulakkk… lepas tu dia kata kalau nak sewa kayak lagi besar boleh naik 4 orang kena bayar lagi 40,000dong. Aku convert, alaaa last-last sama macam apa hotel offer USD30 gak. Aku dah amik dah life jacket, lepastu aku letak balik.  Aghhhhh, instinct aku cakap tak payah pergi. Biar lah burn USD4 yang aku dah bayar time aku beli tour ni semalam. 

Pemandangan Dari Halong Bay



Panorama View of Halong Bay
Aku fikir baik aku pergi sembahyang lagi bagus. Time dorang semua pergi kayak (tak adalah semua, ada beberapa orang gak tak pergi. Just menikmati pemandangan je)Aku amik wudhuk kat toilet dan naik atas deck. Aku masuk dalam ruang yang aku tengok macam tempat tido pekerja ni je.

Then aku solat jelah kat situ. Solat dengan aman, tanpa sebarang gangguan sebab semua majority orang tengah turun kayak. Sebab aku fikir pukul berapa lak aku nak sampai hotel nanti. Confirm dah malam. So jamak la Zuhur and Asar. Lepas tu aku join dua orang mamat ni. Sorang dari Norway and sorang dari Vietnam.
Solat dalam boat.

Muka ada cahaya nur kan? hahahaha
Kapal-kapal di Halong Bay








Selepas kayak, kami dibawa pula ke cave batu kapur yang dalam dia warna-warni.Cantik. Entah berapa ratus tahun dah gua ni. Sejuk je siap ada fountain.






Belakang tu ada fountain
My travel buddies from US
Ada varanda atas tu boleh amik pic keseluruhan Halong Bay
Lepas ke cave ni kami pun pulang. Perjalan balik ambil masa 2 jam je pulak untuk sampai ke Hanoi City. Sepanjang tour ni aku berkawan dengan mamat dua orang kat bawah ni. Macam belangkas dorang ni. Sorang dari Norway and sorang local Vietnamise.. Seronok dapat shared experiences pasal travelling.

My travel buddies in Halong Bay
 Aku tiba di Hotel jam 8pm. Fuhhh, memang penat gila dan lapar pulak. Aku Tanya staff hotel tu mana nak cari nasi. Sebab aku ada lauk Brahims aku yang aku dah bawak. Dia kata dalam 50meter selang beberapa building ada satu café. Then aku pun order la nasi. Dia Tanya nak berapa? Aku cakap untuk sorang makan. Dia cakap “20,000dong?” “30,000dong?” dan aku pun cakap la 20,000dong. Aku pun tak terfikir untuk check berapa banyak portion nasi tu dan bawak je terus pergi hotel. Bila bukak, mak aiiiiii……. Ni macam untuk 3orang makan. Penuh dan banyak gila. Aku baru makan beberapa suap dah macam kenyang. Dah, jangan buat hal. Aku ni memang bukan buang nasi punya orang. Hmmmm…. Pelan-pelan lah aku makan sampai la habis lauk aku, nasi ada suku lagi.. Aku bawak naik dorm, aku pun tak pasti bila aku nak makan. Tapi yang pasti tak nak buang. Tapi esoknya confirmlah basi dah kan? Nak tak nak terpaksa buang. Maaf nasi…….

Sampai dorm aku terus mandi dan solat. Mat and minah2 salleh dalam dorm ni dari bising-bising lepas t uterus senyap bila Nampak aku start solat. Then dorang terus cakap, “shhhuuutttttt” dan balik kat katil masing-masing. Bila aku habis solat, minah sebelah katil aku tanya, 

Minah: “What did you do just now? Are you prayed?”
Aku: “Yes, I am.”
Minah:“I saw you wear the head cover, so I know you are Muslim. This is first time I saw Muslim was praying in front of my eyes. Thank you for such a great experience for me.”

Lepas tu mamat atas katil aku jengah kebawah.. 

