Saturday, April 19, 2014

Tiga Jam Di Kota Singa (Part 2)

Assalamualaikum.....

Ok, selepas ke Marlion Park, aku dah tak ada destinasi nak pergi. Kemana ye nak pergi ni. Rasa macam nak ke Bugis Street sebab dua orang girls Singaporean yang aku jumpa dalam bas kat CIQ tadi cakap situ area tumpuan kat Singapore ni. Aku terus berjalan sambil pegang monopod aku tu dan aku stop tanya pada seorang chinese uncle ni. Aku rasa dia driver bus pelancong tu.

Me: Hi, where is the way to nearest MRT station? And where is the Bugis area? Is it far from here?

Man: Owh, nearest MRT station is Reffles Palace. You see there the UOB building, HSBC? down there. You just cross that bridge. (sambil tunjukkan pada satu jambatan macam mini jambatan Pulau Pinang).

Me: So how if i wanna go to Bugis Street? Can i just walk?

Man: Yes, ofcouse you can walk. But then dont blame me if you pass out!.. hahahahaha (wahhhh suka ea gelak? aku pun gelak kerang busuk. Kang aku buat muka serious dia tacing lak kan?)hohohoho

Me: Ok, thanks.

Man: Where are you from? Why you are alone?

Me: I'm Malaysian. just came here to go around for few hours.

Man: hah??! Alone? Waahhh.. clever girl ha you. Can came here alone. So you can go around. No body will bother you. Hahahaha.. You just cross this road, and get this way.

Me: hehehe.. Where is Zebra line? (sambil tu aku nampak mat saleh ni cross jalan tu slumber jer x lalu zebra line)

Man: Haiyaakk.. you just cross here. Dont worry. No problem.

Me: Are you sure? i would not get a summons then?.. hahaha.. ok2, thank you uncle!.

Man: Ok2.. take care young girl!.. (hahahahaha aku nak tergelak time tu. Dia ingat umur aku berapa?) 20tahun? so korang jangan jeles la..

Aku terus cross jalan tu. Risau gak mana la tahu kot-kot ada camera ke snap pic aku kang tak pasal-pasal aku tak boleh keluar lak. Takkkk nakkkkkk!!!!~
Map langkahan kaki aku. Tapi map ni tipu sebab aku byk ikut shortcut je.
Lepas cross jalan tu ada satu park, tapi aku tak sure apa nama park tu. Apa yang aku nampak kat sana? Haaa... Tempat ni macam more to historical place la kat singapore ni walaupun kecil je kawasan dia.

Taman berhampiran Merlion Park
Disini ada muzium dan juga jeti untuk pelancong naik boat yang macam old school tu yang menyusuri Singapore River. Aku tak pasti la berapa fees untuk naik boat tu, tapi kalau korang nak rasa boleh la. Tapi tengok macam kat sungai Melaka lagi best!!..

Asian Civilisation Museum
Mengikut sejarah, Cavenagh Bridge sebelum ini dikenali dengan nama Edinburgh Bridge (ada pengaruh Scotland disitu) dan namanya telah ditukar kepada Cavenagh Bridge sebagai menghormati General William Orfeur Cavenagh. Jambatan ini menghubungkan kepada dua daerah iaitu Bank Utara dan Daerah Komersial di selatan bank Sungai Singapura. Sebelum jambatan ini dibina masyarakat perlumelalui Elgin Bridge dan pelu membayar 1 duit (1/4sen) untuk menaiki bos menyeberangi sungai tersebut.
Cavenagh Bridge
Cavenagh Bridge
Sila patuhi arahan!

Tengah panas-panas terik tu pula ada orang jual ice-cream. Yummy. SGD1 dia dah siap tulis lagi. Tapi dia jual macam-macam ada yang cone, roti and yang macam-macam jenis. Yang tak bestnye yang jual tu apek, bila fikir bukan senang nak jumpa Melayu kat sini kan? Aku beli je la.. Tapi yang bestnya dorang pakai sarung tangan plastik. Terus aku senyum, bersih! tak ada la kembang tekak ke pe kan. Kalau kat Malaysia memang tak ada la nak pakai sarung tangan ni. Takat ni aku belum penah jumpa lagi.


