Friday, May 24, 2013

Cuti-Cuti Malaysia, Malacca

Assalammualaikum...

Entry ini adalah keseinambungan dari The Neem Resort yang kami tinggal semalam. Lepas lunch je masing-masing membawa haluan sendiri termasuk lah aku and Ida.. :) Time kasih la ida ea, sebab temankan aku,..hihihih...

1. Menara Taming Sari

Tempat pertama yang aku pegi adalah Menara Taming Sari. Bayaran adalah RM10/person bagi local. Kami tanya kalau ada student card boleh dapat harga student ker? Dia kata Tak Ada!.. semua sama jer... chiiitt..hahaha.. Penat usung matric card tu kehulu kehilir.

Ok, dari sebenarnya aku sendiri pun tak penah naik menara ni sejak dari buka lagi.. hihihi.. Teruk kan, so kali ni aku amik peluang la naik. Gayat sikit. Ha, korang nikmati lah pemandangan dari atas ni. Imagine yang korang pun ada kt situ je la...hahaha

Bawah tu dulu jeti Melaka - Riau, Indonesia.

Menikmati pemandangan Bandar Melaka

Selat Melaka nun jauh sayup memandang
Menara ni berpusing pelan perlahan ada la dalam 3-5 kali pusing. Kejap je pun, tak sampai pun 10minit aku rasa. Ok, means RM1/minit. Fullstop!! Good investment. Tapi aku tak nampak pun ramai mat salleh, ramai local jer. Maybe time tu belum summer time kot. Kalau summer ; July lagi ramai la kan.. hehe

Bawah menara Taming Sari
2. Replika Kapal Terbang Lama

Selepas ke Menara Taming Sari, kami jalan menuju ke A'Famosa. Ada replika kapal terbang zaman penjajah dulu. Kami apa lagi, posing!posing! perkawa wajib!..hehehe


 3. Keretapi Lama

Selain kapal terbang, ada juga Keretapi Lama. Yang ni aku suka, sebag design ala-ala keretapi zaman eropah dulu-dulu. Sungguh klasik! Cuba tengok tu, aku nak pegi Lukut!
Time ni aku terbayang-bayang sendiri macam mana la ye dorang ni dulu naik keretapi macam ni. Mesti best... wahhhhhh...

Ready!! Jom gerak!..
OMG!! Tersepit!..jangan...
Taraaaa... aku memang terkenal dengan posing yang pelbagai. hihihi
4. Beca

Yang ni pula beca. Tambang dia RM25 pusing bandar hilir sikit jer. Kalau nak lagi jauh, kena tambah lagi la.beca yang pelbagai variasi color dan corak. Lihat la pada citarasa empunya beca. Kamu suka lagu lama, lagu 70-an la yang berkumandang. Kalau yang up to date, Oppa Gannam Style la yang dipasangnya.. hihihi
Yang menariknya ada ramai anak muda yang menunggang beca ni. Memang muda 20an. Wa suspect same lu bro!! suspect!?? respect..hehe
Beca antara data penarik disini
5. Muzium Bandar Hilir

Selepas habis diluar, badan pun dah panas berpeluh-peluh kami pun masuk dalam muzium di situ. Banyak muzium yang baru dan menarik disitu, antaranya adalah Muzium Astronimi.Entrance; RM3.00. Ada seorang dato' ni dia baru je buka galeri pameran dia didalam tu. Ada tahi binang(astroid) yang beratnya bertan-tan. Nampak je kecil. Dia dengan murah hatinya menerangkan kepada kami serba sedikit tentang tahi bintang.. Owh, baru tahu... :)

Keris lama yang diperbuat dari tahi bintang

Ni antara tahi bintang yang jatuh di China.
Macam telur Dinasour kan?
Selepas tu kami terus naik ke level 1. Kat sini banyak pameran lebih kepada kehidupan masyarakat Melaka dahulu. Nelayan, pembuat barangan tradisional dan permainan tradisional seperti gasing.
Gambar kat bawah ni adalah atok tu nak ajar aku cara macam mana nak buat wau. siap ada pisau lagi kat situ, dan pisau tu bukan calang-calang tau.Yang lama punya.hahaha..