Mat: “yeahh, me too. I was confused while i came out from toilet and wanna go up to my bad. What should I do? And slowly I walked. I believe you was praying.”
Aku:"Yeahh, I am sorry if my act made you guys felt uncomfortable."
Both: "No, no… no worries.. we are fine!!..Something new experience and knowledge…"

Minah Salleh katil lain pun pandang kami senyum... :)  Aku senyum lebar dengan reaction yang aku terima dari they all. Nilah antara sebab kenapa aku travel… 

Good Night guys, esok ada hari lebih menarik akan aku tempuh. Esok aku akan cross border Vietnam-China untuk ke Nanning dan kemudian ke Guilin. Ada cerita menarik sepanjang journey tu. Ye, memang menarik dan semua tu Allah dah aturkan…

Sekian..Bersambung

Daily Expenses:

Tour: USD24 (RM86)
Rice: 20,000Dong (RM3.30)

Total: RM89.30


Sunday, April 26, 2015

Trip 4 Negara : Hanoi,Vietnam


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, habis sudah solo trip 4 negara aku start dari Vietnam-China-Macau-Hong Kong.
Trip 11 hari ni bermula dari Hanoi, Vietnam kemudian aku cross border overland ke Nanning,China. Dalam hari yang sama aku terus naik ke Guilin,China dan selang dua hari aku ke Yangshuo,China pula. Habis di Yangshuo aku turun ke Guangzhou dan kemudian masuk ke Hong Kong. Buat day trip ke Macau dan kembali ke Malaysia melalui Hong Kong. Fuhhhhhhh, penat baca kan? Hahahahah... So, let's start an adventure!!!!


Day 1: 26 April 2015

Flight aku pagi tu pada jam 6.30am dengan Air Asia tambang promo aku beli pada bulan October 2014.. Lama kan?.. tabah aku tunggu wey....
KL-Hanoi: RM114+RM55(baggage)+RM16(meals) =RM185
Hong Kong-KL : HKD399 (RM165.78)+baggage RM27.94(murah sebab tolak guna E-Voucher) + meals RM16 = RM200.
So total return Ticket RM385.

Aku siap tampal patch bendera Malaysia and BBM kat backpack aku. Patriotik kan aku, dan patch Malaysia tu memang berguna sangat biar orang tau yang "alien" ni datang dari Malaysia.
Time pergi anak gajah aku tu berat 13kg.. balik pun 13kg. Tapi dah 20kg yg minimum weight dia ada, aku beli je lah.

Mama and adik-adik aku hantar aku ke airport pagi tu. Mata rabak gak la, tapi tak pe dalam flight lepas makan boleh membuta. Aku rasa journey dalam 3 jam kalau tak silap aku.

Get ready for adventure ita! Bismillahirahmanirahim
Patriotik kan aku! Malaysia ku bawa kemana-mana
My lovely family yang sentiasa support aku
Mama yg sangat memahami tak pernah halang aku nak travel kemana pun
 Setelah hampir 3 jam aku dalam pesawat, akhirnya aku selamat landing di Noi Bai International Airport Hanoi. Aku akan stay di Little Hanoi Diamond Hostel yang terletak dalam area Old Quater. Untuk kesana, aku naik minibus Vietnam Airlines yang sentiasa park luar airport. Keluar dari airport korang tengok kanan. Memang ada minivan warna grey. Rate USD5/100k Dong/RM16. Aku bayar guna Dong sebab aku rasa rate dong lagi berbaloi time tu. hehehe.. Tunjuk je alamat hostel korang dan dia akan hantar di depan hostel. Senang kan berbanding naik bus tak tau dia akan berhenti mana.

Noi Bai International Airport
Little Hanoi Diamond Hostel memang best. Tapi korang mengah la nak naik tangga sampai tingkat 6. Perghhhh memang semput la wey, tapi best luas and besar dorm ni. Area Old Quarter, so senang nak jalan sekeliling.

My dorm at Little Hanoi Diamond
Bathroom attached
Aku akan jalan sekitar Hanoi city center dengan host couchsurfing aku. Kami janji jumpa pukul 2pm, so aku ada masa beberapa jam lagi sebelum tu. Lepas solat, aku keluar jalan-jalan sekitar hotel.

Misi aku nak cari tour ke Halong Bay untuk esok. Tak jauh dari hotel aku, ada satu tour office. Memang banyak tour office kt sini. Hotel charge aku untuk Halong Bany trip USD30 dan ada yg lagi mahal. Tapi aku dapat kt tour ni USD20 je. Tapi last-last bila nak bayar di offer lak Kayaking. Aku yang tertarik tanpa fikir panjang tambah lagi USD4. So total USD24 untuk trip ke Halong Bay included lunch. Staff ti bagi tau aku, kalau aku ambil trip lagi mahal aku boleh demand makanan. Sebab kt atas boat nanti makanan tak halal. Kadang-kadang dog pun ada. Katanya... Ehhh, aku baca dalam blog makanan halong bay ni semuanya sea food. boleh makan. So aku tak nak tergoda dengan pujukkan dia aku pun cakap tak pe, aku bawak makanan aku sendiri. Apa susah, Brahim's kan ada...