Apek jual Ice Cream

Pastu aku tanya kat apek tu, How much? Tiba-tiba terus apek tu berubah air muka macam marah pandang aku. Aku nak confirm lagi aku tanya 1 dollar? Pastu dengan muka marah apek tu angguk je. Hmmmm, apesal apek ni tetiba nak marah? Aku tanya je kot. Yelah dia jual macam-macam jenis takkan semua 1dollar kot. 

Pastu apek tu membebel-bebel sendiri pastu hulur ice-cream tu kat aku. Aku bayar la syiling 1dollar. Aku confius sendiri. Dia marah aku ke?Apesal dia nak marah? Takkan sebab aku malay pakai tudung dia anti aku. Eh, takkan la plak samapi racist macam tu? Hmmm.. bia la, malas nak fikir. Baik aku layan ice-cream aku ni.. Yummmmyyy...

Ni iceream 1dollar=RM2.50. fuuhhhh
Lepas tu aku ambil port tepi sungai tu sambil dilayan oleh boat-boat yang lalu di Sungai Singapore tu. Aku menghadap apek tadi, pastu rupanya apek tu usha ketat aku je sambil menjeling!! Mak ai, tak habis lagi apek ni rupanya. Haiiisshhh nasib negara orang. Awat la apek ni macam ni pelik bebenau aku. Lantak la ko pe, asal aku bahagia. Lu tak bahagia wa tarak peduli.. hihihihihi...

Tengok gambar kat bawah.













Sedar tak sedar dah pukul 3.15pm.. weyyy, lama lak aku duk melepak kat tepi sungai ni. Yelah nak lepak tepi sungai Klang tak boleh. Sungai Singapore rare gak pe!hahaha..

Aku pun terus melintas Cavenagh Bridge ni. Terasa macam aku berada di Era 2000 tahun yang lalu la. fuuhhhh.... Sangat klasik!


Dan patung kanak-kanak mandi sungai ni menarik perhatian aku. Hampir tak perasan. Bila dan habis menyeberangi sungai ni baru aku perasan wujudnya kanak-kanak riang ni. Aku patah balik ambil beberapa shoot dari atas jambatan.

Mungkin ia ingin menceritakan zaman dahulu Sungai Singapore adalah tempat untuk kanak-kanak tempatan bermandi-manda. Teringat zaman kanak-kanak korang ker? ahahahaha

 Cuba korang tengok ni dan korang buat lah dialog sendiri. hihihi..








 Kawasan ni memang sah kawasan sejarah sebab aku jalan depan sikit je aku jumpa lagi patung ni. Tiga orang lelaki, seorang lelaki cina, melayu dan seorang lagi mungkin orang besar British.

Disini juga ada lembu dan petani yang sedang mengankat hasil tanaman kedalam kereta lembu. Aku terasa seperti dizaman dahulu kala di tengah-tengah kota metropolitan ini.


Kusyuk mereka mendengar apa yang diperkatakan oleh British tu



















Patung Petani Zaman Dahulu Kala

Aku tak pasti mana station MRT yang uncle tadi tu cakap, aku jalan je.Main redah lalu tepi-tepi bangunan bank tu. Sempat lagi posing kat cermin kanta ni. Hahaha..  Dan bila sampai bangunan depan tu aku pandang kiri aku nampak tulisan ni kat dinding. Ha, ni pun dia. Aku tak tau la yang ni entry sebelah mana. Jomm redah lagi!
Ni dia dah jumpa
Tak ramai orang masuk dari entry ni sebab bukan entry utama
Bila sampai je bawah aku baru start fikir aku nak pegi mana lepas ni? Hmmmm.. aku pergi kat ticket machine tu tengok macam mana nak pegi China Town. Ala, macam leceh sikit jer. Kena tukar train nanti. Tetiba aku terfikir nak pegi Bugis Street macam yang girls yang aku jumpa kat CIQ tadi. Aku tengok, hmmm.. boleh la tak yah tukar train. So aku terus beli ticket subway ke Bugis Station. Ticket SGD1.30 (RM3.30).
Train Menuju ke Bugis Street
Bila sampai di Bugis Station, aku keluar ikut exit shopping mall tu. Punya la ramai kat food court tu. Sabtu kan. Aku langkah je sampai la aku keluar dari shopping mall tu. Keluar je aku terus nampak Bugis street betul-betul bertentangan seberang jalan.