Betul tak apa saya buat ni tok?
Owhhh, macam tu rupanya..
6. Kota A'Famosa

Sepas je habis muzium tu kami pun beransur la,.. Berapa lama lak nak duk dalam tu kan. So, kami bergerak ke A'Famosa yang hanya 100meter je dari situ. Aku pun tak tau dah kali keberapa aku kesini. Tapi kali ni special sikit sebab aku explore tempat ni lebih banyak dari biasa.. :)

7. Kubur Belanda

Ok, kami pun mendaki nak naik ke bukit tu. Di situ terdapat kubur Belanda yang aku pun tak pernah sedar kewujudannya. Kubur-kubur orang kenamaan Belanda dulu-dulu. Ada yang kecil, umur 20-an dan yang 40-an pun ada. Nama pelik2 dulu-dulu punya orang kan. Cuba bayangkan time malam macam mana?? Eiiiww, menakutkan.. Dan ni la peluang aku nak tahu amcam mana they all di tanam. Dan menurut penelitian aku yang tak berapa nak teliti ni, macam ada satu ruang kat depan kubur tu untuk masukkan mayat dalam tu. Macam mayat tu tak ditanam. Ha, so maknanya ada emas permata dan semua harta milik mereka sekali dalam tu la ea?? jeng~jeng~ hehehe

Meriam kota A'Famosa
 
Kubur Belanda, then aku masuk sini
8. Muzium Yang di-Pertua Negeri Melaka

Seterusnya adalah muzium-muzium yang terdapat disebelah kota Afamosa. Atas bukit tu, mungkin ramai yang tak perasan tentang kewujudan muzium ni. Masuk cuma Entrance; RM2.00. Ada 4 muzium dalam tu.. Tapi dua je buka sebab lagi dua tengah buat renovation.
 
 
Antara Koleksi yang ada
Korang kena masuk dan tengok sendiri
Ni adalah Kota A'Famosa dari sebelah tepi

Kereta Antik
Muzium Yang di-Pertua Negeri Melaka


9. Muzium Sastera

Kemudian jalan kebawah sikit turun bukit kalian akan nampak muzium sastera. So, buka kasut meh kita masuk tengok apa ada kat dalam.

Ida pun nak posing
Jom masuk Muzium Sastera!!
Masuk-masuk aje kami dihidangkan dengan muka yang hensem ni. Dipercayai dia adalah Hang Jebat atau pn Hang Tuah. Tah aku pun tak tahu, aku tak penah jumpa pun.hihihi

Dulu patik adalah jejaka idaman Malaya
Menurut firasat patih, akan ada gadis hebat lagi cute bernama Rozita lahir dizaman akan datang
Muzium ni nampak je kecil tapi ada beberapa bahagian disitu. Ada tingkat bawah tanah dan perlu turun menggunakan tangga. Sangat awesome!! Terdapat bahagian komunikasi; radio perakam suara, tv dan beberapa jenis lagi yang sangat antik. Dibahagian atas pula terdapat buku-buka hasil tulisan ahli sastera terkenal zaman dahulu kala. Banyak buku-buku hikayat yang aku tidak pernah jumpa tapi hanya pernah dengar je contohnya Hikayat Abdullah dan penulis Abdullah Munsyi.




Ini adalah Munshi Abdullah
Selepas habis tu kami pun dah kepenatan. Adehh, so kami bergerak balik. 
Sebelum tu sempat lagi singgah shopping, ah nama pun perempuan kan shopping adalah perkara wajib! :)
So beli la sikit-sikit..


Expenses:
Menara Taming Sari -RM10.00
Muzium Bandar Hili - RM3.00
Muzium Kota A'Famosa - RM3.00
Air- RM1x2=RM2.00
Magnet : RM4.00
Tshirt- RM25.00
Kuih Sagu- RM10.00

Total = RM57.00







Thursday, May 23, 2013

The Neem Resort, Bandar Hilir, Melaka

Assalammualaikumm...


Cuti wesak day yang lalu kami students Mind Inspirations pergi bercuti ke Melaka!... Kami memilih The Neem Resort,Bandar Hilir sebagai tempat penginapan. Interior design nya sangat-sangat la cantik, dari katil hinggal la bilik mandi yang sangat style. Style modern contemporary design+village style.. 