Si penjual Magga. Macam sedap je
Dijadikan cerita, lepas tu aku teruskan berjalan, jalan tanpa hala tuju tapi still ingat jalan balik. Kang tak pasal-pasal sesat, then host aku dah tunggu lak. Time jalan-jalan tu tetiba da sorang minah ni stop aku offer pineapple dia kat aku. Aku tak makan Pineapple, memang tak nak la. Terus dia letak barang dia yang berat ni atas bahu aku and letak hat dia atas kepala aku. Ehhhhh, pehal ni???

"Try, try Vietnamese hard to find money!.. Ok, camera. i take photo"
aku dengan blur pun keluarkan lah hp aku.

Lepas dia amik beberapa keping dia return phone aku and terus bungkus 2 bungkus pineapple dan
"150,000 Dong!"... whatttttt???!!!! No..no.. i dont want Pineapple.
"take..take.. photo..photo"... aghhhhhh terkena aku!
"Ok, i take one pack only. How much?"
"80,000 Dong"... aghhhhhh aku pun seluk kocek dan keluarkan 80,000. Mula-mula dia dah amik 50,000 dia terus letak bawah sekali dalam banyak-banyak duit dia. time aku kalut nak kira lagi 30dong dia nak amik lagi sekeping 50k aku! terus aku rampas dan marah dia.. "ehhhh, you took my 50k!! Nah, another 30K!.." pastu muka kalut dia, hah?...haaa... ok2... ya2...

Wahhh, pandai ko ehh! nak amik lagi 50K... lepas tu cepat-cepat dia blah. Aku time tu tak boleh nak fikir apa, belum biasa dan tak tau nilai 80K tu berapa. terus aku keluarkan converter kt hp aku and convert. WHATTTTT!!! RM15????? What The Fishhhhhhhh!!!!........ aghhhh terkena aku baru beberapa jam je. Dah la gambar macam apa. apa aku nak buat dengan Pineapple ni? Ishhh, tak pe--tak pe.. siap ko minah kalau aku jumpa ko lagi.

Tapi bila fikir balik aku just take it positive. rezeki dia, biarlah... tak apa la, halal... tp lepas ni hati-hati lagi ye eta.. hahahahaha... bila fikir balik lawak la pulak..

Ni lah gambar yang tak semegah RM15 tu
Aku tengok dorang ni memang suka makan tepi-tepi jalan. Pastu duduk kerusi kecik-kecik tu. Macam comel je kan.
Jalan punya jalan tetiba aku jumpa kedai ni. Aku melintas jalan and tanya dia tutup pukul berapa. Dia cakap 2pm.. ehhh, time tu lagi setengah jam nak 2pm.. aku pun tak jadi makan sebab host aku tu dah janji nak makan dengan aku. Aku cakap nanti aku datang lagi. Halal ke tak tu tak pasti sebab pekerja dia semua aku tgk Vietnamese.. entah.. lepas tu aku tak datang balik pun.

One of halal restaurant in Hanoi. Alamat tak pasti
Tepat pukul 2.10pm, host aku nama dia Susu pun datang amik aku kat depan hotel. yeahhhhh!!!... dia ni baik sangat. First things yang kami buat adalah beli ticket bus aku dari Hanoi to Nanning, China. beli dekat Jet Star Office 206 Tran Quang Khai office orange ni. Dalam office ni macam tak serupa office. hahaha.. sepah je, tapi aku beli ticket bus aku 500,000dong (RM84) untuk ke Nanning.

Beli ticket kat JetStar office ni
Selepas itu Susu bawak aku dengan motor dia ke Temple of Literature. Sebelum tu bayaran masuk adalah VND20,000 (RM4). Waktu ni ramai student buat gamabr pre-convo kat sini. Ala, macam korang jugak kan.. Ada jugak yang sembahyang mintak bless time tu.

Pintu masuk

Amik gambar dulu, masuk bukan free pun kan
Kat temple ini adalah temple untuk ajaran Confucius, lama aku tak dengar word tu. Kat Malaysia ramai Buddhist. And ni first time aku masuk kat temple Confucius. Ada cerita disebalik temple ini dengan penyu Emas. Menurut susu sampai sekarang ada penyu yang menetap di tengah-tengah Hoan Kiem Lake dan ada juga orang yang nampak. Yang peliknya mana pulak datangnya penyu kat dalam tasik. Aku cakap mungkin kura-kura.. Tapi tak mungkin gak, besar katanya.. and ada beberapa lagi kisah mistik disebalik Penyu Emas dan tasik Hoan Kiem...

confucius
Confucius adalah raja dulu kala.. betulke???
Macam-macam gaya aku tengok budak-budak ni amik gambar pre-convo. Tapi aku suka baju dorang!! Cantik sangat combination color tu.

