Monday, February 1, 2016

How to Book India Train for Foreigner via IRCTC

Assalammualaikum dan salam sejahtera..



Aku rasa entry ini sangat berguna untuk sesiapa yang ingin memnempah railway ticket di India. Dengan population berbillion penduduk di India, amatlah penting untuk kalian menempah tiket seawal tiga bulan dari tarikh perjalanan. Aku akan kongsi cara untuk menempah tiket melalui IRCTC Website dimana website rasmi India train. Kalian juga boleh menempah melalui Cleartrip.com tapi aku lagi suka terus direct di website rasmi IRCTC.

So, mari kita mulakan.

1. REGISTRATION

I. SIGN-UP

Click button Sign-up
Click Sign-Up
II. INDIVIDUAL REGISTRATION

Yang paling tricky kat sini orang selalu confuse termasuklah aku adalah Aadhaa Card dengan Mobile number (India number) Yang lain isi semua macam biasa.Tengok bawah.

First Name: Siti Rozita
Last Name: Sabar
Aadhaa Card: biarkan kosong (empty)
Mobile : +91 23456789 
(dummy number or letak je number hp korang. Boleh letak apa-apa nombor tapi make sure ingat sebab next step nanti dia akan tanya. Tapi nanti dalam email pun dia ada send)
Address: Your local address back home
Lepas isi semua completed, click SUBMIT!!...

Registration form
III. VERIFICATION STEP

Yang ini paling payah sekali sebab tak ada orang guide macam mana. Sebab tu aku share dengan korang sebagai rujukan biar korang tak susah. Baik kan aku?? hehehe. Untuk verification,korang memerlukan Email OTP dan Mobile OTP dan click kat link email yang dihantar oleh IRCTC.

i. Received verification email from IRCTC
Mereka akan hantar Email OTP untuk verification dan Mobile OTP pada nombor tipu-tipu yang korang dah register tadi. "Eh, aku main letak je nombor tadi. Macam mana aku nak received mobile OTP. Habis la, tak dapat register la macam ni"...

Email OTP untuk verification. tengok code dia yang font merah tu
Relax, jangan lah melatah.. System semua dibuat oleh manusia. Kita handle dia, bukan dia handle kita. So yang ini apa korang patut buat.

Sila hantar email pada care@irctc.co.in untuk meminta mereka hantar mobile OTP via email. Sertakan sekali gambar passport korang dan User ID. Jangan macam aku, kelam kabut sangat sampai lupa attached mula-mula tu. Apalah sengal, macam mana dorang nak trace kan.. huhuhu..

Contoh ayat macam ni. (baik gile aku semua suap..hehe)

Dear Sir/Madam,

I am Malaysian and just registered my account in IRCTCwebsite. As i don't have Indian Mobile number, kindly please send me the mobile OTP via email.

User ID: gadisbackpackernomad (contoh)
Enclosed is my passport photo for your verification.

Your prompt reply is highly appreciated.

Regards,
Rozita (budak comel)



Tapi korang jangan nak suka sangat. Please jangan mengharap mereka akan reply email ko hari tu juga. tapi kalau dia reply awal, tu nasib korang baik. Kalau tak ko kena doa la banyak-banyak biar korang reply cepat. huhuhuhu... macam aku, 25hb December 2015 aku email 1st January 2016 baru dia reply. Gile setahun!!... hahaha gurau je. 5 hari pun macam 5 tahun. Tu pun aku dah 2x hantar reminder kat mereka.

Reply dari IRCTC
Antara email mereka sebab aku push mereka dari email lain pun. hehe
Dan akhirnya.... mereka hantar mobile verification code tu pada aku.. ffuhhhh... lega. Pergi balik pada email asal mereka yang ada email OTP and link untuk activation tu dan masukkan la email&mobile OTP macam apa dia nak. Sekiannnn... selesai urusan  registration.. nampak macam senang kan? Tapi dia dah amik masa 2 minggu untuk selesai. Huhuhuhu....
Mobile Verification Code
2. BOOK TRAIN TICKET

Lepas tu boleh la start hunting ticket. Ticket boleh dibeli seawal 3 bulan awal, jadi nasihat aku belilah awal-awal kalau tak nak masuk dalam waiting list. Apa tu waiting list? RAC? Macam aku, sepatutnya aku tak plan pun nak cover sampai utara India. Aku beli flight tix return sorang je. Lepas beberapa bulan member aku cakap nak follow. So aku on je.. Flight aku return kerala on 7th February 2016, on December AA lunched new route KL-DelHI. Last minute change plan dar South to North. Kerala-Mumbai-Jaipur-Agra-Delhi.. Dan akhirnya beli lah ticket sebulan sebelum fly. So masuk la Waiting List untuk train Mumbai-Jaipur..

 teruskan membaca plzz...