Walaupun harganya agak mahal, biasa la tengah-tengah town kan. Tapi memang la sangat berbaloi. Tempat ni sangat sesuai kalau korang pergi dalam group. Macam nak buat gathering ke, sebab tempat ni siap ada mini swimming pool..  

Untuk lebih details lagi, tengak DISINI .

Accually tak ada la susah sangat nak cari tempat ni, tapi memandangkan trademark dua tiang warna hijau yang kecil dan macam tak serupa tiang tu lah yang membuatkan aku berpusing jalan tu sampai 6kali!! ok, 6kali!! Aku akan cadangkan pada owner ni untuk buat la signboard besar-besar sikit. Ni kecik jer, untung banyak... aiyakkk!!

The Neem, Banda Hilir

Interior Desigm
Kami berlima dalam bilik ketapang yang paling besar sekali. Ada satu katik king siap kelambu and bertiang(romantik gitu) satu lagi katil queen dan kami mintak extra bed untuk lagi seorang. Dalam bilik ada TV, aircorn, air botol, 2plug untuk charge hp ke pe Meja TV kerusi dan tiang kayu penyangkut barang.






Swimming pool pun best.. tak ada la besar mana, tapi puaslah juga aku nak berenang-renang dalam tu bersama Ms.Leela..huhuhu...


Kami sampai dalam kol5 rehat-rehat sekejap dan yang paling best owner tu kawan kepada seorang rakan kami yang join ni. Dia juga la yang suggestkan tempat ni pada kami. Dan owner tu sudi nak belanja kami makan di restoran baba & Nyonya.. yipeeee... first time aku nak rasa makanan baba nyonya ni.. tak penah makan. Sedap ker? Boleh masuk ker?

Kami pun berjalan kaki ke kedai tu. Memang full. apa nama kedai tu aku dah lupa dah, tapi Halal memang ramai melayu makan kat sini. Bila sampai makanan, pergghh memang lazat.. yummy!! Baba nyonya ni bukan saja ada pengaruh melayu dari segi percakapan, pakaian dan kehidupan seharian, tetapi makanannya juga... Memang sedap sangat la. Rasa makanan melayu+chinesse. 



Bilik-bilik di The Neem
 Lepas makan tu kami pergi la jalan-jalan ke Jongker Walk.. Yang bestnye disebabkan keesokan hari adalah Wesak Day, maka perarakan untuk meraikan hari itu telah diadakan sepanjang jalan di Jongker Street dan sekitarnya. Beruntung lak sebab ni first time dalam hidup aku tgk perarakan keagamaan macam ni. Something new experience. Aku sempat tanya kat chinese guy sebelah aku kenapa kereta berhias tadi bawak tuhan ada patung dan ula senduk? Dan yang belakangnya pula bawa bunga teratai? Apa maksudnya? Simbol atau Tuhan-tuhan tersendiri? Guy tu pun jawab, tu bukan tuhan-tuhan tu melambangkan Society yang mereka ikut. Ada banyak society. Owh, patut la kadang-kadang ada nampak Society....... Buddah. Owh, sekarang aku dah tahu. Good knowledge!! :)


Kami sempat masuk ke Hard Rock Cafe Melaka.. WOw kat sini lagi banyak pilihan berbanding kt Phuket the latest Hard Rock Cafe yang aku pegi awal May lepas. Lawa-lawa lak Tshirt tu.

Lepas habis penat berjalan kami singgah la di Mc.Donalds Dataran Pahlawan yang 24hours tu... Makan-makan minum sambil borak-borak. Seterusnya kami pun bergerak balik ke resort kami.
Sampai je di resort ingat nak tido la sebab dah leting sangat kaki jauh berjalan. Tapi memang tak nya la.. Kami sambung borak-borak kat tepi kolam. Ms. Leela ajak terjun swimming pool.. aku pun on la, mamandangkan aku pun ada bawak baju swimming. :)
Tukar baju dan terjun kedalam swimming pool dikala jam menunjukkan pukul12.00 tengah malam.. hihihihihi.. Lepas habis berendam, apa lagi... BUmmmmm.... penat!!..
 
Breakfast- Nasi Lemak+Coffee
Esok paginya kami bangun breakfast dan ada dah terhidang coffe, tea, orange juice, Nasi lemak kuih muih dan roti bakar.. Banyaknya.. makan dulu!...