Lompat jangan tak lompat
Amboiiii sampai baring-baring

Kalau korang bernasib baik korang dapat la tengok persembahan musical instrument dari orang tempatan ni. Menarik! Ada instrument yang aku sendiri tak penah tengok.

Persembahan musical traditional
Besar tample lama ni
Aku bersama host aku "Susu"

Selepas itu, kami ke Ho Chi Minh Mausoleum pula. Memang aku bernasib baik time tu, kebetulan tengah sesi pertukaran shift. Aku memang ada terbaca, patut tengok mereka buat pertukaran shift tu, penuh dengan istiadat kawad. tak ingat lak time tu pukul berapa.

Nak tukar dua orang je

Yang belakang tu escort dan yang menyerahkan bendera (macam bendera)

kiri kanan kiri!!
Ok, tamat shift aku, boleh balik!! yeahhh!

Berdirilah kamu tegak kat situ berjam-jam tak tau sampai kol berapa

Belakang tu bangunan Parliment
One pillar berdekatan
Selepas tu dia bawak aku makan local food memang tak ada pork kat sini. Just makanan ni je. Macam popia tapi versi lembut. Dalam dia ada sayur macam popia and udang. Ada dua option udang dan daging lembu. Susu order daging lembu. Sedap. Time makan ni boyfriend susu datang dan dia yang belanja. Hehehe.. semoga korang murah rezeki la eh.. Bf dia ni anak orang ado-ado.. huhuhu



Kesesakan di Bandar Hanoi
Makan dengan sayuran tu
Yum-yummmm
Selepas tu kami jalan-jalan semula. Wahhhh, memang puas aku jalan pusing satu bandar Hanoi dengan Susu. Time tu dorang cakap nak bawak aku minum coffee. Egg coffee.. sedap katanya. Aku dah terbayang egg coffee yang biasa orang minum tu. Tetiba tekak aku kembang. Aku tanya, tak bau ke? Confirm tak bau? Sebab tak nak kecilkan hati aku pun follow lah...

Wahhhh, coffee house tu memang cozy. Best je, kami duduk bahagian atas. Mereka order cold, aku order hot. Sekali sampai macam kat bawah ni. Ehhh, mana egg dia? Dia kata egg dia dah kacau sampai la macam jadi tu. Macam yogurt pun ada. Sekali masuk mulut, perggghhhhh sedap wey.. cukup rasa. Coffee dia punya lah wangi. Serious aku suka!! mengancammm!!.... hehehehe

Egg Coffee
Stanley, Susu and me
Lepas tu susu bawak aku pergi bookstore untuk beli poscard dengan harga sekeping 5000Dong. Aku beli 4 keping. Tapi stem tak ada.. Dah macam mana??? huhuhuhu...

Merempit with Susu

Time on the way balik hostel, lalu depan Church ni.. Wahhh, church lama. Jarang tengok church macam ni kat Malaysia. Macam tak ada. Ini adalah Church tertua kat Vietnam. Architecture dia, macam dalam cerita Harry Porter. hehe.. Aku nak masuk tengok  architecture dia, mesti banyak ukiran-ukiran lama.. Tapi sebab hari tu Sunday kan. Dorang ada Sunday prayers. So tak dapat la nak masuk. Aku berdiri kat belakang tu kejap pun semua yang kat belakang tu dah pandang aku pelik.
Dengan travel kita belajar menghormati agama orang lain, tak salah pun nak masuk Church. Tak dapat nak ungkapkan macam mana perasaan lepas tu. Perasaan betapa bersyukurnya aku lahir sebagai Muslim. Buat aku lebih menghargai masa hidup ini untuk sujud keatas Allah yang satu.. Alhamdulillah...

Tengok, siap ada bulan atas tu

























Sambungan Day 2: Halong Bay, Vietnam

Daily Expenses:

Makanan AA: RM14.90
Minibus: USD 5 (RM18)
Nenas kena tipu: 80,000Dong (RM13)
Poscard: 20,000Dong (RM3.30)
Total: RM49.20

Shopping: 50,000Dong (RM8)

Total Expenses:RM57.20