Saturday, September 6, 2014

JAPAN - Keindahan Alam Shirakawa-Go

DAY 4- 6 SEPTEMBER 2014

Entry ini ada sambungan daripada entry The Classical Area of Takayama.

Aku bersama lagi 5orang travelers yang lain menaiki Mini Bas kami yang telah menunggu di hadapan Takayama Station. Bas akan bergerak jam 1.20pm, sila punctual, kalau tak jadi macam pagi tadi lagi. Hehehe.. Tobat tak nak jadi lagi dah.

Jika mahu ke Shirakawa-Go ni ada dua cara, selain ambil tour ni, boleh pergi sendiri dengan menaiki Nohi Bus dengan return cost ¥4420. Ada pros and cons untuk kedua kaedah ini.

J-Hoppers:
Pros: Lebih murah, boleh visit observation untuk tengok panorama keseluruhan Ogimachi Village dan juga ada tour guide in English akan memberi penerangan tentang Shirakawa-Go dan guide akan temankan kita bila dan sampai ke dalam kawasan village. Sebab kita akan berpecah ikut suka masing-masing. Guide akan pusing and kalau jumpa korang dia akan bawa ke tempat yang patut ditengok or ambil gambar.

Cons: Tour ni hanya lah half day sahaja dan hanya selama 2 jam untuk melihat kawasan sekitar. Tapi bagi aku dua jam pun dah cukup, kampung tu bukan besar pun kecil je pun.

Nohi-Bus:
Pros:  Boleh stay lama disana dari pagi sampai lah petang. Kalau nak menginap, lebih sesuai dengan Nohi Bus ni. Kalau you all naik bus dari Tokyo-Takayama, ada package murah sikit kalay tak silap 4000yen saja.

Cons:  Korang perlu reserve seat terlebih dahulu, cara dia kurang pasti. korang boleh refer DISINI. Nohi Bus tiada guide, macam pergi sendiri la, lebih mahal dari tour J-Hoppers.
So tepuk dada, tanya selera.

Tour Shirakawago

Bus Tour yang membawa kami ke Shirakawago

Ingat bas ni, jangan silap lak

Kalau aku?? Aku pilih dengan J-hoppers sebab ada guide and dia boleh tolong ambilkan gambar aku. Peluang kita perlu ambil kesempatan. Aku rasa guide itu paling lama dengan aku la. Sebab dia macam nak blah je aku tanya itu, aku tanya ini. Dia nak blah je aku mintak ambilkan gambar..  Busuk gile hati aku. maaf!!...hahahahaha..

Perjalanan bermula di Takayama

Berbalik semula dengan tour aku ke Shirakawa-Go.

Perjalanan mengambil masa 50minit dengan melalui highway yang baru dibuka. Kalau tak dulu tak ada highway, perjalanan mengambil masa lebih kurang 2jam. Jalan berbukit bukau dan kita akan memasuki 11buah terowong. dan terowong yang terpanjang sejauh lebih 11km iaitu terowong yang ke-9.

Korang akan melalui banyak terowong

Ada terowong yang panjang dan ada yang pendek

Highway baru


Keadaan didalam terowong


Sepanjang perjalanan guide akan menerangkan tentang Shawikawa-Go dan tempat yang menarik untuk dilawati. Contohnya museum, sake museum etc. Shirakawa-Go juga merupakan kawasan yang telah dijadikan tapak warisan dunia "UNESCO World Heritage" sejak 1996 lagi.

Dalam bas ni ada patung warna merah ni. Sekali tengok macam patung hantu kan? Memang pun patung hantu sebab orang-orang tua gunakan patung ini untuk takutkan anak-anak mereka kalau mereka nakal.

Comel je dia duduk situ diam-diam
Aku peluk hantu!!
Nama dia SARU BOBO ataupun Monkey Baby. Tapi tak macam muka monkey pun kan? Hehehe.. kalau kat kedai souvenir memang banyak la Saru Bobo ini. Harga dia, mampu nangis je lah.























