Assalammualaikum....
Entry kali ni mugkin agak panas dan mungkin ada yang terasa hati.. Tapi awal-awal lagi aku meminta maaf menghulur 10jari,tiada niat untuk menyakiti sesiapa,bongkak,riak,menjatuhkan air muka sesiapa atau apa jua niat yang tidak baik terlintas dihati aku ketika aku mencoretkan nukilan ini... Ianya hanya tempat untuk meluahkan rasa sedih,keciwa, bengang, ketidakpuasan hati dan sebagai iktibar serta pengajaran sebagai sumber inspirasi untuk mencapai kejayaan bagi diri aku dan juga semua pembaca yang sudi meluangkan masa seketika untuk membaca entry ini..........
Ibubapa ku berasal dari Kampar,Riau, Indonesia.. Ayah telah merantau ke Malaysia hampir 35tahun yang lalu dan mama sejak 30tahun dulu..Mama mengikut ayah merantau ke Malaysia selepas mereka mendirikan rumah tangga. Ayah hanyalah seorang tukang sapu cat dan mama menjalankan bisness direct selling untuk membantu pendapatan ayah. Aku mempunyai 5orang adik beradik, semua perempuan. Semua kami adik beradik lahir di Malaysia.. Yang sulung tahun 2012 ni 29thn dah kawin anak dua. 2nd Single-27thn.. 3rd- sape lagi, aku lah.-25thn-Lepasan UTM-Technology Management dan juga student lepasan bidang Mechanical Engineering..bwh aku 21thn baru baru abeh study bidang yang sama iaitu Mechanical Engineering dan yang bongsu 17thn baru habis SPM dari Kolej Teknik Kuala Kangsar dlm bidang Air-corn and kini sedang menyambung pengajiannya di IPTA dalam bidang yang sama seperti dua kakaknya iaitu Mechanical Engineering (wah, family mechanical engineering ni).
Bukan mudah hidup membesar sebangai anak perantau terutamanya yang berasal dari Indonesia. Aku membesar di Klang hanya kami sekeluarga orang asing di kampung tersebut.. Segala hinaan, dipandang rendah, diejek, difitnah, dimaki, dicaci oleh rakan-rakan sekolah rendah malahan sesetengah cikgu and ustazah serta sesetengah penduduk kampug sudah lali dalam hidup kami adik beradik.. Alhamdulillah, Tuhan kurniakan aku minda yang cerdas dan fizikal yang cergas. Atas keputusan yang cemerlang (sentiasa top 10 dalam keseluruhan darjah) aku ditempatkan dalam kelas pertama(best student punya class) disamping aku sangat aktif sukan disekolah. Ada beberapa orang cikgu yang mula-mula masuk class darjah 6 tu terkejut tengok aku dalam class tu.. "eh, kamu ada dalam class ni??"masih aku ingat lagi kata-kata cikgu tu.. (dlm ati aku jawab, saya bukan bodoh macam yang cikgu fikirkan, dah saya layak nak buat mcm mana kan..huhuhu).
Aku masih ingat time tranning bola jaring, aku pemain simpanan je.. tapi bola baling aku la striker.. pelik tak bunyinya? sedangkan lebih kurang sama je dua games ni.. time bola jaring dua orang coach (teacher and ustazah) yang ajar.. bila aku main asyik marah aku je..tengking-tengking aku..org lain tak ada pula.. Paling parah bila parents dah ramai tunggu anak nak balik sekolah time tu la dia akan jerit kuat-kuat "Hey anak Indon!! ko tu tangkap bola macam tangkap taik!!! aku campak taik kat muka ko nanti!!" sedih gile,malu dengan parents yang tengah tengok.. :( then ada la mak-mak tu bisik-bisik sambil pandang aku dengan mulut muncung-muncung kat aku then gelak-gelak mengejek(cakap ala,si anak indon tu la tu...) YaAllah, time tu umur aku 12tahun je.. budak dulu tak macam budak sekarang yang lebih berani bersuara..aku hanya mampu sabar je.. Pasal tu gak la aku BLACK LIST terus bola jaring dalam idup aku!! Bila masuk form1 mati-mati budak-budak group darjah6 dulu ajak aku main bola jaring..mati2 aku tak nak la! Pangkah besar-besar!!..Sebab aku dah tak ada hati nak main lepas pengalaman time darjah 6 tu..Lain pula citenya dengan bola baling, dua orang cikgu laki ni mmg baik sangat..tak ada pun nak pilih kasih..tak pernah pandang rendah kat aku malah puji skor2 jarak jauh aku and bola aku yang kencang(cikgu tu kata dulu ye ,bekan aku memandai-mandai je;fakta.hehehe) and bola baling jadi game yang paling aku suka.. Aku wakil sekolah selama TUJUH TAHUN berturut-turut. Darjah 5&6, Form1-3 Sekolah (P) Kapar;Daerah Klang and Form4-5 Teknik Shah Alam; Daerah Petaling. Aku kapten pasukan dari form3-5.. Wakil daerah form3-5 dan wakil Selangor form4-5... Aku collected banyak sijil dan medal dalam bola baling but say no to Netball!!!!..NOOOO! NEVER!