I. DESTINASI

Pilih je destinasi korang contoh:
From: Mumbai
To: Jaipur
Date: ______?
India ada banyak station, korang pilih je mana-mana dulu sebab nanti dia akan keluar semua dalam list termasuk time departure. Lepas tu korang pilih la nak ambil ticket waktu bila. Tengok station mana, then google map location tu. Senang tak korang nak reach or susah? Jauh dari tempat menginap contohnya. Kalau tak google semua location station tu, then pilih la yang mana paling kena dengan korang.

II. CLASS

Harga tiket bergantung kepada class yang korang ambil.
1A class : 1st class,air-corn dan harga mahal. Lagi mahal dari flight IndiGo kalau buat promo..Selesa.
2A class : 2nd class,air-corn katil 2 tingkat. Agak bersih, bolah tahan. Tapi toilet, hmmmmmm. Aku amik class ni dari Mumbai-Jaipur 19hours journey.
3A class : 3 tingkat katil, tak ada bantal, selimut macam 1st & 2nd class. Murah.
SL : sleeping class, sangat murah. Tapi aku terbaca ramai orang kata class ni ramai pondan kaki pau.. Aku naik train ni sekali dari Ernakulam-Alleppy perjalanan 1jam setengah. Tapi tak ada orang.. tak ramai waktu tu..

2nd class, ada bantal and selimut
Ada plug.. ni yang best. Kasi charge semua.
Train Schedule. Station, time, availability and class.

III. TICKET STATUS

Bila dah pilih train dan class mana yang korang nak naik, lepas tu akan keluar macam pic kat bawah ni. Tengok dekat red box availability, contoh bawah ni, Available-0011; maksudnya ada 11 seat/berth lagi yang available. Hello, tu 3bulan dari tarikh sekarang(March 2016) tau. tinggal 11 je. Tapi jangan risau, kalau dah sold out pun korang masih boleh book lagi Tapi akan masuk dalam waiting list.

2nd Class, 11 availability, total Rp2035

Ha, macam ni waiting list tu. "WL"=Waiting list. Kalau koranf tengok dalam red box kat bawah ni korang mesti tak faham kan. Meh aku explain apa yang aku faham lah....
GNWL11= korang orang ke 11 yang masuk dalam waiting list, tapi currently tix korang berada di nombor ke 4 dalam waiting list sebab tu dia show /WL4.

Maknanya, dah ada 11orang masuk dalam waiting list tapi dah 7 orang canceled booking, jadinya korang dapat la tempat ke 4.

Untuk confirmed booking, selepas waiting list korang akan masuk pula dalam "RAC" list. Maksudnya lagi, kalau lah ada 4orang cancel booking dalam masa sebelum departure tu, korang akan masuk dalam RAC list. Yang ni maksudnya booking korang dah confirmed tapi cuma dapat seat je tak dapat katil. Sadis kan dengar?...hahaha

Jangan risau lagi, korang doa lah banyak-banyak ada orang cancel ticket lagi sebab let say your booking number is "RAC6" maknanya kena tunggu 6 orang lagi cancel tix untuk korang dapatkan katil. Tapi jangan risau lagi, sebab India ni pape pun boleh deal. Aku nampak mereka yang tak dapat tix tu tunggu penjaga station, pergi kat dia dan dia tolong arrange katil. Itupun kalau korang ada luck lah..hahahahaha...

Waiting List4
Pengalaman aku, aku beli waiting list kena nombor 8&9.. Nasihat aku, kalau 2nd class waiting list below 10, korang masih ada harapan nak dapat seat lagi. Tapi kalau nombor dah belas-belas tu tak payah la.. Book jelah 3rd class sebab 3rd class banyak seat and coach, possibility orang cancel tiket tu tinggi. Ada peluang nak dapat tempat. Tapi kalau 1st and 2nd, payah la nak cakap.

Ok, dah faham macam mana nak book tix?.. Next...