Lepas makan sambung swimming balik. Pukul11 pagi kami terus siap-siap nak check out dan bergerak balik. Denga kepakaran aku dengan jalan sekitar Melaka ni, aku bawak dorang pegi makan tempat best. Aku pun sebenarnya tak penah makan kt sini. Kari kepala ikan kat tepi highway Semabok tu... Ada udang yang besar tu macam anak Lobster. Harga dia??? RM25/ekor ok!!!.. Ha, amik kau.. kami makan banyak, aku pun malas nak sebut.. kena dalam dekat rM280 semua sekali untuk 10dewasa 2kanak-kanak. snang cakap dalam RM25/Person. Jadi la, yang penting best!!!!

Kalau nak kan kelainan di tengah kota, cuba lah datang kesini.. :)

Expenses:
Chalet - RM80/Person (5person)
Minyak & Tol - RM60/person


Tu saja la cost pergi Melaka holiday dengan mereka kali ini.
Ok, esoknya lepas check out kami pergi jalan-jalan di sekitar Bandar Hilir walaupun dah berjuta-juta kali aku kesini lagi-lagi zaman belajar dulu..hihihi..

Check it out--------------> Kaki Melangkah

Sunday, May 5, 2013

Phuket: Expenses Summary

Assalammualaikum...

Kat sini aku nak summarize expenses aku Backpacker ke Phuket ari tu.

Expenses:

1. Transportation
Return Flight AA = RM261
Taxi Airport-Phuket Town = 200bth/pp (RM20)

Island tax = RM2
Taxi Airport= RM30/pp
Ferry Phi-Phi=Rm55
 

2. Accommodation
Hotel 6hari via Agoda = RM230/pp
Laundry : 55bath= RM5.50 (lebih 1kg)

3. Activity
Fanta Sea= RM160  
James Bond Island=RM105
Snorkling Tour Phi-Phi Island= RM50 Roti utk ikan = RM4
Beach sit = 100bth (RM10)

4. Eat
Lunch= RM6/pp
Lunch = RM7
Dinner = RM15 
Lunch di Phi Phi : 200bath/person = RM20 
Dinner : 90bath = RM9 
Lunch: RM25/pp 
Dinner: RM8
Breakfast: RM2

5. Shopping
Sim Card = RM30
Shopping Gajus= RM50
Kain beach = RM15  
Gelang Etnik = RM10 (bargin daripada rm45)  
Keychain PhiPhi Island = RM22 (20Pcs)  
Baju = 540bath for 3pcs  
Keychain James Bond Island= 150bath(RM15)
Shopping Patong = RM50(kot)

6hari 5malam,
Destinasi:Phuket Old Town - Fanta Sea - Phi-Phi Island - Patong - James Bond Island

 TOTAL = RM1,270.50 only!! (senyum lebar..) :)

Saturday, May 4, 2013

PHUKET (DAY5&6) - PATONG BEACH & AIRPORT

Assalammualaikum....

Hi semua!! Accually aku masih dalam mood study week sekarang ini untuk sem-8... Pergghhh, kejap je rasanya dah nak masuk tahun akhir.. Insyallah tahun depan(Jun2014) dah boleh graduate.. Yuhooo...

Ok, tak nak cerita panjang, mari kita sambung Entry Day 5 di Phuket.
Hari ni kami memang tak ada planning apa-apa aktiviti. Just nak relax-relax sambil menikmati pemandangan pantai Patong. Mula-mula memang ada plan nak sewa motor and jalan-jalan kos dalam 250bath sehari. tapi pikir2 balik malas la pulak... So pagi-pagi kami dah bangun sebab nak mandi laut!!! Hohohoho... ala-ala mat salleh la konon.. berjemur di bawah panas matahari yang terik.. puuiihhh...hahahaha

Bawak towel bagai and kami pegi la berjalan kaki melalui Bangla Road yang sunyi sepi bila siang macam jalan berhantu.. semua dorang tengah kemas-kemas hasil dari party malam tadi.. gila la.. Malas nak cite pasal Bangla Road. Mari teruskan perjalanan ke beach!!!!!!