Dalam class lak, aku ingat lagi dan tak kan lupa sampai bila-bila.. Cikgu tu ajar aku English, aku ni mmg la tak pandai English lagi-lagi la yang mengajar tu..Lagi la aku tak minat.. Dia penah cakap kat aku "woi, apalah ko ni bengap sangat, ini B.I Bahasa Inggeris bukan B.I Bahasa Indon!!!" serentak tu satu kelas gelakkan aku.. ada yang pandang aku cakap-hahaha,indon! ishhhhh!~ ada ke patut seorang cikgu yang sepatutnya bagi contoh terbaik pada anak murid cakap macam tu?? apa salah aku?? kalau aku tak pandai, ajar la.. habis kalau dah mcm tu memang jadi subject paling aku benci la. Akhirnya UPSR aku dapat C utk BI. Satu je C..huuhu..redha.. kalau pilih kasih tu tak boleh cakap la, anak-anak cikgu,orang-orang berpengaruh kat kampung tu dia la yang diberi perhatian lebih.. semua perfect! Anak indon macam aku ni, mmg tolak jauh-jauh la.Shhuuhh, kau anak indon tak layak nak join kami.huhuhuhu...Tapi bukan semua cikgu macam tu.. Cikgu lelaki semua sporting-sporting and openminded.. Cikgu-cikgu yang berasal dari luar kampung tu or town semu baik-baik. Aggghhhh, Cikgu kampung otak pun tak berkembang. Berapa banyak la dosa ko mengumpat sane sini ye. Wallahualam. Astagfirullahalazim, apa mulut aku ni.. But, Tuhan kan dah tentukan hidup kita macam mana.. Kadangkala kita dibawah, kadangkala kita diatas.. Kalau dulu aku dimaki sebab tak pandai BI, but now, my direct superior is an Finnish guy(General Manager) and english consultant aku pun puji cakap English aku tak ada slang Malay English.. bukan nak puji diri sendri, aku pun tak sedar, tapi aku banyak belajar communication masa aku kerja promoter part time time blajar dulu. Bila aku fikir-fikir balik, tulah kan..kalau dulu aku diejek,pasal bebal english sekarang atleast tak ada la excellent sangat, tapi Alhamdulillah la.. kena polish lagi untuk pergi lebih jauh dalam career.. Iktibar untuk semua orang, hidup umpama roda. TUHAN MAHA ADIL!