IV. PASSENGER DETAILS

Masukkan nama macam dalam passport, tapi ruang dia tak banyak characters boleh masuk. Isi jelah nama korang. Age, Gender, Berth Preference (LB-Lower Berth) tu je.... senang kan?? Nanti akan ada conductor check PNR number dengan Passport korang..

Passenger Details
3. PAYMENT

Walaweyyyy, ni yang paling buat aku sakit jiwa sekali.. Aku cuba CIMB mastercard, rejected. Maybank visa, rejected. Ada memang citibank dalam options tu, rejected gak! Aku tak puas hati aku try banyak kali.. bukan sehari je.. berhari-hari aku buat semua reject. Bila aku call banks, semua cakap tak ada masalah.. Epay code pun dah sent, tapi tak ada transaction yang dibuat..

Belek-punya belek ada satu traveller ni cakap IRCTC cuma accept AMEX sahaja ok!!.. Baru aku teringat aku memang ada AMEX tapi tak penah guna pun.. Tah active tah tak.

cimb payment rejected
Amex hanya kena charge 1.8% service charge berbanding bank lain
Ok, ni last. Aku cuba. Kalau tak, aku kena fikir plan B macam mana nak dapatkan ticket. Dengan lafaz bismillah, aku buat payment.. Punyalah mengharap, sekali reject lagi!! aku macam tak percaya je.. OMG!!.. Aku call bank checked kenapa payment aku rejected. Bank cakap aku salah masukkan security number 4 digits tu.. Owhhhhh, ok2.. Aku buat lagi sekali. Maklumlah, memang tak penah guna buat online transaction guna amex..

Sekali lagi aku buat... jeng.. jeng... Approved!!!!!! yeaaaayyy... Alhamdulillah, akhirnya setelah hampir sebulan aku melalui semua ni... fuhhhhhhh... ok, Baru aku ingat nak cancel je card Amex ni, tapi nampaknya ada gak jasa dia kat aku ni. hehe...

Oh, ya.. Lupa nak cakap. Kalau waiting list pun, credit card korang akan kena deduct. Tapi kalau korang tak naik train tu sebab tak ticket korang tak confirmed or korang nak cancel, korang akan dapat refund duit balik. Dengar-dengar macam dalam tempoh masa seminggu.

Ok, macam nilah rupanya e-ticket korang.

4. IRCTC MOBILE APPS

Pengguna Apple, boleh download IRCTC Apps kat Apps Store secara percuma. Seriously, aku suka sangat dengan Apps ni sebab mudah untuk aku check ticket, waiting list dan kalau korang dah booked ticket korang masukkan PNR No.(booking number) korang dalam list tu. Aku save je dalam phone pastu tunjuk pada counter tix and conductor dalam train pun pakai phone je. Bagi je phone kat dorang.

PNR status tulah yang korang boleh dapat up to date status ticket korang terutamanya yang waiting list. Macam aku, train dari Mumbai-Jaipur seminggu sebelum depart dah berjaya masuk dalam RAC list walaupun waktu aku beli tu masuk dalam waiting list 8&9.. selepas tu 2 jam sebelum departure time, Alhamdulillah RAC status 3&4 bertukar menjadi confirmed.. yeahhh!! Dapat katil boleh baring-baring.. Tido!!hehe...

ini apps dia, boleh download.. very useful

Information dalam ni cukup padat untuk bantu korang. 
 Semoga entry ini membantu kalian. Jangan stress, relax and cool... :)

Follow IG: Rozita_Sawadashin


Saturday, May 2, 2015

Trip 4 Negara:Yangshuo-Guilin-Guangzhou,China

Assalamualaikum and good day!!

Keseinambungan dari entry Art Palace of Nature,Yangshuo

Hari ini aku perlu move the Guangzhou lak. Macam sayang gile nak tinggalkan Yangshuo and Guilin ni. Tapi apakah daya, pengembaraaan harus diteruskan..hehe

Route aku dari keluar wada hostel Yangshuo sampailah ke Plum Flowers House,Guangzhou macam kat bawah ni. Aku dah summarized route, transporatation, duration and rate.