Bugis Street Market adalah syurga membeli belah yang terkenal dikalangan pelancong jika mereka ke Singapura. Pelbagai barangan cenderamata yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan. Tak adalah mahal sangat pun. Aku beli FM dengan harga 5pcs for SGD10. Tote Bag 3 for SGD10. Kalau keychain lak 24pcs for SGD10. Kids T-shirt lak 2pcs for SGD7. Murah kan?? Hehe.. bagi aku ok la.

Bugis Street Market



 Satu benda yang aku perasan dengan peniaga kat Singapore ni, dorang pantang kalau korang tanya lagi price kalau dorang dah pasang signboard besar-besar harga dia. Sebab time aku pilih FM ada la ladies tourist dari India ni tanya berapa harga FM tu. Sekali si tokey pompuan ni leh balas " You can see or not, there. I already put there. You can read??!!(garang macam cikgu marah murid). There, FM-5pcs for 10 dollars, Keychain 24pcs for 10 dollar. So this is waht? Magnet right? So?? aiyaaakkkkk...Terkejut aku tengok. Selumber je dia marah customer tu. macam ni punya orang pun ada ka? Lepas tu dia leh gelak-gelak lak. then dia cakap hindi dengan customer tu. Aikkk, leh lak cakap hindi. Aku memang confident dia tak cakap tamil tapi bahasa macam cite bollywood tu guna sebab customer tu pun rupa Hindi. Nak ambil hati customer tu balik la tu.huhu.. tapi customer tu tak ada lak marah balik.

Looorr, dan sekarang baru lah aku faham kenapa apek jual icecream tu tadi beriya-iya macam marah kat aku. Mungkin memang sebab aku tanya dia lagi How much? sedangkan dia dah letak dah besar-besar kat situ $1. Hahahaha... adoiiii, macam-macam la. Lain tempat lain lak ragamnya.

Sempat rembat 5pcs
Lai-lai beli borong.
Singapore's Tshirt
 Sedar tak sedar lama gak aku kat sini. Tengok jam, alamak dah kol4.30.. huhuhu.. tulah shopping tak hingat. Aku memang dah lambat dah ni. Sebenarnya aku cuma tukar duit RM104 je so aku dapat SGD40 je.. Shopping tadi aku dah habis SGD30. So balance duit aku tinggal berapa je ni? Alamak!! nak tukar duit tak nampak lak money changer area ni. Aku korek la duit-duit coin Singapore tu. Ada lagi dalam SGD4. cukup ke ni nak lepas balik Malaysia? dari sini pi Kranji Station paling mahal pun mungkin SGD3. Bus dalam SGD1. cukup-cukup je duit aku ni.Hahahaha.. agghh, redah je lah. Kang kalau tak cukup pandai-pandai la aku fikir nak buat pe. lambat dah aku ni, hope sempat sampai CIQ nak catch shuttle bus pergi airport.

Mula-mula aku seberang jalan. Aku ingat aku nak ikut jalan dalam shopping mall tadi. Tapi mengingatkan sesaknya mall tu kang aku tercari-cari lak station MRT dia. Aku pandang la kiri kanan, mesti ada entry lain dari luar ni. Then nampak singboard MRT. Aku lintas jalan, lintas lagi (kali ni aku ikut zebra line) then tu dia. tak jauh pun dalam 30meter je dari Bugis Street Market tadi.
Bugis Station
Sampai station ni aku terus topup card aku pergi ke Kranji Station. sekali pluuppp keluar SGD2.50.. fuuhhh lega aku, masih dalam budget. Hehehe.. Terus aku beratur tunggu subway. Yang bestnya orang dari luar takkan masuk selagi orang dalam tak keluar. Beza dengan kt sini. Pintu buka je, berpusu-pusu orang luar masuk macam tak boleh tunggu. huhh!!!