Aku masih ingat kat sekolah agama, last sekali lepas SPRA ada la pertandingn nasyid,pidato,khat dan imlak untuk budak-budak darjah 6. Aku nak join nasyid tapi they all tak nak amik aku join dorang sebab dorang kate suara aku sumbang..hahaha.. kejam sey!! macam suara korang sedap, aku sepak jugak pompuan-pompuan gedik ni kang~ aku rase memang la suara aku tak sedap, tapi lagi penting dorang tak suka aku sebab aku memang tak campur dengan perempuan-perempuan gedik ni..hello, not my taste ok.. awwuuu..ok,fine! i can go with my own way!.. aku lagi suka kawan dengan budak-budak lelaki, lagi sempoi and easy going.. Then ustazah pilih aku wakil class dalam pidato..Dia bagi aku article and kena la aku hafal masuk sikit ayat pendek Al-Quran. Hahaha.. pandai ustazah ni, memang kene betul la dengan orangnya.. paling aku tak sangka aku menang No.1 pidato and no.2 keseluruhan pertandingan.. budak-budak tu? kalah dengan class sebelah... hahahaha.. Tulah, berlagak sangat macam la high class and diva..yelah, aku ni anak orang indon je kan!!.. but, Tuhan tu adil kan.. Aku dapat keputusan yang boleh dikatakan cemerlang dalam SPRA and aku dijemput untuk terima anugerah masa hari anugerah pelajar cemerlang.paling best pihak sekolah jemput aku pidato yg aku menang tu masa hari anugerah tu.. aku pun ape lagi, buat la sehabis baik.. Dah memang berbakat kan(weeikkk) , sepenuh hati aku pidato depan ibubapa.. Aku terkejut sebab tengok ibu-ibu yang datang tu menangis teresak2 masa aku pidato atas pentas tu.. siap lap air mata guna hujung lengan baju.. Bapa pun ada yang jatuh air mata.. Tetiba aku pun jadi sebak time tu.Akhir sekali aku dapat tepukan gemuruh sangat. Awesome!! sweetnye time tu.. Yelah tajuk pidato tu aku dah lupa tapi berkenaan korban ibu melahirkan kita, ibubapa mendidik anak dan dosa-dosa anak derhaka... Ayah pun menangis time tu.. lepas hari tu bila ada mak2 jumpe mama, dia tanya anak ko ke hari tu pidato tu.. sedih betul,kiteorang semua nangis.. pandai dia hayati.. mama pun cuma sengih macam kerang busuk la...(alhamdulillah la kalau aku dah dpt banggakan parents aku ckit). Budak2 nasyid ni pun ada kena wat persembahan, aku saje je nak test, "eh, aku nak join leh?? alang2 aku pun ada.. dengan mencebik mukanya dorang terus cakap TAK BOLEH!! Dah cukup orang..urrmm,ok..fine(ingat aku teringin la??). yang paling best tak sampai ssetengah jam dorang cari aku suruh aku join dorang sebab penyanyi utama tak datang and tak ada khabar langsung... hahahaha, padan muka korang kan!! time susah baru nak cari aku?? memang takl la!pegi jalan daaaa...ingat aku hadap sangat ker?? setle la korang sendiri, kejap je kan tuhan balas.. Peringatan. Then bila tak cukup corum, fikir sendiri la mcam mana..macam katak puru!hahahah... time tu memang aku gelak sorang-sorang kat belakang dewan.. rasakan orang sombong!! TUHAN MAHA ADIL!
Mama buat bisness direct selling, macam2 brand la... then bg la utang2 kt orang.. paling aku x leh lupe, bila aku datang ngn akk aku nk kutip utang(mama suruh) kt gerai dorang si suami jerit kuat2 "sipolan(wife) ni anak indon datang nak mintak duit!" walawey!! aku hutang korang ke korang hutang ngn mak aku??!! ko ckp mcm aku nk mintak sedekah kt korang kan?? sedangkan hutang bkn main liat nak byr.. x der rase malu ker?? then pakcik2 yg duk mengeteh tu pun gelak2, tanya anak sape tu? "Ala, anak si indon tu la".. perrghh, nasib aku kecik lg time tu kalau x, aku simbah teh panas kt muka korang!.. astagfirullahalazim eta, ngucap banyak2... istigfar... ok2, cool... cool balik...jangan emosi(sedapkan diri sendiri). Macam2 lagi la, aku x cakap semua..segelintir orang yang berfikiran sempit.. Satu kejadian aku ingat, aku nk p celebrate merdeka kt KL ngn family aku. Mmg parents aku akn bawak anak2 klu new year n National day kt pg celebrate tgk bunga api, budak2 kan mmg la suka.. yelah, dr kecik mmg tiap2 minggu kot lpk KL je umh pakcik aku KLCC n Menara KL tu pun naik depan mata kiteorang.. so, thats normal in our family. Then kawan aku nak ikut, aku ckp la mintak izin parents dulu..dorang yg mati2 nk ikut join family aku skali. then parents dowg x bg.. aku x tau la dye mintak izin mcm mne.. nak ikut, masuk kete.. x nak sudah, janji parents tau.. Bila dah celebrate2 tido umh pkcik aku then esoknye trus blik umah Klang blik.. smpai umah mama suruh la p kedai ikan xjauh dr umah aku, dah la aku terdengar org ngumpat pasal aku.. "si eta tu nk ajak anak aku pg KL celebrate merdeka katenye.. si er tu x reti jaga anak ker bersosial2 mcm tu.." yg sorang lagi menjawab, yelah kak oi (gaya2 makcik kampung mengumpat,korg imagine sendri la) kang nk sambut merdeka body yg termerdeka!.. nak ajak2 anak orang pulak".. - hello, aku pg 1family aku kot.. aku bkn pg sendri. lg pun anak ko yg nk ikut aku,sikit pun aku x ajak. sedap korang fitnah n ngumpat aku ea x sedar aku ada kt belakang korg dengar korang mengata.. pastu aku hempas cili api yang aku dah amik dlm plastik atas meja kaunter sebelah dorg terperanjat beruk ea.. terus aku blah!!