Ni route aku based on google map, tapi ni tak leh caya sebab mana ada 13jam, 3jam je. Maybe ni not up to date

Route:

1. Wada hostel- Yangshuo North bus station : Taxi (10minutes- CNY20)
2.  Yangshuo North Bus Station-Zhongshan S Road(apposite Guilin Station) : Bus (1.5hour-CNY20)
3. Zhongshan S Road-Guilin Bei Railway Station: Bus (45minutes-CNY2)
4. Guilin Bei Railway Station - Guangzhou South Station: Speed Train D2837  (3hours-CNY137)
5. Guangzhou South Station -Meihuayuan Station: Subway (45mins-tak ingat)


So hari ini aku akan move dari Yangshuo-Guilin_Guangzhou. Makanya pagi-pagi aku dah check out dari Wada Hostel Yangshuo menuju ke "bus station"(tak berapa nak station la, just park macam tu je) untuk ke Guilin town. Dari Wada Hostel Yangshuo pergi ke North bus station. Naik tut-tut je senang, tapi mahal gak 20Yuan dalam 10minit je.. ergghhh.... kelmarin naik teksi MPV mewah lagi 20Yuan gak, ni tut-tut pun 20yuan. sabar jelah...

4bed Dorm at Wada Hostel Yangshuo
Macam yang aku tulis route aku kat atas tadi, aku turun kat hentian bus last sekali. Aku pun sebanarnya blur tak tau mana location aku dah. hahahah.. relax2 don't panic. Aku jalan je pi jalan besar, nak tanya orang semua tak faham. So aku cari main route. Kat simpang, pandang kiri-pandang kanan, nampak macam busy je jalan sanan tu banyak kenderaan. So menapak dalam 500meter ke arah jalan tu. Taraaaa, kan betul. main route yang dekat dengan Guilin Station yang aku turun bus waktu mula-mula sampai guilin pagi 3hari lepas. Fuhhhh, nasib baik jumpa pangkal jalan..hehe

Next, cari bus macam mana nak ke Guilin North(Guilin Bei) Railway Station. Boleh je kalau naik teksi, tapi jauh la mendapat nak membayar nanti.huhuhu...  Sebabkan China ni arah jalan dia terbalik dari malaysia (left side driving), so kalau hari tu arrived bus blah kanan, mesti nak patah balik ke Station dari arah seberang lak. So aku melintas jalan, confirmkan dengan budak-budak muda yang nampak macam student arah nak pergi Guilin Bei station. Ingat ye, Guilin ada 2 stations dan Guilin Bei untuk Speed Train ke Guangzhou. Tapi check balik ticket train korang, Guilin Station shj or Guilin North. Kalau Guilin North jauh station dia, pinggir bandar. Kalau Guilin Station dekat je dengan Wada Hostel Guilin.

kalau tak silap aku, aku naik bus no.10. Korang pun boleh gak refer kat bus stop tu ada route bus nombor dia. tambang murah je 2Yuan.hehe.. Dalam hampir sejam dalam bus yang penuh dengan orang, aku pun sampai lah ke Guilin Bei Station. train aku pukul 13:15pm.. Lain lak station ni, hari tu aku sampai subuh, so tak ada kedai buka lagi. Blah kanan luar station tu ada kedai makan cina and orang jual buah. Aku nampak ada satu kedai ni tanda Halal and simbol masjid. wahhhhh, dia jual roti!! macam roti nan. Sedap weyyyy..... Aku beli 3 terus, besar-besar! Yummy!!.. Aku tanya dia mana ada restaurant, lepastu dia tunjuk kat aku ada beef noodle blah belakang rupanya.. Alhamdulillah, aku memang lapar gile ni.

Kedai roti tu. Sedap wey lagi2 yang ada badam
Aku makan nasi goreng ayam kat sini, dan ada seorang lelaki middle east tengah makan ni tegur aku. Dia jemput aku duduk sekali satu table dengan dia. Nama dia aku tak ingat, tapi asal Iran.. dalam hati,... hmmmm shiah ke dia ni.. huhuhu..