Kenapa rumah itu ada roof besar dan rendah hampir sampai ke tanah macam tu?? Rekabentuk roof itu diambil dari bentuk kedudukan tangan ketika mereka sembahyang. Jadilah begitu rupanya.

Ada sebabnya mengapa rumah itu dibina dalam kedudukan sebegitu. Antaranya untuk memastikan rumah itu menerima sinaran matahari yang secukupnya dan juga dapat menghalang daripada ditip angin. Semua mereka dah kaji tau, zaman dulu lagi banyak skill mereka tanpa guna teknologi canggih pun. :)
Atap rumah ini juga perlu ditukar setiap 30tahun sekali. Mereka penduduk kampung akan bergotong-royong membantu mana-mana rumah yang hendak menukar atap mereka.

Penerangan tentang kedudukan rumah di Shiwakawa village

Akhirnya kami sampai ke destinasi pertama iaitu observation view. Tempat ni jauh dari Village tu. So memang akan singgah sini dulu. Kami diberi masa selama setengah jam disini. Kalau naik Nohi Bus, korang perlu menapak sendiri kesini. Jauh wooooo... kalau memang ada misi untuk menguruskan badan, memang aku sarankan korang menapak sendiri. hihihihihihi.... tapi aku tak mau, nak simpan energy banyak nak pakai lagi ni.

Biarkan gambar berbicara




Allah, indahnya alam ciptaan Tuhan. Rasa tenang je jauh dari hiruk pikuk traffic yang ada kat Malaysia. Aku sendiri tak sangka yang secanggih-canggih Japan tu ada kawasan yang damai macam ni. Tapi mereka bukan calang-calang farmer tau. Semua equipment yang mereka pakai semua canggih-canggih. Dan mereka dapat bantuan juga dari kerajaan. 

Pemandangan dari sini memang superb. lagi-lagi sekarang summer, cantik sangat. Menurut guide, view disini cantik time summer and winter sebab akan nampak hijau jer.. and putih je bila winter. Kalau datang Autumn tak dapat la tengok view macam ni. semua dah dituai. Time ni pun padi tu dah menguning.Tunggu masa masak sikit lagi dah boleh tuai.


In conclusion, nak datang sini pun perlu ada time yang sesuai untuk tengok view yang cantik macam ni. Kalau tak nanti kecewa pula.

Di kawasan ini juga terdapat kedai souvenir kalau hendak dibawa pulang. Harga lebih kurang je sama dengan mana-mana tempat di Japan ni. Tak ada pula sebab tempat ni pendalaman harga dia pun mahal. Harga poscard masih sama  ¥100 sekeping. Aku beli dua, satu view summer lagi satu winter. Summer aku post ke German, winter aku pos ke Malaysia untuk aku sendiri. :)

Ada kedai cenderahati disana boleh beli




Selepas tu kami dipanggil semula ke bas untuk turun ke bawah (Shirakawa Village). Naik bas ke bawah ni lebih kurang 10minit. tak jauh tu??
Kami diturunkan di parking area dan dimintak berkumpul semula pada jam 4.10pm. Kami diberi masa 2 jam untuk menjelajah kawasan kampung itu.



Mereka akan beri map, tapi aku pandai tinggalkan map dalam bas. Bas nak baca kot. Ikut je lah kaki yang melangkah.
View pertama adalah sungai yang sangat jernih ini. Setakat ini aku belum jumpa lagi mana-mana sungai yang tak jernih kat Japan ni.


Tempat pertama yang dicadangkan oleh guide itu adalah sake museum. Benda ni macam tuak, simpan lepas tu tiba masa mereka keluarkan siap dengan ada upacara ritual lagi. macam tu lah ceritanya lebih kurang. Kalau siapa nak rasa boleh rasa, tapi non-muslim saja ye. Dah confirm-confirm la alchohol.