BALASAN. Lagi sekali aku hidup 100% percayakan kuasa tuhan, tuhan maha adil..Ini antara balasan tuhan yang aku dah nampak pada orang2 yang jahat dengan aku. sape yg buat x baik tu tuhan akan tunjukkan di dunia kan.. sape yg jahat mulut tu(x nak mention sape) anaknye baya aku dah jadi doktor..mesti korg angkat kening kan, tp jln silap bkn doktor DR. pangkal nama ye.. maksud aku doktor sendiri... paham2 je la ye.. astagfirullah, mintak jauhkan dlm keturunan aku.. anaknye lagi sorg lak sakit excident trus mcm x betul.. wallahualam.. sape yg ckp aku terkorban body tu, sila la cek anak sendiri dulu ye makcik oi... anak2 hang tu dpn rumah buat project, bkn main sosial lagi dah mcm b**s*a(oppss) kampung dah dan laki hang kena tangkap basah ngn pompuan lain pe kes.. tulaah, duk bercakap pasal anak orang, family sendiri x terjaga..yaallah, jauhkan la keaiban mcm tu dlm keturunan aku... tuhan balas cepat jer.. yang sorang lagi ni anak kawin cepat, tetiba jer..wallahualam bisawab.. tuhan je yang tahu aku x nk cakap lebih2 kang jadi fitnah aku lak yg dosa.. Just untuk peringatan diri sendiri.. aku masih ingat satu rangkap dlm pidato aku, "Ayah kecing berdiri,anak kencing berlari-lari".. maksudnya, kalau ibubapa pun x betul anaknye macamana pula? aku bkn nk kate ibubapa aku perfect, tp they all slalu remind aku supaya jgn sesekali sombong dengan orang, walau dimana kita berada..setinggi mana kita pergi asalnye dibawah juga... Hari ini kita menyakiti orang, hari esok orang tu akn menyakiti kita semula.
Bukan nak berbangga jauh sekali nak menjatuhkan air muka seseorang, niat ku hanya la untuk berkongsi apa yang terbuku dihati selama ni.. aku nak berkongsi pengalaman hidup aku yang membuatkan aku jadi kuat(sekuat tiger..hehehe), mungkin x sama dengan rakan sebaya aku yg lain.. Alhamdulillah, diusia 25tahun ini pada penghujung hari 2012 ini aku boleh berbangga dengan pencapaian aku. x der la bagus mana pun tp kalau nak dibandingkan dgn rakan2 sebaya yang suka merendah2 kan aku time kecik2 dulu,perlekehkan aku,hina aku, aku rasa bersyukur sangat dengan pencapaiaan aku sekarang. Ada ada bisnes dan syarikat milik sendiri, mempunyai career lain dlm bidang engineering yang stabil dengan jawatan yang agak baik di salah satu syarikat swasta beribu pejabat di Finland dan masih menuntut di UTM secara partime(dah nk grad dah pun),kereta yg agak ok(dah nk habis loan dah pun, tahun dpn plan beli sebijik lagi skrg pye bg mama), dan memiliki rumah sendiri. Dan aku mempu sara ibu aku dan dua orang adik aku yang menuntut di asrama kedua2nye.. Belanja yang agak tinggi setiap bulan memandangkan masing2 blajar di Perak. Semua tu ku capai diusia 25tahun(2012)!!