Subway Station



Dalam MRT tu aku berdiri depan seorang Malay girls ni. Pakai tudung, jarang aku nampak Singaporean muda2 pakai tudung ni. Aku tanya dia nak pergi Kranji Station nanti sampai Jurong Station kena tukar train ke? Tukar kat mana? Jauh ke? Dia senyum cakap aah kat Jurong Station. Same station exchange train tu. Owhhh.. i see.. nanti dah nak sampai dia bagi tau aku. Ok, aku pun layan la pemandangan kat luar tu. 

Sampai je Jurong Station dia ajak aku keluar. Aku pun follow la dia alahai, depan tu je train dia. Mudah sangat tak payah turun-turun tangga ke pe. Dalam MRT tu kiteorang borak-borak. Dia tanya aku nak pergi JB ke? Aku cakap aku memang Malaysian. KL. owhhh.. i see.. i tot u are Singaporean, cuma nak pergi JB je. Sebab ada gak singaporean yang tak pandai or ak pernah naik subway. Hehehe.. tak, i memang Malaysian. So you alone? Seorang je? Wahhhh, memang jarang tengok orang Malaysia datang sorang-sorang je. Biasa dengan kawan-kawan kalau nak pergi jalan-jalan ni. Hehe.. aku cuma senyum je. Then aku bagi name card aku, contact aku kalau datang KL ye.. sbb dia so nice. Baik jer.. hope we can be friend then..
dalam MRT
Aku sampai di kranji station lebih kurang pukul 5.40pm. Alaaa aku memang dah lambat ni. sempat ke catch bus sampai CIQ? Alhamdulillah, dah ada bus dah tak yah tunggu. Tapi punya la penuh. Aku terpaksa berdiri kat depan tu untuk sampai Custom Singapore.

Bila sampai je custom, alahai punya la panjang Q. bila sampai turn aku, orang tu tengok aku semacam jer. Siti Rozita? custom lelaki muda tu tanya. aku cakap aah, pastu dia tengok muka aku tengok screen komputer dia. Apa tah dia tengok lagi. tadi orang sebelum aku senang je. Dia nampak ke muka aku cross jalan tak guna zebra line time nak melintas jalan lepas borak dengan uncle driver bus kat Merlion Park tadi. Aikkk, suspen betul.

Lepas tu dia bagi aku pasport aku dan cakap ok, thank you!.. Fuuhhhh, lega. hahaha.. 

Terima kasih pakcik driver







Aku sampai di CIQ tepat jam 6.10pm... Alaaaaa.. aku dah terlepas shuttle bus kol6 pergi Senai Airport. Aku call member aku nasib baik dia ada kat area tu gak. Tapi dia tengah visit site. Dia suruh aku tunggu. Smabil aku tunggu dia aku lepak kat J.Co coffee house. Sebenarnya aku nak charge hp je. Sambil tu leh la aku upload IG aku hehe.. Bleh tahan shake cappocino ni. free donut lagi. hihihi


Sampai Senai airport pukul7.50pm. Ok, mari lah kita bergerak balik ke Subang Airport. Aku suka flight malam.



Sampai Subang Airport

Dan sampai rumah tengok apa yang aku grab. Total semua ni SGD30. Tapi kalau tak masuk shopping ni masuk sana tak sampai pun SGD10. s Sampai ari ni ada lagi coin balance dalam beg duit aku.



Expenses:

MRT Reffles Place-Bugis Station = $1.30
Bugis Station-Kranji Station = $2.50

Shopping (luar dari expenses): $30


Tiga Jam Di Kota Singa (Part 1)

Assalamualaikum...