Inilah restauran yang aku maksudkan di luar Guilin Station
Iranian: Are you from Indonesia?
Me: Nope, I'm from Malaysia. and you?
Iranian: I'm from Iran. I'm working in Guangzhou, for almost10 years..
Me: Owhh, I see.. Your own business?
Iranian: Yeah, and join venture with local people. So Malaysia!,you just loss your air planes right?
Me: hmmmmm.... yeah, too bad..mysterious tragedies(aku dah agak dah dia mesti tanya punya)
Iranian: So, what do Malaysian think behind all these.. Do you know actually what's going on behind?
Me: Most of Malaysian believed that flight was not missing. It's impossible with global high technology satellite we couldn't trace the flight location. That radiculas and doesn't make sense..
Iranian: I'll tell you something,.....blablabla... (honestly, i'm not interested with any his point of view. His voice sounds more to condemn Malaysia and seems wanna blame us. Then as a Patriotic Malaysian, i've to defend my lovely country).
Me: Sir, i respect you view. But I as a Malaysian, we know what's going on better than others. I could speak or pointing out to those countries which we believed they're involving in the tragedy, but i think just stop to make any conclusions if you do not confirm where's the information coming from. (tegas, tapi bersahaja.. tak nak timbulkan suasana tegang kat situ. Just share minded session)
Iranian: Well, if you think that is the best idea... (aku terus suap nasi dalam mulut). Lagi aku bengang sebenarnya sebab dia kutuk Dr. Mahathir. Mahathir?? Who's Mahathir? Come on, we are talking about big name like Nelson Pamela, Le Kuan Yew.. (kuang ajak juga dia ni kan..)
Me: Well, if you don't know who's Mahathir, he is the only Prime Minister from Islamic country which helping Bosnia during the war on 1990 and Palestine as well while any other Muslim countries just keep silent and do not care about their brothers and sisters..Today, if Malaysian come to Bosnia and they know we're from Bosnia they'll treat us like a King you know. "Oh, you're from Malaysia! We loves Mahathir...(gluppppp makan dalam tak?) dan dia pun senyum sambil angguk-angguk kepala..
Iranian: Ok, nice to talk with you.. i need to go now. Have a nice meal.. :)
Aku pun bangun tunjuk sifat sopan aku, Malaysian kan... Biar lah orang langsi, kita baik2 je.. :)

Tutup cite pasal Iranian tadi, walaupun dia nampak annoying, tapi kita mesti keep positive. Ok lah boleh tukar2 idea and pendapat kan. Makanan aku 12Yuan je. Kenyang! Sampai malam aku tak makan.

Perjalanan ke Guangzhou selama 3jam disajikan pemandangan kampung, kebun sayur, sungai dan bukit-bukau amat mempersonakan. Dan akhirnya aku tiba di Guangzhou South Station.

Guangzhou South Station
Keadaan dalam speed train
Macam Shinkasen gak
Direction dia perfect
Ok, so dari Guangzhou South Station aku nak pergi beli ticket to HongKong. Sepatutnya aku kena pergi Guangzhou East Railway Station, tapi bila masuk je subway, aku nampak Guangzhou Station. terus aku turun kat station tu dan masuk arah kaunter. Apesal eh, station ni macam buruk je, lama je.Ni ke gi Hong Kong. hmmmm, aku pun beratur je lah. Dan bila sampai kaunter aku cakap aku nak beli ticket gi Hong Kong. Staff tu cakap cina lak dengan aku, budget aku paham la?? hahahaha... Dah la tak peramah, dia marah lak tu . Wey, aku tak faham ko cakap apa. Dia suruh aku pegi Shenzen. Eh, pehal lak. Aku confirm memang ada ticket direct pegi Hong KOng dari Guangzhou. Aku pulak degil terus cakap Hong Kong from Guangzhou, not Shenzen. . Lepas tu dia tulis kat kertas sambil dia kama Meiiyoouuuu... dia bagi aku then dia suruh aku blah. Ha, yang meiyouuu tu aku faham la. Tak ada!! Dia terus panggil Next..... Chissss.. aku pun berlalu dengan bengang and blur. Tak pelah, pegi hostel dulu, tunjuk kertas ni kat staff hostel. Tanya apa maksud staff station tu tadi.

Beratur panjang, sekali tak dapat ticket.
tengok la keadaan station ni.
Aku stay di Plum Flowers House, amik subway Line 3 turun di Meihuayuan Station. Tapi aku nasihatkan korang lah kan, tak payah la book tempat ni.Plum Flowers House ni aku tengok best ranking dalam hostelworld.com, tapi lately before nak book tu ada plak comments yang cakap tempat kotor la bagai. Area dia best, apartment sebenarnya kawasan macam elite gak la. Tapi bila aku sampai, ya ampunnnnn.... ni ke tempat dia. Bersepah! Cawan tak basuh entah berapa hari tah dalam sink. Meja bersepah, tengok macam student punya rumah. Rupanya betul! student yang run rumah tu. Baru aku tau yang rumah ni under new management dan sewakan akt orang. Aduhhh, fail betul lah. Dorm aku pun sama gak. Dalam tu ada empat katil. Sadis gile. Dua malam lak kat sini. Lepastu mintak lak deposite kunci 100Yuan. Aku duduk sini sebab aku baca dalam review tempat ni best, bersih. Bilik air pun berdaki.Memang fail betul la, aku nak pindah tapi mana lak nak cari hostel sebab time tu dah gelap dah, lagipun tempat jauh sikit dari city, tapi dekat dengan Guangzhou East Station untuk ke Hong Kong. Hmmmm, redha jelah.. pengajaran gak ni supaya lebih peka time book hostel.