Aku bukan anak orang kaya, ibubapa ku hanyalah seorang perantau. Tp pengalaman zaman kanak2 aku yang cukup mendera perasaan aku membuatkan aku jadi kuat,tabah,sabar dan tak kenal erti penat dan putus asa. Dikala rakan2 sebaya megharapkan duit dr ibubapa, aku dah dah mula belajar bisness.. Aku masih ingt bisness pertama aku ketika umur 11tahun aku jual sticker kt kwn2 sekolah..modal aku RM2(modal lain minyak sume kira ayah aku la..hehehe), untung aku RM12..bkn main suka aku byk tu RM12 masa tu, bdk2 lagi.. then aku start keje lps PMR sebulan time bulan pose aku dapat gaji RM600. Banyak gile time tu.. aku belikan meja jati kt ruang tamu time malam raya tu. =) balance aku beli handphone 3310. duit sendri titik peluh sendri.. aku sorang je pkai dah hp time tu..then cukup jer umur 16tahun boleh kerja, aku kerja promoter kt Jusco and Parkson selama cuti sekolah sebulan tu.. aku dapat RM1100 masuk OT kaw2 masa tu..dikala kwn2 lain duk main2 lenggang kaki cuti sekolah kt umah, aku kerja 101m-10pm sblum masuk form5.. Sbb aku dah biasa susah boss aku mmg sayang aku sbb workhard x cengkelat. Bkn boss aku jer, bos2 brand lain pun. sebab dorg suka cara kerja aku dorg akn call aku jer klu nak pekerja lg2 time cuti sekolah. maknanya kerja dah menanti aku.. duit masyuk.. hasil titik peluh aku. tp aku x abaikan pelajaran sbb aku skolah asrama kan, time cuti ke la. Lps SPM aku xyah cari keje,kerja dah tunggu aku.. hari ni last paper esok trus keje.. syukur rezeki yang tuhan bagi. x yah la aku nk mintak duit parents aku.
Lps result kluar aku x dpt masuk mane2 sedih, mungkin bukan rezeki aku, aku x buat rayuaan pun n aku amik Form6.. tp aku masih keje partime,boss x bg berhenti.. masuk kol6-10mlm.. Bdk2 kelas aku ckp pe la ko ni nk study study je lah betul2, ni keje..ko ni susah sgt ker? parents ko dah x mampu ye?.. YaAllah, tuhan je lah tahu time tu.. then aku jwb aku x nk menyusahkan parents aku x reti berdikari harap duit mak bapak. Aku balik keje kol 10pm aku study smpai kol2am tau.. ko pe tau? kalau ko larat? gelak besar dorg sbb x caye..muka ko nk study? masuk sekolah pun kol8(sbb aku mls msuk assembly pagi yg tah pape) balik kol11 or 12(lps abeh class-wat pe tunggu smpai kol1.30) dengan merempit naik 125 nye. mentak2 naik moto ske2 kluar masuk. Ske ati aku la, korg pun bukan study, borak jer..baik aku balik tido. kumpul tenaga keje. Last2 lps dapat result pointer aku lg tinggi dr dorg yang perasan perfect tu... hahahaha... dengan bangganye aku ckp kuat2, hello... sekarang sape yang blajar full time spe yg keje blik kol10pm ni?? kalau result pun tah pape baik x yah la wey...pg blik la x yah skolah!! mmg aku bongkak!ske ati aku la, aku dapat result mcm tu sbb usaha aku study pas abeh keje.. korg ada?? huhuhuhu.. Aku mmg target smpai lower6 jer, pastu aku dpt poly intake January aku blah la.. x kuasa aku,aku bdk engineering bkn bdk skolah lg nk campur ngn org2 pikiran sempit mcm tu, x kuasa aku nyah,..buat hal sendiri lg bagus..huhuhuhu..Sekali lagi aku tekankan, jgn suka pandang rendah kt orang(walupun aku mmg rendah pun), perlekehkan orang dan menilai orang dari luaran.. peringatan untuk diri sendiri juga..
