Friday, June 14, 2013

Teluk Dalam Resort, Pangkor Island (DAY 1)

Assalammualaikummm..
Ha, tetiba aku rajin lak nak update blog aku ni..Masih ada lagi yang entry tertangguh, tapi tak tau bila nak update.
So kali ni entry team building di Teluk Dalam Resort, Pangkor Island. Kami berkumpul jam 7.30am di kilang. Ikut perancangan awal kami sepatutnya bergerak tepat jam 8am, tapi disebabkan ada la dua orang tu yang lambat kami gerak jam 9am je!! Boss pun dah cam marah weyy..Ok, tak pe sape yang lambat tu nanti tau la apa yang dorang kena denda..hihihihi 

Dalam perjalanan kami berhenti dua kali. Sambil-sambil tu, tengok la gambar kat bawah ni. Posing sakan la aku..hehehe.
Berhenti p Toilet..huhuhu
Ok, sampai dilumut!.. Yeaay~ tetiba dari dalam bas aku nampak seseorang kat luar yang menarik minat aku! Wow, that guy! Aku dari duduk sengat terus duduk tegak tengok dia. Hahaha, don't know why. Dia memang menarik minat aku dari kali pertama aku nampak dia..haha.. Why?? What is the special things about that guy? Rambut panjang sikit, ikat kontot, hitam manis, ada janggut sikit..perrgghh.. aku ni jarang pandang guy dua kali,walaupun single kan. Tapi yang ni..hahahaha.. Tapi paling best aku nampak dia bercakap dengan our travel agent Mr.S,,,,. Eh, dia ni marshal we all ker?? Yahooooo!!.. aku ingat aku cuma dapat tengok jer, cuci mata la lepas ni!Eh, apa lak aku dah merepek2 ni. Lari topic dah ni, haiiisshhh.. korang pun layan ker kan? ok, jom sambung balik, kembali ke dunia nyata.. :p
Jetty Teluk Dalam Resort
 Sampai je di kat Lumut, kami lunch dulu before kePangkor. Perut dah kenyang, kami pun naik ferry menuju ke Teluk Dalam. Tempat ni kira private area dalam Pangkor tu.Ada pantai they all sendiri. So best la.. Perjalanan dari lumut ke Jeti Teluk Dalam ambil masa 45mnts. Sampai je kat Jetty Teluk Dalam, wahhhh cantik tempat ni. Kami naik van yang telah sedia menanti di Jetty. Kejap je dalam 5 minit dah sampai dah

Sampai di Teluk Dalam Resort


View yang sangat cantik view ni.. Baru sampai mata dah dijamu dengan pemandangan pantai dengan pasir yang memutih dan angin pantai yang sepoi-sepoi bahasa..Haahaha, tak boleh blah kan ayat aku.
Sampai dah, WELCOME TO TELUK DALAM RESORT, PANGKOR ISLAND

View on the way from Jetty to Resort
Welcome to Teluk Dalam Resort
Sampai-sampai kami disambut dengan kakitangan resort sambil mendendangkan lagu ala2 pantai and welcome drink. Hehehe Masing-masing sempat lagi posing. Sampai Travel Agent tu pun cakap budak2 Halton ni memang suka sangat posing ye..hahaha.. Yeah, you are right! 

Owh, Aku nak promote sikit Travel Agency yang company kami hire ni sebabkan they all sangat la professional dan jauh lagi baik dari travel guide kami yang lepas-lepas:
IntraTama Travel Consultant & Tour (M) Sdn Bhd
Suite 138-1A, Jalan 1, Batu Caves Centerpoint,
68100 Batu Caves, Selangor.
Tel: 03-61850011
Contact Person: En.Suhaimi

Kami check in pada jam 1.30pm.. Sepatutnya kami berempat satu chalet, tapi desebabkan dua rakan lain tak dapat pergi disaat-saat akhir
 
Candid :)
\
Before Check-In
Banyak aktiviti yang kami perlu buat pada sebelah petang. Setiap orang diberi kumpulan masing-masing. Aktiviti yang dilakukan seperti flying fox, bawak botol guna tali, penuhkan botol yang berlubang-lubang dengan air laut dan lain-lain yang tak boleh nak diungkapkan dah.hehehe. 
After buat A Frame
Sebelah petang Explore race
Ready for Flying Fox
Bila semua dah penat, malamnya kami ada buffet dinner di Sekampung Restaurant. Seafood my favor!.. yihaaa...Kami juga disajikan dengan persembahan nyanyian dari pemuzik yang sambut kami datang siang tadi. :) Layannnnnn! 



Ok, dinner time
Lepas makan kenyang, menghentam apa yang patut kami berkumpul didewan resort untuk memdengar sedikit briefing untuk "Halton Explore Challenge" pada keesokan harinya. Selepas itu, kami setiap kumpulan diminta membuat short conclusion tentang aktiviti yang telah kami lakukan petang tadi. Apa lagi, goreng2.~
Present, jangan tak present

Kumpulan kami yang skema
Selepas selesai semua aktivity, apa lagi mau buat? takkan nak tido kot! chealetmate aku si comel Hallie dah nak terbungkang dah.. bye2 gud nite.. Tapi aku punya plan dengan mereka-mereka bro-bro sekalian mesti la menarik. Apa lagi, jom la jelajah pantai menghirup udara segar angin sepoi-sepoi bahasa. Huhuhuhu... Jumpa pulak port bekas orang buat firecamp, apalagi bakar la.. Sebelum tu kami dah minta kebenaran guard yang ada kat situ. Dia kata kalau kat tepi pantai boleh buat firecamp, tapi nanti kena mati kan la kan.. takkan la tak faham-faham lak.
ANi idea aku buat fire camp
Lepas penat berborak, itu ini dari satu bab ke satu bab, dari utara sampai keselatan maka kami pun beransur pulang ke chelet masing2.. Penat wey, esok nak bangun pagi lagi.. ok, Good Night!!

6 comments:

  1. line tenet ape yg laju kat sana? rabu nie ade kursus sana. hehehe

    ReplyDelete
  2. kalau ak silap dia guna wifi.. tapi laju.. no worries.. enjoy ya!

    ReplyDelete
  3. wifi free ke berbayar? kalo free mmg no worries la. hahaha

    ReplyDelete
  4. free jer.. nnt mintak password kt they all..

    ReplyDelete