Sebenarnya tak jauh dari simpang masuk village tu terus belok kanan. Aku pergi terus sampai la hampir jumpa parking. Aduh, jauh dah jalan macam salah je. Aku patah balik. Hahaha.. Lepas tu aku jumpa guide tu, dia cari aku rupanya. Sebab aku tak ada dalam museum tu sedangkan aku cakap aku nak kesana. Dia dah agak dah aku terlajak sampai kedepan. Ini antara pics yang aku dapat snap hasil terlajakkan itu. :)




Selepas tu kami pergi la ke My Ozenji Temple tu. Ha, time ni lah aku nak tanya apa yang mereka buat dengan air tu. Aku nampak waktu kat Sensoji-Temple mereka minum air tu.


Dia kata untuk masuk temple, perlu bersih. So cuci tangan dulu. Dia ajar aku macam mana nak buat. Pegang penceduk kayu yang sangat rare tu, jirus tangan dari siku belah kiri dulu, lepas tu tukar tangan belah kanan pula. lepas tu kumur-kumur then buang air tu. lepas tu cedok lagi alirkan air tu pada batang pencedok tu. Gitu...

Sebelum aku buat aku tanya dia ini air suci dia ke? Kang kira biadap lak kalau aku buat. Aku just respect agama orang lain. Dia kata tak, air tu air gunung je untuk cuci-cuci. Then aku pun try la, sejuk wey.. aku cakap kat dia aku  nak mandi!!.. hahaha.. lepas tu dia kata sambil bergurau, "haaa, that one is rude!".. :p


Seterusnya kami bergerak ke three houses.Kedudukan rumah ni lebih kurang macam kedudukan yang kita nampak dari observation tadi. Tapi yang ini dalam scale kecil. Sebelum tu aku terjumpa pokok Lavender ni. First time aku tengok live, padahal kat Cameron pun ada kan? Macam mana nak tengok, Cameron pun aku tak pernah jejak! Pada hal duduk Klang je kot!... Teruk gile perangai..hahaha


Aku memang teruja betul la tengok kiri,kana,depan,belakang semua cantik-cantik!! aku rasa nak duduk bersila kat jalan tu dan perhati je pemandangan kat situ. .

Let the pictures tell the story.






Mysterious Picture!!

Dek kerana air yang terlalu jernih aku nampak ikan besar ni hidup tenang je dalam longkang ni. Aku tak tau la dia dibela ke, sesat ke. Tapi yang pasti dia relax je berenang pelan-pelan macam tahu semua orang tengah perhatikan dia.

Kalau ikan pun boleh hidup setenang ini, bayangkan penduduk disini. 


Satu lagi tempat yang menarik yang boleh dilawati dalam banyak-banyak Museum kat sini adalah "Kanda House". Rumah ini adalah private houses yang telah dibuat Museum. Bayaran masuk sebanyak ¥300 termasuk ada Japanese Tea Free lagi.

Enterence
Sila buka kasut anda.

Antara yang terdapat di ruang tamu rumah tersebut. Macam mana yang ada dalam rumah ni, macam tu lah yanga da dalam rumah-rumah lain.





One of the favorite photo! Mysterious photo!.. Did you feel the same thing?


 Owner dia masih di situ dan akan memberikan penerangan panjang lebar tentang rumah,sejarah dan cara hidup orang disini. Tanya lah apa saja yang korang nak tanya, tapi dia akan reply dalam Japanese. Dan korang pun perlu tanya dalam Japanese.

