Saturday, January 12, 2013

TEMERLOH, PAHANG

Assalamualaikum...

Entry kali ni cume biasa2 jer..
Last weekend, aku pergi Temerloh dengan adik,pakcik dan anak sedara aku kerana menghadiri kenduri kahwin saudara di sana. Seriously aku mmg tahu ramai sedara kat sana tapi tak pernah langsung pergi sana.. tu rase macam excited sangat bila pakcik cakap nak pergi sana... yuhooo, nak kenal2 gak dengan saudara..entah dorang kenal aku ke tidak. hahaha

Perjalanan cuma mengambil masa 2jam sebab pakcik aku bawak slow2 macam siput. Alasan buat apa laju-laju(memang poyo gile). Aku jarang ke bahagian timur ni, jadi dari KL lalu DUKE terus ke tol Gombak bayar RM5 tak silap aku. Terus perjalanan disubuh hari yang hening. Aku mengantuk sangat, tapi pakcik aku tu dah la tak tido lagi. So ku gagahi jua mata ku ini sampai la tiba di Termerloh. Tiba di Temerloh lebih kurang jam8pagi, Terus pakcik bawa pergi makan breakfast kt satu warung orang ocu.. OMG!!! aku rase macam kat kampung. nape semua orang cakap bahasa Ocu ni?? Adakah aku tidak salah tempat?? hehehe..

So, lepas kenduri apa lagi.. jalan-jalan la.. kami singah beli ikan patin dulu. tp RM15/kg. Aik, murah lak?? tapi kenapa ada orang kata ikan patin Temerloh ni mahal sangat? Rupanye yang mahal tu ikan patin liar, yang ditangkap dalam sungai Pahang. Yang aku beli tu yang dalam sangkar, tapi dalam sungai Pahang gak dibela.. Yang ikan liar tu harga dia RM90/KG!!! ok!! gile la!.. mahalnye... patut la  orang kata makan kat tepi sungai pahang sampai RM1000... no wonder la.so sekarang aku dah tahu kenapa.

Ni anak buah aku
 Time sebelum nak pagi kenduri tu aku leh lak lupa bawak inner.. adeh, nasib baik banyak kedai2 kat situ. so aku beli la dengan harga rm13.90.. murah kan?hahaha So ko tengok la inner yang aku pakai tu. nampak sungguh sopan aku kan.. ada sape2 nak isi borang?hehe
Ni makcik dia yang comel tp aku suruh dia panggil aku akak je..hahaha

Ni adik aku lagi comel dari segi badan la..hahaha

makcik yang comel. anak buah lagi tinggi dari aku.

Sebijik kena kat hidung ecah yang peset tu..hahaha
So petang tu gak kami balik. alamak!! kereta aku kena block dengan pasar malam la.. so terpaksa la aku bawak kete pakcik aku satria turbo tu balik Klang. Memang selamat la, aku pun tak sabar dah nak makan ikan patin.. yummmyyy!!! sedap wey mak aku masak!,..hehehe

ok, habis sudah entry Temerloh ni.. next entry kowang tunggu je la ea mana aku nak pegi..hehe..

Stay tune!! Salam...