Sekarang bila dah besar,baru la semua nak bukak mata. Baru la nak baik2 ngn family, tp x semua gak.. ada lagi yg busuk hati tu x leh tgk orang lebih dr anak dia.. huhuhu.. dlm 3bln lps mama cite kt aku si makcik ni tye anak ko keje mne er, ckp la kilang kt port klang. Then makcik yg sorg mmg x puas ati dgn aku dari kecik menyampuk.. " ala,kalau keje kilang susah, nnt kalau bankrup, habis x keje langsung. Jadi la mcm org depan tu yg jual kuih tepi jln tu,kilang bankrup!!" Walawey!!!..Heloooo, ko ingat aku ni lepasan SRP ker?? SPM?? i'm Mechanical Engineering graduate ok!! campak je la mana2, insyallah izin tuhan keje datang kt aku. Stakat anak ko keje tuttt jer..lepasan university yg production graduate tu x yah la ko nk pandang rendah kt anak orang. Aku ni belum lagi abeh degree, tp alhamdulillah dgn umur 25thn apa jawatan aku sekarang? Bdk lepasan degree pun blom tentu boleh dapat kepercayaan macam ni. Harapan syarikat tau, bkn nk sombong, tp klu aku busuk hati la aku blah je sekarang lintang pukang la nanti sbb benda paling penting dlm syrikat tu fully under my control. Aku sorang yg control system tu,aku sorang yg develope formula dlm tu, sume ada dlm kepala otak aku.. x der save kt mane2 file. Anak ko boleh keje bersengkang mata smpai kol3pagi,4pagi semata2 nak communicate pasal kerja dengan partner Factory kt USA yg beza waktu 13jam dr kita? Then bangun pagi masuk lewat 1jam jer? Keje time MC yg trok sangat, keje time admit? Kalau anak ko hilang keje mmg susah la nak dpt keje stakat mcm tu jer.. So, please la.. mcam bagus nk pandang kat orang kan.. henti2 kan la sikap buruk anda tu.. tuhan kata DOSA KITA DENGAN TUHAN, TUHAN BOLEH AMPUNKAN KALAU KITA BERTAUBAT.TAPI DOSA SESAMA MANUSIA KALAU X DIMAAFKAN CARI LA AKU KT PADANG MASHAR NNT YE...
Fuuhhh, sedar tak sedar dah nak kol2pagi dah.. rase cepat je mase berlalu.. Alhamdulillah akhirnye aku ada kekuatan untuk mencoretkan nukilan hati aku yang aku pendam selama ni.. dalam blog milik aku!.. Mungkin bosan duduk dah 4hari ditahan di wad Hospital Pantai ni, aku taiplah isi hati aku dlm entry ni.. Sekali lagi aku ingin meminta maaf kepada sesiapa yang mungkin terasa hati dgn coretan aku, tp ketahuilah bahawasanya semua ini datang dari hati aku 100% pengalaman hidup aku yang aku dah lalui selama 25tahun hidup sebangai anak seorang perantau yang betul-betul menguji emosi,perasaan dan ketabahan aku untuk menjadi sumber inspirasi aku untuk terus berjaya hanya kerana Allah dan keluarga ku yang tercinta. Anggaplah apa yang telah terjadi telah membuatkan aku menjadi insan yang lebih menghargai hidup dan apa yang ada disekeliling aku.Semoga aku akan terus kekal dengan eta yang dulu,sekarang dan selamanya.. Kepada sahabat2 baik aku, yang x pernah menyakiti hati aku, sentiasa menyokong aku dan tak pernah busuk hati, kalian la segalanya bagi aku. Terima kasih keran sudi menjadi sahabat yang sangat baik dan x pernah memandang rendah atas kekurangan diri ini.. Terima kasih juga kepada cikgu-cikgu yang sangant openminded, x ada diskriminasi terhadap aku, mengajar aku dengan seikhlas hati dan menjadi guru yang sangat beretika sehingga aku berada ditahap yang sekarang. Kekuatan aku datangnya dari Allah yang maha adil dan berkuasa. Sesungguhnya hidup kita umpama roda, jangan sesekali kita menghina orang, memandang rendah kepada orang lain kerana segalanya Allah yang tentukan yang Maha Adil lagi bijaksana.. Wallahualam... Wassalam..
Nukilan hati,
Eta (anak seorang perantau)
2.34am 30/12/2012 Tingkat 2, atas katil Wad B17 Hospital Pantai Medical Centre Klang.
sabar lah beb.. dugaan dimana tak kira dari langit mahupun di darat :) terima dgn terbuka.. :)
ReplyDeleteTerime kasih kakak. akak membuka mata saya :')
ReplyDeleteSemoga akk sentiasa kuat dan terus tabah.
Tahniah kat akk atas semua kejayaan akk :D
hehehe.. thanks bebeh!!
ReplyDeleteamirah: trima kasih ye sudi baca entry akk.. =)
pasti 1 hari nanti aku akn buat gak mcm nie. belum tiba masanya ...
ReplyDelete