Tengok title 3jam di Kota Singa?? Biar betol.. hahaha.. Betul, sekali sekala buat kerja gila tu kan bagus....

journey aku
Alkisahnya, aku dah booked flight pergi class advanced manufacturing kat UTM Skudai. Apesal sampai skudai pergi class? Memandangkan ini semester terakhir aku, aku hanya tinggal lagi tiga subjects je lagi. Dua subjects aku bertindih di KL aku terpaksa ambil half-half class. Nak cepat habis la katanya kan.

So class advanced manufacturing semester ini cuma ada offer di Skudai je. Ini la yang dinamakan pengorbanan sebagai seorang student. Besar pengorbanannya tak payah cakap la. Duit? huh, lagi la macam air.. Demi mu secebis ilmu akan ku redah walau lautan api sekali pun.Hahahaha..

Ni la rutin aku selama 5bulan. Setiap dua minggu catch flight pegi JB. Orang cakap fuyoooo, pergi class naik flight, dulu kecik2 naik basikal je pergi sekolah.. Kang kalau sambung master naik jet agaknya pegi class.. puiiiiii..memang poyo gile kan.. Kalau nak ikutkan naik flight lagi jimat dari aku drive sendiri. Tak percaya? Fikir and kira la sendiri. Jangan melawan cakap pakar costing. wakakakaka...

Berbalik kepada tajuk Tiga Jam di Kota Singa, alkisahnya lagi class aku batal last minute.. alahaiiii, aku dah booked flight kot.Return lagi. RM131 tau! So aku call Firefly nak tukar date dan dia kata kalau nak tukar date aku kena penalty RM75/trip. so return RM150. Ekelehh, baik aku beli ticket baru je macam tu baru RM114 return.issshhhh...

Bila dah macaam tu, terus zzuuuuppp dalam kepala otak aku. Let's go to Singapore!! Yeaahhhh....

Hari Rabu aku pergi Imigresen renew pasport aku kat Shah Alam. Terus buat 5tahun. Senang tak yah pergi-pergi lagi.Kalau ada 10tahun aku buat 10tahun. Macam UK dia ada pasport untuk 10tahun terus.hmmmm...Ok, hari tu dah melayang RM300.

Orang cakap Singapore mahal la, tulah ni lah.. Kalau nak seribu daya, tak nak seribu dalih. kan???... Aku habis SGD10(RM25) je kot. Tak percaya?? Baca sampai habis. :)

Pengembaraaan bermula..........

Flight Firefly aku ke JB (Senai Airport) pada pukul 10.30am. Biasa lah aku, pagi tu main-main je, kol9.15am baru keluar rumah, tu pun nak pergi singgah kedai fotostet dulu nak photocopy sijil SPM untuk penganugerahan konvokesyen bulan October nanti. Last minute baru nak buat, lepas tu pergi pula hantar semua borang-borang tu kat rumah ADUN untuk pengesahan. Lepas tu boleh pulak credit card aku tertinggal kat adik aku.Credit card tu sangat la penting time travel, lets say emergency case atleast ada gak yang back up. Singgah lak tempat kerja dia ambil dulu. Jalan nak balik tu ada pulak accident! Isshhh, time aku dah lambat time tu lah nak macam-macam. hahahaha, sendiri salah gak. Nak salahkan orang lain pun tak boleh gak... Padankan muka sendiri

Aku keluar dari highway kol9.45am. Harap-harap jalan tak jem la. Alhamdulillah, sampai Subang Airport tepat kol10.05am. Baru la sibuk nak pakai stokin, sarung kasut bagai.. Lepas tu bercicit aku lari masuk departure hall. Duduk ke 5minit, dah dipanggil untuk departure.. hehehe Alhamdulillah....

Korang jangan ingat jalan raya je ada jem, ladasan kapal terbang pun selalu jem tau. Hahaha.. Adoi, time ni la nak jem, aku dah budget-budget sampai Senai Airport kol 11.30am and catch shuttle bus kol12.
Dah 20minit duduk dalam tu baru la ready untuk take off. 