Kalau tak tahu Japanese tak pe, buat macam aku. aku tanya dalam Melayu. Dia jawab dalam Japanese.. lepas tu dia gelak-gelak sambil tepuk-tepuk aku. Dia tau aku mainkan dia kot. Hahaha.. korang jangan salah sangka, bukan nak mainkan orang tua, tapi nenek ni memang ramah sangat-sangat dan kelakar gile. Walaupun aku tak faham sepatah haram pun apa yang dia cakap tapi dia akan gelak dan aku tahu la dia cuba story kat aku benda yang kelakar. Hahaha...  Dia cerita macam-macam dalam Japanese kat aku, aku pun excited dengar buat macam aku faham. Tapi dia tahu aku tak faham. Last-last dia cakap, you, noty!!hahahaha..


Walaupun baru beberapa minit kenal dengan nenek ni, tapi macam dengan nenek sendiri. Dia siap nak ambilkan gambar aku and ajar aku cara pose yang terbaik kat tingkap tu. Lepas tu dia suruh aku keluarkan hp aku and ambil gambar selfie dengan dia!.. hahahahaha... Bukan aku yang mintak tau, nenek tu yang nak. You are rock granny!!






View dari tingkat 3 rumah


Selepas habis teroka rumah tu aku pun keluar. Tak boleh lama sangat, masa singkat je ni. Gambar bunga matahari yang mekar segar depan Wanda House betul-betul buat aku rasa nak stay kat sini.



Bunga memang bersepah-sepah kat sini. Semua cantik-cantik and kembang elok jer.


Perlu diingat yang semua rumah disini adalah private houses. Bukan museum ye, so jangan la gatal-gatal tangan buat benda yang tak patut. Dan tak payah bising-bising sebab orang Jepun ni tak suka bising-bising. Hormati privasi mereka. Jangan pergi ketuk rumah dorang pulak, kang penyapu yang melayang korang dapat. hehehe..






Gotcha you atok!!

Akhirnya aku sampai dijalan utama. Aku tengok jam ada 10minit je lagi. Alaaa aku nak pergi ambil gambar kat rumah yang paling depan sekali tu. Aku berlari kesana dan nasib baik ada seorang pelancong kat situ. Aku minta tolong dia snap kan pic aku. Yeeaaayyy! Dapat pun!


Selepas itu, aku pun kembali ke jalan utam simpang mula-mula masuk kat jambatan tadi.
Antara pic yang aku sempat snap.







Aku sampai di bus tepat pukul 4.10pm. Aku dah pandai punctual dah.


Sempat selfie dengan guide kami
Maka berakhirlah tour kami pada hari itu.

What a wonderful experience i had!!

Good bye Shirakawa-Go, ada rezeki boleh datang lagi. Insyallah.. :)



EXPENSES: 

Tour : ¥3500
Postcard : ¥200
Kanda House : ¥300

TOTAL : ¥4000 (MYR120)



JAPAN - The Classical Area of Takayama

DAY 4 ( 6 September 2014)

Assalamualaikum....

Entry ni keseinambungan daripada entry DAY 3.
Aku cakap aku ada cerita best kan, memang best la sangat. hehehe

Alarm ipong aku berbunyi jam 4.30am.. Paling kuat punya aku set. Lantak lah room mate lain kalau tak aku tak bangun lagi naya. Aku kena catch first train ke Nagoya jam 6.26am dari Tokyo Station untuk sampai ke Takayama before jam 1pm. Perjalanan ke Takayama memakan masa lebih kurang 5jam dari Tokyo dengan menaiki Shinkasen(keretapi laju) dan juga JR railway dari Nagoya Station ke Takayama Station. Aku perlu tukar train nanti di Nagoya.