100bath/seat
Kami sewa seat tu 100bath/seat.. Duduk la situ kejap-kejap pegi balik berendam.. Tepi laut ni ada aktiviti paragliding. Dalam 500bath per fly dalam masa 10minit... Ramai gak yang buat dan yang paling tak bestnye dorang ni dah kacau kiteorang nak swimming sebab bot dorang tu kejap-kejap nak landing.. pastu halau kiteorang lak tu! Ish... ini tidak adil!!!

Alamak!! Kenapa senget ni??
Lepas dua jam kami duduk situ bermandi-manda kami pun balik ke hotel dengan basah kuyup tu... hahahaha.... Lapor wey, memang lapo.. dan lepas tu panggil la bro ni kami bertiga pegi kluar cari makan... Jalan punya jalan dibawah terik matahari pergi la kedai pertama kita makan time mula-mula sampai patong. Ikan steam, nasi air semua kena dalam RM70 lebih kurang. Tapi memang sedap la...

Lepas makan aktiviti bershopping!!Ok, kalau nak shopping memang banyak kedai-kedai kat tepi jalan.. Tapi aku suggest kan korang shopping kat kedai ni, macam kedai borong. Mula-mula macam malas nak masuk tengok macam standard aircorn lak tu siap ada sofa bagai. tapi masuk je la, kebetulan. Bila masuk, mak ai... kat sini lagi murah souvenir dia. Serendah 190bath(1.90) dompet kecik tu aku beli untuk ada jiran aku yang mak aku jaga. Gedix sikit budak kecik tu, mesti dia suka. Memang betul pun tu jelah yang dia angkut kehulu kehilir.hihihihihihi.... Mana tempat ni? Hujung Bangla road dekat pantai tu, korang belok kanan tak jauh dari situ kedai-kedai aircorn tepi jalan tu nama kedai tu "UDOM AGG". aku pun tak tau pe maksud dia, yang pasti memang syok shopping kat sini. Hehehehe....

Antara yang aku dapat grab
~my lovely Ed Hardy~
Sebelah malam pula adalah benda patut buat.... Hard Rock Cafe!!!... yahooo... jalan,jalan tanya orang dan terus berjalan sampai la kami ke HRC Phuket..ala, bukan susah pun korang takkan sesat la selagi korang ikut jalan yang betul. Kat hujung jalan je, kalau ada orang kata "owh, it's far.1km from here(bangla road). Tapi bila dah jalan sambil memerhati cuci-cuci mata jalan sekeliling tak jauh pun aku rasa, macam tak sampai pun 1km. tup-tup dah nampak Guitar trademark HRC..

Ok, baju kat sini paling murah yang ada biasa punya design warna putih 890bath.. kalau yang hitam macam kat bawah ni 1190bath. Tshirt maroon aku pegang tu ladies cutting tu 1490bath dan ada baju sale 50% tapi cuma ada tulis HRC tak ada Phuker jadi 600bath je.. Cap 790bath. Malangnya FM tak ada.waaaaa, tah pape. So conclusion nya HRC Phuket ni tak banyak choice pun.. semua yang basic-basic jer, tak seronok!!...
Beli-beli jangan tak beli

Putih Bath899 hitam 1199bath

Cap THB799

Posing time

Hard Rock Cafe Phuket
So lepas habis shopping-shopping and posing-posing berjalan lah kami menyusuri tepian pantai..cewaahhh...hahaha..

Nak dijadikan cerita duit kami memang dah habis langsung dah..kering!! tak nak keluarkan duit kat ATM lagi dah, barai kang dah la sekali keluar charge RM15. Duit yang tinggal cuma untuk teksi esok pegi airport yang kami dah booked dari abang dobi sebelah hotel tu 650bath.. Ok, kami ada plan, mintak discount lagi. Sedangkan 650bath tu dah murah aku rase sebab biasa range 800bath-1kbath. Kami tengok abang tu mood baik je, bini dia ada kat situ tapi kami nak deal dengan abang tu gak. Apa lagi gunakan kuasa penangan wanita ni aku cakap la.. "Abang(dari first time datang aku dah bg tahu dia aku nak panggil dia abang-brother;dia pun angguk je) this is our last money. No more money, all finished(sambil tunjukkan 600bath) Can you give discount abanggg(slang thai)?? Just left 600bath, no more money... (sambil buat muka seposen+comel)". Abang tu pun angguk-angguk sambil kata, ok2.. can... no problem..   yahoooooo!!!.... berhasil juga.. so dalam kocek ada balance 50bath untuk beli dinner and breakfast esok pagi..wakakakakaka.. Ni baru lah dinamakan backpakers bila kehabisan duit ditempat orang dan macam mana nak survive. Rasa bertuah lak dapat experience macam tu.