Time tu aku nampak flight Pelangi Airways. Eh, tu flight yang aku selalu naik time kecik dulu. Waaaahh, ada gak hikmahnya delay ni. Boleh aku mengimbau kenangan lama tahun 1991 dulu selalu naik Pelangi Air(nama lama) dengan family. :)

Pelangi Airways
Ketinggian lebih kurang 5000kaki
Ketinggian pada paras 14500kaki

Aircraft landed tepat jam 11.45am. Aku jalan punya la laju kejarkan shuttle bas puku 12. Harap tak tertinggal. Dari Senai Airport ni ada shuttle bus "Causeway Link" warna putih macam pic kat bawah ni untuk ke CIQ. Boleh refer link ini. Tambang RM8 sehala dan free bagi penumpang AirAsia. Tiket boleh dapatkan bahagia dikaunter penjualan tiket bas/taxi ditengah-tengah bahagian airport tu. Kaunter ni terletak bertentangan dengan kedai UTM SOUVENIR. Perjalanan memakan masa 40-50minit bergantung pada keadaan trafik.

Shuttle bus ni yang membawa aku ke CIQ
Tiket RM8/way

Sambil tunggu driver bus ada seorang mamat Germany ni nak pergi Singapore sekali. Dia tanya aku macam mana dia nak pergi Harbourfront. Aku cakap aku pun first time ni. Tapi atas dasar warganegara yang baik sedaya upaya aku tolong dia. Aku tunjuk dia print screen website yang aku dah buat siap-siap semalam. He should been take CW5 bus. Aku pula akan ambil CW1 ke Kranji Station, station terdekat dari sempadan. Then that would be good! Dalam bas kiteorang borak-borak. Dia sebenarnya lari dari winter kat Europe. Dia dah start vacation dari September lagi. Fuyoooo, senangnya hidup kau dah setengah tahun kau pegi bercuti kan??.. Aku tak tanya pula apa kerja dia, tapi dia kata dia pernah datang Malaysia last 6years dengan bawa basikal dia dan tour Malaysia selama 3bulan. Woooww.. Awesome! Dia masih ingat lagi setiap nama tempat yang dia pernah singgah. Semua dia sebut- Ipoh, Grik, Cameron Highland, Penang, Kulim, Alor Setar,Kota Bahru,Kuala Terengganu, Kuantan, Johor,Melaka dan KL. Fuyooo, aku macam nak buat macam tu gak la. Hahahaha... Kalau aku buat macam tu confirm aku leh dapatkan berat ideal 51kg..ekeke..

Dan bila bus sampai aku tanya pakcik driver tu mana nak beli tiket pergi seberang. Dia cakap aku kena naik bangunan CIQ tu pusing, scan pasport dan baru ambil bas kat bawah. Lorr, aku ingat amik bas dulu. So aku dengan mamat Jerman ni pun jalan la selaju yang boleh untuk cop pasport. Jauh kot jalan dalam bangunan tu. Dah la satu langkah mamat ni dua langkah aku!.. Oiittt, pelan sikit boleh tak? Nak je aku cakap macam tu kat dia, tapi apakah daya kang dia fikir rakyat Malaysia lembab pula. Hahahahaha... Aku gagahkan juga jalan saing dia memandangkan aku pun nak cepat. Kami sama-sama naik bus yang sama "Causeway Link" color kuning dari bangunan CIQ tu. Ambil bas kat bawah lepas scan pasport ye. Tambang dia pergi Kranji Station baru RM0.80 je.

Dalam bas aku berkenalan lak dengan 2orang gadis Singapore. Dari cara dia cakap mix up english je aku tau ni budak Singapore ni. Aku cakap aku nak pergi Merlion tu. Tengok Singa putih tu. Dia tanya aku nak pergi yang mana satu? Aikkk? Ada banyak ker? Dia kata aah, ada banyak!! Aiyakkkk aku ingat satu jer. Aiyoyoooo.. Dia kata kalau nak yang besar pergi Sentosa. Tapi kalau pergi sana faham-faham je la masuk pun kena bayar. Huh! So aku belek-belek phone aku aku cakap aku nak stop kat RefflesPlace.