Korang tengok schedule train yang aku check dari Hyperdia.com, train dari Bakurocho Station kol 5.40am.. So aku akan sempat la untuk train Nagoya jam 6.26am tu. Aku punya la lambat-lambat mandi, melawa la bagai siap relax dulu. Last-last kol 5.35am baru aku check-out. Dah la bawak anak gajah ni, jauh lak nak jalan kat dalam terowong bawah tanah tu. Aku jalan la laju-laju tabahkan hati. Mintak-mintak aku tak terlepas train  jam 5.40am ni. Sekali bila aku sampai je tengah turun tangga ke bawah aku dengar zzzhuuuuuussszzzzz..... perghhhh itu train aku ker??? laju-laju aku turun dengan susah payahnya. Adoiiiii, train aku la!! tinggal nampak bontot dia je! Chissss... tulah ko ita, lembab! memain jer, relax-relax. Asalnya aku ingatkan dia akan lambat la, tu just dalam website je time tu. Sekali punctual la, korang tau la Japan!. Dan aku ni pun buat style Malaysia aku kat sini. Damnnnn!!


Next train lagi setengah jam wooooo.. nasib baik dia ambil masa 4minit je sampai Tokyo Station. Aku fikir nak keluar balik naik train dari Asakusabashi ke or just stay here and tunggu lagi setengah jam?? Bila fikir balik, jauh lak aku nak jalan ke Asakusabashi tu. Mau 10minit. Lepas tu kena tukar train lagi akt Akihabara Station. Agghhh, kalau tersalah naik train nanti lagi parah walaupun aku belum pernah salah lagi naik train dah 4 hari ni. Lepas tu banyak lak stop station. Aku decided untuk stay je and tunggu lah lagi setengah jam. Dalam tunggu punya tunggu aku tanya lagi kat seorang lelaki ni, platform ni pergi Tokyo Station ker? Betul tak? Dia pun cakap Yes dan bermula lah conversation kita orang.  Dia seorang Lawyer, no wonder lah he could speak good English. Dia siap bagi name card dia lagi. Cakap take care travel sorang. :)

Tak lama pun train sampai, aku dah bayangkan mana aku nak cari platform 16 tu? sedangkan aku akan arrive kat platform 1!! Dan aku hanya ada masa 12minit je untuk sampai ke platform tu. Pergghhh semalam aku pergi sana punya la besar station itu (station utama) and jauh pula nak jalan. Ni kan pula nak pergi ke platform 16?? Ya-Allah permudahkanlah perjalanan ini. Jangan la aku tertinggal train. 12minit yang sangat berharga macam nak lari daripada bom yang nak meletup ko tau tak!..duusshhhh!!...

Add caption
Sampai je dekat Tokyo Station aku terus lari.. Naik tangga ok!! Platform 1 tak ada elevator or lift! Damnnnn dengan galas anak gajah lagi depan belakang. Aku pun berlari sampai kat exit JR tu. aku dah siap-siap pegang hp aku tunjuk print screen, officer cakap terus turn right. Terus turn right!! Ok, sangat bagus! ada berapa banyak lah pulak tempat aku boleh turn right kan? Aku tawakal jer.. Aku lari dan lari sambil tengok signboard "Shinkasen". Ada dua logo, nasib aku dah study kat Google Map so aku tau logo mana Hikari train (JR Pass) logo mana Nozomi (Not covered by JR Pass). Jumpa pun entrance dia! fuhhhh, aku tunjuk JR Pass aku kat Officer tu then tanya dia mana nak pi Nagoya. Dia kata Track "17"! aik, dalam website ni track "16" mana aku nak ikut ni??  Aku pun naik je la track 17. Dah ada train tunggu dah, aku nak tanya officer kat platform tu jauh lak, kang aku tertinggal lak. Aku masuk je la train tu. Redha. Masuk je pintu dia auto open. Lepas tu aku tanya kat sorang girls ni, yang ni train pergi Nagoya ker? Dia yang blur-blur tak tau english tengok dekat screen yang ada kat depan tu dalam japanese. Then dia kata, Yes!.. "Non-reserved??" "Yes"!