 Aku keluar cari mana halal restaurant yang katanya ada sekitar tu. Tapi tak ada pun... sedihh... Lepak lah kt coffee house kat situ minum air, sampai aku rasa aku dah ngantuk baru aku balik dan terus tido, penat gile dari pagi gerak dari Yangshuo... Good Night. Esok pagi-pagi aku nak keluar sebab host coachsurfing akan bawa aku jalan-jalan... :)

Dah, sambung esok....

Daily Expenses:

Cab Yangshuo: 20Yuan
Bus Yangshuo-Guilin: 20Yuan
Bus GulinBei : 1Yuan
Roti: 6Yuan
Lunch:25Yuan
Subway: Tak ingat, letak la total 10Yuan

Total: CNY82


Friday, May 1, 2015

Trip 4 Negara: Art Palace of Nature,Yangshuo

Assalammualaikum....

Happy Labour Day!! 1st May 2015, Location: Yangshou,China

Keseinambungan dari entry Trip 4 Negara: Guilin-Yangshuo

Hari ini aku akan spent time untuk explore sekitar Yangshuo ni. Orang kata tmpat ni cantik dan juga tempat shoot filem Avatar. Disini korang ada dua option sama ada nak explore tempat ni guna basikal or naik motor. Aku pilih untuk naik motor sebab boleh lagi cepat. Motor dia skuter electric, macam best je sebab tak ada pollution.

Tapi sewa agak mahal 80Yuan(RM55)(sehari) dan korang kena bagi 500Yuan(RM340) sebagai deposite. Nanti dia akan return time korang pulang motor. Tapi ingat orang China ni banyak trick, jangan pulak korang lupa. Memang tak dapat balik la nanti. Tu pun aku tunggu lama gak dalam 15minit tunggu orang yang pegang deposite aku tu datang balik. Tu pun lepas aku tanya berkali-kali dekat orang yang jaga tu."My 500Yuan deposite?". Dia mintak kunci, aku cakap you give me my deposite then i give you the key. Then dia suruh aku tunggu. Bukan boleh percaya orang China ni, kang dia kata dia dah pulang lak. Mendapat!!

Pasal motor pula, 80Yuan tu untuk 1hari tapi bateri cuma ada cukup untuk 40km je katanya. Aku dapat motor time tu dah 11km.. Chiiiissss, auta aku ni. Dia bersungguh-sungguh cakap only 40km you must reach back here. Call me if anything happen.

Aku jalan sekejap je dah naik 20km, ni nak auta aku la ni. Dah la bagi dia dah guna 11km. Aku lak boleh tak perasan. Tapi malas nak fikir pasal km motor tu, baik enjoy. Tapi ramai gak orang naik basikal, tapi tengok dari route memang semua agak jauh. Penat gile kalau naik basikal tu. And rasa memang tak boleh cover shari kalau naik basikal, lagi la berbukit kawasan ni. Memang penat gile.. hukhukhuk...

Untuk destinasi pertama aku, aku nak pergi cari ancient village. Jalan punya jalan ikut map tapi sesat. Jumpa lak satu kawawan ancient village. Perkampungan ni sunyi sepi je, tapi memang ada orang. sebab ada motor and motorcar petani tu. Tapi sunyi, serious sunyi je.
Aku masuk sampai hujung kampung, and taraaaaaa..... aku disajikan dengan view kat bawah ni...

Waaaahhhhhh, cantiknya... terus aku park motor sebelah rumah orang. Bukak helmet, kunci motor dan berjalan kedalam kawasan kebun sayur tu. 

View sangat cantik, dengan batu bukit yang tercacak tu. Amazing.
Aku curious kenapa tak ada orang kat ladang ni. Owhhhh mungkin orang cuti labour day kot. Nak mintak kebenaran masuk kawasan orang tapi tak ada sapa. So aku redah jelah...