"Owh, you nak pergi kat Marina Bay la tu. Ok la tu, nanti you naik MRT berhenti kat sana. Insyaallah tak sesat. :)"

Dalam 5minit aku sampai Imigresen Singapore lak. Imigresen ni kecil and senang sikit. Naik je terus jumpa kaunter. Aku isi form dulu dan cop pasport. Yeaahhh, dah dapat cop pertama aku! Semua orang laju je, lari-lari. Time ni tengah hari so tak ramai la orang. Aku turun bawah dan jumpa girls tu balik. Aku cakap kenapa line you panjang sangat? Dia kata kami nak ke Bugis Road. Tempat tu memang main kt Singapore ni tu pasal ramai. Owwwhhh, i see. Tapi memandangkan plan aku nak ke Kranji Station, aku pun terus masuk line CW1 dan terus naik bus. Tak payah bayar dah. Masuk je bas terus jalan. Dia pun tak cek ticket aku. Bagus gak, tak yah tunggu lama. Perjalanan cuma 10minit je dan terus sampai di Kranji Station. Aku turun dan terus ke ticket machine beli ticket ke RefflesPark. Time tu dah pukul 1.40pm. Masuk-masuk duit dia tak mau pula. Terpaksa lah aku tukar dengan orang belakang aku. Nasib girls ni ada duit tukar SGD10. Tambang dari Kranji Station ke RefflesPlace SGD2.50.

Ni perjalanan nak ke RefflesPark dari Kranji Station
Aku ambil Standard Ticket sebab aku cuma ada masa lebih kurang 3jam je. Kalau aku dari pagi kat sini aku beli Pass Ticket SGD20 tapi nanti akan dapat balik SGD10 sebagai deposit time korang return ticket tu. Tapi bukan semua station jual ticket ni. Station mana yang jual aku lupa dah. Satu kerja pula aku nak pergi station tu dulu. Lagipun aku rasa aku cuma dapat pergi dua tempat jer.

Ticket ni korang boleh topup banyak mana korang nak. Macam touch & Go la.Sebab aku rasa dengan masa yang ada ni aku tak dapat pergi banyak tempat so aku cuma topup harga setiap kali aku nak naik MRT je. Sebab balance dalam tu aku rasa dia tak akan pulangkan. Aku rasa la... Sebab balance aku 0.00 zero! hehehe
Tiket MRT
Waktu nak naik tu aku siap tanya lagi dengan guard MRT tu nak naik left or right? Dia cakap both are same, but u just take Platform B to Refflespark. Owh, ok! So bermula la perjalanan aku ke destinasi pertama Refflesplace!!

Yang tak bestnye, punya la lembab MRT ni macam KTM time dia slow. Lembab wey, dia cuma laju time laluan dalam tanah jer. Ha, tu laju macam LRT kita tapi kalau kat luar, alahai.. satu jam pulak aku baru sampai Refflespark tu. Bila dah sampai jam pukul 2.30pm. Aku keluar ikut orang ramai. Last-last aku terkeluar dekat area tak ramai orang. Aku tanya dorang uncle cina tu where's Merlion Park? Dia tunjuk jalan kat aku traffic light cross the road using zebra line and cross again over there. sambil tunjuk bahagian seberang sana. Aku pun berterima kasih dekat uncle tu.  :) siap wish aku enjoy your day lagi.. hehehe.. Tq uncle!
View yang aku sempat snap sementara mencari Merlion Park
Dua budak skaters ni aku saje tanya dia mana Merlion Park. Mula-mula aku speaking la, skali dia balas balik dalam Malay. Hahaha.. malu sendiri aku. Yelah ada gak Malay Singaporean ni tak pandai cakap Melayu kan. Then kami lintas sama-sama. Aku pun jalan macam uncle tu suruh. 