Fuhhhhhhhh.. aku punya lega Allah je la yang tahu. Seumur hidup aku tak pernah aku hadap benda macam ni punya rushing dan tak pasti hala tuju.. Orang dalam train tu pun duk pandang usha je aku. Ni alien turun dari mana, muka bukan kaum kerabat dia. Pakai lak kain tutup kepala, dengan beg besar gabak depan belakang. Hahahaha... Daily backpack aku tu besar sebab aku sumbat kasut aku dalam tu. Selekeh kan? Dah lambat punya pasal sampai kasut pun tak sempat pakai, aku pakai selipar Jepun je. Merah lagi. hehehehe

Aku pun ambil seat sebelah kiri, kedua dari depan. Aku pergi balik kat girls tu, aku tanya dia:

Aku: If i wanna see the Fuji-san which part i should sit? left or right??
         Sebab kita boleh tengok Mountain Fuji dari dalam train kalau cuaca baik.
Girl: Errrkkk.... hmmmmm.. huuurrmmm.. beriya-iya dia nak cakap tapi dia tak tahu nak cakap macam mana. Last-last dia cakap "sorry, i dont know"..
Aku: Owhhh, it's ok!.. no worries.. Arigato..

Dah nama pun Japan people kalau tak helpful itu bukan orang Jepun la namanya. Tak lama lepas tu dia datang kat aku sambil tunjuk iphone 5s dia, map train tu nanti.. Dia kata Fuji-San belah kanan, so i should seat at the right side. Waaahhhhh, thank you so much, you are so helpful!! :)

Time tu train dah jalan, aku nak bangun tukar tempat duduk tapi semua dah full dah sebelah kanan ni. Adoi, tak ada rezeki la nak tengok Fuji-San.. :(

Baru aku tau track 16 tu untuk reserved seat, track 17 tu untuk non-reserved seat. Nasib aku ikut cakap officer tu. Dia tengok aku kelam kabut dia pun tahu aku mesti tak reserved seat.

Aku duduk je kat situ melepaskan lelah. penat tau subuh-subuh dah main lari-lari!! Sumpah aku tak buat lagi!! hahahaha Aku senyum sorang-sorang mengingat kan peristiwa aku berlari besama anak gajah 20kg di Tokyo Station. What a sweet memories.. :)


Dalam Shinkasen ni best siap ada plug lagi. Aku charge batery camera aku. Nanti nak pakai banyak. Aku disajikan dengan pemandangan sawah padi yang sangat cantik sepanjang perjalan ke Nagoya. Semuanya cantik and bersih! aku mengantuk sangat sebab malam tadi tidur 3jam je, tapi mata ini tak boleh lelap tengokkan pemandangan yang berbentang hijau ini.


Setelah hampir dua jam perjalanan, aku pun sampai di Nagoya Station. Dari sini aku akan tukar track No.11. Tunjuk je JR pass dan jalan. Yang bestnya, harga train ni je dah lebih separuh dari JR Pass. Tu tak masuk yang lain-lain dan hari-hari berikutnya. Berbaloikan??


Train akan bergerak jam 8.43am towards Takayama
Nagoya Station

Hida 3 Wide View Train
sempat selfie muka tak cukup tidur





Sangat efficient

Mari kita bergerak
Sekali lagi aku disajikan dengan pemandangan yang sangat cantik sepanjang menuju ke Takayama. Train boleh dikatakan full, mungkin disebabkan hari Sabtu hujung minggu. Officer akan menerangkan jika kita akan melalui tempat yang menarik. Aku duduk sebelah kiri, patut aku duduk belah kanan. Aku dengan muka tak tahu segan aku jalan kedepan cari kerusi kosong duduk belah kanan. Nasib ada satu. lepas puas snap gambar aku balik tempat duduk asal aku. Berkali-kali aku buat macam tu, agaknya orang-orang Jepun mesti bengangkan. Apa lah perempuan ni tak reti duduk diam!..hahaha