Perot pun dah berbunyi dah. Wey, duit aku tinggal 80bath je + 50bath so duit kami ada 130bath untuk survive sampai esok pagi. Hahahahaha, RM8 je kot ditempat orang. Sedih la plak kalau sekali fikir, tapi dua kali fikir rasa macam ; Wowww!! you game for it babe! well done for such a great experiences! Nak budget kami tapau nasi goreng ayam kat kedai kami makan malam first tu and beli air mineral kecil(total 160bath). Nak lagi best kami pun decided makan tepi pantai. Wah, indah sungguh malam ni.. bintang berkerlipan siap ada tanglung lagi berterbangan. Wah-wah, tetiba ayat aku berbunga-bunga mentang-mentang la aku imagine sekarang ni aku ada kat tepi pantai macam malam last tu.. makan sambil angin sepoi-sepoi bahasa, desiran ombak mencecah pantai...ha, gitu... korang leh imagine tak?? jeles kan... so,sila la pergi dan try take away nasi duduk atas pasir sambil menikmati angin malam di pantai Patong(malam tu lucky ada guni dari port beach boy) aku angkut jadi alas tempat duduk aku..hihihihi... esok mesti dia cari mana guni dia sebab aku tinggal je situ malas nak pulang balik...wakakakakaka... :p lama gak la lepak tepi pantai tu, harap-harap la dapat jodoh ke pe. Tak ada gak pun, hampeh..hahaha.. Dengan rasa terkilan sebab tak sangkut dengan mamat-mamat hensem kami pun berlalu balik ke hotel..

Sebelah hotel kami ada minimart. Beli la roti esok pagi leh cicah dengan nescafe free kat lobby hotel tu. Nak beli meggie sume tak meyakinkan jer.. Sume brand ada supply perisa pork. Sendiri mau ingat la ye. sebab esok pagi kol10 dah check out nak pegi airport flight kol1.30pm.

DAY 6 - PHUKET INTERNASIONAL AIRPORT & MALAYSIA, I'M BACK!!

Pagi-pagi kami dah bangun sebab nak check out kan. Oh my!! hari ni adalah hari mengundi bagi rakyat Malaysia. Sempat ke tak ni nak pegi mengundi. Hope la sempat, first time kot nak mengundi. Semangat!!.. Tapi aku sampai dalam kol4. Tempat mengundi kol5 dah tutup dah. Adoi hai... sempat ke tak ni??

Teksi datang ambil kami. Toyota Altis ok, kereta boss aku. Kat sini buat teksi jer, hihihihi... sorry la boss..hukhukhuk.. berbaloi-baloi la bayar rm60 perjalanan dalam 45minit jauh gak rupanya. Sampai airport terus drop beg dan kami duduk la kat atas sampai la turn kami meninggalkan Phuket!!...

Wahhh, banyak betul pengalaman selama 6hari ni. Tapi memang best la. Aku bawak dalam RM1100 sume habis. Ok la, package sampai 3 kami ambil. Shopping pun sakan. Memang puas hati la, kalau amik package memang tak dapat la kira-kira total Phuket 6hari 5malam masuk return ticket dan hotel RM1500 sahaja.

Owh, lupa nak cakap. Aku tak sempat nak mengundi sebab lambat dah. So, aku tak nak cakap banyak. tunggu la PRU-14 nanti ye. Jangan nak pegi mana-mana lak..hehehe..

Next trip mana??? Ada plan dah untuk tahun depan lebih best insyallah..... habiskan belajar dulu..aminnnnnn

Expenses:
Beach sit : 100bth (RM10)
Lunch: RM25/pp
Shopping: RM100(kot)
Dinner: RM8
Taxi Airport: RM30/pp
Breakfast: RM2

Kalau nak check semua expenses CHECK SINI