Skaters tu...
Tiba-tiba aku nampak ada macam Bay. Macam laut blah belakang bangunan tu. Aku masuk jalan antara dua bangunan tu dannnnnnn.... ha, tu dia Marina Bay Sand!!... Yahooooo, aku dah sampai!

Jalan antara dua bangunan yang aku maksudkan
Ha, tu dia Marina Bay Sand
Marina Bay Sand

Apa lagi, aku pun mulakan aktiviti selfie aku. Aku keluarkan monopod, dan aku amik gambar aku sampai lebam! Agghhhh, peduli la orang nak tegok. Bukan korang nak tolong aku ambilkan gambar pun kan?? huh!~
Marina Bay Sand, aku ingat lagi tahun 2010 company aku dapat project untuk supply kitchen hood kat semua restaurant dalam tu. Wow, besar kot project tu. Tambah lagi Resort World Sentosa and universal studio. Aku memang tak boleh lupa la macam mana aku pecah kepala buat costing and BOM dia.Aku rasa aku hampir-hampir botak time tu. So bila aku tengok MBS tu depan mata aku, terasa bangganya aku jadi warga Halton.. Hehehe, tacing kan ayat aku. Korang pun patut bangga tau sebab semuanya 100% Made in Malaysia!!

Boleh naik boat, tapi aku tak tau berapa

Disaat aku masih mencari masa Merlion Park





Dan aku terus jalan kedepan lagi.. tetiba aku nampak Singa Putih tu! Yeaahhhh, tu dia kepala singa yang aku cari-cari! Aku punya la excited kan, yelah aku masuk Singapore semata-mata nak cari binatang ni dulu la. Tapi air tak keluar lak dari mulut dia. Tak pelah, janji aku boleh selfie sampai lebam. Hahahaha

Alaaa, asal tak ada keluar air dari mulut?
Ni Dia Kepala Singa tu

Time ni aku keluarkan monopod aku. Semua tourist duk tengok aku sambil senyum-senyum. Yelah mana tak nye, korang tengok pics tu semua aku duk posing sorang-sorang senyum-senyum semua selfie. Hahaha.. Mesti dorang cakap dalam hati, wahhhhhh ratu selfie!! puiiiii... hahahah

Kalau pic yang full tu aku suruh orang ambilkan lepas dorang mintak tolong aku ambil gambar dorang. Hahaha, aku tolong korang, korang tolong aku ok!!




Sorang tourist ni tanya aku.

Tourist: Wahhh, selfie. good technic. Where did you buy this?
Me: Owhhh,  I bought it in KL. Malaysia. We call it Monopod.
Tourist: Owh, nice one!.. Do you know where can i get  it here? Looks interesting to get one.
Me: hmmm, i'm not so sure. But i don't think so they have sell it in Singapore. Why not you just come to    Malaysia or at least Johore Bharu? (nampak tak penipuan aku disitu, trick macam mana nak tarik pelancong ni. Bagus tak aku?)hahahahah
Tourist: Yeahhh, sounds good!. Short visit to Johore Bahru (sambil pandang kawan dia,and kawan dia pun angguk). How much of it? Expensive?
Me: Noooo, you can get it in range RM40-50. Just SGD20.
Tourist: owhhhhhh(sambil muka excited) very cheap!... ok friend, we will get it one. Thanks for you info!. We have to go...
Me: Orite dude, no worries!.. Take care, have a nice holiday. And Welcome to Malaysia! (sambil kelip mata) hahahahaha

Pelik dah aku, takkan orang tak tau kot. hmmmmm, ikut negara kot barang ni.

Semua orang mengambil gambar walau panas terik ya amat

Ok, sambung next entry. Next destination.


Expenses:
Shuttle bus Senai-CIQ: RM8
Bus to Singapore : RM0.80
Kranji Station-Reffles Place: SGD2.50 (RM5)

Total: RM13.80