Lepas tu aku nampak seorang lelaki tengah betulkan mesin dia. Dari jauh aku angkat tangan sambil cakap "Nihauu".. Di angkat kepala and angkat tangan kat aku dan terus sambung semula kerja dia. Dari reaction dia, nampak memang tak salah kalau aku masuk kawasan tu. So, aku jalan lah terus.....

Batu-batu kat sini sangat spiritual
Jalan di atas batas kebun sayur yang tak bersayur.
batu-batu hitam tu buat aku rasa macamaku berada di dunia lain
Tak puas tengok view dia

Aku masih musykil dengan kewujudan batu hitam yang banyak kt sini

Aku terbayang cite Avatar.
Batu ni juga dijadikan sebagai batu kubur
Batu dia tercacak-caka. Scary pun ada.

Sayuran yang ditanam oleh penduduk kampung. tak tau lak sayur apa ni
Terjumpa cangkul, bertani sat
Teringat cerita Avatar??

Disini ada banyak kubur. aku rasa kubur penduduk kampung tu. Nampak je kubur seram sejuk lak aku. Kubur dia sangat ancient tak sama macam kubur Buddhist kat Malaysia.Dan kubur ini juga dibuat dengan batu-batu hitam yang tercacak tu. Aku tengok colok dia masik fresh, mungkin ada upacara malam tadi.

Kubur penduduk tempatan. Korang jangan nak jampi lak.. hehe
Tak lama lepas tu aku pun berlalu dan meneruskan perjalanan ikut peta kat tangan. Lokasi seterusnya ancient village yang dekat dengan Yulong River. Sambil tu aku ikut orang naik basikal tu. Mesti lah dorang pun pergi tempat yang sama kan. Perun punya perun sampai lah aku ke Yulong River. Haaa, kat sini lah orang kata best naik rakit.  Sorry to say, aku pun lupa apa nama village tu sebab aku main redah je. Tapi korang akan nampak signboard and akan ada dalam map attaractions in Yangshou tu.

Ancient village ni macam dah modern sikit dari yang first one aku jumpa tu. Bahagian depan semua rumah batu design modern. Yang bahagian belakang barulah yang lama guna batu tanah liat mungkin. Rumah lama tu dah tak ada orang duduk dah. Semua dorang jadikan store untuk barang tani dorang. Ada yang tinggal langsung. Sayang. Aku park motor belakang dapur rumah orang, (bestnya motor ni tak ada bunyi, so tak ganggu ketenteraman orang). Aku jalan disebalik rumah, dari satu lorong ke lorong lain. Macam dalam game yang loss tu pulak... hehehe..

Korang jamu lah mata dengan pics kat bawah ni.

zaman dulu-dulu tingkap nilah port anak gadis dating dgn pakwe dia. Dia kt dlm pakwe kt luar. hehe

Entah ceruk mana tah yg aku redah ni
Scary gile rumah tinggal ni

Ancient sangat
Antara pic yg aku suka. Basikal tua tu!!
Kayu api disimpan macam tu
Aku terasa macam zaman 200 tahun yang lalu
Redah!
Tangga ni akan bawa ke kawasan lagi lama dan semak
View lepas naik tangga tadi
Kawasan ni paling tinggi. Nice utk shoot gambar
Ok, jom turun dan balik. Aku dah seram sejuk sebenarnya
Teringat cite kung fu
Lepas tu aku amik balik motor aku dan keluar dari ancient village ni.

Tak jauh dari situ sampai lah ke kawasan jetty bamboo rafting di Yulong River. Baca dari pengalaman orang lain, akan ada orang tarik-tarik korang untuk naik rakit tu. Tapi mungkin nasib aku baik, tak ada sape lak peduli aku kat situ. hahahaha.... Bagus gak naik motor ni. Suka-suka nak berhenti-suka2 nak jalan. Dan korang akan dapat pergi tempat yang susah kalau nak naik basikal.

Ramai gile tukang rakit
Part ni yang paling best turun dari jeram tu
 Tak lama pun aku kt jetty tu, aku drive pelan2 ikut laluan basikal menyusuri tepi sungai. Apa aku kesan, bukan aku bawak laju pun. Motor aku tak ada bunyi dan orang tak marah pun. Boleh la tu, redah je.. Hahahahah...