Setelah menempuh perjalanan hampir 5jam akhirnya aku tiba di Takayama. Station ni kecil je,rural area kan. Aku terus melangkah menuju ke hostel aku, J-hoppers Takayama, tak jauh pun lebih kurang 5minit je dari station. Aku duduk dalam 6bunks female room. tapi kami bertiga je time tu. Ada seorang dari US dan seorang lagi dari Taiwan. Tapi aku rapat dengan yang US tu dia mesra and friendly sangat. :) aku dah book tour untuk ke Shirakawa-Go petang tu jam 1pm. Itu la pasal aku rushing sangat tadi, kalau aku miss tour ni kira burn la duit aku and kalau aku nak pergi aku kena bayar balik yang baru. Rugi kan macam tu. harga yang ditawarkan untuk half day trip ¥3500 kalau duduk kat J-Hoppers dan ¥4000 kalau tak menginap.

Korang boleh check kat sini untuk lebih lanjut.























Perut pun dah memulas-mulas aku masih ada masa lagi sebab aku sampai jam11am. Boleh relax-relax jap, makan. Aku pergi ke supermarket yang terdekat beli nasi. Lepas tu nampak tempura,pumkin and keledek goreng. Aku beli sekali, teringat malam tadi makan kat Tokyo. pagi dah kat Takayama. Hehehe...

Jalan la kaki panas terik tu, walaupun dah lenguh. Matahari terik tapi tak panas. Maybe sebab tempat tu dekat dengan Japan Alps kot. Lepas tu aku pun menyiapkan hidangan tengahari aku. Aku buka yeos aku tu, masuk microwave dan siapkan milo ice. Alahai walaupun tak sedap rasa Ayam rendang dia, aku sedapkan gak. Sambil makan dengan tempura. Kawasan tu jauh dari laut, so seafood memang tak popular kat Takayama. Mereka famous dengan grill.


Aku relax kejap kat Living room sambil layan FB and IG. Bila jam menunjukkan jam 1am aku pun bergerak ke arah Takayama Station. Bas aku akan menunggu disitu. Bas kecil ke, mini bus tu.


Trip kami cuma ada 6orang je. Tak ramai, tak apa la lagi senang. Sebelah aku ada friends dari Hong Kong. Tua gak dah makcik-makcik ni tapi masih sporting and borak-borak. Trip ke Shirakawa-Go aku rasa aku akan buat satu entry baru - baca kat entry ni. Kalau nak tepek semua kat sini mau korang muntah nak baca nanti. hehehe..

Terus cerita lepas aku balik dari TShirakawa-Go, aku check in and naik lift pergi tingkat 3. Dorm aku kat tingkat 3. Not bad la, besar and cuma ada 3 katil double decker. Total 6 bunks!!. Aku berkenalan dengan Leen dari California USA. Dia exchange student kat Kyoto dan baru habis. Lagi dua hari dia akan pulang ke US, maka dia jalan-jalan la dulu di Japan ni. Cover mana yang dia belum sempat pergi.

Dia best sangat, dan malam tu aku plan nak pergi jalan pusing-pusing round sekitar Takayama dia pun nak join sekali.Malam tu hujan, tapi kami redah gak tengok apa ada. Sambil borak-borak. Sejuk wey...

Lepas tu kami sempat singgah Family Mart depan Station beli apa yang patut sebab leen esok akan ke Shirakawa-go. Aku beli Dorayaki favourite Doremon. Hahahahaha.. isi dia red bean.

Leen mix US-Vietnamise
Takayama at night
Red bean Dorayaki
 Lepas dinner aku terus naik dan tidur. Aku penat gila kot. What a hectic day!. Aku recall balik kejadian pagi tadi sambil senyum sorang-sorang and geleng kepala. Then ingat lak pemandangan Shirakawa-Go rasanya apa yang aku dah lalui pagi tadi memang berbaloi dengan apa yang aku dapat kat Shirakawa-Go.

Good Night!!

Expenses DAY 4

Food Supermarket - ¥551 (RM16.30)
Dorayaki - ¥120 (RM3.60)

Total : RM 19.90

Entry Shirakawa-go