Local kids
Ni salah sorang yg paling nakal sebab dia sorang je yg swim
Air sungai bersih gile. Teringat Japan.
Antara view yang korang akan nampak sepanjang trek tu
Lawa kan
 Lepas habis menyusuri Yulong river aku pun ikut signboard menuju ke arah Big Bayan Tree. Ya ampunnnnn, traffic dia memang tak move langsung. nasib aku naik skuter and skill drive yang diasah dari umur 11tahun and merempit dengan 125z kesayangan tulah yg digunakan saat ni. Maybe sebab cuti labour day. Tu yang ramai sangat. tengok ramai sangat, aku stop kat Big Bayan Tree. Park motor bawah pokok pi jengah jap kat entry tu. ramai gile, tah bila nak dapat masuk macam ni. So aku decided tak payah masuk. Lagipun bayan tree tu just pokok je. dah kenapa nak sangat tengok pokok tu, nak memuja ke pe!hahaha...  Bila aku balik kat motor ada lah uncle ni mintak bayar parking CNY5. cisssss, aku park kejap je tak sampai 5 minit... errrgghhhh mahal lak tu. (maaflah aku lupa nak snap pic motor tu sebab excited sangat drive motor electric.hehehe..

So aku terus lagi ikut signboard, sampai kat silver cave. Aku tak berhenti sebab ramai gile and lagi satu sebab cave ni sama macam cave yang aku dah masuk kat Halong Bay,Vietnam beberapa hari lepas. Aku terus menuju ke Moon Hill. Masuk bayar CNY18. Aku mula-mula tak tau apa ada kat moon hill ni, rupanya kena hike naik tangga. Jangan terkejut ada 800anak tangga untuk sampai ke puncak dan anak tangga tu pulak curam gile!! macam nak berbalik kebelakang aku rasa.

Nenek ni jual minuman dan bawak turun botol/tin kosong

Paling aku ingat bila ku jumpa nenek-nenek tua lingkungan umur 60-80tahun gigih bawak air minuman untuk dijual diatas tu. Bayangkanlah diusia sebegitu mereka masih cekalkan hati untuk bekerja demi sesuap nasi.

Akhirnya lepas hampir 45minit masuk kejap2 berhenti aku sampai kepuncak. Nasib tak ramai orang, mungkin sebab dah petang and hampir tutup.

Puncak Moon Hill
View dari Moon Hill. Cantik!
Lepas lepak-lepak lepaskan penat aku turun balik. Kali ni kejap je, turun kan..hehehe... Time nak balik tu sepanjang perjalanan jem gile. Sapa naik kete memang tak gerak la. Padan la muka.. ekekekeke... Yang paling suspen tu, bateri motor aku memang nak mati dah. time tu dah 60km.. perghhhh jauh gak perjalanan aku hari ni. hujan renyai-renyai lak. Time naik bukit memang tak larat dah motor tu sampai aku tolak guna kaki. Aku doa-doa lah mintak sampai kat tempat pulang tu. Kalau tak memang mendapat lak aku nak kena call lak orang tu bagai. Silap2 kang dia charge aku lak! Alhamdulillah, bila aku sampai je kat parking tu ngam-ngam motor aku mati. Dan aku membiarkan motor tu meluncur menuruni bukit tu terus sampai kat khemah orang tu. Orang tu gelak-gelakkan aku bila aku cakap bateri habis!!.. Jangan lupa amik deposit semula ye. Dia macam ngelak lak nak bayar. Adalah 10minit aku tunggu baru orang tu muncul.

Asalnya malam tu aku memang nak tengok Impression Lui Sanjie, tapi sebab tak beli tix and rasanya tix tu mahal sangat maka aku cancel lah plan tu. Baik aku pergi port malam tadi je, dari sana boleh dengar gak Lui Sanjie punya performance. Leh tengok lampu and amik gambar.

Maka, ni lah hasil gambar yang diambil untuk malam kedua di Yangshuo.

Cahaya sana tu hasil dari pancaran lampu kat jambatan
Cantk Kan
Paling suka pic ni sebab completed with boat tu
Aku tak tau apa orang tu buat kat situ

Ya ampunnnn... ramainya orang di tengah hutan belantara!!
Jaga-jaga, CCTV dimana-mana

Expenses Summary:

1. Sewa motor : 80Yuan
2. Lunch : 20Yuan
3. Air Tebu: 5Yuan

Total: 105Yuan